Header2

• 23 November 2012 •

Niat

Terbitan kali ini mungkin akan mengundang persepsi pelbagai pihak. Mungkin akan setuju, mungkin akan membantah. Mungkin akan menyokong, mungkin juga akan menyanggah. Mohon fahamkan terbitan ini, sebahagian pendapat mudah yang aku rasa patut diluah.

Kebelakangan ini, isu yang panas ialah tentang Gaza dan Israel. Heboh diperkata sana sini. Dalam TV, dalam radio, dalam akhbar, dalam risalah, dalam iklan, dalam nukilan, malah dalam laman-laman sosial pun tak ketinggalan. Aku percaya kita semua mengutuk, mengecam dan mengeji tindakan rejim Yahudi. Aku pun tak terkecuali. Atas dasar agama, atas dasar kemanusiaan, dan atas dasar kebebasan, aku pun berharap ada penghujung terhadap penindasan ini.

Di Malaysia khususnya, kita ekspresikan ketidakpuasan hati kita dengan bermacam cara. Ada demo (bukan demo lo nih tak supo mulo..hehe), ada perhimpunan, ada perarakan, ada pemboikotan, ada yang simpati dalam diam, dan tak kurang juga yang memanjatkan doa agar terbela nasib saudara sesama Islam.

Apa yang aku nak sentuh kat sini ialah tentang pemboikotan. Bila mana kita sibuk memperkatakan bahawa itu tak boleh diguna, itu tak boleh dipakai, itu tak boleh diminum, dan itu tak boleh dimakan. Alasannya, lesen untuk produk itu dikeluarkan oleh Israel, atau sekutu yang seangkatan. Menyokong produk mereka umpama kita membantu mereka musnahkan saudara seagama. Umpama kita salurkan duit dan bantuan untuk stok senjata dan peluru mereka.


Yang itu aku tak setuju. Atau kurang setuju. Ya, lebih molek kalau aku gunakan frasa ‘kurang setuju’. Benar bahawa tanpa produk-produk itu kita takkan mati. Ada saja produk lain yang boleh kita gunakan sebagai ganti. Lagipun perihal hidup dan mati kan ketentuan Ilahi.

Bukan aku menyokong penggunaan produk-produk mereka. Tidak. Aku tak maksudkan begitu. Cuma pada aku, motif dan niat terhadap kepenggunaan item-item tersebut bergantung kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, boikot McD. Jadi bagaimana pula kalau kau bekerja di McD? Adakah hasil titik peluh kau tu diupah oleh rejim Yahudi? Sebagai contoh, boikot Nokia. Kebetulan pulak kau baru beli Nokia 3310. Dah itu saja yang kau mampu. Jadi harus ke kau tukar telefon dan beli M-Mobile?

Niat memang tak menghalalkan cara. Tapi niat yang baik tu insyaAllah diberkati olehNya. Kemon la, contoh macam fast food tu. Benda makan jer pun. Yang penting halal. Kita makan benda yang halal, kita beli dengan rezeki yang halal. Tak timbul soal kita membantu Israel untuk menyerang Gaza. Kecuali la kalau setiap apa yang kita beli tu diniatkan untuk membantu diorang. Yang tu aku tak boleh kata apa la.

Bantuan terbaik adalah doa. InsyaAllah doa kita akan sampai terus kepada Dia. Moga Dia permudahkan saudara kita yang sedang dianiaya.

Sekian, itu saja.

p/s: tak pun, hulurkan derma..derma yang tak payah masuk kat paper..


129 comments:

  1. Cop tempat dulu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, main point entry ni pasal boikot.

      Firstly, orang pom-pam-pom-pam sini sana pasal boikot McD. Dan melalui pemerhatian sye sendiri. Isu boikot McD menjadi jadi bila McD berikan burger free tempoh hari. Kalau ikutkan, banyak lagi produk yg harus di boikot. Yg sering kali juga kita guna dalam kehidupan seharian. Nestle dan Coke contohnye.

      Betul cakap encik.Tak timbul isu bantu Israel dekat sini. Be rasional. Sebaiknya jauhkan makan McD. Tapi jgn pulak pergi serang org yg nak makan McD. Kata bukan bukan pada mereka. Sungguhpun nak timbulkan rasa kesedaran pada mereka tentang pemboikotan ni, buat dengan halus.

      Doa, weapon terhebat kita semua ada. Semoga Dia pelihara semua saudara di sana.


      Delete
    2. tahniah sebab dapat nombor 1..hehehe

      yup, main point entry ni pasal boikot..mentaliti org kat Malaysia ni, bila boikot tu dah macam bahan makanan tu jadi haram..ayat yg kita biasa dgr, "kau makan McD? Israel tu kau tau x?"

      padahal kita makan bukan sebab nak sokong Israel pun..zzzz

      p/s: tak sangka cik nin komen camni..hahaha

      Delete
    3. Selain ayat contoh tu, satu lgi yg selalu sye sendiri dengar 'Kau ni, tak kisah langsung kan dengan sedara kita kat sana?' Yada yada. Cuba jangan cakap bebanyak. Haih.

