Header2

• 05 August 2013 •

Asal Usul Aidilfitri Mulia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau lebih kurang setahun lepas, aku pernah buat entry pasal Diari Romadon Kawan Rafiq, maka tahun ni pulak, aku nak ceritakan tentang mitos pasal Aidilfitri Mulia. Mitos ini adalah kisah yang aku dengar daripada orang lama-lama. Tapi aku tak tau la sejauh mana kebenaran mitos ni.

Kononnya, beratus-ratus tahun dahulu, di negeri Kelantan, tinggal sepasang suami isteri yang hidup serba sederhana. Si suami bernama Encik Raya Bin Rabu, berasal daripada Tumpat. Manakala si isteri pula bernama Puan Liyaa Binti Labu, berasal daripada Kota Bharu. Adapun kehidupan seharian pasangan ini amat bahagia walaupun setelah beberapa tahun berumahtangga, mereka masih belum dikurniakan cahayamata.

Doa? Masing-masing dah berdoa. Usaha? Masing-masing pun dah usaha. Cuma, itu la, rezeki yang masih belum ada. Tapi mereka tak mengeluh, dan mereka tak kecewa. Kerana mereka tahu, berkat doa, berkat usaha, dan atas keizinan dari Yang Maha Esa, insyaAllah rezeki itu pasti akan ada.

Berjiran dengan pasangan ini pula, tinggal Pak Mat, atau nama sebenar, Encik Selamat Bin Wagino, berasal dari Parit Jawa, Muar dan isterinya Mek Dah atau nama sebenar, Puan Rasyidah Binti Rashid, berasal dari Kubang Kerian, Kelantan. Adapun Pak Mat ni adalah tukang urut yang terkenal di kawasan itu, manakala isterinya pula adalah seorang bidan kampung.

Berbalik kepada kisah Encik Raya dan Puan Liyaa, setelah puas mencuba dengan cara perubatan moden, mereka mengambil keputusan berjumpa dengan Pak Mat. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk berikhtiar. Tak salah kan untuk terus usaha? Bak kata Oh Chentaku, biar mati mencuba, jangan mati kecewa. Cewah, Oh Chentaku sangat..hahaha.

Hatta setelah beberapa purnama sejak berurut dengan Pak Mat, Puan Liyaa mula menunjukkan tanda-tanda. Alhamdulillah, berkat doa, usaha, sabar, dan kepercayaan kepada Dia, beliau kini disahkan berbadan tiga. Kenapa berbadan tiga? Kerana setelah diperiksa oleh Mek Dah, rupa-rupanya kandungan Puan Liyaa adalah kembar dua. Perasaan mereka? Tentunya gembira tidak terkata. Rezeki ini adalah anugerah yang sangat tidak disangka.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan bulan berganti bulan. Kandungan Puan Liyaa, kira-kira seminggu sebelum Ramadhan, telahpun memasuki bulan kelapan. Dan kalau tiada aral melintang, insyaAllah genap 1 Syawal zuriat mereka bakal dilahirkan. Puan Liyaa memilih untuk bersalin secara tradisional jer. Maklumlah, Mek Dah bidan kampung tu kan ada. Biar la Mek Dah yang sambut kelahiran bayi-bayi dia..

Tapi, ujian mendatang buat Encik Raya dan Puan Liyaa. Pada hari terakhir puasa, Encik Raya terpaksa meninggalkan isterinya, atas hal kecemasan yang tidak diduga. Sebolehnya beliau ingin menemani isterinya, menyambut kelahiran bayi-bayi mereka yang pertama. Tapi, itu la, ketentuan Allah tak semestinya memenuhi setiap kehendak dia.

Puan Liyaa redha. Mungkin dah tertakdir untuk dia melahirkan anak tanpa ditemani suami tercinta. Mujur sebelum kelahiran, dia dah berbincang dengan suaminya. Kalau anak-anak lelaki, mereka nak namakan Mohd Fitri dan Mohd Aidil. Manakala kalau anak perempuan pulak, mereka nak namakan Nurul Farhah dan Nurul Aidah.

Takdirnya, kedua-dua anak mereka adalah lelaki. Mek Dah, sambil mendukung kedua-dua bayi tersebut, berkata pada suaminya, "Abe Selamat, selamat hari Raya". Dan kemudian, beliau menyerahkan kedua-dua bayi tersebut kepada Puan Liyaa. Juga sambil berkata, "Aidil, Fitri mu Liyaa".

So, itu la asal usul Selamat Hari Raya, Aidilfitri Mulia yang kita dah gunakan sejak sekian lama..hahaha. Terima kasih la sebab sudi membaca.

p/s: cerita ini cuma rekaan semata-mata.


28 comments:

  1. mu Liyaa tu sungguh unsangkarable XD
    memula aku wonder jugak kenape liyaa sebab aku terbayang liyaa mf je hihi. nseb baik bersebab ko letak nama liyaa tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..memang la ada sebab aku letak nama Liyaa..:D

      Delete
  2. mek dah? kubang kerian? oke fine fine -,-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ho la..mek dah kubang kerian..kenal ko?

      Delete
  3. hee.. ok2.. salam eid mubarak :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. biasa la ima..xde keje nak buat..hahaha

      Delete
  5. hahaha...mengarut no satooo....
    erk tp tak paham sgt part abe slamat, selamat hari Raya tu... ermm.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..xtau camne nak explain part tu..hahaha

      Delete
  6. amboi...asal usul aidilfitri ye...hahaa nice otak berkembang...:)
    selamat hari raya aidilfitri incik H.saya mohon maaf atas salah n silap sepanjang kenal di dunia maya ni...:)

    ReplyDelete
  7. tahu cter nie karut..tapi, ta bape paham. otak weng sikit skarang..manyak loading..AHAHA..BTW, jemput singgah rumah baru kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..xyah faham pun xpe..mmg mengarut jer ni..btw, tahniah sbb ada rumah baru..:D

      Delete
  8. aku tak paham tang ni tetiba Mek Dah cakap selamat hari raya tu pasal apa?

    abe selamat tu aku paham la, tapi kenapa ade perkataan "hari" plak lepas tu..hahaha..

    mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku xtau camne nak explain..

      aku nak maksudkan yg hari Raya tu selamat sebab anak dia dah selamat dilahirkan..itu jer..

      Delete
  9. amboiii..rajin noo dok pikiaq nak mereka cerita ni..
    ape2pon terbaik lah..khusyuk husna baca taw..=P

    Selamat Hari Raya H!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..khusyuk ke? selamat hari raya husna..:D

      Delete
  10. selamat hari raya juga.. sama mcm chuu. masa baca, duk bayangkan liyaa mf.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  11. tergelak baca entri ni,

    x sangka juga ade sejarah nama disebalik aidilfitri mulia..wakaka
    :D

    ReplyDelete
  12. Bersungguh kot baca entry ni..
    Mula2 ingtakan bebenorlah sejarahnya..

    sekali tgk tang p/s tu...
    grrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah nama pun mitos..mesti la rekaan..:p

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. tau la minat mek dah dalam drama Jangan Ambil Padang Kami.. huhuh..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top