Header2

• 07 August 2013 •

Aidilfitri Kali Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau tak ada aral melintang, kalau kita panjang umur, insyaAllah, esok, kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, dikesempatan ini, sebelum masing-masing start sibuk malam nanti, aku rasa ada baiknya aku tulis dulu sebuah entry.

Macam biasa la, bila dah nak raya ni, masing-masing akan meminta maaf atas segala silap dan salah. Normal la yer tak. Padahal kalau diikutkan, hari-hari pun kalau buat salah, kita memang kena minta maaf. So aku pun macam tu jugak la, tersabit dengan mood dan sambutan hari raya, aku pun nak minta maaf jugak pada semua.

Secara zahir, rasanya aku memang tak pernah menyakiti sesiapa. Maklum la, jumpa pun tak pernah. And untuk geng-geng kopitiam, kalau jumpa pun aku cuma salam dengan lelaki jer, which is Bundle and Fik. And rasanya lagi, aku salam dengan diorang pun macam biasa jer kot. Tak ada la kuat mana. Jadi aku fikir, menyakiti secara zahir tu memang tak ada. Tapi kot-kot kalau Bundle dengan Fik rasa sakit masa salam tu, aku mintak maaf la. Memang betul-betul tak sengaja.

Secara batin pulak, okey yang ni memang banyak. Jenuh kot kalau aku nak taip semua nama. Dari segi penulisan contohnya, kalau tak banyak, sikit pun maybe ada jugak yang akan terasa. Dari segi unfollow kat twitter or unfriend kat facebook, for whatever reasons pun, yang tu aku yakin ada segelintir pernah terasa. Dari segi gurauan yang mungkin terkasar, contoh kat Payeh, kat Syida, even kalau diorang tak terasa pun, aku tetap nak minta maaf. Dari segi salah faham beberapa kali dengan Bundle, yang tu pun aku minta maaf. Dari segi sikap-sikap aku yang mungkin kadang-kadang susah difaham, yang tu pun aku minta maaf.

Tapi aku rasa, dalam banyak-banyak kenalan kat dunia blog ni, aku paling banyak buat salah kat Ha. Tak kira la sama ada aku sengaja atau tidak, dari segi perbuatan, sikap, perilaku, ayat, tatabahasa, penggunaan kata, aku tau yang aku memang banyak buat salah kat dia. So, Cik Ha, sorry, untuk semua salah silap selama ni.

Pada geng-geng kopitiam yang lain iaitu Liyaa, Chuu, Aien, Punzel dan Sya, sorry kalau ada apa-aa benda yang buat korang terasa hati. Pada PA, pada Kami, pada pembeli bubble, pada one of my student yang pernah request entry sebelum ni, pada pembaca-pembaca yang masih sudi singgah walaupun blog ni dah suam-suam, pada silent reader, senang cerita, pada semua la yang aku tak dapat mention kat sini, aku minta maaf, dari hujung rambut, sampai ke hujung kuku kaki.

Kesimpulannya, sekian dulu untuk kali ni. In case kalau sekejap lagi aku teringat apa-apa yang perlu ditambah, aku akan update terus kat bawah. Agak rushing kot. Nak mandi, nak bawa budak-budak pergi bazar. Dan nak macam-macam lagi. Akhir kata, Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Salah silap aku selama ni, mohon dan harap dimaafi.

p/s: malam nanti la aku edit and backlink..


*** hapdet ***

Tak lupa jugak aku ucapkan terima kasih pada NAL sebab sudi hantar kad raya. Tapi kad tu ada kat Kuantan. Aku tak bawa balik.

Then satu lagi, just nak maklumkan yang insyaAllah aku tak akan simpan apa-apa kat dalam hati. Yang mana kalau aku ingat ada buat salah tu, aku dah lama maafkan. And yang mana kalau aku tak ingat tu, means korang tak ada buat salah la, sebab tu aku tak ingat..hahaha.

Sekian, terima kasih.


19 comments:

  1. salam aidilfitri jugak :) ampun maaf jugak lau ada terkasar bahasa H :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..sama la..selamat hari raya..
      untuk tahun depan..hehehe

      Delete
  2. selamat hari raya buat semua yang mengenali diri ini. jom kita saling memaafkan k. korang maafkan muja, muja maafkan korang. win win ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko x maafkan aku pun aku tetap maafkan ko muja..hahaha

      Delete
  3. Selamat hari raya capital H.. ena minta maaf kalau ada terkasar dan salah silap mana2 terhadap H... :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ena..xde apa salah pun..:D

      Delete
  4. Selamat Hari Raya capital H . maaf kdg2 tak dtg sini lama . maaf kdg2 baca tapi komen dlm hati . maaf maaf jutaan maaf :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..selamat hari raya cekbolat..tima kasih la sbb sudi gak datang walaupun komen dalam hati..hehehe

      Delete
  5. As'salam
    Taqabal Allahu Minna Wa Minkum
    Kullu 'am wa antum bikhair.
    ~ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir § Batin ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Nana..
      ..untuk tahun depan..:p

      Delete
  6. maaf zahir batin H. aku ade sakitkn kau x? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya chuu..

      ada ke? jap aku nak ingat balik..-_-

      Delete
  7. salam aidilfitri.. maaf zahir batin. tapi sebab ko tak ingat, kiranya aku xde buat salah la kan?? hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku tak ingat, means takde la tu..

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia H...!
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Nur..maap zahir batin..:p

      Delete
  9. knp lately sume entri panjang macam karangan 360 patah perkataan..

    Salam aidilfitri H.. Maafkan segala salah silap chicna.. (^_^)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan..lately entry semuanya panjang2..

      selamat hari raya chic na..nak ceklat!! :D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top