Header2

• 28 August 2013 •

Ariyon Dan Kartini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kulit Depan - Siap ada paper fastener lagi..:p

Kartini. Aku tak pasti antara korang berapa ramai yang pernah baca novel atau komik ni. Heh, aku sendiri tak tau nak klasifikasikan karya Tembakau ni sebagai apa. Either komik ataupun novel. Maybe novel grafik kot. Tapi tak apa la, just nak bagitau bahawa, kalau ada benda murah yang berbaloi untuk aku beli dan simpan selama 15 tahun ni, that is Kartini.

Sini la asal usul "bangang abadi"

Secara general, novel ni mengisahkan tentang cinta budak-budak kat alam persekolahan. Cinta monyet la kononnya. Tentang Ariyon (Asri) yang terjatuh suka pada Kartini, and berusaha untuk cuba dapatkan Kartini. Macam-macam jugak la benda bodoh dan mengarut yang dia buat, untuk menunjukkan kesungguhan dia, effort dia, susah payah dia, dan sayang dia pada Kartini. Secara tak langsung, Kartini menjadi sumber motivasi dan inspirasi, untuk buktikan yang suatu hari nanti, dia akan jadi somebody.

Sebab tu aku selalu cipta ending yang best untuk diri sendiri..:)

Apa yang aku suka tentang novel ni ialah feel dan gaya penceritaan Tembakau. Dalam novel ni, ada unsur-unsur monolog yang tak keterlaluan, just nice orang putih cakap. Unsur-unsur monolog ni la, ditambah dengan ilustrasi Tembakau, buatkan aku rasa macam kadang-kadang aku memang ada dalam dunia diorang. And kadang-kadang pulak, rasa macam aku tengah tengok movie dalam versi buku hitam putih.

Pasal penceritaan pulak, ini lebih kepada gaya bahasa dan cara Tembakau olah cerita. Guna bahasa pasar jer kot. Sesekali ada selitkan loghat Perak, sesekali ada campur speaking omputeh. Dan sesekali pulak, ada gunakan ayat buku yang betul-betul buku. Maksud aku, jenis ayat yang simple tapi bila baca, makan dalam. Tentang ideologi. Tentang harapan. Tentang impian. Tentang cinta. Tentang cita-cita. Dan tentang sebagainya. Eh dah macam promote blog Nur pulak..hahaha.

Nampak ayat yang last tu? Itu memang 'perfect ending'..

Satu lagi yang aku suka, ending dia. Sebab ending dia bukan happy ending macam apa yang selalu tertulis kat novel biasa. Ending dia agak sedih dan hiba. Ariyon tak dapat Kartini. Macam mana dia berusaha dan bersusah payah selama bertahun-tahun, at the end dia tetap tak dapat Kartini. Sesetengah orang mungkin tak suka ending macam ni. Tapi aku suka. Pada aku, ending ni dah cukup perfect, cukup sempurna. Bersesuaian la dengan apa yang tertulis masa awal-awal, ayat Kartini, "Tapi apa yang kita paling nak... itulah yang kita takkan dapat". So aku tak expect akan ada sambungannya. Biar cerita tu habis kat situ jer.

Tapi, itu la, kita tak tau apa akan jadi pada masa depan. Beberapa tahun lepas tu, aku ada dengar tentang kewujudan Kartini Kembali. Karya kartunis Tembakau jugak. To be honest, aku tak teringin pun nak dapatkan Kartini Kembali. Sebab macam yang aku bagitau kat atas, ending Kartini memang dah cukup sempurna. Aku taknak tau apa-apa kesinambungan yang boleh mencacatkan ending tu.

Bit disappointed..

Nak dijadikan cerita, lepas aku keluar daripada My Box Karaoke kat Giant Kelana Jaya beberapa tahun yang sudah, aku singgah la kedai buku kat Tingkat Bawah tu. Then terjumpa pulak dengan Kartini Kembali. Nampak kan? Bila kita taknak, benda tu la yang tiba-tiba muncul kat depan mata. So alang-alang dah nampak, aku pun beli sebab ia ada kaitan dengan Kartini.

Hmmm..walaupun aku bukan Chuu, tapi aku tetap rasa rugi. Rugi sebab beli Kartini Kembali. Ternyata, seperti yang dijangka, garapan Kartini Kembali tak seindah dan sehalus cerita Kartini. Aku tak tahu la sama ada aku sorang yang rasa macam tu, atau orang lain pun fikir benda yang sama. Mungkin expectation aku terlalu tinggi. Atau mungkin kepuasan membaca aku cuma terletak pada Kartini, dan bukan Kartini Kembali.

Kesimpulannya, walaupun aku tau novel Kartini dah tak ada kat pasaran, dah kira macam rare item sekarang ni, tapi aku tetap nak suggest kat korang, kalau terjumpa kat mana-mana, baca la novel ni. Sebab ini bukan saja cerita tentang memberi. Ini bukan saja cerita tentang menerima. Tapi ini juga cerita tentang beza, antara mengalah dan putus asa.


Sekian, itu saja.

p/s: Bak kata Tembakau, ini adalah cerita kita. Sebuah cerita untuk kita.