      P/s: I take that as a compliment, cikgu :p

      Delete
    4. haaa..kan? as if kita ni zalim sgt sebab makan fast food..-_-

      p/s: it's a compliment cik nin :)

      Delete
    5. jawapan aku sama mcam yang aku post kat fb tu je la H..ko taknak boikot ke taknak demo ke taknak doa ke taknak derma ke taknak jihad ke, toksah perlekehkan apa yang orang lain buat..tanya diri sendiri apa yang kita ada sumbangkan..

      Delete
    6. hahaha..aku taip ni bukan sebab nak kondem apa yg ko post kat fb tau..just pendapat peribadi aku jer..sebab tu aku tak tanya pun apa yg org lain sumbangkan..:D

      Delete
    7. apa yg aku post tu tak bermaksud aku pemboikot pon jack..aku pon baru lepas makan domino ni akak aku belanja ni..hahaha..

      cuma aku pelik nape ko dan orang2 yang tak boikot ni nk timbulkan isu ni..tak bersensitiviti betul..

      ko cakap tak pertikaikan dan pendapat peribadi..tapi aku baca pendapat ko ni terang terang mempertikaikan la isu boikot tu..tambah lagi komen2 yang aku sempat baca kat bawah ni, makin banyak perlekehan yang aku tengok..hahaha..

      Delete
    8. aku cuma harap org yg baca entry ni boleh fikir..be rasional..lagipun aku tak nampak apa yg aku taip ni sebagai suatu isu..kalau nak boikot, boikot la..tapi jangan boikot secara buta melulu..

      aku rasa kan, ko yg tengah cuba nak timbulkan isu..kehkeh..

      Delete
    9. dalam entri dan komen ni aku tengok orang yang tak boikot je kondem orang yang boikot ni..

      tak nampak plak aku orang yang boikot kondem ko.. cakap ko tak boikot bermaksud ko sokong zionis or wat ever..sapa yang timbulkan isu sekarang?hehe...

      aku tak anggap aku pembangkang dalam isu ko ni sebab aku bukan pemboikot pon..dan sebab tu aku tak kondem ko ni geng zionis or wat ever pon..boikot ke tak terpulang masing masing..

      tapi ko perlekehkan orang yang boikot ni beb..nampak sangat walaupon ko tak akui.hahaha..tak patut la jack..toksah nak citer la ko boikot ke tak lagi bagus..

      Delete
    10. iyer la bundle..amik la..:D

      Delete
  2. Replies
    1. H baru jer tadi makan KFC..itu pun org belanja..hahaha

      Delete
  3. Aku nak makan..Jpg aku baca...Grrr!
    2nd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk komen Fik kat bawah..zzzz

      Delete
  4. Same as my lecturer told me before, kalau kita boikot MCD, kalau MCD lingkup macam mana degan nasib pekerja pekerja disana. Tahu rezeki itu Allah yang tentukan. Dengan niat diorang utk bekerja cari rezeki yang halal jadi rasanya tidak salah mereka bekerja disana. Takpe lah hanya Allah tahu niat sebenar diornag kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..camtu la maksudnya..sebahagian org xnampak benda2 camni..hehehe..

      betul tu teacher, Allah tahu niat kita..:)

      Delete
  5. H, kat rumah ada tafsir Al-Quran? Sila buka Surah Al-Isra' ayat 4-7.. selamat memahaminya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ini kan? :)

      Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. [4]

      Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. [5]

      Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. [6]

      Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [7]

      Delete
    2. good job mydear.. ;)

      Delete
    3. hehehe..terus google cepat2..:P

      so apa maksudnya Ha?

      Delete
    4. Ayat yg ke 5; (**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi).-->google lagi utk cerita itu, okey..?

      Tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah SWT bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA (DALAM AYAT KE 7) oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya.

      Delete
    5. alahai..malasnya nak google..hehehe

      Delete
  6. Apasal Nur tak dapat tempat pertama kat sini..? Heeeee....

    yup..! betul tu cikgu, apa yg penting adalah DOA kita...
    dan harapnya kita jgn pernah berhenti berdoa untuk saudara islam kita walau dimana kita berada atau apapun situasinya..

    kiranya tak payah tggu keganasan menimpa saudara kita baru nak doa..jadi taman dalam diri, kena sentiasa berdoa..walaupun tiada penindasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur tak dapat first sebab Nur dah first kat tempat Ai..hehe

      betul tu Nur, doa tu kena sentiasa walaupun penindasan tiada..my mistake../_\

      Delete
    2. ohhh..gitu.. dah dapat first kat tempat ai, kat sini kira tak boleh lah eh..

      tidak aci sungguh..heee.. :)

      xpe..lepas ni sama2 sentiasa berdoa ya..!

