Header2

• 16 November 2013 •

Need To Change

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya aku nak tulis entry ni semalam. Tapi sebab ngantuk, maka option yang paling menyeronokkan ialah tidur.

Okey, entry ni pasal senario bolasepak kat Malaysia. Macam yang kita tahu (aku anggap jer korang tahu..kehkeh), semalam pasukan kebangsaan kalah 0-1 kepada Bahrain. Normal la tu. Aku tak terkejut pun kalau Malaysia kalah. But don't get me wrong. For sure aku sokong pasukan Malaysia. Tapi dalam masa yang sama, aku rasional jugak. Sebab based pada rekod pertemuan dan kekuatan kedua-dua pasukan, kali terakhir Malaysia menang adalah kira-kira 35 tahun lepas. Diulangi, tiga puluh lima tahun lepas. Kot.

Aku tak kisah Malaysia kalah. Menang kalah tu memang adat la yer tak. Tapi, aku tak puas hati dengan cara kekalahan tu. Lagi-lagi bila baca perkataan kalah tipis. Rasa macam nak lempang jer siapa yang tulis berita macam tu..hahaha. Sebab pada aku, Malaysia bukannya 'kalah tipis'. Tapi Malaysia 'kalah'.

Kalah tipis tu ialah bila kau dah fight dan berjuang dengan sehabis baik. Cuba untuk achive apa yang kau target.

Aku rasa kita semua tahu bahawa target semalam adalah untuk menang, bukan untuk seri. Dan cara permainan kita pun sepatutnya adalah untuk menang, bukan untuk seri. Tak salah main secara bertahan, tapi taktikal masa bertahan tu seolah-olah langsung tak ada. Clear ball sesuka hati, selalu lost possession, takde counter attack, takde arah tuju, nak menang hape kalau macam tu? Cuba kabor cara mana kau nak create chance kalau hampir semua pemain kau berkampung kat kawasan sendiri? Tak nampak macam target nak menang langsung. Ntah hapa-hapa.

Semalam, buat pertama kali sejak aku tengok Astro Arena, aku setuju dengan Nazzab Hidzan. Selama ni aku tak pernah setuju pun. In fact, aku rasa pengulas-pengulas bolasepak kat Malaysia ni merepek semata-mata. Tapi semalam, bila dia kata Rajagopal yang salah, aku terus setuju. Siap angguk-angguk kepala lagi untuk menyatakan persetujuan aku. Padahal aku tengok bola sorang-sorang jer kat dalam bilik.

Aku ni bukannya pandai sangat pasal bolasepak. Nak suruh aku jadi pengulas, memang ke laut la. Nak suruh aku jadi coach, aku takde lesen Kelas A. Tapi aku daripada dulu memang follow perkembangan bolasepak dalam dan luar negara. Tiap-tiap tahun jadi manager dalam game Football Manager. Sejak tahun 1999/2000. Jadi, sebab tu aku sendiri pun tak faham dan tertanya-tanya rasional perancangan taktikal dan pemilihan pemain yang Rajagopal buat.

First, perancangan taktikal. Kenapa perlu nak main secara bertahan kalau target Malaysia dalam game tu adalah untuk menang? Kenapa tak guna pendekatan menyerang? Kenapa last-last minit baru nak masukkan pemain gantian dengan harapan boleh ubah keadaan. Kenapa tak tukar seawal-awal masa Malaysia dah ketinggalan? Kenapa tak all out? Aku rasa supporters Malaysia lagi puas hati kot kalau kalah sebab kita menyerang, berbanding kalah sebab hanya bertahan.

Second, pemilihan pemain. Pun aku tak faham. Kenapa masih lagi pilih pemain seperti Safee dan Safiq? Kenapa stick kepada player yang sama walaupun tahap permainan mereka kebelakangan ni agak menurun? Diorang memang pemain yang bagus, tu aku tak nafikan. Tapi pada aku, untuk musim ni, Safee dengan Safiq bukan berada pada tahap terbaik bersama JDT.

Ini bukan sebab kenegerian tau. In fact aku sendiri orang Johor. Cuma aku rasa banyak lagi kot pemain yang menyerlah musim ni tapi jarang diberi peluang. Piya contohnya, memang antara midfield terbaik Malaysia setakat ni. Amirul Hadi as well, sejak bertukar posisi ni memang nampak permainan dia menjadi. Nadzmi Faiz pun, walaupun masih muda, tapi aku nampak menyerlah, spread the ball. Striker yang perform pulak, Bobby Gonzales salah satunya.

Tapi ni la masalah Rajagopal. Stick pada player yang sama walaupun mungkin performance diorang tak seberapa. Dan bila kalah, alasan dia tetap sama jer - sedang bereksperimen untuk mencari gandingan terbaik. Walhal peluang tak diberi kepada pemain yang dah berusaha sepanjang musim untuk menjadi antara yang terbaik.


Penghargaan tahu tak, bila aksi terbaik diorang dihargai dan seterusnya terpilih untuk menyarung jersi negara!

Kesimpulannya, aku rasa zaman Rajagopal dah berakhir. Bukan menidakkan sumbangan dia untuk kejayaan-kejayaan sebelum ni. Tapi, mungkin dah tiba masa untuk kita dapatkan sentuhan baru. Sama macam FAM la, mungkin dah sepatutnya belajar dan buka minda untuk terima idea-idea yang lebih baru.

Sekian, terima kasih.

p/s: perlu ke diberitahu kenapa blog aku berwarna PUTIH? :p


11 comments:

  1. hahahahaa... font tetap yang lama jugak yang ko suka... :P

    ReplyDelete
  2. pasal bola?? tak tahu deyh nak komen apo.. =?

    baguslar tu.. xde la nmpak serabut sgt dgn background wrna hitam sblum nih.. =P

    ReplyDelete
  3. Nice title...mula2 ingatkan pasal blog..rupanya bola...hehehehe....

    Errr....Kabo ke rajagopal..kalau nak eksperime suh masuk makmal laa..hehe...xtahu nak komen apa pasal bola ni...sbb nur dok bape minat bola sgt....

    Nak komen pasal blog je... merah putih sinonim dah dengan H...rasanya lebih selesa gini....hehehe

    ReplyDelete
  4. pecat rajagopal , rombak FAM

    ReplyDelete
  5. komen kat sini tak guna pun... sedangkan menteri pun FAM tak ambil port...

    ReplyDelete
  6. H warna putih lagi sedap nak baca la rasanya :) selalu main bertahan memang terus bangun tutup tv baring je golek2 tunggu dari luar orang jerit goll baru bukak balik tengok.. sakit hati.

    ReplyDelete
  7. aku lagi suka blog ko kaler putih. Mmg perubahan warna ni memberikan gmbran yang lebih jelas bahawa rajgopal mmg perlu letak jawatan jadi jurulatih kebangsaan.

    ReplyDelete
  8. Npe warna putih H?

    * yang lain2 tu tak baca lagi hihi

    ReplyDelete
  9. aku dah naik menyampah bila pikir bola sepak kebangsaan...

    ReplyDelete
  10. aku teman Fik tengok bola tanpa simpan apa2 harapan kemenangan. Jangan bash aku. Aku tetap sokong Malaysia tapi aku realistik. Macam kau. Ekekeke.

    ReplyDelete
  11. ada masa kita di atas. ada masa kita di bawah. simple kan hidup ni but we really insist to make it complicated.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top