Header2

• 13 November 2013 •

Wordless Wednesday #9 - Nama

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Cuba korang fikir, berapa banyak nama yang korang ada sepanjang usia korang selama ni? Ada berapa agak-agak?

Aku bila fikir balik nama-nama yang aku guna sejak kecik, rasa banyak la jugak. Tu tak termasuk nama sebenar la. Tak termasuk jugak nama-nama yang dipanggil oleh ayah, arwah mak, adik beradik dan keluarga-keluarga terdekat. Ni kira betul-betul nama yang takde kena mengena dengan nama sebenar aku.

Masa zaman-zaman sekolah rendah, daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, kawan-kawan sepermainan panggil aku Harun. Kenapa Harun? Entah, aku pun dah lupa sebab apa. Aku tak suka sebenarnya. Aku benci dipanggil dengan nama tu. Obviously sebab itu bukan nama sebenar aku. Tapi, as times pass by, lama-lama aku terbiasa. Get used by that name. 6 tahun aku dipanggil Harun, dan menyahut bila dipanggil Harun.

Bila masuk Tingkatan 1, aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama. Terpisah la aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Jadi bila masuk asrama tu, for sure la akan dapat nama orientasi. Nama glemer la konon-kononnya. Daripada cerita pelajar-pelajar senior, diorang mula-mula nak namakan aku Sitam. Sebab aku hitam. Cilakak! Sampai hati diorang..kahkah!

Tapi last minutes tak jadi. Nama Sitam tu diberi kepada orang lain. Sebagai gantinya, diorang namakan aku Petir. Heh..macam lagi teruk jer kan? So sepanjang 3 tahun aku kat asrama, melekat la nama Petir sinonim dengan keberadaan aku. Sampaikan bebudak pompuan pun panggil aku dengan nama Petir, instead of nama sebenar aku.

Still masa menengah rendah, time kat sekolah, ada sorang cikgu tu, dia bukan panggil aku Petir, tapi Putih. Diulangi, Putih. Puuutih. Haaa..blur jugak aku masa tu. Sebab aku tak tau dia mengedog ke apa. So aku anggap dia doa yang baik-baik jer..hahaha.

Form 4, aku pindah Kulai. Sekolah biasa. Takde duduk asrama dah. Masa kat sini member-member sekelas kesemuanya panggil aku dengan nama yang disignifikasikan daripada nama sebenar aku. Heh..suka hati aku jer gunakan perkataan signifikasi kat dalam ayat tu. Tak tau sesuai ke tidak.

Tapi, sepanjang 2 tahun kat menengah tinggi, ada sorang cikgu tu panggil aku dengan nama Ubi. Haaa..apa korang ingat Kartunis Ubi jer ke yang guna nama tu? Aku pun guna jugak la..hahaha. Alasan cikgu tu ialah kerana aku ni pendiam. Alaa..Form 4 woi, pindah pulak sekolah baru pulak tu, so memang la aku pendiam. Sebab tu cikgu panggil aku Ubi, daripada peribahasa diam-diam Ubi. And yes, it's self explanatory.

Habis zaman sekolah, aku masuk unibesiti. As usual, masa mula-mula diorang pun panggil dengan nama sebenar. Tapi tak lama. Lepas setahun, aku dapat gelaran Cikgu. Kisah tu pernah tercatat dalam entry YANG INI. Dan akhirnya, lama-kelamaan, tak ramai yang betul-betul tahu dan ingat nama sebenar aku.

Dalam tahun 2004-2005, aku berjinak-jinak masuk ke MiRC. Motif awal sebenarnya nak main kuiz jer kat dalam tu. Lawan dengan seripah_t. Waktu tu la aku mula gunakan nama Echizen. Dipetik daripada watak utama The Prince Of Tennis, Ryoma Echizen. Maklum la, masa tu anime adalah kegilaan untuk pelajar-pelajar unibersiti. Masa terluang memang layan anime. So aku pun terpengaruh la jugak sebab anime tu belum ditayangkan kat stesen TV Malaysia.