      Delete
    3. haha
      tempat pertama ada hadiah x Nur?
      H kasi apa?nk jugak lah mcm tu.hehehe

      Delete
    4. tempat pertama dapat rotan 3 kali..hehehe

      Delete

    5. dapat rotan..huh..Kejam..!

      Delete
    6. untung tau H nak bagi..:P

      Delete
  7. kakdah no 3 laa :p

    ada kwn aku sorg, obses dlm memboikot brg2 israel...tp ble org lain beli mcd dia lantak je mkn..katanya bukan dia yg beli xpe....ahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. muhun kakdah study balik matematik tambahan.. :|

      hahaha..boleh pulak camtu ea..kalau camtu xpe la aku makan KFC tadi, sebab bukan aku yg beli..:D

      Delete
    2. Abang Fik, you diam eh..Masa ayang komen tu baru ada 2 orang la banggg....Elok2 ayang dok taip tu tekan je publish dah jadi no 3...Abang diam je yeee :-w
      Grrr!

      Delete
    3. betul la sida, apple memang dah lama x update blog..kahkahkah

      Delete
  8. Bg ena terpulang pada org tu nak boikot ke tak.. nawaitu kita... kalau diikutkan, semua benda kita tak boleh guna.. mata wang kita pun kalau diikutkan.. apa yang termampu, buatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau niat kita betul, insyaAllah akan jadi betul..:)

      Delete
  9. aku pun hairan la..kenapa org sekarang heboh duk boikot mcd. kenapa tak produk lain yg mana dikatakan memberi dana kepada israel cthnya nestle. tak de pulak heboh2 pasal nestle.

    McD je yg merasa diboikot..tapi apa2 pun kita cuba lah buat apa yg kita mampu nti bila Allah tanya at least kita ada jawapan dia. sekian dari aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus terang cakap, aku tak boikot apa2..kecuali kalau benda tu ada cop atau logo Israel..yg tu aku x beli la..takut kena maki..hehehe

      eh rakyat and produk pure drpd Israel memang kena ban drpd masuk Malaysia kan?

      Delete
    2. rakyat israel n pure produk dia aku tak sure la pulok..

      Delete
    3. aku rasa memang kena ban tau..

      Delete
  10. aku tak boikot... sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la TK..aku pun tak boikot..better aku bantu cara lain yg termampu..

      Delete
  11. Saya nak juga elakkan bli @ berbelanja utk benda2 yg dlm senarai boikot, tapi, hari ni sja bila keluar dlm masa 2jam anakku yg 2 thn lebih tu berguling2 nak aiskrim mcd, ayam n kentang kfc... Beli la, takkan nk biar budak yg tak kenal israel n zionis ni lapar pula, kan?
    Jadi, mmg tak boleh.. Btl kata H, kita usaha tolong cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la..xkan nak biarkan budak umur 2tahun yg xtau pasal apa2 tu kelaparan pulak..kesian kot kat dia..lagi2 anak sendiri, memang la xsampai hati..

      Delete
  12. husna plak boikot ke x sama je..
    tp yg pasti seumur hidup x pnah mkan mcD lagi..
    sedih dop?? sob..sob..:'(

    banyak yg husna perasan dari org yg lebih berpengalaman..
    sebenarnya nasib diorang x perlu dihiraukan (bukan x hirau sama sekali sampai xtaw nasib diorang) maksud husna tentang nasib kita di malaysia ni..terlalu bnyak perbezaan..diorang in sha Allah sudah jadi penghuni syurga..=)

    saya budak baru belajar..^^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yg sudah maklum Doa adalah senjata yg paling besar..=)

      Delete
    2. erks..husna nak makan McD x? meh2 H belanja..heheh

      insyaAllah..:)

      Delete
    3. jom2..org nak belanja mana boleh tolak..
      yeay!! =D

      Delete
    4. errr...tak jadi la..kite nak study, esok exam..:|

      Delete
  13. Sebenarnya psl isu ni aku banyak diam je drpd bersuara, especially dlm fb laa. Yg tak boikot kondem yg boikot, yg boikot kondem yg tak boikot. Last2 gaduh psl boikot memboikot je. Hahaha!

    Yg tak sedapnya, kalau dah panas hati, mula la nak kaitkan ngan macam2 isu laen. Aku sebenarnya tak berani nak cakap lebih2 psl ni, sebab aku kurang pengetahuan. Cuma yg aku nampak, yg boikot rasanya tak perlu kata yg tak boikot tu sokong Israel. Yg tak boikot pulak, rasanya tak perlu kata no point utk boikot. Ikut la sensitivity maseng2 kan?

