Entry kali ni ada unsur-unsur eksperimentasi. Di mana korang mungkin akan gunakan imaginasi untuk gambarkan keadaan dan situasi.
Cerita ni kebetulan berlaku tengahari tadi. Kat kedai makan tepi jalan. Watak utama adalah aku. Berbaju t-shirt tanpa kolar, berwarna biru muda. Berseluar jeans biru tua. Pakai spek, rambut pendek. Ada jam kat pergelangan tangan kiri. Tangan kanan pulak pegang kunci kereta. Melangkah ke kedai bersama tujuan murni, makan dan minum dengan sengaja.
Watak sampingan di kedai makan. Tauke kedai, seorang wanita pertengahan usia. Pakai t-shirt, pakai tudung. Kat sebelah kanan ada budak lelaki, anak dia, tengah duduk atas kerusi. Mungkin Darjah 1 atau Darjah 2. Watak lain, pembantu-pembantu kedai. Seorang tukang buat air, wanita juga. Kurus, free hair, agak cantik. Berbaju hitam. Ber-legging hitam. Mujur orangnya tak hitam. Seorang lagi, wanita juga. Tukang kemas agaknya. Badan agak berisi, pakai tudung. Pakai spek mata. Cakap sikit, ketawa. Cakap sikit ketawa. Nampak macam galok pun ada. Sebab jenis ketawa manja.
"Nasi?" Akak kedai tu tanya. Aku angguk jer. Lapar, tak boleh cakap banyak-banyak. Tak sampai seminit, nasi bertukar tangan. Dia hulur tangan kanan, aku ambil pun tangan kanan. "Terima kasih." Macam biasa la. Aku memang biasakan diri aku untuk ucap terima kasih.
"Air?" Akak tu tanya lagi.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Aku fikir, tak terus jawab. Sebab tak tau nak minum apa. Cadangnya nak order sirap bandung macam semalam. Tapi tak jadi. So turn aku pulak tanya, "limau kasturi ada?"
"Ada." Dia jawab. Ringkas.
"Okey, limau ais." Then terus aku ambil lauk macam biasa. Simple jer. Hati ayam plus kentang masak sambal. Dengan telur masin separuh. Cukup la kot. Makan nasik, bukannya bela saka.
1 minit kemudian, pembantu yang pakai spek tu datang bawak air limau ais. Tapi tengok pun tau bahawa itu bukannya air yang aku nak. Sebab dia guna jus yang daripada paket. Jus limau ais dengan asam boi. Air tu jadi macam yang kat bawah ni. So? Idak ler teman maunya. Asam jawa dalam sambal tumis tu aku suka la. Tapi asam boi dalam limau ais, maapkan ambe. Tanpa segan silu, aku mintak tukar. Inform kat dia yang aku just nak air limau biasa. Bukan yang dalam paket punya.
Tengok kaler pun dah rasa macam tak sedap.. |
Ni la maksud aku..air limau tapi limaunya tak ada.. |
"Tak ada la. Ada limau ni jer. Nak tukar ke?"
"Ermmm..Teh O Ais."
Kesimpulannya, aku tak suka minum limau nipis, tapi suka minum limau kasturi. Dengan syarat, limau kasturi tu tak ada asam boi. Sebab aku pun tak suka minum air asam boi. Kalau diikutkan, kejadian tadi tu mungkin salah faham jer. Mungkin akak tu ingat aku nak jus limau kasturi, bila aku just mention tentang keberadaan limau kasturi. Padahal sebenarnya limau kasturi yang pure memang tak ada.
Tu tak apa la. Tak kisah. Sebab pernah dalam kes kat kedai-kedai lain, bila aku tanya, dijawab limau kasturi ada. Tapi bila sampai, limau nipis jugak yang aku rasa. Yang tu lagi keji, bukan jer mempermainkan perasaan anak muda, malah silap-silap boleh terus matikan selera. Kan senang kalau tak ada cakap tak ada. Banyak lagi kot air lain yang aku boleh order.
Dah. Itu jer cerita aku. Abaikan tajuk yang gedik tu..
p/s: dulu aku suka minum air milo ais..dulu, lama dulu..
huuu. aku tak suka air limau.. ehehe.
ReplyDeleteAku suak milo ais, horlick ais dan nescafe ais. Mih mih mih.
