Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf andai
terbitan kali ini mengundang rasa murka mata pembaca. Ini adalah pendapat
peribadi saja, dari sepasang set mata yang cuba faham apa dibaca.
Kebelakangan ini aku sering jenguk ruangan seorang rakan blogger, Apple
nama penanya. Apa yang aku lihat, agak kecoh bila mana kelompok pembaca umum giat
bertalu menyerang dia. Semuanya dek kerana salah satu terbitan beliau. Tentang perihal Guru Kaunseling Sk Batu Tiningkang.
Aku rasa, aku faham apa yang Apple cuba sampaikan. Aku tahu teguran dia
niat membina. Sepembacaan aku sejak sekian lama, aku percaya bahawa Apple
jarang terbitkan suatu entry yang sia-sia. Begitu juga dengan terbitan itu, aku
percaya bahawa wujud unsur positif yang ingin disampaikan pada pembaca. Dan lagi
aku percaya, sesuatu akan kekal positif andai positif cara kita untuk
memahaminya.
Tetapi. Ada tetapi.
Tetapi
aku rasa, aku pun faham apa yang tukang komen rasa. Meski gaya
bahasa bersulam cela, meski alunan kata tersisip nista, aku mampu
mengerti
ketidakpuashatian yang ada dalam hati mereka. Pada aku, apa yang Apple
tulis ada benarnya. Cuma, mungkin penggunaan beberapa bait kata buatkan
beberapa pihak
terasa. Sebagai contoh, perkataan 'tidak layak'. Seakan memperlekeh
kredibiliti
mereka.
Aku tak salahkan Apple dalam perkara ini, dan aku tak rendahkan cikgu
dalam perihal ini. Sebab semasa di sekolah lama, aku sendiri nampak cikgu-cikgu
seperti ini. Masing-masing punya kerenah dan perwatakan mereka. Ada yang seakan
tiada, dan ada pula yang kelihatan outstanding, jadi cikgu kegemaran semua.
Sebenarnya nak mengajar ni susah. Cukup susah. Sebab ia memerlukan minat
dan keikhlasan. Dan keikhlasan itu pula tak dapat diukur oleh orang lain, tidak
juga oleh diri sendiri. Kita sering lihat dan dengar cikgu yang posting jauh
dari keluarga. Dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Yang Sabah dan Sarawak
pula membawa diri ke ibu negara. Sekilas terfikir, ikhlaskah mereka berjauhan
dari keluarga? Ikhlaskah mereka mendidik apa yang dipertanggungjawab kepada
mereka? Tiada jawapan pada kita, tidak juga pada mereka.
Dan lagi, ada juga guru yang mempunyai kepakaran lain, tetapi ditugaskan
ke bidang berbeza. Sebagai contoh, cikgu Matematik Tambahan dan Kimia aku
adalah orang yang sama. Bukan niat memperlekeh, tetapi jujurnya kami sering
hilang punca. Bukan salah cikgu, tapi pihak sekolah kekurangan tenaga pengajar
yang sepatutnya ada.
Jadi, dalam kronologi yang aku baca, tiada isu yang besar ketara. Apa yang
Apple tulis ada logiknya, cuma mungkin agak kasar andai dibaca dengan mata
sahaja. Kamu harus celikkan minda, lapangkan dada, faham apa yang dia tulis,
terima dengan hati terbuka. Kita tak akan jadi sempurna, tapi kita bisa lebih
baik dari kondisi sedia ada. Terima kasih, itu sahaja.
p/s: waktu terbitan ini baru separa, rakan blogger aku, Liyaa pun ada
luahan terhadap isu yang sama. sudikan baca, faham, dan nilai bersama.
Title kau ni dah tepat menjawab segala2nya. Tp aku tetap tak puas hati part dorang provoke Apple tu. If Apple salah pun, betulkan je la. Tegur. Tak perlu negatifkan keadaan.
