Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku syak kalau masa akan datang nanti laptop atau pc kita masing-masing boleh keluarkan duit, mesti kita semua tak hengen nak pergi bank. Okey, mungkin bukan kita semua. Mungkin aku jer yang tak hengen nak pergi bank. Sebab sekarang ni, tujuan aku pergi bank tak lain tak bukan ialah untuk keluarkan duit. Itu pun kat mesin ATM. Eh jap, kenapa kita nak kena sebut 'mesin ATM' sedangkan ATM tu sendiri bermaksud Automated Teller Machine? Kira kita semua ni ada masalah problem ke macam mana? Hahaha..
Okey, jaman sekarang ni, semua benda dah boleh dilakukan secara online. Bayar bil online. Bayar ansuran kereta online. Bayar langganan astro online. Transfer duit online. Jemputan kahwin online. Bersembang dengan kawan-kawan online. Wish birthday online. Mintak kerja online. Berutus surat online. Luahan perasaan online. Topup handset online. Daftar subjek online. Order pizza online. Eh macam-macam lagi la. Gila apa aku nak kena explain semua ni panjang-panjang..haishhh!
Aku pun macam tu jugak. Dan kebelakangan ni, aku terlibat pulak dengan aktiviti shopping secara online. Entah macam mana boleh terjebak pun aku tak tau. Semua ni Zalora punya pasal. Alaa..portal online shopping untuk baju dan kasut yang besar gila tu. Kasut, baju, beg. Beratus jenama, beribu gaya. Dan yang paling gila lagi, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma. Heh, aku siap bukak iklan Zalora kat youtube tau masa tengah taip entry ni. Komitmen giler..kahkahkah.
Mujur jugak aku ni bukan kaki shopping. Bukan jenis yang sanggup habiskan empat lima ratus setiap bulan untuk dapatkan barang-barang yang aku nak. Errr..kecuali kasut la. Sebab sepanjang 2 tahun lebih kat Kuantan ni, aku dah beli 5 pasang kasut. Itu pun lepas dah kena racun baik punya dengan Encik R. Tapi logik la jugak, dah beberapa tahun kerja, aku memang tak pernah beli kasut. Still guna kasut yang aku pakai masa zaman belajar. Takde gaya 'enjinior' langsung. Oh ya, kasut tu semuanya bukan pembelian secara online. Aku beli kat kedai kasut. Tak sampai RM200 pun sepasang.
Errr..berbalik kepada shopping online. Dalam 2 bulan lepas, aku 'terbeli' 3 tshirt kat Zalora. Tshirt murah jer. Value 3 items tu tak sampai pun RM100. Lagipun aku bukannya kaya bebenor sampai sanggup nak beli tshirt Timberland yang sehelai pun dah lebih RM100. Ikut kemampuan sendiri la. Beli pun sebab aku rasa macam dah terjatuh suka.
In return, Zalora bagi aku 2 voucher untuk purchase tiket wayang. Tapi, tu la, aku ni jenis yang jarang pergi tengok wayang. Last-last lupa nak guna. Bila aku check, rupanya voucher tu dah expired masa 31/08. Takpe la. Tak hado rejeki. Selain tu, aku dapat 2 voucher diskaun. Satu untuk aku bagi pada kawan, which is diskaun doploh lima hengget. Aku nak bagi pada adik aku, tapi dia tak reti nak shopping online. So last-last aku lupa nak bagi voucher tu kat siapa-siapa.
Satu lagi tu untuk aku sendiri, which is diskaun seploh persen. Means kalau aku beli barang harga RM200, dapat la diskaun doploh hengget. Ceh, sikit bebenor. Kot yer pun bagi la diskaun doploh persen ke, tigaploh persen ke, baru berbaloi. Baru la aku rasa semangat nak shopping.
Eh apa aku nak cerita tadi? Haaa..pasal voucher. 15/09 aritu, tiba-tiba aku teringat pasal voucher diskaun. So aku check la, tengok-tengok that day adalah hari terakhir untuk gunakan voucher tu. Ah sudah, kata aku kat dalam hati. Dasar manusia tipikal yer tak? Komplen-komplen kata diskaun tu sikit, tapi last minit nak guna jugak.
Dua jam terakhir sebelum pukul 12 tengahmalam, aku start survey barang. Berangan konon nak beli Levi's la. Sebab aku memang dah lama perhati item tu. Cuma bertangguh nak beli jer. Ding dong ding dong, last-last pukul 11.55 malam baru aku Add Cart. Dah siap login Public Bank Online. Dah siap request PAC. Tapi disebabkan dalam hati aku ada sekelumit rasa tak yakin dengan pilihan last minit tu, aku tekan kensel.
Sudahnya, voucher tu expired. Tak boleh guna.
Aku ingatkan dengan tamatnya validity voucher tu, dah kira habis cerita. Tahu-tahu 2 hari kemudian, Zalora call aku. Sebab dia dapat detect yang aku nak beli, tapi tak jadi. Aku pun kata la, voucher diskaun dah expired, so saya rasa tak jadi nak beli. Dan seperti yang dijangka, dia offer aku diskaun seploh persen untuk Levi's tu. Aku tamak, aku mintak lebih, tapi dia kata itu jer yang dia mampu bagi.
Memandangkan sekarang ni dah tengah bulan, jadi aku dapat satu taktikal keji. Masuk jer gaji bulan depan, aku akan login portal Zalora, then buat-buat nak beli, tapi last-last tak jadi beli. Kemudian tunggu dia call, kalau dia offer nak bagi diskaun, then lepas tu baru aku teruskan beli..kehkeh. Bukannya sekarang tak boleh nak beli. Cuma aku fikir, maybe tak berapa terasa duit tu kurang kalau bila beli selepas gaji.
