Header2

• 15 August 2013 •

Arghhhhh!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi, sebelum pegi kerja, aku singgah jap lepak minum dengan Bundle and Chuu kat kopitiam. Tak sempat snap gambar pun, just borak-borak kosong jer pasal exit-exit kat highway PLUS. Then sembang punya sembang, termasuk la cerita pasal exit Bukit Tagar.

Dulu masa aku duduk Tg. Malim, aku selalu jugak pergi rumah Aness kat Bandar Sunway. Biasanya aku drive jer sebab masa tu masih ada kereta. Then masa tak ada kereta, aku pergi dengan KTM, Aness amik kat Seri Setia. Dan ada sekali dua tu, aku pergi merempit naik motor jer. Dan masa aku merempit bawa motor tu la, kenangan antara aku, motor dan Bukit Tagar ni akhirnya menjadi sebuah cerita.

Masa tu, aku tak tau pun Bukit Tagar tu tempat untuk pelupusan sampah. Sepanjang duduk kat Tg. Malim, aku tak pernah amik tau pun apa yang ada kat situ. Kisahnya, masa aku nak balik Tg. Malim tu, daripada plaza tol Subang, aku ikut highway la macam biasa. Pastu kalau tak silap, masa kat Sg. Buloh aku perasan minyak macam dah tinggal sikit. Dalam kepala masa tu, aku musti isi minyak kat Rawang. Ya, musti! Sebab aku tau, kat Rawang ada R&R dan kat R&R ada stesen minyak.

Tapi tu la, kemain syok bawa motor, entah macam mana aku boleh terlepas R&R Rawang. Standard la orang lelaki, kalau dah terlepas tu jangan harap kitorang nak U-Turn or patah balik. So aku teruskan la perjalanan macam biasa. Aku tau yang kat depan nanti akan ada Exit Bukit Beruntung. Aku pernah masuk ke situ, and agak jauh la jugak jarak antara plaza tol dengan stesen minyak kat dalam tu.

So aku sombong. Aku taknak exit kat Bukit Beruntung. Alang-alang nak explore, biar aku explore ke tempat yang aku belum pernah pergi. Jadi aku teruskan lagi and nampak signboard yang exit seterusnya ialah kat Bukit Tagar. Okey, aku akan masuk ke Bukit Tagar. Bila lagi nak tengok tempat orang yer tak? Ini la masanya! Ini la masanya! Kata aku kat dalam hati.


So aku pun exit la kat Bukit Tagar. Perghhh..bau apa ni? Hampeh betul..motor aku bukannya ada air cond. Tapi, alang-alang dah masuk, aku teruskan la berjalan. Daripada highway nak ke plaza tol pun aku dah rasa jauh. Then bila lepas tol, aku harap ada la stesen minyak yang berdekatan. Tapi, harapan jer la. Tengok kat depan, kosong. Lapang jer. Luas mata memandang. Eh sunyi jer, apa memang tak ada orang duduk kat sini ke? Kata aku lagi kat dalam hati.

Sombong punya pasal, aku tetap teruskan perjalanan. Dalam kepala masa tu cuma fikir positif jer. Kat depan sikit MESTI ada stesen minyak. Kat depan sikit MESTI ada stesen minyak. Kalau patah balik entah-entah tak sempat sampai plaza tol. So baik teruskan jer. Harap-harap kat depan nanti stesen minyak tu ada. There's always hope. Nampak tak betapa positifnya aku menjalani liku-liku hidup? Heh!

Last-last sampai kat simpang tiga, satu stesen minyak pun takde. Aku kena decide, either nak ke kiri atau ke kanan. Split second, tak payah fikir panjang, aku terus amik susur ke kiri. Ya, memang langkah kiri nampaknya. Sama macam tadi, jalan yang lengang, sunyi dan kosong pada sebelah kanan dan kiri. Aku dah start risau. Bukannya risau hantu ke apa. Cuma terfikir, kalau la tiba-tiba minyak habis kat situ, siapa nak berhenti tolong aku? Dah la tak banyak kenderaan lalu. Buatnya kalau lalu pun, macam la diorang tak was-was nak berhenti dan bantu.

Masa ni aku tak fikir dah nak patah balik. Sebab aku kompiden, kalau patah balik memang sah-sah aku takkan sampai kat plaza tol. Time ni kalau orang offer antara pizza dengan petrol, aku yakin akan pilih petrol. So aku teruskan la berjalan, as usual, dengan harapan. Kalau tak jumpa stesen minyak, jumpa signboard stesen minyak pun aku dah cukup puas hati.

Last-last aku sampai kat kawasan perumahan. Jangan tanya kat mana, sebab aku sendiri tak tau aku dah sampai mana. Tapi aku dah start lega la time ni. At least kalau minyak habis, maybe ada orang kat situ yang boleh aku mintak tolong. Takde la tersadai sorang-sorang kat tepi jalan. Dipendekkan cerita, aku teruskan berjalan lagi dan lagi. And tak lama lepas tu, nampak signboard stesen minyak 1km dihadapan.

