Header2

• 24 August 2013 •

Aksi Dan Reaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku diajukan dengan soalan yang agak susah. Kot. Bilamana seorang wanita bertanya tentang reaksi aku, sebagai seorang lelaki, apabila berhadapan dengan wanita bukan muhrim yang agak mesra dalam pergaulan. Errr..aku syak korang tak faham. Sebab aku sendiri pun, bila baca balik rasa macam susah nak faham..hahaha.

Sekadar gambar hiasan. Korang kisah ke? Tak kan? Hahaha..

Okey camni situasinya. Contoh la, korang lelaki, or maybe memang lelaki. Then korang ada sorang kawan perempuan yang baik. Kebaikan ni aku gambarkan sebagai seorang yang menutup aurat, baju muslimah, bertudung labuh, pakai handsocks, pakai hands free dan sebagainya. Tapi, dalam konteks pergaulan seharian, kawan korang ni agak mesra. Selamba jer kot bertepuk tampar dengan lelaki, letak tangan atas bahu dan lain-lain lagi. Then soalannya, apa reaksi korang?

Aku, bila dapat soalan tu, aku rasa macam, "peh susah gila soalan ni". Tapi tu la, soalan jer susah. Jawapan aku tetap nak senang. Nak bagi reaksi macam mana lagi yer tak, buat macam biasa jer la..hahaha.

Tapi sungguh ni. Bila berhadapan dengan situasi macam tu, dalam keadaan yang biasa, aku tetap akan buat macam biasa. Reason? Entah. Susah nak cakap pasal reason. Maybe lebih kepada pemahaman and pengalaman kot. Or maybe lebih kepada mentaliti aku sebagai seorang lelaki.

Okey, dari segi pemahaman dan pengalaman. Kalau diikutkan, aku sendiri ada ramai jer kenalan perempuan baik yang bertudung ataupun yang tak bertudung. Tambah pulak kerja dalam bidang yang memerlukan aku deal dengan macam-macam level manusia ni, memang banyak jugak la perangai-perangai yang aku dah jumpa.

Bagi yang kenal dan faham karektor aku, diorang tahu yang aku bukan jenis nak bertepuk tampar sangat dengan orang perempuan. Usahkan kata bertepuk tampar, bersalam pun seboleh-bolehnya tidak. Sebab aku tau, keterbukaan orang perempuan ni berbeza-beza. Ada yang kisah, ada yang tak kisah dan ada yang buat-buat tak kisah tapi sebenarnya kisah. Jadi untuk mengelakkan suasana yang awkward, better aku behave and tak payah nak gatal tangan bergaul mesra sangat dengan golongan perempuan.

Tapi kalau orang perempuan sendiri yang bergurau bertepuk tampar dengan aku, aku akan diam dan tak kata apa-apa. Tak kira la dia tumbuk bahu ke, cubit lengan ke, tonjol dahi ke, aku tetap akan buat macam biasa. Sebab aku tau, kadang-kadang benda tu berlaku secara spontan. Bukan sebab diorang nak bermanja atau nak mengada-ngada. Maybe habit dari kecik dah memang macam tu. Susah nak berubah dan susah nak diubah.

And kalau orang perempuan hulur tangan nak bersalam pulak, pun aku akan sambut macam biasa. Sebab? Entah. Susah nak cakap pasal sebab. Heh, sama jer dengan ayat kat atas. Tapi serius ni, kebiasaannya aku akan sambut walaupun kadang-kadang rasa terpaksa. Yer la, aku ni bukan alim sangat pun sampai tak pernah bersalam dengan orang perempuan. Apatah lagi nak berlagak alim sampai taknak sambut bila orang hulurkan tangan.

Aku tau, tak kira apa pun reason sama ada atas urusan kerja atau taknak diorang rasa malu bila salam tak bersambut, hakikatnya aku tetap salah sebab bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Aku tau pasal tu walaupun aku dah habiskan zaman persekolahan bertahun-tahun yang lalu. Cuma, entah, aku tetap rasa serba salah bila huluran tangan tu tak bersambut.

