Header2

• 03 July 2013 •

Jika Takdir Memisah Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku sebenarnya dah lama nak taip entry ni. Sejak berbulan-bulan yang lepas kot. Tapi rasa beratttttt sangat nak taip. Rasa macam, "nak taip ke taknak taip? nak taip ke taknak taip?" Rasa macam, haaa..macam tu la.

Tapi 2 hari lepas aku ada baca 1 entry, cuma aku tak ingat kat blog mana. Dalam entry tu dia tulis pasal kesihatan dia. Maybe sakit ke apa ke aku pun tak tau la. Lagipun dia tak mention apa kemungkinan penyakit tu, apatah lagi simptom-simptomnya. Cuma yang dia mention, pasal kerisauan kalau-kalau sakit tu menghilangkan umur dia. Risau kalau ketiadaan dia nanti menyusahkan orang kat sekeliling dia.

Tacing jugak bila aku baca entry tu. Walaupun aku belum kahwin, belum sara keluarga, tapi aku boleh bayangkan la implikasi terhadap benda-benda yang dia cerita. Sebab aku sendiri, honestly, banyak kali fikirkan pasal benda-benda yang lebih kurang nak sama.

Sakit? Tak, aku tak sakit. Okey jer kot. Alhamdulillah. Sihat dan kuat dengan Colgate. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, aku banyak kali fikir pasal mati. Even beberapa entry sebelum ni pun aku pernah cerita pasal mimpi yang berkaitan dengan mati, or yang berkaitan dengan orang yang telah mati. Aku tak tau la ajal dah nak sampai ataupun apa.

Itu yang dalam mimpi, something yang aku sendiri memang tak boleh nak kawal. Dalam jaga rasanya lagi banyak kot. Bila time nak tidur la biasanya. Aku selalu fikir, apa akan jadi kalau itu adalah tidur aku yang terakhir. Macam mana kalau aku tak bangun esok pagi? Macam mana bos aku nak maklumkan pada family, sebab aku sendiri tak save nombor telefon. Macam mana family aku nak uruskan jenazah aku balik ke sana. Macam mana itu, macam mana ini, and macam-macam lagi.

Bila near miss accident, pun aku fikir benda yang sama. Macam mana kalau kat atas jalan, aku terputus nyawa. Macam mana aku nak hembuskan nafas terakhir tu. Tenang ke siksa? Sempat ke aku berpesan pada semua orang yang aku sayang, bahawa aku sayangkan diorang. Sempat ke aku mintak maaf supaya dihalalkan segala silap dan salah.

Above all that reasons, benda yang paling aku takut ialah lebih dosa dan kurang pahala. Macam mana agaknya nanti nasib aku kat sana. Entah la. Yang aku tau, mati tu pasti. Bila-bila masa, macam mana pun kita elak, jauh mana pun kita lari, kalau ajal tu dah sampai, kita tetap akan mati.

Aku tak ada idea macam mana nak relate perenggan kat atas, dengan perenggan yang ni. Pasal meninggal masa dah kahwin, dah ada keluarga. Dan pasal meninggal sebelum kahwin, sebelum ada keluarga. Aku rasa dua-dua kes memang berat. Tapi, without disrespect pandangan orang lain, aku rasa meninggal sebelum kahwin mungkin lagi berat..kot.

Bila meninggal masa dah kahwin, dah ada isteri, dah ada anak, for sure la kita sedih nak tinggalkan diorang. Mesti kita akan fikir macam mana kehidupan diorang lepas kita tak ada. Mesti diorang susah, besarkan anak sorang-sorang, cari rezeki, nak survive hidup kat dunia. Itu aku setuju. Even aku belum kahwin, tapi aku boleh faham kot. Sebab aku sendiri pun tak sanggup nak biarkan bakal bini aku hadapi situasi macam tu.

