Header2

• 11 November 2013 •

Novel Ni Agak Best, Tapi Takde Tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh. Macam ketagihan pulak bila 2 entry berturut-turut menceritakan tentang novel. Semua ni Ismi Fa Ismail punya pasal..hahaha. Oh ya, aku ingatkan Ismi tu lelaki..-_-

Okey, to be honest, waktu aku tulis entry yang sebelum ni, aku belum baca pun novel yang takde tajuk tu. Aku just buka plastik dan ambil gambar. Then selitkan sekali dalam entry. Sebab aku fikir, sebelum aku baca novel tu, aku kena khatam JBNN lagi sekali. Aku kena fahamkan and dapatkan balik feel yang ada kat dalam JBNN. Errr..JBNN tu Jangan Baca Novel Ni.

Malam semalam, dalam pukul 11, lepas aku habiskan JBNN, aku mandi. Lepas mandi, aku off laptop, aku off TV. Aku biar kipas berpusing macam biasa dan aku pasang aircond macam biasa. Berbaring, pakai selimut. Lampu aku biar terbuka. Dengan lafaz bismillah, aku buka sekuel, dan aku mula membaca.


Aku cuak sebenarnya nak baca novel ni. Sebab aku tak tau apa isi yang ada kat dalam. Aku tak tau nak expect apa. Tapi dalam masa yang sama, aku tau expectation tu ada. Ada tapi tak tau apa. Yer la, bila kau dah baca satu novel yang best, for sure kau harap sekuel tu akan jadi lagi best. Or at least on par dengan novel yang sebelumnya.

And yes. Sekuel tu agak best.

First, sebab watak-watak dalam tu masih lagi watak yang sama. Aku tak perlu nak selak JBNN untuk fahamkan butir-butir cerita. Ia masih lagi misteri yang tak berkesudahan bilamana aku seperti Conan Edogawa yang berfikir dan cuba menyiasat tentang pembunuhan dalam bilik berkunci. Haaa..gitu! Tamsilan sangat..kahkahkah.

Second, sebab aku dapat rasa 2 cangkuk cerita yang bergerak dalam masa yang sama. Benda ni biasa. Dalam novel-novel lain pun aku pernah jumpa. Cuma bezanya kali ni, aku tak dapat nak predict kat mana, or macam mana 2 cangkuk cerita ni akan berjumpa. Langsung tak dapat nak fikir. Diulangi, langsung. Yang aku tahu, cerita pertama dan cerita kedua PASTI ada kaitan. Sebab tu aku teruskan baca.

Dan akhirnya, segala tanda tanya terjawab bila kedua-dua cerita tu berjumpa. Lari pulak tu daripada sangkaan aku..hahaha. Aku ingatkan Azhan tu mangsa kelima. Sebab nama dia Azhan. Sekali last-last Azhan tu rupanya yang jadi pemangsa. Memang betul-betul unexpected.

Tapi, ada tapinya.

Tapi selepas terjawab tanda tanya tu, sebahagian cerita hujung-hujung rasa dah jadi macam antiklimaks. Maap la Ismi kalau terbaca entry aku ni. Tapi itu la yang aku rasa. Mungkin sebab daripada awal, fokus aku cuma nak tau kat mana cangkuk yang menghubungkan kedua-dua cerita. Mungkin daripada awal, expectation aku memang sampai kat situ jer.

Apapun, aku suka bila membayangkan bahawa setiap cerpen atau novel tu adalah cara untuk menyembunyikan laporan kepada organisasi. In fact, aku tergelak bila baca part tu..hahaha. Cuma, aku tak boleh nak hadam bila membayangkan bahawa penguraian tersebut dilakukan oleh budak berumur 9 tahun. Part tu yang aku rasa jadi antiklimaks.

Okey, dah.

Kesimpulannya, bila aku tengok cover kat belakang novel tu, baru aku faham. Silap aku kerana meletakkan expectation. Meletakkan jangkaan. Meletakkan harapan. Dan seterusnya mengharapkan kesempurnaan. Sedangkan awal-awal lagi Ismi dah pesan:

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?

TAK PAYAH.

So kesimpulannya lagi sekali, aku taknak suggest korang baca novel ni. Tapi kalau korang nak aku suggest jugak, aku akan suggest korang baca novel yang sebelum ni, even tajuk dia Jangan Baca Novel Ni. Dari situ, korang sendiri akan decide sama ada korang nak baca, atau taknak baca novel ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: away tengok bola~


17 comments:

  1. Bila baca tajuk entry ada agak....
    Pertama yg terlintas...xberapa best kot...
    Rupa2nya...penulis dah siap bagitahu dah...xpayah harap lebih...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dia bukannya tak berapa best..dua2 best sebenarnya..cuma mungkin kalau nak compare JBNN, JBNN tu memang lagi best..:D

      Delete
  2. amboi, kemain kipas lagi ko kat ismifa tu..mentang2 penulis tu perempuan..kehkehkeh..
    takpon mesti entri ko ni berbayar kan..untung la.kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tu la pasal..mana la tau kot2 dapat no phone ke, id wechat ke..takpun dapat novel free pun dah cukup dah..kahkah

      Delete
  3. suspen je aku tgk cover buku nih lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhak..kalau ada liquid, boleh buat tajuk sendiri ni chuu..

      Delete
  4. tetiba aku rasa nak baca plak novel ni sbb aku nak tau pasal cangkuk tu. Pinjam novel ni H, bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjam? boleh jer..ko balik kontan nnti bgtau la..:D

      Delete
  5. sangat misteri nampaknya . haha penulis agak apa yang kita agak . wuh

    ReplyDelete
  6. suatu hari nanti aku akan baca gak novel ni. bukan skang. ada 4 novel kat tangan aku yg aku dh pinjam. kna habiskan sem nih. hohoho. semua novel RAM. ^_^ novel Ismi fa ni lbih kurg style2 novel RAM k?

    ReplyDelete
  7. emmm?

    memang gaya ko cerita awesome...

    ke orangnye yang awesome H?

    kuikui...

    ReplyDelete
  8. orang dah kata Jangan Baca Novel ni, kau nak baca jugak.. ish manusia2..

    d:

    ReplyDelete
  9. Mcam best je .. Mcm best jaa .. Mna nk dpt novel ni ???

    ReplyDelete
  10. jangan terlalu berharap dan memilih kesempurnaan, kelak makan diri..

    dapat kat husna, ntah bila husna akan baca pon tak taw.. tak menarik lgsung cover dya.. -.-"

    ReplyDelete
  11. JBNN ak baca after asar dlm kol 5lbh sampai ke maghrib... pergh... meremang bulu roma kot... dgn tbe2 ak rasa ak sorg2 je kt rumah 3blik... haha.. tp byk persoaln ... dgn xsbr aftr subuh esoknya ak baca pulk novel tak de tajuk.. tp ak rasa menyesal bca.. sbb spt ada konsep bertentangan agama.. then now ak xsbr nk baca y akhir.. sbb nk tw knp budak 9thun tu leh fk cmtu??? haha

    ReplyDelete
  12. menyesal la plak x beli hari tu..sbb malas nk angkut bwk dlm flight beratkn beg.. ni nk kene pegi beli ni.. x sabar nk baca

    ReplyDelete
  13. nak bace novel akhir dlm online ade x

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top