Header2

• 13 July 2013 •

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Masuk hari ni, dah empat hari kita semua berpuasa. Means dah empat hari jugak saya berbuka puasa dengan asas juadah yang sama. Asas juadah yang sama ni maksud saya ialah segala makanan yang saya beli setiap hari selama empat hari. Makanan yang sama. Errr..apa entah ayat.

Saya tak pasti la sama ada puasa tahun lepas saya pernah buat ke tidak entry pasal juadah berbuka ni. Saya malas nak check. So saya buat jer entry ni. Kira halal la kalau cerita benda yang sama yer. Alaa..kalau berulang cerita yang sama pun, macam la ada orang peduli yer tak? Hahaha.

Okey, juadah asas saya selama empat hari ni ialah Nasi Tomato, Popia Goreng dan Air Honeydew. Tiap-tiap hari beli benda yang sama. Sebab saya suka ketiga-tiga. Then kalau ada rezeki lebih, baru la beli benda lain macam murtabak ke, sate ke, kuih-kuih lain ke, or apa-apa jer la yang menarik kat Param tu. But still, tiga juadah asas tu sepanjang 4 hari memang tak tinggal. Cuma bezanya, saya beli kat kedai yang berasingan. Sebab belum jumpa juadah yang betul-betul memenuhi nafsu makan saya.

Sumber? Google jer la. Saya kalau lapar memang takde masa nak snap gambar..

Saya sebenarnya suka Nasi Tomato sejak dulu. Sejak sebelum saya suka makan tomato lagi. Maybe sebab ada ayam masak merah kot. Tu yang membuatkan saya terminat nak beli nasi tomato. Rasa macam ngam-ngam jer nasi tomato dengan ayam masak merah. Popia Goreng pulak sebab dalam dia ada sayur. Sebab tu saya suka. Then Honeydew pulak, entah la. Maybe sebab saya memang suka Honeydew kot. So lepas ni, awak semua boleh panggil saya honey. Itu pun kalau awak semua sudi..hahaha.


Tapi sekarang ni kan, saya macam dapat kesan satu weak point dalam Nasi Tomato. Which is sayur dia masam. Tak kira la acar ke apa ke. Tetap rasa masam. Tak sedap. Lepas tu tomato pun macam layu ke rosak ke apa entah. Maybe lepas dipotong, tomato tu terdedah lama sangat kot. So kira macam teroksida ke apa entah. Terus jadi tak sedap jugak. Mujur saya ada stok tomato yang banyak kat dalam peti ais.

Haaa..sekarang ni kan kena fikir pasal esok pulak. Esok saya tak tau la nak cari Nasi Tomato kat mana. Param yang saya selalu pergi tu, cuma ada empat kedai yang jual Nasi Tomato. Honeydew dengan Popia Goreng tu bersepah la. Rambang mata nak pilih. Oh ya, bajet saya sehari ialah seploh hengget. Takde siapa nak tau kan? Okey takpe.

Kesimpulannya, saya sekarang ni agak sibuk tau. Sibuk main game yang berhantu. So saya harap awak semua rindukan saya. Kbye.

p/s: rasa macam nak cari co-admin untuk blog ni..kahkahkah


10 comments:

  1. Agak2 sampi hr ke bper leh tahan menu sama tu..
    Hehe..
    Leh jd tomatoman ni.

    ReplyDelete
  2. Semalam mak baru buat popia...
    Letak inti byk2....shedappp...!
    Hehehe....

    Esok belilah nasi tetimun lak...
    Tukar menu...
    Xpun masak sendiri...
    Kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. senang la camtu.. takyah pening2 fikir harini esok lusa tulat nak makan ape.. menu tetap utk sebulan.. haha..

    ReplyDelete
  4. tengok nasi tomato tgh2hari cmnihh betul2 menguji laa.. -____-

    ReplyDelete
  5. Kene kawin H baru mKan rumah selaluuu hehe

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum H..
    Akhirnya dapat jugak bw blog ni. Salam Ramadhan NAL ucapkan.

    #Bulan puasa ni, NAL mesti mencari sesuatu yang tak pernah ada pada bulan2 lain. Memang itu yang NAL akan beli :)

    ReplyDelete
  7. tak payah nak ngada *lempang

    ReplyDelete
  8. teringat co-admin jna..
    setakat harini, tiap2 hari berbuka dgn makanan bersantan. cukup 29 Ramadhan, harap, berat maintain.. hehe..

    ReplyDelete
  9. ha...agak2 bertahan tak menu yang sama je hingga ke penghujung ramadhan nih..??

    ReplyDelete
  10. mcm menu budak2 student je la ko ni H...

    hehehehe.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top