Header2

• 30 July 2013 •

Jemu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni panjang.

Sebab tak ada perenggan.

Sebenarnya, idea untuk entry ni dah lama.

Tapi, macam biasa la, asyik tertunda.

Hmmm, bagus, semua sebut hmmm.

Synchronized gitu..hahaha.

Aku kan, aku tak tahu la kenapa.

Tapi kebelakangan ni, aku jemu kot dengan blog sendiri.

Kalau korang tengok daripada awal bulan.

Berapa kerat jer komen yang aku reply.

Berpuluh kot yang langsung aku tak balas.

Blogwalking apatah lagi.

Jauh panggang dari sapi.

Semuanya sebab aku rasa jemu dengan blog sendiri.

Hmmm, synchronized lagi.

Kalau diikutkan, aku tak ada target untuk blog ni.

Aku menulis sebab aku nak menulis.

Sebab nak explore idea-idea yang tak tercapai dek penulisan biasa.

Contoh macam wordless wednesday.

Contoh macam soalan susah.

Contoh macam ayat-ayat deep.

Contoh macam tajuk entry dengan permulaan huruf yang sama.

Contoh macam, haaa macam tu la.

So kebelakangan ni.

Aku rasa macam kreativiti aku dah menyusut.

Or merosot.

Or whatever lah.

Macam dah tak ada apa yang aku nak achive untuk blog ni.

Indirectly situasi ni membuatkan aku bosan.

Dan jemu.

Tak, bukan sebab aku tak ada idea nak menulis.

And bukan sebab aku nak berhenti menulis.

Cuma, aku jemu.

Maybe sebab template kot.

Mungkin sepanjang 7 bulan ni, aku asyik tengok template yang sama.

Merah, hitam dan putih.

Then ada sidebar kat tepi.

Eh memang la, dah nama pun sidebar..hahaha.

Bukan aku tak suka header yang Tengku Puteri buatkan.

Aku suka.

Cuma, once again, aku jemu dengan keadaan statik ni.

Dan aku rasa, blog ni memerlukan anjakan paradigma.

Sesuatu yang baru.

Sesuatu yang fresh.

Sesuatu yang suci.

Sesuci air di pinggir kali.

Mungkin dengan perubahan template.

Akan membuatkan aku teruja untuk bercerita semula.

Atau mungkin, aku kena explore cara lain untuk bercerita.

Contoh?

Contoh macam sekarang ni la.

Tak ada perenggan.

Ini kira cara baru tau.

Tapi tak la baru sangat.

Sebab orang lain dah pernah buat..hahaha.

So kesimpulannya.

Aku harap blog ni boleh bertukar rupa.

Supaya kejemuan aku tu nanti akhirnya tak ada.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

p/s: aku imaginasikan stensil biru dan merah..sahaja.


17 comments:

  1. sebab template pon ko nk jadi hal..hahaha
    dah bosan tukar la...

    p/s : biar kita bosan dengan blog sendiri, jangan buat orang bosan ngan blog kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku syak, org pun bosan dgn blog aku sbb aku pun bosan. tetibe nak tukar tema blog jadi blog masak2.. hehe..

      Delete
  2. Hmmmmmmm

    Susah nak komen ni. Sbb salah 1 sbb aku dah malas nak ngadap blog aku sendiri pun maybe gak sbb jemu ngan template. Nak tuka lak punye la malas. Kalu aku sendiri pun dah jemu, org len apatah lagi? Hahaha

    Hmmmmm. Rindu nak menulis dlm blog :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sendiri jemu orang lain apetah lagi..hahaha..tapi bukan sebab template kay..orang jemu kalau kita kita tulis merapu,syok sendiri, yekot..stakat ni aku tak penah lagi jemu dengan template blog orang..janji entri menarik..hahaha..

      p/s : ko rindu menulis liya..seriusly? ..orang tak rindu ko pon..hahahahha..

      Delete
    2. waaaa... lama tak nampak liya di arena kotak komen. ke sbb aku yg jarang bw atau terlepas pandang..? musykil nih..

      Delete
  3. Ada masaalah kat luaran ke? Selalunya bila terbelenggu dgn masalah lain, mulalah Rasa tak semangat nak update blog macam biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade kemungkinan jugak..contohnye macam aku la..terus tinggal blog sebab serabut dengan masalah..tp tu antara 1faktor dalam 10 faktor lain la..

      p/s : tolong reply sebab H dah malas reply komen skg..hahaha..

      Delete
    2. aku pun nak jadi tukang jawabkan jugakla.. hehe

      Delete
  4. jemu tu perkara biasa

    sesekali ubah bleh dpt mood balikk

    ikut ko lah beb

    huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau macam aku pula. Bukan masalah jemu dengan template. Tapi jemu sebab lain.

    Ceritanya, aku sendiri tak dapat nak bagi komitmen dengan blog kerana terikat dengan kekangan masa sbb tengah belajar.

    Bila dah lama sgt tinggal, sekali nak post entry baru, aku jadi sedar, yup, kreativiti aku makin menyusut.

    Dan perkara itu berulang sehinggalah sampai satu tahap, aku tinggalkan blog tersadai begitu je. Penyudahnya aku jadi jemu tengok post lama-lama yg tak ber-update than terus hilang mood. Sadis.

    p/s: Hai! Lama tak tegur kau wehhhhhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn ety..
      komitmen kat luar byk sgt mengekangkan masa dan idea berkobar utk menulis. kesudahannya, jadilah terbiar teranaktirikan..

      eh, aku menyibuk reply2 sbb sistem kat opis hang. ada masa lebih utk pergi menyibuk beraya kat rumah org..hahaha

      Delete
  6. hmmmmm...ce tukar header tu dengan gmbr sya. compem hari2 nak buka blog haha..okay serius. perkara biasa kot kita rasa bosan dengan blog sendri sebb template ni. sya pun kalo dah bosan tukar template baru.

    ReplyDelete
  7. best jeeee..... tak bosan pon ngn tulisan korang2 yg tlg reply tuh....

    ReplyDelete
  8. hai awk capital h.. sy salu tgk blog awk.. sangat menarik.. tapi kenapa awak jarang update?? hhmmmmm.... busan dengan template blog awk?? saya rasa tiada kena mengena sebab saya salu tukar blog saya tp busan nak update salu ada... maybe sebab awak ada masalah sebab itu lah awk tak bersemangat nak update...

    sory sebab panjang.. hehehee.... btw.. selamat berkenalan awk.. ^_^

    ReplyDelete
  9. jemu sebab selalu tengok. berhenti sat. sat ja. nanti mesti rindu >_<"

    tah boleh pakai ke tak idea ni :3

    ReplyDelete
  10. huuuiiihhh,, lama giler tak datang blog hang,,, kih3,, aku tak jemu pun,, lala

    ReplyDelete
  11. Wahhh....!
    Biru + Merah cun..
    Blocking colour..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top