Header2

• 26 August 2013 •

Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini jer gambar yang aku jumpa..

Korang pernah tengok telemovie Ayah tak? Telemovie lama ni. Dah banyak kali jugak ulang siar kat Astro Oasis. Telemovie ni mengisahkan tentang anak-anak yang bergilir menjaga ayah diorang. Along kira yang paling senang antara adik beradik. Tapi dia memang mengelak untuk jaga ayah. Sebenarnya dia taknak jaga pun, sebab dia rasa ayah dia tu menyusahkan. Angah pulak ada anak kecik, plus dia dengan suami masing-masing bekerja. So tak dapat nak proper jaga ayah. Dan adik pulak, duduk menyewa bilik. Gaji kecik, tak dapat nak bagi kesempurnaan untuk ayah.

Eh apesal aku rasa macam tengah buat sinopsis pasal telemovie..hahaha. Sebenarnya aku tak pernah habis tengok telemovie ni. Selalu skip-skip. Contoh, kali pertama aku tengok 20 minit yang awal. Kali kedua aku tak tengok. Kali ketiga aku tengok 15 minit. Kali keempat sambung lagi sikit. And macam tu jugak la kali kelima dan seterusnya. Ditakdirkan, semalam aku tertengok 20 minit terakhir untuk telemovie tu. Dan aku rasa sedih, rasa hiba sikit. Teringat ayah kat kampung.

Walaupun aku anak kedua (angah), tapi hakikatnya aku tak ada anak kecik. And most importantly, aku tak ada suami. Jadi aku rasa, dalam tiga beradik tu, aku adalah kombinasi watak along dan adik. Aku, walaupun tak kaya, tapi boleh dikatakan agak senang. Aku tak pernah putus duit walaupun suatu masa dulu aku jobless selama lebih 3 bulan. Cuma, tu la, aku tak dapat jaga ayah. Bukan sebab aku taknak jaga. Kalau boleh memang aku nak. Tapi deskripsi kerja membuatkan aku hidup secara nomad. Rumah kompeni pulak tu. So selagi belum berkahwin, aku tau yang aku takkan menetap lama kat sesuatu tempat.

Aku pernah fikir kalau-kalau ayah duduk dengan aku. Kesian dia. Bosan kot duduk dalam rumah ni. Hari-hari tengok TV jer. Nanti sama jer la macam wife and anak bos aku. Kehidupan diorang hanya dalam master bedroom. Sahaja. Mujur bos aku jenis yang rajin bawa anak isteri sesekali makan and berjalan kat luar. Kalau macam aku, balik kerja, memang aku prefer duduk rumah jer. Malas nak keluar even pada hari ahad.

Secara jujur, relationship aku dengan ayah sebelum ni on off. Sejak dulu memang macam tu. Masa muda-muda lagi teruk kot. Kalau orang tengok, maybe rasa aku ni macam anak yang mendengar kata, tak melawan cakap mak ayah. Tapi hakikatnya tidak. Aku selalu bergaduh dengan ayah. Kalau dengan adik lelaki aku, time bergaduh dia akan pergi dapur ambil parang. Kalau dengan ayah pulak, dia akan masuk bilik ambil senapang. Acu terus kat muka. Kalau aku melawan lagi sikit jer, maybe dah kena tembak kot. So terpaksa la aku surender. Then bila dia dah letak senapang tu, baru la aku melawan balik. Hahaha..lawak pulak bila diingatkan.

Ayah aku memang jenis yang panas baran. Silap sikit memang konfem kena sebat. Tapi itu dulu la. Lama dulu, masa aku masih lagi belasan tahun. Sekarang ni bila masing-masing dah besar, ayah agak cool down. Tak ada dah nak menyinga macam dulu. Lebih berdiplomasi dan bertoleransi bila berbicara dengan anak-anak. Jauh gila kot beza berbanding dulu.

Cuma time aku balik kampung, ayah tetap selalu bising kat aku. Tapi yang ni memang atas silap aku sendiri la. Dia selalu pesan supaya aku rajin-rajin call. Kalau tak call, SMS pun tak apa. Dia kata, bila ada perhubungan baru ada kemesraan. Repeatedly, ayat tu berulang-ulang hampir setiap hari. Kalau seminggu aku kat kampung, means seminggu jugak la aku dengar ayat macam tu. Rasa macam dah boleh hafal dah.