    Kalau tanya aku, aku belum niatkan lagi hati aku untuk boikot. Sbb aku suka McD. Hehehe. Tapi, atas dasar sensitivity, & sbb aku kurang maklum sebenarnya sejauh mana kewajaran or kewajipan kita utk boikot, aku akan cuba tahan nafsu drpd makan McD. Lagipun, kan boleh jimat tu. Hahaha! Yg pasti, tak wajib boikot kan?

    Lastly, nak tambah siket. Aku tak paham ada yg tetiba kaitkan 'Ada yg marah Israel tapi aurat maseh terbuka'. If kau paham, boleh explain utk aku tak? Kenapa tiba2 isu aurat or kewajipan as individu Islam tu dikaitkan bila seseorang menyatakan kesensitivitian dea terhadap kekejaman Israel? Apa org tak tutup aurat tak boleh sensitif ke? Org tak kuat agama tak boleh rasa marah ke dengan kekejaman terhadap saudara seagama? Siapa tau dea tak tutup aurat tapi dea menderma? Mungkin, as contoh je. Err salah ke fahaman aku? Aku cuba pahamkan, tapi aku kurang dapat paham la. Hehehe

    Kan dah aku pun tertumpang buat entry. Betul. Sebelum ni aku diam je psl benda ni. Baru kali ni terasa nak lepaskan. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gatal jari nak komen lepas baca komen kak liyaa pasal aurat tu. Tapi, biar cikgu komen dulu la. Nanti tumpang menyampok aje. Heee :D

      Delete
    2. Eh, tu pun dah menyampuk tu :P

      If Ninja boleh pahamkan akak pasal aurat tu, silakan la komen. Akak nak tau juga :D

      Delete
    3. Liyaa: aku pun nampak jugak kat pesbuk pasal boikot2 ni..and macam yang aku kata kat atas tu, aku bukannya tak setuju..cuma aku kurang setuju..aku taip entry ni bukan sebab nak pertikaikan mereka yg boikot..just setakat nak tekankan pasal niat masing2..hehehe

      so far aku pun tak boikot McD or kepsi or pizza or anything related kat gambar tu..suatu masa dulu aku pernah baca kat mana ntah, tulis camni, jangan makan something yang kita rasa was-was..means, makanan yg either tak halal or memudaratkan diri sendiri..

      pasal entry tambahan tu..hehe..benda ni terletak pada mentaliti..aurat tu urusan kita dengan Allah..tapi dalam masa yg sama, tak salah kalau nak menegur batas aurat orang lain..

      sensitiviti pada kekejaman Israel pulak lebih kepada isu kemanusiaan..antara manusia dgn manusia..in fact, aku percaya org yg bukan Islam pun simpati pada nasib org kat Gaza..simpati diorang tu atas dasar kemanusiaan..

      masalahnya skg, bila isu kemanusiaan tu dicampurkan dgn isu agama..sebab penduduk kat Gaza tu orang Islam..jadi bila kita simpati, org pertikaikan pulak tentang keislaman kita, which is pada aku tak sesuai or tak kena pada masa..

      aku syak kalau kekejaman tu berlaku Brazil dan kita semua ni simpati pada org Brazil, mungkin org tak pertikaikan pasal tudung kat kepala..-_-"


      Cik Nin: meh2 komen meh..

      Delete
    4. Ehem, rujuk perenggan 4 dgn 5 encik H dulu. Takpe? :p

      Betul cakap encik. Isu dia sekrg lebih kepada kemanusiaan. Org yg pertikaikan pasal aurat tu sengaja cari pasal je tu. Humanity ni tak perlulah campur adukkan dgn agama ke bangsa ke. Contoh la, indian sibuk2 kempen boikot mcd kan, ttbe datang malay kata 'kau bukan islam pon.' kan dah timbul kes lain pula.

      Sekurang kurangnya, yg tak tutup aurat tu kisah dan ambil peduli. C'mon laaa. Grrr, org camni memg ada. Sengaja nak buat situasi panas. Elok pegi sana. Ambil peluang mati syahid. Hehe :D

      Isu tutup aurat ni same macam isu doa. Tweet sana tweet sini 'pray for gaza'. Tapi, tetibe ada yg strikes back tnye berapa ramai yg sebenar benarnya tadah tangan dan doa utk mereka kat sana? Ini semua luar pengetahuan kita kan. Heh.

      Tak perlu nak kait isu aurat ke, boikot tak boikot ke, ini pasal kemanusiaan. Bila seseorang tu dah mula kisah pon kira Alhamdulillah. Lagipun, doa buat saudara islam yg lain tanpa pengetahuan saudara islam itu, akan di aminkan malaikat utk kita juga :)

      Org macam tu, jangan layan. Biar dia penat sensorang. Biar dia fedup sensorang. Nanti senyap la. Kalau tak sumbat je botol coke dalam mulut dia -_-

      Err rasa macam tak menjawab soalan dan merungkai persoalan kak liya je ni. Cikgu, semakkan karangan! =.='

      Delete
    5. Tapi sye jugak faham dgn org yg keluarkan statement macam 'marah israel tpi buka aurat' Bila fikir semula. Tutup aurat, peraturan Islam. Bila kita sokong perjuangan islam tpi pada masa yg sama kita langgar peraturan islam. Kelihatan janggal kan?