ReplyDeleteAku paling tak suka org provoke2 ni :|
macam aku cakap la, kalau kita lihat dgn cara positif, insyaAllah sesuatu tu akan kekal positif..:)
DeleteBtw, terima kaseh link tu. Mana tau ada yang sudi klik & baca. Penat aku tulis taw! :D
Deleteyuyu click la liyaa! ape kes cikgu2 ni.. x abis2 lg kewww? :P
DeleteLiyaa: masa aku jenguk blog kau semalam memang bau peluh..so aku agak mesti kau penat menulis..tu yg aku link ke sana..hehehe
DeleteYuyu: takde apa kes sangat la Yuyu..salah faham jer kot..
salah paham je cik yuyu. harap positifla resultnya t.
Deleteapple pun tak sngka kesannya begitu besar thp dewa. jika nk belajar psikologi, bek wat thesis guna post tu. Apple halalkan even dikritik.
betul tu..besar jugak kesannya..even kau cuma sedikit tersilap kata, tapi kesilapan yg sedikit tu juga buatkan keadaan jadi huru-hara..hehehe
Deletehahaha..cam janji je buat entry sama ni..haha..
ReplyDeleteSama2 mendukung Apple. Hidup Apple! :D
Deleteaku blogger picisan tak cukup ilmu, tak kental nak tulis cam apple..nak join komen kat sana pon tak tau nak tulis apa..hahaha..
Delete#syabas ko dengan h kental sebab bleh buat ulasan..aku blur lagi..hahaa..
Aku nak kata mendukung 100% tu tidak la..sebab masing2 ada point sendiri kot..tapi apa yg aku tau, Apple tak salah..
Deleteaku pun macam cekgu bundle.
Deleteorang salah faham dengan apple.
apple tak salah....cuma penyampaiannya disalah ertikan oleh golongan yang termakan cili dia yg rasa pedasnya.
semalam aku jengah tulisan apple dr link yg liyaa bagi. betul kata H, tulisan apple sebelum2 ni pun bkn sia-sia. walaupun aku jarang ke sana
Deleteweh.. kang korang diserang t kang habislah. sebab apple dah letak moderation dah jadi konpem dorg cari cara lain. hmm..
Deleteapapun, mengharap result positif je kot. hoho..
erks..bukannya kita buat salah apa2..aku taip benda yang aku rasa betul..as long as orang yang baca tu masih baca dengan nada yang betul, insyaAllah kefahaman mereka akan terlandas pada sisi yang betul..:)
Deleteherm...susah juga nak tulis satu2 benda nak suh semua org faham dan setuju dengan apa yg kita nak sampaikan..
ReplyDeletekalau semua setuju pun takleh juga..sebab tu kita ada pembangkang..hehehe
Deletelol. dua2 aku setuju.
Deletehahaha..aku setuju sebab Apple setuju..:p
Deletekalau semua setuju aku setuju jugak lah..hihi
DeleteAku tak setuju! Kalau ada yang tak setuju :P
DeleteAku tak setuju kalau ada yang setuju >:[
DeleteErr sume takleh setuju la camtu :|
DeleteDasar pembangkang :))
Deletekahkah..mesti la..rival kan? :p
Deleteok nak g baca sekarang. :)
ReplyDeleteerkk..rajinnya..>.<
Deleteteruk kan apple kena. tp caya lah, bravo.
Delete*terima kasih atas pujian. :p
errr...sama2...#_#
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHuhu.. Jauh lagi aku kalau nak bandingkan dengan korang blogger-blogger yang dah berdiri gah di ruang maya.
ReplyDeleteerks..spare me from the list..:D
Deleteno. you are included. haha
Deletenot yet..hahaha
Deleteapa yg kita buat / tulis / kata bukan semua dapat terima dan faham sebetulnya faham macam apa yg kita mahu.
ReplyDeleteapa2 pun apple dah luahkan pendapat dia melalui entry. dan para pengkomen bijak-bijak pun dah luahkan pendapat dorang juga.
betul tu..tak semua orang akan faham dan rasanya tak ada orang yang betul2 faham..