Okey, dari segi mentaliti pulak. Daripada pemerhatian aku, aku rasa mentaliti ni la sebenarnya yang membezakan keterbukaan antara orang lelaki dan perempuan. Aku cakap ni secara general tau. Tak spesifik pun sama ada korang bersongkok, bertudung, bekopiah, berhijab atau togel tak ada apa-apa yang litup atas kepala.

Pada aku, orang perempuan, tak kira sama ada bertudung atau tidak, KEBANYAKANNYA masih lagi concern dan menitikberatkan tentang tatacara pergaulan dengan kaum lelaki. Aku sendiri ada ramai jer kawan-kawan free hair yang tak bersalam or tak bergaul terlalu mesra. Pada orang perempuan, adab dan had perhubungan tu memang perlu dijaga. Sebab tu biasanya orang perempuan still ada effort untuk decline huluran tangan orang lelaki. Sebab tu jugak orang perempuan berani tegur, marah or tepis bila orang lelaki sentuh bahu or tangan mereka.

Berbeza pulak dengan lelaki. Orang lelaki tak cara sangat benda-benda camni. Walaupun kitorang tahu, tapi aku rasa KEBANYAKAN daripada kitorang memang tak menitikberatkan pasal ni. Alaa..bersalam jer kot. Apa ada hal. Haa..itu apa yang kebanyakan orang lelaki fikir. Sebab tu la orang lelaki still akan bersalam walaupun rasa macam terpaksa. And sebab tu jugak la orang lelaki akan buat reaksi macam biasa bila pergaulan orang perempuan macam dah terlebih mesra daripada biasa.

Sekian, terima kasih. Haaa..nampak tak kesimpulannya?

p/s: entry bulan ni sikit gila..hahaha


12 comments:

  1. Jika soalan yg sama di ajukan, reaksi..?

    Err...buat tak tahu jugak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..biasanya org lelaki mmg buat xtahu..

      Delete
  2. kesimpulanya.. ok saya paham cikgu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagossss..seploh markah untuk awak!!

      Delete
  3. ok, situasi kita sama. aku pun suka nk tepuk tampar tapi alhamdulillah setakat ni buat tapi atas angin dan tetap berjarak. belum pernah lg suka2 atau secara tak sengaja tertampar dan mendarat kat mana2 bahagian tubuh diorg. aku jenis bergaul sebab kerja ku hampir 90% adalah hensem guy (cewahhh, tak tahan ayat tu) kekeke. dr zaman belajar lagi dikelilingi dgn member lelaki tapi setakat ni tangan masih terkawal lg. kalau marah pun tunjuk penumbuk dr jauh je pun =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu aku kata, org ppuan biasanya lebih menjarak dan mengawal benda ni..cuba mengelak..tapi org lelaki biasanya x kisah..hahaha

      Delete
  4. wahh..pnjang lebar huraian u..anyway,manusia ny ade macam2 ragam.maklumlah lain orang lain ibubapa lain ajaran n kebiasaan..good luck for u untuk berhadapan ngan sume ni..peace :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..manusia ni lain2..ada yg kisah..ada yg xkisah..

      Delete
  5. hmmm... mcm manapun kesedaran ttg batas-batas pergaulan kena jelas... ingat kesedaran... bukan cakap pasal hukum... hmm... mana yg baik la en H... kadang2 nak menjaga hati pun ye jugak... tapi, as long as tak lebih2, harus la kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa..setakat ni rasanya xde yg lebih2..kot..

      Delete
  6. Memang agak pelik kalau perempuan dah menutup segala aurat tapi cara pergaulan agak bebas bertepuk tampar. Buat tak tahu jelakan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tu la..biasa kita org lelaki mmg buat xtau jer pasal benda ni..hahaha

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top