      Err, balik semula pada nilai kemanusiaan T.T

      Delete
    6. Cis, delete button takde pulak! Komen atas ni rasa macam dah menyentuh sensitiviti pulak. Ohh, komen2 atas ini semuaaa pandangan peribadi. Hehe.

      Delete
    7. kata ko betul liya betul,bnyk yang boikot mengata kat yang tak boikot..yg tak boikot ngata kat yang boikot..H pon salah sorang yang tak boikot mengata kat boikot gak ni..kehkehkeh..

      H ko cakap bukan nak mempertikaikan ek cuma citer pasal niat.hahaha..tapi apa yang ko tulis tu?jelas ko mempertikaikan/memperlekehkan orng yang boikot beb..tak perlu la sampai nak tukar2 fone lak kan..menganjing sangt tu..hahaha..niat orang boikot tu ko pon tak tau apa kan..so biarkan je la apa orang buat..semua tu ada kebaikannya..tak nak sumbang papa duk diam sudah..hahaha..

      Delete
    8. cik nin: kesedaran tu patutnya dalam diri masing2..kalau kita sendiri nak sokong perjuangan Islam, kita sendiri kena la tunjukkan contoh yg baik, biar org respek dgn Islam tu sendiri..

      cikgu dah semak karangan cik nin..tinggal nak bagi bintang jer..:D

      Delete
    9. bundle: hahaha..at times aku mula2 taip entry ni semalam, aku memang dah agak yg ko akan bangkang apa yg aku cuba sampaikan..:D

      contoh tu aku create untuk gambarkan situasi yg entah apa2..tak sangka pulak ko take serius..kehkeh..tapi terpulang la pendapat ko ye tak..ko pun mesti ada pandangan ko sendiri..so kalau ko rasa aku pertikai or perlekeh org yg boikot, aku cuma mampu hormat pendapat ko..

      aku fikir banyak kali masa taip entry ni..sebab tu aku gunakan frasa 'kurang setuju'..

      Delete
    10. Okeyy! Penerangan dah jelas. Sekian terima kaseh. Hahaha! Siket sebanyak dapat jugak point drpd apa yg korang cakap.

      Ninja, dun worry. Persoalan siket sebanyak terungkai jugak. Dapat bape bintang drpd Cekgu H? :D

      Takpe la. Berbalek kepada tajuk kau H, tentang niat. Sbb kita pun taktau apa niat org yg kaitkan isu Gaza ngan isu aurat, or isu2 laen. Kan?

      Tapi standard kut macam tu. Sedangkan isu Gaza pun boleh dipolitikkan :P

      Hai Pakcik Bundle. Lama tak jumpa :">

      Delete
    11. pasal niat ni memang susah nak kata..macam mana kita xtau niat orang, macam tu jugak la org xtau niat kita..kehkeh

      but then, aku still letakkan niat sebagai perkara yg mula2 aku kena fikir sebelum aku buat sesuatu perkara..:D

      Delete
    12. aku takde internet lagi oii..

      Delete
    13. Minta izin menyampok lagi sekali.

      Rasanya Encik Ym pon boleh panggil cikgu kott. Macam garang je. Hehe :D

      Cikgu H, meh bintang!

      P/s: Cikgu, bila baca semula komen sendiri en. Rasa macam dah pertikaikan mereka yg boikot je :/

      Delete
    14. Ym Bundle memang cikgu..tapi dia lagi garang..kehkeh

      p/s: cik nin tanya cikgu yg mana ni? :D

      Delete
    15. Ketegasan dia menyerlah okay. Hahaha.

      P/s: Cikgu H je kott cikgu sye? Zzzz! :p

      Delete
    16. amboi..cikgu bundle marah nanti xtau ea..hahaha

      p/s: entah la cik nin..bila baca rasa okey jer..cik nin lagi faham kot apa maksud komen cik nin..lagipun cikgu malas nak cari point2 negatif dalam komen orang..think positif jer..:P

      Delete
    17. Exactly. Sye lagi faham. Ehem, lgipun bergantung pada niat kan cikgu? Waaa, bagus sikap cikgu yg satu ni. Sye bagi cikgu satu bintang!:D

      Delete
    18. grrrrr...sape cikgu nih? rotan kang haaaa...>:[

      Delete
    19. Rotan simpan! Tapi kan cerita pasal bintang, dulu dulu cikgu kat tusyen suka lukis bintang bebanyak kat tangan! Seronok! Hehe :D

      Delete
    20. erkk..lukis pakai apa? marker pen ke?

