Header2

• 06 November 2013 •

Naik Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

22 tahun yang lepas, di sebuah teratak warisan di Kota Jembal, tinggal Encik Alias bersama isteri dan anak-anaknya. Keadaan keluarga mereka, walaupun serba sederhana, tapi memang cukup bahagia.

Penghujung Mac 1991, Encik Alias mendapat khabar gembira. Isterinya mengandung 2 bulan. Alhamdulillah, anak tu kan rezeki. Encik Alias dan isterinya terima kurniaan tu dengan seikhlas hati.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Akhirnya November pun tiba. Isteri Encik Alias kini kian sarat dan menghitung hari untuk melahirkan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada seorang pemuda kurang siuman mengamuk di kawasan kejiranan Encik Alias. Ni betul-betul mengamuk punya. Siap katok ore dengan parang. Ada yang meng-ga-la-mi luka ringan. Dan ada jugak yang sampai cedera parah.

Mujur waktu tu Encik Alias dan keluarganya memang ada kat dalam rumah. Dok perhati jer amukan pemuda kurang siuman tu daripada tingkap. Yer la, takkan nak keluar. Kat luar tu kan bahaya.

"Hiargh! Hiargh!" Macam tu la lebih kurang amukan pemuda tersebut. Habis parangnya dilibas ke sana sini. Keadaan memang betul-betul tak terkawal.

"Parah! Parah!" Terdengar pula jeritan Encik Aizam Mat Saman (jiran Encik Alias) sambil meriba isterinya yang berlumuran darah. Kena tikam agaknya.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Tiba-tiba isteri Encik Alias rasa macam dah nak bersalin. Apa lagi, Encik Alias terus capai kunci kereta, start kereta dan bawa isterinya ke hospital. Peduli la pemuda yang mengamuk tadi. Kalau dia kacau jugak, Encik Alias nekad nak langgar kaki dia..grrrr.

Kat hospital, beberapa jam kemudian, isteri Encik Alias pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

"Abe, nok wi namo gapo dio budok nih?" Tanya isteri Encik Alias.

Encik Alias blur sekejap. Tak sempat nak fikir. Dalam kepala dia masih risau pasal hal amukan kat kawasan kejiranan tadi. Jeritan pemuda kurang siuman dan jeritan Encik Aizam silih berganti. Hiargh! Parah! Hiargh! Parah! Hiargh!

Ting!!!! Tiba-tiba Encik Alias dapat idea. Aku nak namakan anak aku Farahiyah, start huruf F jugak macam wife Encik Aizam, kata Encik Alias dalam hati. Dengan harapan, anak aku nanti akan suka pada orang yang nama Aizam. Cuma aku nak tambah Nur kat depan, biar anak tu ada 'cahaya' yang menyinari dia. Dan bila diberitahu kepada isterinya, isterinya terus jer setuju. Maka dapatlah nama Nur Farahiyah Alias..kehkeh.

Errr..kira logik la kan cerita aku?

Kesimpulannya, lebih kurang 75 hari yang lepas, Farah Alias request aku buatkan 1 entry sempena birthday dia yang ke-22. Lama jugak aku dok fikir nak cari idea. Even waktu aku mula menaip tadi pun, aku tak ada idea nak tulis apa. Taip-padam-taip-padam last-last ini la dia entrynya.

So kepada Farahiyah Alias, Selamat Hari Lahir. Semoga usia 22 tahun ni diberkati dan cepat-cepat kahwin dengan Ashraf. Hadiah? Masa kat Kedah aritu saya jumpa 1 hadiah yang best. Tapi tak beli, dengan harapan kat Kuantan akan jumpa jugak hadiah yang sama. Tapi..

Ya, tapi bila round kedai-kedai hadiah dan cenderahati kat Kuantan ni, memang langsung tak jumpa. So sekarang ni nak kena pergi Kedah balik ke macam mana?

Once again, Happy Birthday Farah Alias.

Sekian, terima kasih.

p/s: Parah! Hiargh!!!!!


10 comments:

  1. Sweettnyer citer kelahiran si Ara ni. Hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..hai tatie..citer rekaan jer ni..:D

      Delete
  2. saya terharu!

    walaupun saya tak berapa berkenan dengan wishes kaweng dengan tetttt tu. aiii aiii~

    tak jadi nak kuciwa ^_^

    p/s: ai nak bear putih boleh? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar mana bear putih tu? lemari rumah?

      Delete
  3. hepi bday jugak kat farah. Ingatkan beday H. Tu aku lagi terkejut kalo betul sebab maknanya umur H baru 22. Selamat le bukan. Nanti bday akak, ko buat entry gak ek. Heheh...

    Pahang menang yey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xtau bila besday ko la kak Lyd..hahaha

      p/s: hooray!! Pahang menang!! :p

      Delete
  4. hahaha.. ingatkan H tadi.. tengok2 bayi perempuan pulok..

    p/s-sape ckp husna robot, potong 5 markah spm dya.. grrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..selama ni H betul2 ingatkan yg husna ni robot..:|

      Delete
  5. happy birthday..

    H nanti birthday sya mohon nak surprise depan umh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. surprise dpn rumah? H kena muncul dpn rumah?

      p/s: nak kena bawa rombongan x? hahahaha

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top