#aku rasa dedua salah dalam hal ni.
aku sbnrnya minum jer milo ais, horlick ais dgn nescafe ais tu..tapi still limau ais jgk yg jadi feveret..:D
DeleteLOL. awat hang memilih sangat tang minuman ni H? tak pernah menerai la pulak minum air limau kasturi ais, biasanya teman minum limau nipis jer
ReplyDeletenak sedap, mmg kene buat manis air limau nipis tu
kalau air lain aku x kisah sgt kopi..kot aku mintak air kopi ais, dia bagi kopi o ais ke..yg tu xpe..tapi limau ni, mmg xleh..kena tggu stgh jam pun aku sanggup tukar.
Deletetekak aku mmg xleh minum limau nipis kot..
kalau minum jugak, apa yg jadi?
Deletehaha
Deletekalau minum jugak..jadi hulk..warghhhh!!!!!!!!
Deletejarang sekali entry bergambar,... ni mmg serius tak puas hati nampaknya....
ReplyDeleteeh mana ada xpuas hati kak..hahaha..kebetulan jer kot kejadian arini perlu diletakkan gambar..:D
DeleteLimau.. walau nipis, tebal beza nya. Lenkali, bawak sendiri limau kasturi buh lam poket, pastu nyonyot jer kasturi tu depan2 dorang kalau berlaku salah faham lagi. (melampau tak saravanan?)
ReplyDeletehahaha..aku mmg xsuka minum limau nipis la dora..dah try tapi rasa kelat jer kat tekak ni..:D
Deletesungguh detail air2 itu kau describe.hahaha
ReplyDeletehahaha..aku still rasa macam x cukup detail..:p
DeleteTry r neslo Ais! SEDAP!
ReplyDeleteaku boleh jer minum neslo ais..bukan x pernah minum..tp still limau ais jugak yg paling sedap..sebab boleh rasa masam dgn manis tu dalam satu masa..:)
Deletepernah gak macam tu...last2 rasa air gula je...LOL
ReplyDeletehahaha..air gula tu xpe lagi..blh jer kalau nk teruskan minum..yg penting bukan limau nipis..:D
Deletehuhuhu....
ReplyDeletesaranan aku lepas baca ni, ko tukar je la order air lain...
macam teh o ais...
semua kedai ade, berbagai jenama tersedia...
:)
hahaha..sekali sekala aku mmg order jer air lain..tapi still aku rasa limau ais jugak yg paling sedap..:D
Deletedulu akceli aku minum limau ais sangat2...
Deletemasa aku belajar kat u dulu...
tapi pengalaman pahit seperti kau membuatkan aku tekad untuk berubah H...
tekad sehingga kini aku memilih teh o ais ialah minuman rasmi kedai...
hahaha.
:P
hahaha..aku setiap kali sebelum order air, aku mesti tanya siap2, limau kasturi ada ke tidak..
Deleteteh o ais tu mmg minuman rasmi rakyat malaysia, yg tu xleh buat apa la..hahaha
pastu H kena bayar tak air yg sebelum tu?
ReplyDeletetak..bayar harga teh o ais jer..:p
DeleteKalau hani... hani telan jer... redhaa...
ReplyDeletehahaha..kalau air lain tu boleh jer telan..tapi bukan limau nipis la..:D
Deleteaku minum semua jenis air. harap maklum. so, apa2 air pun boleh kalau h nak blanja :)
ReplyDeleteerkk..air suam jer la kalau camtu..hahaha
DeleteYupp...limau nipis xsedappp....!
ReplyDeleteNur pun pernah kena mcm H...
Tp xminta tukar pun..huhuhu...
Chopp....!
DeleteTedemawan tu mende...?
Typo ehhh....
Keee pelat.....?
haaa..kan? limau nipis tu rasa dia macam kelat2 ke apa ntah..susah nak esplen..tapi memang tak sedap..:p
Deletep/s: Nur xtau ke tedemawan tu apa? hahaha
Dia rasa pahit2 kelatkan...
Deletemmg xsesuailah limau nipis buat ais...
Tp kalau buat basuh ikan utk hilang hanyir...sesuailah...kehkehkeh....
Err...xtahu....
Ape eh tedemawan tu......?
Okay dah tahu....
DeleteTeruknya H typoooooo.....
Hahahaha......
Okay dah tahu....
DeleteTeruknya H typoooooo.....
Hahahaha......
eh tapi ada org kata, limau nipis ni bagus utk buang lemak..xtau la betul ke tidak..