Eh dah la. Kesimpulannya, aku nak renovate blog ni.
p/s: pakai baju pun ada prosedur, tahu?
wakakakakaka.. shoping on9 i like... tp aq dah limitkan duit dalam akaun mybank aq.. aq cuma masuukan 200 everymonth saja. klu lebih mmg habis shoping on9 ja..
ReplyDeletebtw zalora aq try nak beli tp ntah la.. xberminat. mybe mahal kot. aq ni agak kedekut sikit.. wahahahah
wohaaa.. terasa asing kat cni bila dtg jd pengomen balik... baibai
aku memang jarang shopping lina..usahkan kata online, shopping offline pun jarang..kebetulan jer aritu rasa nak membeli..
Deletezalora mahal ke? errr..aku xtau pulak..hahaha
haha.
ReplyDeleteaku sekali sekala je shopping online.
tu pun beli tudung.
sebabnya saiz aku susah nak carik. kalo beli kang, ade je yang tak kena.
haha!
H memang tak terkenan nak reply komen ke?
Deletebosan la :(
eh aku reply la ni..hehehe
Deleteooo...
Deleteingat ko dah merajuk dah...
haha!
demi kak hawa, aku mesti akan reply komen2 ko..hahaha
DeleteAku pun penah tejebak beli on9 masa bln pose hr tu kat nile.com sbb time tu delivery percuma..(zalora mcm mahal kot)
ReplyDeleteaku beli 'henbeg' 3,cap,suar pastu yg lain ntah pape..pueh hati..
Tapi pasni aku kena consider dulu kalau nk beli on9 sbb delivery charges..berkira kot..hahaha....
Aku beli tudung on9 sekodi kat kuantan tp kitorg deal jumpa kat tepi the store..xda charge pape...huhu
pssst..tengs sbb share cara nk pakai baju..
errr..org kedua yg kata zalora ni mahal..hahaha
Deletetudung sekodi tu apa? aku mana tau..and, kuantan?
maksud ko, kuantan?
psssttt..sama2..hahaha
sya tak suka sngat beli online ni tapi pernah terbeli kat lazada haha.. sya tekankan sekali lagi kat sini TER Okay..haha
ReplyDeleteingtkn tenet ni lambat rupanya tgh renovate blog.. header and side bar tak keluar ni
TER? okey, faham..hahaha
Deleteerr..waktu tu header and sidebar memang disimpan..template sementara jer aritu..
Hamboi2 kau. Zalora bagai! Aku pun tak penah usha Zalora tu. Kalau usha, koyak la asben aku. Hahah! Aku penah la gak bebape kali shopping on9 ni. Tu pun kalau jumpa yg murah, aku akan beli 2-3 helai terus, tak rugi sangat bayar delivery charges. Kalau cuma berkenan sehelai aku takkan beli. Baek2 harga tu murah, tambah kos pos jadik mahal. Rugi je. Takleh2, aku kedekut!
ReplyDeleteeh asben ko kan kaya..hahaha
Deletezalora mmg free delivery..sebab tu aku TERbeli..:p
wahhhh dah pndai shopiing online skunk!
ReplyDeleteak start buat keje2 ni, since 4 taun lps. mase tu xde akaun laen selain BSN. trpakse ke mesin and transfer duet. lately makin mnjadi2 sbb dah ade CIMB click. haha.
ak pilih shopping on9 sbb design dy xsame mcm kat luar. plus bkn ak ade mse sgt pon nak survey brg2. so, mmg logik kot kalau kite shopping sambil duduk dpn lappy. :)
haaa..pandai tau..jgn main2..hahaha
Deleteaku pun fikir camtu jugak..macam satu keje pulak aku nak survey2 pakaian mana yg aku nak beli..penat berjalan lagi..baik dok depan laptop jer..kehkeh
macam kenal je baju muntah pelangi tu....huhuhu. aku selalu gak shopping online ni. tapi Zalora je xcuba-cuba lagi sebabnya macam takde yang terberkenan lak..huhuhu.
ReplyDeletehahaha..baju muntah pelangi tu labuh sgt la..
DeleteSekarang pun saya terjebak shopping online je. Sebab I guess taste saya banyak kepada not-too-feminine. Jual kat pasaran smua baju2 fminin. Apa la nasib kami yg kasar skit ni. -_-
ReplyDeleteBtw, Encik H kalau taktau nk bg sapa kupon diskaun tu, bagi la saya, hik! Muahahaha! XD
kupon tu dah expired la sis..tarikh yg sama masa voucher kupon sy expired..:D
Deletewehh...blog dah lain...tapi mana kepala blog..
ReplyDeleteBila sampai satu tahap ketahihan shopping online, mmg parah..!
kepala blog? ada...tengah loading..hahaha
Deletedah lama sangat ka Pensil tak ke sini?
ReplyDeleterasanya last masuk dulu warna putih, sekarang dah hitam. memang dah lama sangat la tu.
pernah jugak beberapa kali beli on9. tapi bukan zalora, sebab zalora bkan orang. jadi rasa macam susah.
sekarang ramai orang jual on9, sampai cikgu2 kat sekolah tu pun macam2 dia jual on9. anak2 murid yang beli. hahak
haaaa..dulu suci, skrg elegant..hahaha
Deleteitu yg lecehnya kalau bukan orang, xleh nak deal..harga mmg fixed..
au tak pernah lg shopping on9..sbb aku kna try seniri baju tu.kalo puas ati baru amik p kaunter byr..haha
ReplyDeleteaku ni masalahnya ialah sebab xde member nak keluar kat kuantan..xde keje aku nak shopping sorang2..hahaha
Deleterugi lah.. lenkali kalo dapat voucher lagi bagi chic na.. nak beli sandal ipanema.. hahaha..
ReplyDelete