Orang yang meninggal sebelum kahwin ni, memang la dia tak tinggalkan and tak susahkan siapa-siapa. Tak ada tanggungan. So mungkin tak ada siapa-siapa pun yang terkesan dengan ketiadaan dia. Tapi itu la masalahnya. Tak ada siapa-siapa. Isteri tak ada, anak pun tak ada. So aku terfikir in future. Let say, 30 tahun akan datang. Kalau aku meninggal sekarang, masih ada ke doa untuk aku pada 30 tahun yang akan datang? Sebab salah satu penghubung antara dunia kita dengan dunia sana, ialah doa daripada anak-anak. Aku? Isteri pun tak ada, inikan pula anak. Usah kata 30 tahun, entah-entah lepas 5 tahun pun doa tu dah makin tak ada.


Sebab tu aku rasa meninggal sebelum kahwin ni lagi berat, in future la.

Okey, kesimpulan. Dah macam karangan SPM pulak siap nak kena ada kesimpulan..hahaha. Kesimpulannya, aku harap aku masih dipanjangkan nyawa. Kalau ditakdirkan suatu masa nanti nafas aku tak ada, aku pun sama macam orang lain jugak, aku harap ketiadaan aku tak membebankan sesiapa. Aku harap tak ada yang tak suka bila aku tak ada, apatah lagi yang suka bila aku tak ada..uhuk2. Sekian, terima kasih. Itu jer.

p/s: Al-Fatihah untuk semua orang yang telah pergi dari kehidupan kita.


12 comments:

  1. Al-fatihah...

    Terputusnya nyawa, Kita mungkin tiada doa dari anak soleh, solehah...

    Tapi kita masih punya ilmu yg dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang telah kita lakukan sepanjang punya nyawa dimuka bumiNYA..InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita still ada ilmu yg dimanfaatkan & sedekah amal jariah tu Alhamdulillah la..cuma macam yg H cakap, salah satu penghubung tu mungkin takde which is doa..

      Delete
    2. Sebab tu kita digalakan bykkan sedekah. Sedekah pula tak semestinya wang ringgit. Selain duit,contohnya Wakafkan beberapa naskah alquran pada masjid..beri makan n pakai pada ank2 yatim..selagi apa yg kita sedekahkan tu digunakan dan dimanfaatkan selagi tu kita dapat pahalanya..

      Dengar mcm mudah..tp sebenarnya tak mudahkan..

      Delete
  2. awak... terkesan kat hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..apa yg terkesannya baby? O.o

      Delete
  3. al-fatihah
    betul,in case kita mnggal sblm kawin dah tentu pahala dr seorg ank tu xde tp pahala amal jariah kita tetap bjalan seperti biasa tmbhan lg kalo kita buat pahala ke tempat yg sewajarnya,kan:)

    trs rs insaf dtg bila pikir pasal mati,trs rs nk buat pahala tanpa henti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi rugi kot sebab in future, mungkin tak banyak doa yg akan disisipkan utk kita..:)

      Delete
  4. nak pikir pasal anak tu jauh sangat H..baik kita pikir pasal diri sendiri je dulu..apa sumbangan ilmiah kita kongsi, apa amal jariah kita dah buat..lagipon aku ade terbaca, tak tau la sahih ke dak.. kalau doa anak tu sampai, macam tu jugak bagi kesan kat ibu bapanya yang dah mati kalau anak tu duk buat dosa je kat dunia..ibu bapa pon dapat saham sama..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa yg tu pun aku prnh baca jugak..kalau kita buat dosa kat dunia, kesian arwah kena azab kat sana..x terfikir pulak nak masukkan dalam entry..

      pasal sumbangan ilmiah, sedekah tu, entah la..aku sndiri pun xtau apa sumbangan aku..besar ke, kecik ke, Allah je la yg tahu..

      Delete
  5. setelah 3 kali taip 3 kali padam ini la hasil komen yg keluar. Sekian..

    Mati itu janji Allah. Elok sebenrnya H selalu ingat pasal mati. Kadang-kadang kita ni lupa pasal mati. Leka dengan duniawi je. terima kasih atas peringatan ini

    ReplyDelete
  6. sentap dengan tajuk ni. kbai.

    ReplyDelete
  7. sebab tu kita dituntut utk beribadah seolah2 esok akan mati..aku x cakap kat kau...kdg2 terpk gak mcm dalam entry kau ni...kalo aku mati sekarang ibadah aku macam mana kurang ke lebih?

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top