Deletetedemawan tu sengaja okey..hahaha
Limau kasturi pun boleh untuk buang lemak..
DeleteMcm nur mmg hantu limau kasturilah..
Kalau order air mesti nak limau...
Sirap limau ke...teh o limau ke..
Kadang2 je tukar air...
Tapi xkuriuh2 pun..hahahahaha....
Typo yg melampau tau H...sampai Nur xfaham...grrr....
ooo..Nur hantu rupanya..lalalala~
Deletetak faham? Taru Pyto pun x faham? pelik...:p
Hantu bukan Nur, Tapi H...
DeleteHahaha...
Taru Pyto?sape tu...
xkenal punnn... :|
taru pyto tu ada kat fesbuk..tu fesbuk baru dia..:p
Deletemesti budak perempuan tu cakap dalam hati 'kereknya mamat ni'.. hahah..
ReplyDeletetitew tak minum air limau nanti sakit pewut.. :p
hahaha..memang kerek pun..:p
Deletekalau H xtanya limau kasturi ada ke tidak, yg tu xpe la kot..sebab mmg sendiri yg salah..tapi dah dia kata ada, so boleh la tukar bila air tu salah..hahaha
titew x sakit pewot pown minum air limau..:D
Kalau minum kat kedai aku selalunya memang order limau ais....selalunya memang dapat yg limau nipis. aku telan aje. Kalau dapat limau kasturi terasa bertuah lak anak tekak sebab tak semua kedai pakai limau kasturi jadi aku paham anak tekak kau.
ReplyDeleteaku kalau limau kasturi xde, mmg kompem order air rasmi org malaysia..teh o ais..hahaha
Deleteletih pk tedemawan tu ape...kegemaran upenye...hahaha...
ReplyDeleteair limau nipis ais ok lg...kalo pnas or suam mmg hampeh..pahit je rase...
x kira ais ke panas ke suam ke, tetap tekak ni xleh nak terima..rasa macam pahit jer..hahaha
Deleteair limau kau x penah takde problem :|
ReplyDeleteaku syak limau kasturi ni stok barang kawalan la..asyik ada problem jer time aku order..:|
Deletehaa..asal dlm menu xde sayur..nih nk kena nih..grr..
ReplyDeleteteringat member husna yg suka sgt mnum milo..ada skali tuh psan kat kdai mkn mna tah, dya guna milo cmpur coklat malt tuh..member husna nih boleh perasan oow..terus x order dah klau kat kdai tuh..
lately nih asyik sebat barli je..=D
eh kentang tu kira sayur la husna..ke bukan? :p
Deletedulu H suka minum milo ais..tapi sebab kat umah pun dah boleh buat sendiri air milo 3 dalam 1, so rasa rugi plk order milo time kat luar..kdg2 jer baru order..hahaha
barli H kurang sikit..or maybe lebih kpd xminat..:D
errr..xtaw nk ckp..haha..tp husna mksudkan kat sini, sayur hijau..hehe..
Deletesungguh..klau minum kat luar asyik pesan air yg sama je baik x pyah minum..rugi..blik umah bleh buat sdirik kan..=D
cer try..husna sekali cuba hari tuh, jtuh cinta terus..=P
takde sayur hijau yg menarik aritu..tak menyelerakan kot..hahaha
Deleteair limau tu leceh nak buat..kena potong limau, kena perah limau, kena letak gula, kena letak air..tapi kalau milo senang jer..sebab 3 dalam 1..:p
jatuh cinta? ewwww..malew itew..#_#
parah nih sampai nak letak air pon malaih..>.<
Deletemcm la 3 in 1 x kena..=P
aaa..kalau milo 3 dalam 1 tu boleh terus bancuh dalam mulut..hehehe
DeleteSekali baca macam cerewet...tapi 2 kali baca.... dah tak bagi apa yg kita order ..sapa suruh hehe
ReplyDeleteOkje belasah je apa air pun H...Selalunya air kosong je... jaga kesihatanlah kononnya ....huhu Bis tu dah anak2 selalunya order bukan main lagi kalau kat kedai ni !
hahaha..sekali sekala tu takpe jer kak..sebab biasa mmg akak masak sendiri kat umah kan? so bila makan kat luar tu, kira bagi chance la..hahaha
Deletexde. xde. nescafe kocak paling best.
ReplyDeleteerkk..nescafe kocak tu macam mana? O.o
Delete