Bertahun aku gunakan nama Echizen. Sehinggakan facebook aku pun menggunakan nama Mohd Echizen. Jadi, tak ramai yang betul-betul tahu nama sebenar aku. Kebanyakannya panggil aku Echi. Even kawan-kawan sekolah yang dulu panggil aku dengan nama sebenar, sekarang pun masing-masing dah start panggil aku dengan nama Echi.

Oh ya, ada satu nama lagi yang dipanggil oleh kawan-kawan facebook. It's Cici. Apa? Korang ingat Sya sorang jer ke yang boleh dipanggil Cici? Aku pun boleh jugak la..kehkeh.

Ceritanya macam ni. Beberapa tahun lepas kan kemain famous cerita-cerita indon dimainkan kat stesen TV Malaysia. Korang perasan tak nama-nama panggilan dia? Stok-stok sukukata yang berulang. Nini. Nana. Rara. Zaza. Kiki. And so on.

Jadi ada la beberapa kawan-kawan facebook aku yang mengada dok panggil aku Cici. Reaction aku? Heh..aku gelak jer la. Sebab teringat Cici, isteri Son Goku. Nama tu untuk orang perempuan kot. Rasa macam lawak pulak bila tiba-tiba aku dipanggil Cici.

Ini Cici
Kesimpulannya, aku saja jer nak buat evolusi tentang nama-nama yang pernah digunapakai sepanjang kehidupan aku. Takde apa faedah pun entry ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: Wordless Wednesday? Abaikan..kahkahkah.


13 comments:

  1. baruuuuuuu je nak wat entry pasal nama... alaaaaaa!!!.. hahaha.. nak panggillah ko cici.. hye chichi...

    p/s- once nama facebook lekat nama echi..selamanya orang takkan ingat nama ko yang sbnarnye weyh.. ahaaa susah tu kalau nak jumpa orang pnggil nama ko yang sbnar..

    ReplyDelete
  2. heee~ seronok bace pasal name..mmg pun dr sekolah rendah name asyik bertukar..and now dr Maisarah jd Memey -.-

    ReplyDelete
  3. Huahuahua...

    Nama putih tu lansung tak boleh terima dek akal aku...

    ReplyDelete
  4. ini betul2 wordless ni...!
    Hahahaha....

    Byknya nama...Macam-macam ada..hehe..
    Nur xbyk nama macam H..
    tp tgelak nur bila baca nama petir tu...
    hehehe

    ReplyDelete
  5. banyak gila nama ko..

    hahaha..

    ReplyDelete
  6. tang ubi tu seriusly aku tersembur jap gelak..siak la..ubi pon boleh..kahkahkah...

    ReplyDelete
  7. okaayla tu..
    aku lg byk.. lemon2 nama.. asyik dok tukar tempat belajar je..hahahahahaha..
    cis!!

    ReplyDelete
  8. eh bila baca entry ni,sya rase mcm H dok sebut nama sya je. Cici2 haha

    byk nama H.. petir la ubi la PUTIH la haha

    ReplyDelete
  9. ada apa pada nama yedak Encik Harun. haha. ada...ada panggilan. karang tak bernama susah pulak nak panggil. :D

    ReplyDelete
  10. walaupun takde pekdah, tapi aku tergelak jugak. Sebab mula2 kalo tidak dpt nama sitam, sekali dpt nama petir. Hahah. Pastu cikgu panggil putih. CIkgu tu mmg mengedog. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. mengedog ye?? LOL =P

    husna panggil H.. sebab dah terlekat dari dulu..

    ReplyDelete
  12. Sekarang OKje nak bagi gelaran......boleh? Banyak sikit koleksi nama hang H hehe....
    Hidrogenlah..... boleh.... sempena nama blog H hehe....

    ReplyDelete
  13. Haha.. Nama mu jauh benar dari asal H. Aku pun nama pendek je, tapi boleh gak orang salah letak huruf jadi bertukar2 dalam skala sama yang tidak serupa.

    Cici, tu nama panggilan awek aku. Pasal dia panggil aku Goku. Namun, pas dia balik dari jepun temphhari, dia gtau aku, cici ada makna lain and ianya tak beberapa baik lak. payudara. pergh! Terkejut gila gak aku dibuatnya. Aku dah tak panggil di cici, aku panggil dia Chi. Lol.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top