Header2

• 30 August 2013 •

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh, kemain tajuk kan? Taknak kalah..hahaha. Okey, basically entry ni berkisar tentang anjakan paradigma seorang manusia yang cuba keluar dari kepompong sedia ada. Daripada keadaan yang selesa, kepada suatu keadaan yang dia sendiri tak tau macam mana. Daripada kelompok sediakala, kepada khayalak rawak, yang dia sendiri mungkin takkan terduga. Dan ya, dia itu adalah aku, dan aku pula adalah orangnya.

Secara jujur, aku jarang ada sebab untuk buat apa yang aku nak buat. Kalau ada sebab pun, aku tak reti nak jelaskan sebab tu. Mungkin memang sikap aku yang susah dan keberatan nak cerita tentang sesuatu. Atau mungkin aku fikir sebab-sebab tu kadang-kadang terlalu remeh untuk diberitahu. Sebagai contoh, aku tak tau baca paper cina. Tapi aku tetap bawa selonggok China Press dan selak satu persatu. Sebabnya? Haaa..itu la dia. Sebabnya terlalu remeh untuk diberitahu.

Apa guna paper cina kalau kita tak tahu baca..
Pada aku, sesetengah benda yang aku fikir, yang aku buat, adalah sebahagian daripada variasi kehidupan aku. Kepelbagaian ini la yang membuatkan aku rasa seronok. Membuatkan aku rasa lebih menikmati dan menghargai life aku. Kalau orang kata life is hard, aku tak setuju. Sebab pada aku, life bukannya hard. Life is just not that easy. Oleh sebab itu, aku perlukan variasi. Aku perlu explore masa hadapan supaya hidup aku tak nampak macam statik pada setiap hari.

Tapi, tu la, anjakan paradigma ni kadang-kadang membuatkan kita terpaksa lepaskan apa yang kita dah ada. Sebagai contoh, kita dah selesa duduk kat Malaysia. Dekat dengan kawan-kawan, dekat dengan keluarga. Then pada suatu hari, kita decide nak pergi Ostrolia, sebab kat sana ada ais kacang. Indirectly, sama ada suka ataupun tak suka, kita kena tinggalkan kelompok selesa ni untuk seketika. Bukan sebab kita nak putuskan hubungan dengan diorang, tidak. Cuma buat masa ni, kita taknak bawa diorang bersama dalam pengembaraan kita.

Tapi lagi, ada tapinya. Tapi kadang-kadang anjakan paradigma ni sendiri boleh membuatkan kita rasa teruja. Sebab kita tak tau in future nanti, keadaan kita akan jadi macam mana. Macam kata Tembakau la, kita takkan tahu apa yang berlaku seterusnya setiap saat, minit, jam dan hari yang akan kita lalui. Kita takkan dapat walaupun secebis dari masa yang akan datang tu. Pada aku, itu yang membuatkan life ni best. Sebab kalau aku tau apa yang akan berlaku esok, mesti aku takkan rasa teruja dah.

Jadi, keadaan aku sekarang ni adalah kombinasi antara keterpaksaan dan keterujaan. Keterpaksaan kerana aku akan melepaskan. Dan keterujaan kerana aku akan memulakan. Benda ni dah macam sweet pain, tapi level dia mungkin bawah sikit daripada sweet pain. Sebagai contoh, eh takpe ke aku asyik letak contoh jer ni? Rasa macam ada dalam kelas tusyen pulak siap nak bercontoh-contoh bagai..hahaha.

Ah tak kira la, nak bagi contoh jugak. Sebagai contoh, orang kata zaman yang paling best ialah zaman persekolahan. Kata la aku ni SPM candidates dan esok adalah last payper untuk SPM. Means, esok adalah hari last untuk aku jumpa kawan-kawan sekelas. Lepas tu maybe tak dapat nak jumpa dah. Kalau ada pun, masa kenduri kahwin. For sure, aku akan rasa sedih kot. Errr, maksud aku, sedih la. After all these while, at the end we'll part each other. Takde dah nak sembang sama-sama, nak borak sama-sama, nak gelak sama-sama. Aku, lepas paper SPM esok, akan lone ranger jer.

Dan dalam masa yang sama, aku teruja. Life after SPM, kehidupan lepas ni tanpa diorang, buatkan aku teringin nak tahu keadaan tu nanti macam mana. Apa yang akan ada dalam life aku, siapa yang akan muncul dalam hidup aku, macam mana dugaan yang mendatang ke atas diri aku, semua tu aku teringin nak tahu. Benda-benda tu membuatkan aku berimaginasi tentang kehidupan yang completely different berbanding zaman sekolah. Buatkan aku tak sabar. Buatkan aku rasa macam nak habiskan SPM hari ni juga. Biar aku dapat explore dunia yang mungkin cukup berbeza.

So, kesimpulannya, macam gitu la ceritanya. Esok last payper SPM. Lusa aku akan explore kehidupan yang lain tanpa diorang-diorang semua. In future, kalau panjang umur, kot-kot diorang buat reunion ke, insyaAllah kitorang akan jumpa semula. Errr..aku rasa macam aku ni dah betul-betul jadi SPM candidates pulak..hahaha.

Diam la semua! Itu namanya menghayati watak! Grrrrr...

p/s: sekian..terima kasiH tak terhingga..


13 comments:

  1. konpius jap...incik H join bebudak spm jawab exam ke....erm anjak jangan tak anjak...hahaa

    ReplyDelete
  2. errr.... saya pun nak kena anjak ni dari tak paham kepada paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. anjak jangan tak anjak..hahaa

      *copy paste komen aisyah jahirah*

      Delete
  3. Fuh... Dia punya imaginasi bukan main lagi. Sampai ke calon SPM kekdah nya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..berangan tak kena bayar bro..:D

      Delete
  4. kah3... memang dah anjak da nei :P

    ReplyDelete
  5. . ok laa saya nak diam laa.. =.= hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau aku tahu perkara yg akan berlaku esok, mahupun sejam akan dtg. atau barang sesaat kemudian..aku still boleh teruja asalkan perkara tu memang perkara yang sepatutnya mmbuatkan aku teruja. tak tahulah kalau ada org yg dah tahu akan fail exam..still akan teruja jugak. ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau skrg aku tau esok aku akan dapat sebidang tanah, aku tak teruja chuu..instead of tiba2 jer esok aku dpt sebidang tanah..hahaha

      Delete
  7. Berlakunya anjakan paradigma bila kita bgerak songsang dari apa yg sepatutnya...dan cara mempebetulkan keadaan kena btindak membuat keputusan yg drastik....demi kebaikan diri sendiri dan semua.....oyeahhh...!

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top