Aku selalu cakap kat ayah, aku bukannya tak ingat kat dia. Aku bukannya taknak selalu call and aku bukannya taknak selalu SMS. Tapi aku bukan jenis yang macam tu. Dengan adik beradik pun sama. Aku tak tau nak sembang apa dengan ayah dan adik beradik. Aku tak tau nak cakap apa dan aku tak tau nak cerita apa. Kadang-kadang jeles jugak bila tengok kerani aku rajin call mak dia. Tanya dah makan ke belum, makan apa, masak apa. Terfikir kenapa aku susah sangat nak tanya soalan-soalan mudah tu kat ahli keluarga. Maybe sebab soalan tu 'mudah' kot.

Kat facebook pun sama. Jeles bila tengok orang yang rapat dan berbual dengan adik beradik kat facebook. Jeles sebab aku tak ada semua tu. Kalau ada pun, just setakat chat personal jer. Itu pun cuma untuk benda-benda yang penting. Contoh nak tau cerita pasal ayah, pasal adik beradik lain, dan sebagainya. Jadi bila tengok orang yang ada interaksi sesama family ni, buat aku betul-betul rasa yang aku tak ada apa-apa. Kadang-kadang rasa macam aku ni datang dari broken family pulak..hahaha.

Kan? Macam broken family kan? Tapi sebenarnya tak broken pun. Aku okey jer dengan adik beradik aku. Kitorang daripada dulu memang macam ni. Bukan jenis yang nak hyper sangat dengan adik beradik. Macam tu jugak dengan ayah. Alhamdulillah kitorang dah okey jer sejak setahun lepas.

Cuma satu jer masalah sekarang ni. Setiap kali balik kampung, ayah selalu sangat nak peluk cium aku. Aku sebenarnya tak rela. Tapi tak boleh tepis sebab ayah sendiri. Takut nanti dia membebel atau terasa hati. Bukannya apa, tak biasa. Sebab dulu masa kecik-kecik tak pernah pun kena peluk cium..hahaha. Aku selalu jungkit bahu, then pejam mata bila ayah nak peluk cium. Reaksi menunjukkan yang aku tak rela. Tapi dia tetap peluk cium jugak. Tak apa la, yang penting ayah aku gembira dan bahagia.

Kesimpulannya, suatu masa nanti, kalau ditakdirkan aku kahwin dan ada anak, aku harap anak-anak aku ada kehidupan yang lebih baik berbanding apa yang pernah aku rasa, walaupun aku sendiri mungkin akan rasa apa yang ayah aku sekarang ni tengah rasa.

p/s: ini bukan cerita pasal laptop..lalalalala.


31 comments:

  1. aku paham.
    sebab aku pun macam tuh. bezanya kat sini aku dengan mak aku. sumpah, mmg aku jeles dgn org yg boleh bergayut dengan mak dyorg. aku? cakap dalam 5 minit lebeh je kot. sebab taktau nak cakap ape. bila aku try selidik, maybe sebab adik beradik aku ramai dan mak aku zaman mude mudi garang mcm singa. so, hubungan mmg ok, tapi tak rapat. dan aku pon ad hrpn yg sama, agar anak aku dan aku tak punye hubungan mcm aku dan mak aku. ngohh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..terharu ni..sebab ada jugak org yg rasa sama macam apa yg aku dah rasa..hukhuk.

      aku x kisah la macam mana penilaian org lain sama ada nk anggap aku kurang ajar ke, biadap ke, x syg family ke..sebab aku tau camne aku syg diorang..

      entah..org yg xtau, x rasa, maybe boleh la cakap macam2 yer tak..tapi kalau sendiri rasa, tau la kot macam mana..:)

      Delete
    2. betul. diri sendiri yg mengalami. org lain boleh nk cakap ape-ape, tapi diorang bukannye taupun.

      and aku pun macam kau, duduk jauh2 sebab takmau dekat dengan family. haha

      Delete
    3. aku ada byk lagi kisah nak sambung pasal hal kekeluargaan ni..cuma xtau bila nk tulis jer..hahaha

      Delete
  2. mungkin sbb lelaki kot so susah sikit nak berkata2.. and termasuk sekali dengan kehidupan family tu sendiri.. alhamdulilah diri ni masih tak lupa pada family.. sbb tu ambik keputusan kerja dekat dengan family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mungkin la kot..mungkin sebab lelaki..so x reti sgt nk sembang2 benda simple cmtu..

      btw, amik keputusan utk kerja jauh2 sbb mmg nk jauh drpd family..:)