Phewwww!!!!!!!!!!! Perasaan jumpa stesen minyak tu adalah sangat-sangat bahagia. Semangat dah ni. Time ni dah start angkuh. Kalau minyak habis pun aku tak kisah..hahaha. Sekali lebih kurang dalam 500m camtu, minyak betul-betul habis. Tu la, angkuh sangat. Tapi takpe la, at least menolak dalam 500m jer. Takde la jauh sangat.

Lepas isi minyak FULL TANK, aku teruskan la berjalan, sampai la jumpa highway. Masa ni aku tak tau lagi yang aku masuk highway kat mana. Then tak lama lepas tu, jumpa R&R Rawang. Cilakak, aku naik kat Rawang rupanya. Punya la jauh aku berjalan tadi, semata-mata nak patah balik ke Rawang? Semua ni Bukit Tagar punya pasal. Agaknya kalau aku teruskan perjalanan, aku dah boleh isi minyak kat Hulu Bernam or Tg. Malim.

Pengajaran yang aku dapat masa tu, kalau agak-agak macam takde stesen minyak kat depan, ada baiknya kita patah balik jer. And yes, pengalaman ni la yang membuatkan aku selamat kat Sabah hari tu. Heh, ni dah masuk cerita lain dah ni. Takpe ke?

Okey, aku kat Sabah hari tu menyewa kereta. Hari pertama, dapat kereta Kelisa manual. So aku belasah jalan-jalan kat area KK jer la. Then aku call owner, nak tukar kereta auto untuk hari kedua. Owner tu setuju, dia suruh aku hantar Kelisa tu kat Jalan Sepangar, sebab dia tak cukup kakitangan nak uruskan. Ooookeyyyy, dia suruh aku hantar. Dia suruh aku, orang Gomeh, Kulai yang tak berapa tahu pasal Sabah ni hantar.


So petang tu aku hantar la. Berpusing-pusing jugak aku daripada Kampung Air sampai ke Tanjung Aru sebab nak cari Jalan Sepangar. Rupanya Jalan Sepangar tu kat area UMS. Ceh, dia sembang macam jalan tu kat dalam kawasan bandar KK jer. Dipendekkan cerita, dalam pukul 6 petang macam tu aku dah dapat Viva auto. Masa dia bagi kat aku, lampu minyak dah nyala. And dia advise supaya jangan pasang aircond dulu. Takut minyak tak cukup.

Aku, yang dapat kereta tu, tanpa tahu sama ada lampu minyak tu baru atau dah lama menyala, agak risau la. Tapi sebelum sampai Jalan Sepangar tu, aku memang perasan ada stesen minyak yang dekat. So aku fikir, baik isi minyak dulu. Kompiden sangat yang aku kompem akan sempat.

Tapi tu la, aku tersalah jalan. Sepatutnya kalau nak balik ke KK, aku kena amik simpang ke kanan. Langkah kiri punya pasal, aku pergi membelok ke kiri. Then jalan terus, jauh pulak tu, jumpa roundabout or simpang empat, either one, aku pun tak ingat. Sekali lagi aku amik ke kiri. Standard la lelaki, kalau dah salah jalan memang takde nak patah balik. Alang-alang sesat, biar jadi pensesat abadi.

Masa tu, fikiran aku pun positif sama macam kes kat Bukit Tagar. Depan sikit MESTI ada stesen minyak! Keadaan dah makin gelap kot. Tapi makin lama aku berjalan, rasa macam makin tensen pulak sebab tak jumpa stesen minyak. Akhirnya aku nekad. Daripada aku positif mencari benda yang aku sendiri tak tahu kat mana, lebih baik aku negatif patah balik ke tempat yang aku tahu bahawa benda tu ada.

Jadi aku patah balik la. Amik simpang ke kanan, then amik lagi simpang ke kanan, then lalu kat depan tempat aku amik Viva tadi, then jumpa signboard stesen minyak 1km dihadapan. Kali ni aku tak angkuh dah. Sebab aku tak terdaya nak tolak kereta malam-malam..kehkeh. Dan oleh sebab aku tak angkuh, maka aku pun sampai ke stesen dengan selamat..hahaha.

Kesimpulannya, jangan takut kalau kita ikut jalan yang salah. Sebab kita akan belajar banyak benda. Kesimpulannya lagi, biar mati mencuba, jangan mati kecewa. Heh, OCK sangat..hahaha. Dan kesimpulannya lagi, kalau sesat di hujung jalan, kita sentiasa boleh balik ke pangkal jalan. Kadang-kadang, dalam life ni, there is no turning back. And kadang-kadang, dalam life ni, it might be better if you turning back.

Sekian, terima kasih.

p/s: haddoiiiii..mengantuk ke?


