Header2

• 12 August 2013 •

Aidilfitri Yang Kian Berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini, menceritakan tentang sebahagian daripada kenangan aku zaman muda-muda. Tentang raya, tentang sambutan, tentang suasana, tentang feel dan tentang sebagainya. Maybe ada la sesetengah part yang mungkin buat korang tacing ke apa ke. Tapi kalau boleh, baca and buat jer la macam tak ada apa-apa. Sebab aku sendiri pun okey jer. And tujuan aku tulis, bukan untuk menyedihkan sesiapa.

Idea untuk entry ni sebenarnya datang bila aku baca blog and statement kat facebook kawan-kawan. Menyatakan bahawa feel raya tu dah tak ada. Dah ditenggelamkan dek peningkatan usia dan status terkini sebagai seorang yang telah bekerja. So bila aku baca, aku terfikir bahawa untuk aku, apa agaknya makna bagi setiap sambutan perayaan hari raya. Ada ke? Hmmm..rasanya tak ada. Sebab sejak 8 tahun lepas, pada aku, hari raya tu sendiri dah jadi macam satu hari yang cukup biasa.

Dulu, pengisian hari raya aku agak mudah tapi cukup sempurna. Dua tiga hari sebelum raya, abah akan cari daun kelapa buat ketupat. Duit tak ada masa tu nak beli ketupat yang dalam paket. So aku la tukang anyam either ketupat bawang or ketupat sate. Ikut suka aku nak buat patern yang mana. Then kalau mak free, baru dia join sekali. Adik-adik aku yang lain, errr agaknya sampai sekarang pun diorang tak reti. Dah pernah ajar dulu, tapi diorang buat tak pernah jadi. Kiranya cuma mak, aku dengan akak jer la yang tau anyam ketupat ni. Cuma masa tu akak aku dah kahwin, dah ada family. So indirectly, kadang-kadang dia terkecuali.

Tak tau la kat tempat lain panggil camne. Tapi aku diajar bahawa yang sebelah kiri tu ketupat bawang and yang sebelah kanan tu ketupat sate. Sumber? self explanatory..

Abah pulak buat ketupat macam kat bawah ni. Daripada dulu memang dia sorang jer la yang reti buat ketupat macam ni. Time kecik-kecik dulu aku pernah la tanya kat mak patern ketupat yang abah buat. Then mak kata, itu namanya ketupat pulut. Masa rebus kena ada santan.

Aku tak tau la mana betul. Either lepat pulut or ketupat pulut..

Okey, tamat dah bab anyam ketupat. Kelongsong tu semua kitorang masukkan dalam kolah. Mak kata, biar daun tu tak layu. Pastu baki daun kelapa yang ada, buat mainan budak-budak la. Aku buatkan keris sorang satu, biar diorang tikam sesama sendiri. Abah pulak buat serunai ke seruling ke trompet ke apa entah. Macam gambar kat bawah ni la. Bila tiup nanti berbunyi. Kadang-kadang aku marah jugak, sebab memekak..hahaha.

Kelis dan Seluling.

Then petang sebelum raya, mak basuh la beras untuk isi dalam kelongsong ketupat tu. Part ni memang aku lemah. Kadang-kadang aku tolong. Kadang-kadang aku paksa adik-adik aku tolong. And biasanya mak yang buat sorang-sorang, tak ada orang tolong. Senang jer nak beza yang mana mak buat and yang mana kitorang buat. Sebab kalau ketupat tu terlebih lembik or terlebih keras, memang sah la kitorang yang buat.

Petang tu jugak, dalam pukul 4, we start our own part. Yang perempuan-perempuan tolong mak kat dalam rumah, kat dapur. Yang lelaki-lelaki pulak hidupkan api, cari kayu, cari daun pandan, standby periuk dan lain-lain untuk rebus ketupat. First rebus ketupat biasa. Pastu rebus pulak ketupat yang abah buat. Sambil-sambil tu pasang pelita, layan budak-budak main mercun, main bunga api. Bila bosan, masuk rumah, tengok TV. Sampai la ke pukul 2-3 pagi. Then angkat ketupat, pastu baru tidur.

Tiap-tiap tahun lebih kurang macam tu la ceritanya. Tapi itu dulu. Lama dulu. Sejak mak meninggal kurang 2 bulan sebelum Ramadhan, 8 tahun lepas, Aidilfitri kitorang masing-masing macam dah langsung tak ada makna. Tak ada dah nak anyam ketupat. Tak ada dah dan berjaga sampai 2-3 pagi. Tak ada dah itu. Tak ada dah ini. Dan tak ada dah macam-macam lagi. Hari raya langsung tak ubah macam hari-hari biasa. Kalau ada beza pun, cuma ziarah kubur sama-sama. Itu jer. Yang lain memang tak ada.

Dicuri khas daripada facebook adik bongsu aku..

Hmmm..entry ni tak ada kesimpulan. Sebab semakin lama aku cerita, rasa macam semakin banyak yang mahu dan ingin aku sampaikan. Anyway, terima kasih, kepada korang, kelompok kecil, yang masih sudi, datang dan baca setiap terbitan. Moga ketemu lagi di lain kesempatan.

p/s: oh ya, sesi persekolahan aku dah laaaamaaaa ditamatkan..


18 comments:

  1. Ima pun tengah merasakan benda yang sama..my dad baru je xde.. 1st raya tanpa dia. memang suram. kelam. dan tak rasa kemeriahan raya. i miss him too :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah..moga ayah ima diberkati dunia akhirat..

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Arwah nenek saya, padai buat ketupat, kesenian ketupat2nya agak menarik juga, salah satunya

    kala jengking...serius saya tak tipu.
    arwah nenek memang pandai buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kala jengking? wahhhhh..menarik tu..

      Delete
  3. raya tahun ni..?
    bes sbb semua adikberadik berkumpul.

    ReplyDelete
  4. semua yang hidup pasti mati,, hadiahkan beliau banyak2 ayat suci alQuran k :D

    ps- raya kedua baru aku rasa beraya tahun ni :D

    ReplyDelete
  5. kita semua punya cerita raya yang berbeza rasa. raya tetap raya....selamat hari raya. aku dah lama tak beraya dengan ayah.


    bab anyam ketupat tu...dalam family aku pak ngah aku la terror dengan anak lelaki dia..orang kluang. hehe. ok itu je nak bagitahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..org kluang mmg terer2 anyam ketupat tau..hahahaha

      Delete
  6. samalah., makin kurang terasa meriahnya. tp syukur kerana masih punya ibu dah ayah. alfatihah buat emak h.

    em., kelis? pelat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewious?..tu sebab ko tak pandai anyam ketupat la tu chuu..hahaha

      Delete
    2. errr..tu bukan pelat chuu..
      tu manja..kahkahkah!

      Delete
  7. Errr...H pandai anyam ketupat ke..??
    Macam tak percaya jee..
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mesti la pandai..nak belajar ke? hahaha

      Delete
  8. sya tak pndai anyam ketupat. boleh terjun lombong rasanya

    Selamat hari raya maaf zahir batin H

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh H ajar..

      selamat hari raya Sya..walaupun raya dh lama habis..hahaha

      Delete
  9. tabik lah pandai anyam ketupat.. mohon bukak kelas menganyam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..sorang H cas pat ratus hengget!!

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top