Header2

• 05 November 2013 •

No. 1 Ialah C

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat gila. Aku sebenarnya baru sampai Kuantan dalam pukul 10.30 pagi tadi. Perjalanan ke Kedah untuk menghadiri kenduri kahwin Syida, dan seterusnya melawat tempat-tempat lain, memang betul-betul memerah keringat aku. Kalau ikutkan hati, masa balik semalam aku nak terus drive sampai Kuantan. Boleh tidur atas tilam. Tapi ngantuk gila. Hampir-hampir terlelap masa drive. Last-last, sampai Dungun jer aku terus berhenti tidur dalam kereta.

Okey, aku bukan nak cerita pasal tu.

Esok, bersamaan 6 November 2013, adalah hari pertama untuk pelajar-pelajar SPM menduduki peperiksaan SPM. Aku ada la jugak 2-3 kawan blogger yang jadi SPM candidates tahun ni. Antaranya ialah Payeh Kuced, Ninja dan my nutritionist.

Dulu masa zaman-zaman aku ambil SPM, mungkin perasaan aku pun sedikit sama macam budak-budak zaman sekarang. Sedikit jer la. Yang sama masa tu ialah, SPM ni kena buat betul-betul. SPM ni adalah untuk masa depan. Kalau SPM teruk, maknanya teruk jugak la life aku lepas ni.

Tapi dalam masa yang sama, aku tau tahap kemampuan dan kebolehan aku. Kalau orang lain - maksud aku budak-budak forecast - biasanya target nak dapat straight A, nak dapat single aggregates. Aku pulak, takde target macam tu. Aku bukannya pandai sangat. BI aku memang terabur. Sejarah aku pulak hancur. Dua paper tu aku cuma target untuk lulus jer. Tak termimpi langsung nak score.

As a result, aku lulus cukup makan untuk dua paper tu.

Lama-lama, bila dah habis SPM, bila dah tinggalkan umur belasan, baru aku sedar yang SPM bukan segala-galanya. Ia hanya sekadar tahap pencapaian untuk pelajar Tingkatan 5. Bermaksud, kau berjaya habiskan zaman persekolahan. Itu jer.

Tak. Jangan salah faham. Aku bukannya nak menidakkan kepentingan SPM. Aku tau SPM tu penting. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, SPM bukannya betul-betul penting.

Let say SPM kau cemerlang, dan kau sambung study untuk diploma, degree, master and PHD. Apa kau ingat orang akan pandang SPM kau? Memang tak la. And let say kalau SPM kau biasa-biasa jer, tak cukup kuat untuk melayakkan kau bersaing secara akedemik kat peringkat tertinggi. Then kau pergi mintak kerja. Apa kau ingat diorang betul-betul pandang SPM kau? Lagi la tidak kot..hahaha.

Kesimpulannya kat sini, belajar tu belajar jugak. SPM tu pun SPM jugak. Tapi jangan fikir bahawa SPM tu terlalu besar dan akan jadi penentu untuk kejayaan hidup kita. Jangan sampai SPM tu buatkan kau stress gila-gila. Sebab SPM sebenarnya takde apa sangat pun. At the end of the day, it just a piece of paper. Ramai jer kenalan aku yang dropout zaman sekolah, tapi sekarang ni success dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Senang cerita, hidup ni bukan hanya untuk belajar. Tapi untuk hidup, kita memang kena sentiasa belajar.

So untuk SPM candicates tahun ni, good luck and wish you all the best. Nak petua? Kena mintak kat Liyaa, sebab dia tua. Kalau nak pemuda, aku ada la..kehkeh. 'Pemuda' aku senang jer, masuk dewan periksa bawa air mineral. Mulakan dengan Bismillah. Dan yang paling penting, jawapan No. 1 ialah C.

Ingat itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: tido woi..letih gila!


10 comments:

  1. Replies
    1. yer la..jawapan no. 1 mesti C..tak lari punya..hahaha

      Delete
  2. eh..ini bukan link la..
    dah taw kod png. tp curious nak taw gmbaq apa..tu yg tkan jgak..hahaha...

    spm husna pon xdela teror mana.. yg pnting usaha di stiap pringkat..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..macam tu la konsep "Jangan Baca Novel Ni"..buat H rasa curious nak tau novel tu sebenarnya pasal apa..:D

      Delete
  3. hahaha Mulakan dengan jawapan C untuk semua subjek . nasib takde H . kalau tak mulakan jawapan dengan jawapan H :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau mulakan dgn H untuk setiap jawapan..maka HJ la jadinya..haram j..:p

      Delete
  4. Hahahaha....Boleh pakai ke jawapan tu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh boleh..apa pulak x boleh..sebab jawapan no. 1 memang C..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top