40 comments:

  1. untung la pagi-pagi dah lepak kopitiam. Sya lepak mamak pun tak :P

    *Sempat baca smpai kopitiam tu je. lain2 belum baca lgi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung Sya skrg ni hari2 lepak kopitiam..:'(

      Delete
  2. adeh! tak bape paham pasal jalan..wuwwuuwuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..sama la H pun bukannya faham sgt pasal jalan ni..main redah jer..hahaha

      Delete
  3. klu laki boleh la.. klu pempuan mau menagis sepanjang jln.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan tun, kalau la minyak habis masa kedua2 citer ni, aku sendiri xtau nak buat apa..hahaha

      Delete
  4. Bukit tagar banyak hantu.. Tempat sampah tu lagi banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..since that day, aku memang x masuk bukit tagar dah..insaf aku..

      Delete
  5. malu bertanya sesat jalan. eh?

    tapi memang betul. dalam hidup, ada masa kita kena terus ke depan. tak kisah apa yang ada kat sekeliling. tapi sekali sekala, kena jugak berpatah balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kadang2 mmg malas nk tanya org..malu kot bila lelaki xtau jalan..hahaha

      tapi kadang2, aku ringan mulut bertanya..

      Delete
  6. hai hesh.. lama xdatang sini n baca entry2 panjang ko, hehe. btw, salam aidilfitri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hara..sila beri tunjuk ajar..:p

      errr..aku reply ni masa bulan zulkaedah..hahaha

      Delete
  7. 1. kesian motor ko takde air-cond...sama macam motor aku. hakhak.

    2. kesian merekah hidung sedut bau-bauan Bukit Tagar.

    3. bestnya lepak kat kopitiam...lama tak pergi.

    4. kesian balik...sebab orang Gomeh, Kulai kena cari Jalan Sepangar.

    5. Oh. memang ea standard orang lelaki kalau dah sesat nan ado nak patah balik...biar jadi pensesat abadi. tahu la aku...hahaha.


    6. cukup la...


    7. aku suka penutup :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. aku redhoo dengan kekurangan motor tu..

      2. aku tahan nafas tau masa lalu bukit tagar

      3. bestnya lepak kat kopitiam...lama tak pergi.

      4. tu la..kesian org gomeh ni..hahaha

      5. biasanya mmg camtu la..org lelaki xnak admit yg dia dah sesat..hahaha

      6. cukup ke?

      7. aku pun xsangka sampai camtu penutup aku..hahaha

      Delete
  8. kau kalau nk exit situ make sure naik kete la., kurang sikit bau tu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah x masuk situ lagi chuu..hahaha

      Delete
  9. pengajarannye, kalau terlepas patah balik.
    dan jangan sombong2 k :)

    ReplyDelete
  10. memang padan sangat la tu dgn orang angkuh. kahkahkah. ntah-ntah stesen minyak yg kau jumpe tu stesen minyak bunian. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aku buat2 angkuh jer tu..sbb naik motor..kalau naik keta, aku x angkuh..sbb x larat nk tolak..:p

      Delete
  11. penat baca.. fuhhh fuhhh..

    moral of the story: lenkali jangan eksyen2 sangat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..x eksyen dah pasni..kot..:p

      Delete
  12. Hidup kau manjang angkuh je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mesti la..angkuh tu best..hahaha

      Delete
  13. haha pham2..dah alang2 sesat memg jadi pensesat abadi la..yeahh H memg suka belok kiri. Tu yg sampai Kuil beso tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..tu bukan sesat..tu melawat kawasan..:p

      Delete
  14. Ikut jalan salah memanglah tak takut...
    Tapi minyak kena sentiasa ada....
    Kalau tidak takut jugaklah bila tiba2 minya habis di tempat yg xde stensen minyak....

    Hohoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "ikut jalan yg salah" tu general jer la Nur..tak semestinya atas jalanraya..hahaha

      kalau la minyak habis kat tempat yg xde stesen minyak, susah gak kan..kalau motor boleh la nak menolak..tapi kalau kereta? hmmm..

      Delete
  15. zaman tu tak de GPS ke bro? sampai sesat jauh... tapi aku pernah kena... menolak motor berkilo meter... minyak habis dipertengahan jalan... padan ngan muka aku... hehehe... 500 meter tu, kire tak jauh bro... hahah

    baru joint gang kopitiam.. minta tunjuk ajar... follow der...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mana ada guna2 GPS ni..GPRS pun jarang..main redah jer..hahaha

      mujur la aku xpernah smpai berkilo2..

      Delete
  16. Memang better kita patah balik cari dekat tempat yang kita tahu. Kalau minyak banyak takda hal la nak explore. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya aku patah balik masa kat Sabah tu sebab hari dah gelap..hahaha

      kalau terang, maybe aku redah jer..

      Delete
  17. Sungguh banyak moral dalam cite ko ni. Boleh aku gunakan juga kalao berlaku kat aku minyak keta dah nak habis. Aku akan patah balik. Aku ingatkan citer hantu pasal bukit tagar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ada hantu ke kat bukit tagar? mujur masa tu aku xtau..kalau tidak, kompem aku x lalu situ..

      Delete
  18. ingatkan ape lah yg ko arghhh kan sangat nih. Hahaha.. laen kali jangan angkuh sangat yer H. lagi2 kalo sendiri2.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukey bos..hahaha

      sendiri2 tu xpe..jgn malam2 dah la..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top