      Delete
    21. Pen merah. Dekat pergelangan tangan :D

      Delete
    22. ohoo..pen merah pen biru, u marah i malu..faham2 :P

      Delete
  14. a'aah . betul tak payah masuk paper . masuk facebook ja . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..derma yg masuk TV or paper tu semua derma yg entah apa2..nak derma, tapi kena panggil wartawan..hulur replika cek, amik gambar, pukul 8 dah boleh masuk berita..:D

      Delete
    2. kalu tgn kanan beri jgn sampai tgn kiri tahu ;)

      Delete
    3. haaa..peribahasa baru ke ni? hahaha

      Delete
  15. wow, isu semasa skang.. banyak dh yg share sal gaza skg..

    hmmm.. mcd, mmg sy xpenah suka Mcd.. bukan sebab boikot, tapi Mcd x sedap.. -__-

    Dahuulukan dlu perkara yang penting, baru sibukkan diri dengan benda yang dirasakan penting selepasnya.. apa yg penting, benda yang penting tu terlaksana sebaiknya.. baru laaa hidup aman sentosa.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..H makan jer McD walaupun tak sedap..tapi kfc lagi tak sedap tau..grrrr

      apa yang penting? KERJASAMA!!

      Delete
    2. haishhh.. kfc lagi sedap laaaa!

      Delete
    3. errr..okey2..pizza lagi sedap.. :|

      Delete
  16. Yg penting kita doakan keamanan untuk Palestin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg berkemampuan hulurkan derma..tu yg terbaik..

      Delete
    2. setuju ngan kak M..
      kalo berkemampuan x salah hulurkan derma ikhlas bg meringankan :)

      Delete
    3. insyaAllah..doa pun kira sedekah jugak kan..hehe

      Delete
  17. hurm,
    msg2 ada pendapat kan,ada pendirian kan..so ssh nk cakap..yg penting rsnya sama2 berdoa kat Tuhan moga Allah permudahkan segalanya tuk mereka.kalo bab nk boikit mcm baru2 ni boikot mcD tu rsnya x sesuai la jugak sbb rata2 kebanyakan yg kj mcD tu pun org2 kita gak.huhu btul kan H?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kebanyakannya yg keje kat fast food ni bangsa kita jugak..maybe sebab org melayu ni komposisi kaum yg paling ramai kat Malaysia..hehe

      Delete
  18. takottt nak coomnt ;)

    Im lovin it =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jna, kenapa komen bawah? :(


      And, pendeknya komen? :'(

      Delete
    2. alaa..Na jangan la takut..H kan ada..hewhew

      Delete
    3. CIS! kena perli..Na td da cmmnt atas Lyaa tp H da delete..sbb takot Lyaa kecik ati..syik Na jee dok atas dari Lya hahahaha

      yeker? H ade ke? H akn jaga Na sampai bebila ke?? KATA KAN YAAA KATAKAN YAAAA YA YA YA~~!!!
      YEAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

      HAHAHAHA

      Delete
    4. H ada, kot..hahahaha

      Delete
    5. Tak sangka H nak delete komen Jna semata2 nak jaga hati aku. Bukan aku kata, Jna yg bgtau. Terharu. Takut aku boikot taknak komen panjang2 lagi kat sini letteww! Hakhak

      Jna, mana ada perli. Sedih betul2 la tuu :P

      Delete
    6. aku mesti la nak kena jaga hati kau..kau kan mentor aku..hahaha..kalau kau takde nanti siapa nak komen panjang2..:P

      Delete
  19. yang penting niat... dan doa untuk mereka...

    ReplyDelete
  20. terpulang pada individu. chic na rasa better buat yg lebih bermanfaat macam berdoa atau menderma. at least dpt membantu sesama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..semuanya tetap bergantung pada individu tu sendiri..apa yg dia rasa baik, insyaAllah hasilnya akan jadi baik..:D

      Delete
  21. jangan beli M-Mobile belilah Ex-Mobile yang duta dia Rashid Sidek *tiba2*

    doa senjata orang mukmin. ikhlaskan hati memohon pada Allah s.w.t moga2 aman saudara kita disana.

    boikot2 ni kadang terikut2 je lebih, tengok la pasni reda balik masing2 pekena balik samurai beger ke, choco top ke. ini pendapat aku la. mohon jangan ada salah faham.


    ReplyDelete
    Replies
    1. berkenaan boikot ni...ada juga yg bertelagah sesama sendiri.

      yg boikot kutuk yg tak boikot.

      yg tak boikot kutuk yg boikot.


      mende la semua ni??