      Delete
    2. biasa la lelaki patut berhijrah.. hehehe

      Delete
    3. bukan berhijrah..cuma, entah..:D

      Delete
  3. ego seorang ayah... ego seorang lelaki.. ego seorang anak lelaki... kalau bertembung ketiga-tiga ego tu, maka 'tak berlaga angin la'. mase zaman jahil (muda-muda) dulu, aku pun lebih kurang sama la dengan kau. Selalu perang dingin dengan abah aku. Cuma bila dah meningkat usia dan fikiran ni. Bila kenang-kenang balik zaman muda-muda tu, aku selalu rase nak bergenang air mata jantan. Ape la yang aku nak berkira ngn abah aku sampai selalu nak perang dingin dengannya... Padahal, berlelah dan bergolok gadai abah aku membesarkan aku... now... abah dah tua... setiap kali lepas solat, aku selalu mohon kat tuhan. Aku nak jaga abah dan mak aku.. tu je permintaan aku setiap kali berdoa.. permintaan yang mula-mula aku dahulukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau yg tu Sam..aku pun bukan berkira dgn abah aku..cuma mungkin kitaran hidup masa muda tu membuatkan life kitorang jadi camni..

      okey jer..baik jer..cuma entah..hahaha

      Delete
  4. h., nnti kalau kau dah ade suami dan bergelar ayah aku syah kao pulak akan peluk cium anak ko ekeke. time tu ank ko lak x rela., dah mcm mne? btw ayh siap angkat senapang? lg gawang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku nak peluk cium anak, biar drpd kecik..biar anak tu dibiasakan dari kecik..kalau dah besar baru nak peluk cium, kompem anak tu janggal..tu pada aku la..so kalau anak aku xrela, aku harap aku terima ketidakrelaan dia..

      betul chuu..ayah aku siap angkat senapang..

      Delete
  5. kebiasaannya orang lelaki ni x berapa pandai nak tunjukkan kasih sayang. nak selalu cakap pon susah gak. memang kena paham2 sendiri je.

    gaduh dengan ayah tu perkara biasa untuk aku. dah masing2 xnak mengalah katakan. tapi bila dah cool down, masing2 buat hal sendiri. kira baik macam tu je.. pastu nanti gaduh balik. cuma takde la sampai angkat senjata kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa sejak aku habis SPM, time tu baru ayah aku cool down sikit..time tu baru kitorang ada interaksi yg agak rapat..kalau tidak, sebelum ni, macam askar dgn komunis..hahaha

      Delete
  6. ko citer ni, aku rasa sama la karektor ko dgn abg aku. Ada ada sorang abang yg camko. Tak rapat, tak mesra tapi jauh di sudut hati dia, aku tau dia care pasal adik beradik dia. Cuma part peluk tu dia tak mcm ko la kot bila peluk ayah aku.

    H, sementara ayah ko masih hidup ni cuba la ko relakan pelukan dia tu. Belajar, wp tak biasa. Lama2 nanti biasa la. Sedang suami isteri pon bukan biasa sejak kecik jgk berpeluk dan ber..ehem.. tp lama2 biasa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn lyd. peluk sebelum terlambat..

      Delete
    2. aku faham tu Lyd..in fact skrg ni aku x membantah pun kalau dia peluk aku..cuma dalam hati, rasa janggal gila..

      org lain mungkin boleh kata, peluk sebelum terlambat, mungkin boleh nak sekolahkan aku, tapi selagi diorg x lalui apa yg aku pernah lalu, diorang xkan faham apa2..

      but then, thanks Lyd..:)

      Delete
  7. Err.. aku cam ko la H. situasi keluarga aku pun cm ko. adik beradik ok. tp xla hyper. mesra2 kt fb. jeles gak tgok kn. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..aku jeles tengok org yg rapat dgn adik beradik kat fb ni..hahaha

      Delete
  8. aku tengok orang komen serius2 ni macam best..tapi aku pening lak nak baca panjang2 ni...mohon sesapa tolong ringkaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nk komen pun malas so aku sokong kau je lah..Hahahaha

      Delete
    2. aku sendiri malas nak baca entry ni..hahaha

      Delete

  9. memeluklah sebelum terlambat..

    -yg terlambat-

    ReplyDelete
  10. hurmmmmmm ayahhhh...ayah saya dah tak der 25 tahun yang lepasss hurmmmm

    ReplyDelete
  11. mcm penah tgk citer nie.....baru2 nie mcm penah tayang kat tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk kali kot dia tayang kat tv..hahaha

      Delete
  12. Kalau H dah jadi ayah nanti, jgn garang2 sgt..jadikan ank sbgai kawan..

    ReplyDelete
  13. setuju dgn Nur..biar tiada rahsia antara Ayah dgn anak :)
    ** smp skrg tiap kali balik kg then bila nk blk sini blk mesti kena salam cium pp ayah..tu wajib! yg herannya dulu masa sek xde pun mcm tu..mungkin sbb x duduk jauh kot,so x rindu2an.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..H x pernah kot cium pipi ayah..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top