30 comments:

  1. itu memang rare qoute..

    "apa yang paling kita nak, itu yang takkan kita dapat".

    aku rasa tembakau memang ada minat seorang 'kartini'..sebab tu cerita dia menjadi dan punya rasa...dan memang dia tak dapat 'kartini' dia...

    lagi dalam frust tak dapat, lagi feelin...

    'kartini kembali' mungkin sebuah fantasi baru..tapi fantasi tidak sama realiti macam 'kartini'...macam kau kata..'kartini' sudah lengkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni mmg adaptasi cerita benar..dan dia memang xdpt pun Kartini tu..hahaha

      Kartini sbnr skrg kalau tak silap dah umur 38thn..

      Delete
    2. Kartini will be turning to 40 years old by 2014. She's a mother of 5. Yon xdpt kartini tu.. dan gmbr sekolah yg diplotkan dlm komik tu, mmg tepat kedudukan sgla blok di smkasas..

      Delete
  2. Saya agak confius, ni novel ke komik? tapi ini adalah review yang sangat bagus sebab membuatkan orang membaca review ni pun teringin nak baca Kartini dan Kartini Kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon kompius kakNi..sebab dulu aku tengok macam komik je..

      lagipon tak berapa ingat pasal cerita yang emo2 jiwang ni aku tak minat..skip je terus baca yang kelakar..

      Delete
    2. Kau bukan tak minat emo tapi kau takut2 trnges kn? Haih!

      Delete
    3. ni kategori Novel Grafik..xsampai 1jam pun dah boleh habis baca..hahaha

      Delete
  3. ala2 blues untuk aku kot yer.. novel grafik.

    rasa nak p cari lak komik ni bila baca review ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2..ala2 Blues Untuk Aku la..tapi penceritaan Blues Untuk Aku tu agak berat..ada macam2 masalah..yg ni ringan jer..

      Delete
  4. Kisah benar yg diadaptasikan menjadi cerita untuk tatapan semua...
    dan skrang masing2 dah punya kehidupan dan kebahagian tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  5. mesti Nur senyum2 H promosi kan blog Nur secara sengaja.hehehe
    Ai x pnh baca pun komik ni...

    ReplyDelete
  6. sy pun sedikit kecewa dgn kartini return. byk kisah yon saja kan?
    tapi sy ingat2 lupa yg yon kene belasah dgn boifren kartini tu samada dalam buku kartini return atau dalam malajah Lanun. kalau tak silap, kartini ni keluar zaman 1998-1999..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *majalah.
      typo selalu berlaku bila apa yg kita nak sampaikan lebih laju dari apa yg sedang kita taip.. T.T

      Delete
  7. lukisan Tembakau memang aummm! suka Kartini! aku xde simpan novel komik ini. tapi rasanya abang aku ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada..nak pinjam? lima ploh hengget!!

      Delete
  8. aku minat citer kartini ni. Kat mana nak cari eh? Aku nak beli. Kalo baca dalam majalah ujang tu selalu tertinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada Lyd..nak aku tolong fotostat ke? :p

      Delete
  9. ahh sudah. aku tak terlibat. H..bwk la komik nnti. aku nak pinjam bace gak (d)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..skrg ni rugi jer mmg berkait dgn ko tau Chuu..xde org lain dah..

      Delete
  10. cerita kartini mmg memang legend.. siapa yg belum tgok kartini boleh pergi youtube & search Kartini Tembakau, tgok dlm versi animasi.. agak bosan pd yg xpernah baca komik ni..

    kartini kembali masih belum baca.. so xboleh nak komen..

    ReplyDelete
  11. Tidakkah kau merasa gundah walau kau tahu apa yg dicari".serius komik penuh perasaan aku baca dulu ni.time darjah 5 aku baca thun 98.pastu hilang komik ni.steady tembakau

    ReplyDelete
  12. Kat mne aku ley dpt kartini kembali..

    ReplyDelete
  13. Di pts book cafe ada. Hanya rm6.90

    ReplyDelete
  14. Hari tu aku ke kedai buku 1 malaysia.. jumpa cerita kartini .terus rembat dua2..harga pun diskaun rm 5++ jer sebuah... aku dah lama hayati dan ada juga kebenarannya "apa yg kita nak itu yg kita takkan dapat"....

    ReplyDelete
  15. siapa ada komik ni
    nak pinjam potostat
    wasap/sms 0179211219
    t.kasih

    ReplyDelete
  16. Terharu baca review Dan komentar saudara/ri semua. Ambo melalui zaman remaja dengan majalah Gila Gila, ujanh etc. Mmg rasa teruja tgk karya love story Dan kartini dari tembakau. Then pembacaan ambo terhenti bila ke luar negara. Ambo balik tahun 2002, jumpa majalah kartinin Dan terus beli. Ambo juga sempat beli online kartini krmbali namun mmg x seindah kartini yg Pertama. Benar....endingnya sudah cukup baik. Bahawa kita adalah makhluk

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.... mana saya boleh dapatkan komik kartini yg pertama??? puas jugak saya cari.... saya punya komik hilang....

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top