      Delete
    2. haaa..boikot2 ni kebanyakannya jenis yg terikut2 la..kira macam sms berantai jugak..sebarkan kepada 5 orang kawan, kalau tak akan menerima nasib buruk sepanjang hayat..-_-"

      kat pesbuk tu ramai kot bertelagah sesama sendiri..hehehe

      Delete
    3. nampak sangat ko memperlekehkan org boikot H..hahahhaa...

      Delete
    4. iyolah bundle..aku perlekehkan org yg boikot..zzzz

      Delete
  22. Saya xde la boikot memboikot ni. cuma tak berkesempatan je nak g beli Mcd ngn KFC tu walaupun dekat je.. kerja banyak hehehe,
    ~kalau fikir nak boikot, terlalu byklah barang yg kita kena boikot. tp betullah tu, mereka2 yg kerja dibawah company2 tersebut tu mcmana? kena berhenti & tukar kerja ke?
    ~banyak cara sebenarnya nk jadi kuat. dan kekuatan terbesar kita bila kita umat islam ni bersatu.. kita lemah & tergoyah sebab kita berpecah belah sesama sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sebab tu org dulu2 ada kata, bersatu kita teguh, bercerai kita rujuk..hehehe

      Delete
  23. nak ambil pot juga kononnya hehe.
    Aku ni tak lah tahu byk tentang Gaza n plastine ni. Tapi kes mereka ni bukan org Islam saja yg kasihan n cuba beri bantuan. Org bukan beragama Islam pun sama. Atas dasar kemanusiaan.

    Dari kawan atas kawan aku yg kononnya byk tahu ttg Gaza ni. ada la konon buat kajian sikit. Di Gaza bukan hanya ada org beragama islam. Macam di malaysia juga berbilang agama. Cuma mejoritinya muslim tentunya. Dan mereka turut sama tertindas.

    Pasal boikot makanan dan lain-lain barang tu. Macam dah lama berlaku dan dah ramai yg cakap macam tu. Kita Boikot MCD, tapi yg kerja kat MCD tu siapa? bukan rakyat malaysia? bukan saudara kita? hurm... pendapat peribadi akulah. Kalau mampu derma dan IKLAS tentunya. mohlah kita derma. Kalau rasa ralat hati nak derma wang ringgit.. kita iklaskan hati BerDOA dan Memohon pada DIA. Moga-moga berkat DOA kita semua akan ada jalan bagi mereka. Setiap musibah itu kan pasti ada Hikmahnya. sekian terima kasih komen saya yg panjang lebar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah maaf.. terguna akaun ini pulak alamak!

      Delete
    2. hahaha..xpe2..aku lagi suka kalau dapat komen yg panjang2 :D

      aku xde apa nak reply kot..sebab mostly apa yg kau komen, adalah apa yg aku cuba sampaikan..mungkin tak semua org mampu derma wang ringgit, tapi insyaAllah ramai yang mampu hulurkan doa..:)

      Delete
  24. demo lo nih tak supo mulo, xberani kawe nok tegorr . eh eh . NIAT aku komen bukan nk smbung lagu ko . mihmih .

    yg bab keje kat mcD tu , ade kwn aku gtau , nah aku tlg kopipes . ( ko an suka org komen panjang2 . :DD)

    Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?

    Ini senario yang paling mungkin.

    McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).

    Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

    1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.

    - Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.

    - bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.

    - Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerjadi McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

    Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.

    Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.

    Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.

    Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.

    "Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"

    derma derma jgk ,doa doa jgk , boikot boikot jgk , alangalang tu jgn lupa ubah diri kita jd muslim yg lebih superduper . baru lah org yahudi takut . mcm zaman Rasulullah dulu2 . diorg takut sbb kita ada Allah . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa..pencerahan macam ni memang cukup menarik..aku tau McD or kfc or pizza or anything yg kena boikot ni takkan rugi..sebab kebanyakan fast food ni konsep franchise..so keuntungan diorang jer yg mungkin berkurang..betul tak? correct me if im wrong..tapi pasal market share semua2 ni memang aku tak berapa tau..:D

      aku takde la niat nak berbalah dgn siapa2 pun..tidak jugak menghalang org lain drpd boikot apa yg diorang rasa nak boikot..cuma aku harap org jangan terlalu obses memboikot sampai terabai apa yg sepatutnya dijaga..

      p/s: aku rasa komen aku ni pendek sangat la..malu pulak kat kau..hehehe

      Delete
    2. anyway, tima kasih sebab explanation ni..

      Delete
    3. ko ada je lagi nak kondem orang yang boikot kan..hahaha..jgn obses la, jgn terabai hal lain la..ko tgk diri ko dulu H..macam obses je taknak boikot aku nampak,kang terabai lak hal yang sepatutnya jaga...kehkehkehkehkeh.....

