Okey, tajuk angkuh gila kan? Hahaha..ni kalau Bundle baca, maybe dia ingat entry aku kali ni ada unsur-unsur semangat kenegerian yang tinggi. Maybe la, kot. Dah, itu jer intro aku.
Sebenarnya aku sendiri pun tak suka sangat nak berbangga dengan semangat kenegerian ni. Minda aku tak cukup sempit nak menyatakan yang negeri aku best, negeri aku ada itu, negeri aku ada ini, orang negeri aku baik-baik, bahasa pun sopan santun berbanding negeri orang lain, dan macam-macam lagi. Pada aku, statement-statement camtu menjengkelkan. Silap-silap boleh bergaduh kalau masing-masing nak menangkan negeri masing-masing.
Berbalik kepada topik, satu benda yang aku suka pasal Johor ni ialah rancangan TV. Yup, rancangan TV.
Macam yang aku pernah cerita dalam entry-entry sebelumnya, keluarga aku susah. Hidup pun serba sederhana. So kalau rumah takde Astro tu kira normal la. Tak termampu nak tengok siaran berbayar. Apa yang ada kat TV2, TV3, NTV7 dengan 8TV, itu la yang kitorang hadap. TV1 memang tak pernah clear. Siaran TV9 pulak macam ada, macam tak ada.
Tapi yang bestnya, aspek siaran TV kitorang tak tertumpu pada empat stesen tu jer. Sebab bila kat area Johor Bahru tu, konfem TV kitorang akan dapat siaran Singapore. Siaran Indonesia pun boleh, tapi kena pasang arial tinggi-tinggi la. Arwah nenek aku rajin jugak layan cerita Indonesia ni. Masa tu siaran Bintang dengan Pelangi memang takde kat Astro. Setiap kali aku datang rumah nenek (10 minit jer kot kalau jalan kaki), mesti nenek tengah tengok drama Indon.
Aku? Rumah aku pun dapat siaran Indon jugak. So setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan duduk satu jam tengok konsert band-band Indonesia. Kat Inbox SCTV. Aku tak ingat la konsert tu pukul berapa. Either 7-8 pagi, atau 8-9 pagi. Entah, aku pun dah lupa. Tapi setiap pagi aku tengok la. Itu weekdays jer. Then bila weekend, ada tambahan konsert pulak kat stesen yang lain. Sebelah tengahari or petang kot. Kat Dahsyat RCTI.
Inbox SCTV |
Dahsyat RCTI |
Masa tu, orang Malaysia baru nak layan Radja, Samson or Peterpan. Aku pulak dengan angkuhnya rasa yang band-band tu dah outdated. Even semua band yang aku pernah dengar nama diorang sebelum ni macam Kangen Band, Kerispatih or Ungu, pun aku rasa dah outdated. Dewa dengan Sheila On 7 tu takyah cerita la. Dah tahap kuno kot..hahaha. Masa tu telinga aku disogokkan dengan muzik yang lebih segar, lebih sedap kot berbanding dengan apa yang dah disajikan kat Malaysia.
Kira pagi tu aku dengar lagu, then take note sikit, salin tajuk lagu. Pastu sampai kat ofis aku dah terus cari dan download. Pantas dan tangkas. Sebab tu la kalau kat Kopitiam, aku cepat jer tau kalau siapa-siapa nyanyi or tulis lirik lagu Indonesia..kehkehkeh.
Masa tu aku dah mula membandingkan muzik diorang dengan muzik kita kat Malaysia. Punya la banyak lambakan band-band picisan yang bagus-bagus kat sana. Pastu diberi pulak peluang untuk ketengahkan bakat diorang. Kita kat Malaysia? Hampeh. Peluang tak ada. Kita disogokkan dengan band-band mainstream yang entah apa-apa. Masa tu Meet Uncle Hussain dengan Hujan baru nak naik. Band Indie baru tengah nak menempa nama.
Time tu jugak la heboh diperkatakan tentang sekatan terhadap band-band luar. Konon band kita pun bagus dan boleh memeriahkan industri hiburan. Yup, aku setuju dan tak setuju dengan kenyataan tu. Band-band kita memang bagus, tapi bukan untuk band-band yang mainstream la. Apart of 6ixth Sense and Spider, aku tak rasa ada band yang boleh buat aku dekatkan radio kat telinga. Senang cerita, selera muzik kita masa tu tak sesegar selera muzik diorang kat sana.
Pada aku, muzik yang segar time tu cuma ada kat band-band indie. Yang jadi masalahnya, macam biasa la, diorang tak diberi peluang. Kita harapkan band-band ortodoks untuk menyaingi band-band Indon yang dah mula bertapak waktu tu, which is way better than us.
Eh, rasanya entry aku lari jauh la daripada tajuk asal. Ah biar la. Macam la tak biasa kalau tajuk aku tak berkait dengan entry..hahaha. So sebagai penutup, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Aku suka lagu ni. Sebab berunsurkan ketuhanan. Dari bumi untuk langit. Dari kita untuk Tuhan. Moga siapa-siapa yang rasa kusut, bila dengar lagu ni, boleh ingat Tuhan, biar hilang rasa serabut. Sekian, terima kasih.
p/s: dulu aku berat hati nak tinggalkan Johor, sebab aku tau yang aku akan lost contact dengan lagu-lagu Indonesia.
tiba-tiba terlintas
ReplyDeleteKerana tuhan untuk manusia..
dulu kekecik tgk rcti tgk kartun doremon..
Kerana Tuhan Untuk Manusia? UTM ke? hahaha
Deletehuahua...
