Header2

• 25 November 2013 •

New Chapter - Oposisi Separa Sisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Encik D bukannya bodoh. Dia bukannya jahil sangat sampai tak tahu hukum-hukum agama. Bukan. Dia bukannya seteruk itu. Malah dalam sesetengah perkara tu, banyak sebenarnya yang Encik D lebih tahu berbanding aku.

Dalam kes dia, Encik D tahu apa yang dia buat tu adalah salah. Dia tahu minum arak tu hukumnya berdosa. Dia tahu main perempuan tu hukumnya berdosa. Dan dia sendiri sebenarnya taknak untuk kembali menjalani kehidupan yang macam tu.

Encik D balik KL dua minggu sekali. Means sebulan 2 kali la dia balik jumpa anak bini. Dan setiap kali balik ke Kuantan, bila lepak makan-makan, dia selalu bagitau yang dia taknak terus hanyut dengan kehidupan yang macam ni. Dia bagitau yang dia patut control kehidupan dia. Cuba kurangkan atau berhenti terus daripada pergi ke pub. Yup, berhenti pergi pub indirectly means yang dia akan berhenti minum. At least. Sekurang-kurangnya.

Sebenarnya waktu aku mula-mula buat entry Oposisi Separa Sisi - Episod 1 bulan lepas, Encik D memang dah berhenti pergi pub. Dia dah berhenti minum masa tu. The main reason yang membuatkan dia nekad untuk berhenti, ialah kerana anak. Ya, aku tahu ada yang akan kata bahawa Encik D sepatutnya berubah kerana Allah. Aku tahu yang tu. Tapi apa yang aku maksudkan kat sini, pemangkin untuk dia berubah adalah kerana anak.

Dia, sebagai bapa, dapat rasa yang kasih sayang dia pada anak tu macam dah sedikit berkurang. Diulangi, sedikit berkurang. Kasih sayang tu macam dah tak sama berbanding sebelum-sebelum ni. Dah tak sama berbanding selama-selama ni. Dan dia tak suka perasaan tu. Dia tak suka bilamana perasaan sayang pada anak kandung tu, dah jadi tak kuat. Dah tak macam biasa.

Atas sebab itu, dia nekad untuk berhenti. Rasanya dah hampir 2 bulan jugak dia tak pergi pub. Tak minum. Tinggalkan pub girl Thailand yang tergila-gilakan dia. Tak keluar walaupun berkali-kali diajak dan dipujuk oleh Mr. C. Kalau keluar pun dengan officemate lain, melepak kat mamak sampai pukul 2-3 pagi. Senang cerita, Encik D sibukkan diri dengan perkara-perkara lain dan sebagainya.

Atas sebab itu jugak, aku terlibat sama. Untuk makluman, aku dah mula pergi gym sekarang. Haaa..jangan main-main. Berketak la badan aku nanti..kahkahkah. Sebenarnya aku bukan nak pergi sangat pun. Lebih kepada nak support jer. Itu pun baru start minggu lepas. Sebab tu dalam entry sebelum ni aku ada kata, semuanya sebab Encik D. Yer la, dengan badminton lagi, dengan gym lagi, upcoming nanti nak buat futsal pulak. Betul-betul padat jadual aku nampaknya.

Minggu lepas, hari Khamis baru aku sempat masak kat rumah.

Kesimpulannya, Encik D sekarang dah mula habiskan duit dia untuk benda-benda yang berfaedah. Bukan duit dia jer, duit aku pun habis sekali. Tapi tak apa la, habis duit pun untuk aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Kira okey la tu.

Kesimpulannya lagi, bulan Oktober adalah bulan paling susah untuk mendapatkan tajuk entry. Atas sebab itu, aku terpaksa buat entry yang ada episod. Kira main tipu sikit la..hahaha. Oh ya, oposisi tu bermakna penentangan. Opposition. Separa sisi pulak bermakna separuh bahagian. Jadi, Oposisi Separa Sisi bermakna penentangan sebahagian daripada diri aku terhadap apa yang Encik D lakukan dalam sebahagian daripada hidup dia.

Dah, itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: kita takkan jadi kuat, hanya dengan niat nak jadi kuat..:)


11 comments:

  1. elok la D nak berubah..habaq kat dia, lagipon dah tua2 buat perangai cam budak2, nampak tak senonoh je..

    akhirnya aku faham maksud tajuk ko..hahahaha...

    ReplyDelete
  2. kunjungan perdana sobat,, salam blogger

    ReplyDelete
  3. hoi..pergi gym??? untunglaaaaaaa~

    ReplyDelete
  4. waaaaa...pegi gym...bgus2..untung2 nnt ade six pack...hahaha

    ReplyDelete
  5. elok la tu... habis duit untuk berfaedah...

    ReplyDelete
  6. wah hebat . tajuk entry perghh smpai gitu skali . tak pernah terfikir pun .
    nak tergelaknye habiskan duit dia dan habis duit encik H sekali -,-

    ReplyDelete
  7. kagum dengan D...

    semua mereka yang melalui perkara-perkara macam ni nak berubah...

    tp taktau macam mana dan bile je...

    semoga encik D istiqamah!

    chaiyok2

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau Didi kian berubah...sebagai kawan Hihi pun kenalah sokongkan..
    untung2 dalam 7pax..
    hahahah

    ReplyDelete
  9. akhirnya aku baca tiga kali entri ni. dan baru aku komen. akhirnya..

    ReplyDelete
  10. kira encik D berubah kerana Allah jugak la tu kan?? Alhamdulillah.. =)

    abg tuff la lepas nih..hehehe..

    ReplyDelete
  11. kunjungan perdana sobat, salam kenal!

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top