      Delete
    4. Ya Allahu Akbar..aku xtau la apa yg ko xpuas hati sangat kat aku..terpulang la bundle..aku boleh terima and hormat pendapat orang lain..kalau ko rasa ko xleh terima and hormat pendapat aku, tu ko punya pasal..aku malas sebenarnya nak komen panjang2 dgn ko..

      Delete
    5. hahahha...aku ok je H, bila pulak aku tak puas hatinye..hahaha..aku orang tengah je sekarang ni..sebab ko bantai sebelah pihak je, tu yang aku defendkan pihak satu lagi..hahahaa..jgan la emosi sangat bro..hahahaa....

      sori la tertimbulkan kontroversi sikit..sorii..


      ymbundle via nokia3310

      Delete
  25. dekat entri ni aku tak nak komen. aku tak tahu nak komen apa. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..xpe dira..komen camni pun dah kira okey..hehehe

      Delete
  26. Boikot ikut kemampuan dan yang tidak menzalimi diri sendiri dan keluarga itu adalah yang paling utama demi sensitivity dan solidariti kita terhadap saudara seIslam kita di Gaza.

    Tapi kalau boikot sampai berhenti kerja di McD sedangkan takde sumber rezeki lain, buang telefon Nokia, buang laptop/pc sebab ada cip Intel.....itu BODOH namanya. Tak gitu? hehe...

    ReplyDelete
  27. dalam pemilihan makanan, bagi aku, bukan setakat halal yg perlu kita amik kira. tapi halal & toyyib (baik). 2 kriteria. halal dari segi sumber & cara pembuatannya serta baik kpd tubuh badan. sebabnya, ada makanan yg halal tp x semestinya baik utk kesihatan. setuju..?? (hanya pendapat aku je ni..)

    dlm isu boikot pulak, bukan semua barangan Yahudi yg termasuk dlm list. kita disarankan boikot hanya utk syarikat yg jelas nyata menyumbangkan dana kpd rejim Zionis Israel je. (http://www.inminds.com/boycott-israel-2012.php)

    mungkin boikot adalah salah satu cara tp bukan satu2nya cara utk tunjuk rasa prihatin kita terhadap rakyat Palestin.. betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..salah satu cara, bukan satu2nya cara..ramai org yg terlepas pandang benda tu..huk2

      Delete
  28. Kontroversi pulak jadinya entri kau eh adik..Kahkahkah..

    "Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!"
    Bahahahahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukannya aku yg timbulkan kontroversi la kakdah..grrrr

      Delete
  29. apa y kita mampu buat dr sini..berdoa of course..xD

    boikot selagi mampu..mcm bekerja kt mcD..klo da timbul isu mcD bntu israel serang org islam..msti serba slh kn..so..apa slh usaha cri kerja laen..mmg xsenang nk cri tp sekurg2nye kite ada usaha..~tp klo pelanggan mcD?mcD tu fastfood je..bukan mknn harian pun..sedap lagi mkn nasi lemak warung sebelah rumah..hew2..~
    [tu je la nk komen..isu terbesar skrg kn..hew2]

    "aku tak berniat lgsg beli mcD tu tok bntu israel.."nmpk x?dia xde niat lgsg nk bntu israel..tp bab2 boikot ni..niat je xcukup kn..usaha lg penting kot..allah pndg usaha kita walaupun ianya sgt kecik..xgitu..that's my opinion..xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..niat jer x cukup..usaha tu yg lebih penting..tapi insyaAllah niat tu akan buka jalan untuk usaha yg lebih baik..:D

      Delete
  30. err, macamana nk ckp ye. tak tahulah bab ni sensitif ke tidak, tp aku kureng stuju sket. Yes, betol mcm ko ckp, takkan dh ade nokia nk tukar m-mobile yedak? Tp kita anggap macam ni jela. Macamana kalau family kita yg berada di tempat mereka. dan dapat tau plak yg salah satu sumber army tu drp kita sendiri.macamana rasa? niat ke tak niat ke secara tak langsung kita tertolong jugak. and, salah satu cara utk menyumbang (walaupun sikit)dengan tidak terus menambah sumber mereka. tp depends atas keprluan masing2, hormat semua pandangan.no hardfeelings :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa..aku setuju dengan pendapat ko..hehehe..lagipun ni cuma pandangan aku jer..tak semestinya pandangan kita semuanya sama ye tak? :D

      Delete
  31. aku pun rasa benda yang sama H. ada mcam2 cara nak support palestin. bukan hanya boikot. bagi aku yg boikot itu hanyalah simbolik. tapi kalau nak boikot pun berganntung pada keperluan masing-masing. kalu duk boikot je sana-sini, tapi tak berdoa untuk depa kat sana, no point juga. juz opinion aku je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilalah aku nak jadi org first komen entri ko ni H??? haha

      Delete
    2. errr..sekejap lagi aku nak post entry baru..agak2 sempat x kau drop komen 1st? hahaha

      Delete
Back To Top