ReplyDeletecerita pasal 6th sense, bukan vokalis die dr indon ke?
betul kalo dok jb best, boleh dengar cerita hantu kat suria fm....
kikikikikikiki!!!! (mengilai)
ha'ah..vokalis 6ixth sense tu drpd indon..:D
Deletesuria fm? ke channel suria? O.o
huahua... terkenan suria fm lak...
Deletei mean suria singapore la...
kan kol 12 malam ada ruangan cerita hantu...
kentang punye seram
:)
Best lagu tu.!
ReplyDelete8 kali ulang dgr lagu tu...
percaya tak..?
erkk..Nur dgr siaran ulangan kot..zzzz
DeleteHuh....!
Delete=_="
artis atau band kat Malaysia nih hnya mampu ada 1 @ 2 JE SINGLE HIT
ReplyDeleteyg lain, buang ke laut
haa tu la..kalau dalam 1 album tu ada 10 lagu, maybe 3 jer kot yg boleh hit..yg lain setakat cukup syarat..:D
Deletemcm ada 2topik kt cni.. pasal siaran kt johor n band²..
ReplyDeletechanel kt indon terpaling best mmg rcti..pastu ada sctv.. tetiap mlm jumaat ada citer hantu yg kenkadang seram kenkadang x..
n siyesli peterpan mmg best!! pastu sheila on 7.. wawawa...
aku x tengok cerita hantu ni..sebab tak minat..hehehe
Deletepeterpan okey lagi masa tu..tapi sheila on 7 dah kira makin outdated dah..
nampak macam kau banggakan indon sekali H.. puji2 lebih kat band indon...hehe
ReplyDeletehahaha..maybe la nampak macam aku banggakan sangat band indon tu..tapi drpd deria dengar aku waktu tu, diorang mmg upper class berbanding kita..
Deletekat sana, band2 kecik pun dapat peluang..kita kat sini? siapa jer yg berani nak panggil band2 indie perform kat mana2 event..takde kot..:D
terbukti siaran TV dari Singapura & Indonesia much more better than siaran TV di M'sia.. berbatu-batu KM pon boleh dengar lagi. direntasi lautan samudera laut dlm pon boleh tengok lagi.
ReplyDeletemaybe sebab indon tu besar, thats why coverage diorang meluas..kot..hahaha
Deleteaku dah kurang ikut muzik skg..tp dulu2 aku memang tak dengar la lagu2 indon ni H..lepas underground aku masuk muzik clubbing..lagu2 indon type jiwang ni baru2 ni je aku layan..tapi rock dulu2 tetap dihati..hahaha.
ReplyDelete# ko bangga dengan johor ke dengan indon ni?kahkahkah..
rock dulu2 tu memang lagend la..even zaman skrg pun org still nak dgr..tapi masa sebelum indie band naik, band mana jer kot yg agak mantap kat Malaysia ni..takkan nak harapkan kristal dgn sofaz kot..hahaha
Delete# ha'ah kan..bila baca balik, memang nampak aku ni pro pada band2 indon pulak..kahkah..hilang terus apa yg aku nak cerita pasal johor..
jauhnya tersimpang dari topik y discuss semalam -_-
ReplyDeletesemalam kita discuss pasal apa? O.o
Deletealaaa. yang pasal tu la. yang tu.
Deletetak puas hati!!! sebab tak jumpa cari apa tajuk lagu tu! nak tahuuuu tajuk lagu tu!!
ReplyDelete-ara comel-
lepas ni kawin la dgn org johor pulak.. hehehe...
ReplyDeleteaku nak pindah ke johor lah kalau cenggini.hehehe
ReplyDeletejohor jauh sgt. siyes! sgt jauh...
ReplyDeleteadera-lebih indah
ReplyDeletedenda-terlalu sayang
tangga-cinta tak mungkin berhenti
maudy ayunda-cinta datang terlambat
afgan-sabar
petra sihombing-istimewa
petra sihombing-mine
rumor-butiran debu
lagi best dibanding ungu or kangenband...
kalau ler astro boleh siarkan tv singapura, tv brunei dan tv indonesia secara langsung alangkah bertuahnya. saya tidak faham kenapa astro tidak dapat siarkan saluran-saluran itu secara langsung. cuba tengok siaran satelit singapura hub tv, boleh juga siarkan beberapa saluran dari malaysia dan indonesia. kenapa malaysia tidak boleh? saya percaya mereka yang berminat akan sanggup bayar pakej yang tersebut walau mahal mana pun bayarannya, asal berpatutan.
ReplyDeletesaya harap astro dapat siarkan siaran tv secara langsung dari negara singapura, tv brunei dan tv singapura. saya pelik kenapa astro tak dapat siarkan saluran-saluran dari negara jiran itu, kerana saya percaya tentu ramai yang berminat untuk menontonnya.pelik..pelik..
ReplyDeleteCHECK THIS ONE OUT
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=ZNa1ehyKxzA
http://www.youtube.com/watch?v=bsg4Dp-Gy34
and this one http://www.youtube.com/watch?v=gh20qv8IWAo
take a look at this one too
http://www.youtube.com/watch?v=nzk0mZOpsZU
coba juga yg ini
http://www.youtube.com/watch?v=LzaGDRLDXBM
dan yang ini http://www.youtube.com/watch?v=A7RM2W4kQco
terakhir cb liat jg yg ini
http://www.youtube.com/watch?v=im2WdCtl1cQ
Saya dari indonesia
ReplyDeletememebaca artikel ni lumayan menarik,
Di malaysia mungkin suka dengan band" indonesia tapi di indonesia juga sangat suka dengan animasi malaysia saya pribadi suka dengan upin & ipin, boboyboy,kemudian crta si kancil.
Kesimpulanya kita memang satu rumpun yang saling bertukar kegemaran.
Salam afrizal