Header2

• 14 November 2013 •

Nicotine

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang aku aktif main bola masa zaman kecik-kecik dulu, bersambung pulak main bola zaman-zaman belajar, and main badminton or panjat Bukit Pelindung masa kat Kuantan ni, kaki aku tak pernah krem. Seingat aku tak pernah la. Kalau pernah pun, maybe sekejap. Sebab tu aku tak ingat.

Tapi, tadi, adalah krem paling teruk yang aku rasa sepanjang kehidupan ni. At least paling teruk setakat waktu ni.

Ceritanya bermula pagi tadi. Macam biasa la, bangun pagi, pergi kerja. Aku memang jarang sarapan pagi. Setakat tak sarapan, then naik sampai tingkat 12 tu kira biasa la. Sebelum-sebelum ni aku selalu jugak macam tu, takde apa-apa masalah pun.

Hari ni rutinnya sama jugak macam biasa. Pukul 10 aku round daripada Ground Floor sampai ke Roof Floor. Dah penat, dah habis round, turun ke kantin, minum air. Rasa lapar, masuk dapur, ambil nasi, makan. Masa tu baru pukul 11.30 pagi kot. Kira cukup awal la untuk makan tengahari. Biasanya aku makan lagi lewat daripada tu. Kadang tak makan terus.

Lepas makan, entah pukul berapa aku pun tak ingat, maybe 1.30 petang agaknya, aku sambung round untuk external building. Tak lama pun, 10 minit jer. Then terus balik ke office.

Haaa..masa ni la kaki aku krem tiba-tiba. Betul-betul depan office, betul-betul lepas bukak pintu. Time bukak safety boot sebelah kiri, tiba-tiba kaki aku krem. Betis rasa macam kejang. Sakit gila kot. On the spot aku terbaring kat depan pintu office. Entah berapa minit. Berpeluh. Tahan sakit. Istighfar banyak-banyak supaya dapat tahan kesakitan tu.

Mujur waktu tu takde orang kat office.

Bila rasa macam terdaya sikit nak gerakkan kaki, aku cuba bangun. Tiba-tiba betis kanan pulak yang kena. Sekali lagi. Sakit dia memang sakit. Sakit gila babi. Ya, aku tahu. Tak baik cakap babi..kahkahkah. Tapi memang sakit gila kot. Lebih 10 minit jugak aku terbaring depan pintu. Takde daya nak bergerak. Dua-dua kaki keras. Rasa macam lumpuh sekejap. And to be honest, waktu tu aku cuma fikir pasal mati.

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa.

Rasa macam agak-agak boleh nak berdiri, aku cuba berjalan. Terhincot-hincot jugak walaupun setakat nak pergi ke kerusi yang jaraknya cuma 2-3 meter daripada pintu. Mujur ada meja untuk dipegang dan menyokong kestabilan badan aku. Kalau tidak, aku rasa memang aku dah mengesot kot.

Sekarang ni quite okey la. Boleh jer berjalan walaupun masih berdengkot-dengkot. Kesakitan tu sampai sekarang masih terasa. Lagi-lagi bila time turun naik tangga. Dah macam budak-budak baru nak belajar berjalan dah.

Officemate aku ada jugak cadangkan cara-cara nak kurangkan krem. Ada yang suruh aku beli pil kalsium. Ada yang suruh aku rendam kaki dalam ketulan-ketulan ais. Ada jugak yang suruh aku tolak hujung jari kaki macam yang player-player bola selalu buat. Aku layankan jer la.

Sakit tahu?
Nutritionist aku pulak suruh macam-macam. Pergi berurut, sapu minyak or cream muscle relief, tampal pelekat berangin, tuam dengan ice cube dan makan panadol extend. Entah apa rasional makan panadol extend dengan kaki yang krem ni pun aku tak tahu..hahaha.

Kesimpulannya, tak ada. Tak ada kesimpulan apa-apa. Aku ni saja-saja jer nak cerita.

Oh ya, aku baru jer terjumpa benda ni, konon cara-cara nak kurangkan krem. Tak tau la sejauh mana keberkesanannya.

Sekian, terima kasih.

p/s: takkan krem sebab semalam main badminton kot?


9 comments:

  1. Err..bila dah sakit tak ada maknanya nak angkat tgn kanan ke kiri ye..
    yg pasti tangan pegang kat tempat sakit tu...

    Nur dulu selalu jugaklah krem ni. paling tak suke kena time tido..serius sakit sangat2..pernah gak kena time drive..gile sakit..!

    disebabkan kerap jugak kena dulu, jadi nur tahu teknik2 nak luruskan kaki cepat2 sebelum dia sakit lelama.. sbb kalau bior dia lagi sakit..

    ReplyDelete
  2. husna pon sebelum ni ada jgak jadi.. bila time tgh sjuk je mula lah.. mmg kurg kalsium sungguh.. -.-"

    bila dh kena tu msti luruskan kaki pastu dh elok letak minyak pnas bharap lpas tu akan ok.. =)

    ReplyDelete
  3. kalau krem , just tunggu dia relief je.. after ko urut2... sambil2 urut gerak2kan kaki tu jugak...

    krem, sebab urat sejuk maybe? aku selalu kena time sejuk2, time tidur plak tu.. aduiiiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. and seriously...apa kaitan dgn nicotine dowwwhh???

      hahahahha

      Delete
  4. adakah tu tanda2 kau semakin meningkat usia (baca: tua)?? hahaha..

    ReplyDelete
  5. otot2 terkejut kot haha boleh ke mcm tu?

    ReplyDelete
  6. Cramp tu sbb kaki ko sejuk...

    Urat banyak bersimpul. Skrg kan musim hujan...

    Duduk site memang la senang nak cramp...

    Ko kena sapu minyak panas kat kaki everyday masa nk pegi keje dan masa nak tido.

    Then tido pakai stokin. Walau nampak mcm geli2 nk tido pakai stokin... Tp berkesan tau...

    Aku selalu kaki cramp. Cara ni lambat tp utk jgka masa panjang ler...

    Ni pndpt aku je...

    Babai

    ReplyDelete
  7. ada pulak cakap mujur orang tak de.. sepatutnya harap orang ada time tu untuk tolong hang...haha biasanya biar je jangan beri tekanan lebih pada kaki hang.. mesti kurus hang turun naik tangga selalu execise... H ID WEECHAT : IMARAZAK

    ReplyDelete
  8. Husband pun rajin kena..... Kena malam malam pulak tu time bini dia tgh syok tidor...hehe... Jenuh le memalam tu tolak tapak kaki laki haha

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top