Deletenak puaskan hati sendiri pun susah, apatah lagi nak puaskan hati semua orang.. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteH.. jikalah saya berbicara dgn kamu dalam satu garis yang tidak dikesan, saya akan katakan bahawa saya gembira kamu memahami saya. dan pada satu garis lagi, janakan minda detektif kamu, kamu akan faham akan satu perkara berkaitan komen saya tentang label. Ianya menarik namun pada kadar yang sungguh menekan.
Deletesaya akui pengunaan ayat tu memang kejam bak sembilu namun memadamnya hanya akan mencacatkan komen mereka. membuang post akan menyebabkan mereka lebih gila, jadi saya biarkan sj. tp sy wat moderation, jgn ko tak BW blog saya kerna tu dah. wacha!
mulanya takde hidden agenda, sebab tu ia terusang sejak march lalu. namun, ugutan saman buat apple berfikir, mereka ni cuba membuat durja, poin utama tenggelam lalu ianya tertinggal sisa kebencian dalam.
btw, terima kasih bagi yang memahami, sebab dah lama bersama Apple dalam dunia blog ni. liyaa pun, terima kasih bnyk2. hrp jangan korang terkena tempias mrk. huhu..
Apple..sebenarnya satu garis yang nipis pun dah cukup untuk bezakan banyak perkara. contohnya tentang label. bila dilihat, pada label tertera novel. bermakna itu mungkin suatu fiksi, imaginasi kamu terhadap keinginan untuk mengerakkan minda pembaca.
Deletecuma, pada novel kamu tersisip unsur dunia nyata. tentang sekolah, tentang guru, tentang kelompok yang ada sesama kita. aku percaya bahawa novel yang baik tentunya dapat mengusik hati pembaca. dan pada suatu sisi, kamu berjaya. cuma mungkin kejayaan tu tak seperti apa yang kamu jangka. lain yang nak diusik, lain pula yang kena..hehehe
aku percaya kamu tak ada hidden agenda, maksud aku, agenda nista. setiap terbitan kamu sebenarnya lebih kepada konsep menjana minda. mengajak khayalak berfikir dengan buah fikiran yang mereka ada. itu apa yang aku rasa.
sebenarnya, novel itu berada pada garis yang cukup halus, cukup bahaya andai cuma dibaca bersama mata. :D
Nak like komen H ni boleh tak? Kat mana button like? Hehe.
Deleteerrr...nak pukul kau boleh x? grrrrr
DeleteLol. dua2 saya like. haha..
DeleteSeperti dikata, segala yg berlaku tidak dirancang. Namun, ancaman demi ancaman spt saman dan ugutan tersebut memerlukan Apple melakukan sesuatu dan Apple ingin shbt blogger faham, Apple tak menipu korang krn Apple benar2 takde hidden agenda. Apple tak terjangka akan impak post tersebut begitu besar. Itulah sebabnya The Plan muncul. Jika pada satu hari korang menemui The Plan, dan merasa tetipu, percayalah, ianya tidak prnh wujud tetapi wujud untuk kemandirian.
Kitorang tau Apple takde hidden agenda..:D
DeleteSebenarnya aku agak konfius. The Plan tu wujud selepas perkara ni berlaku ke? Kalau Apple terbaca, mohon jawab if only Apple rasa selamat untuk jawab. Sbb aku cam agak blur2 lak tetiba masa baca The Plan & entry berkaitan tu. Haha!
DeleteYa, Entry tu wujud selepas kejadian. tak pernah terlintas pun difikiran dia akn mewujudkan konflik. Apple tu sebenarnya mcm org tua sikit. dia suka bercerita, crita yg ada moraliti, berkongsi bnd yg buat kt memerah otak untuk berfikir, atau sekadar berfikir sejenak. itu mmg sifat Apple yg azali. DAN, Apple tu jenis yg suka bnd pelik2, dan dia juga minat puzzle. jadi, bila konflik ni tb2 menyergah, pada mulanya dia risau apa akn jd? tapi, otak kiri Apple lebih dominan. dia wujudkan sesuatu yg boleh menyelamatkan keadaan jika hal menjadi sgt serius, pd ms y sm, dia mewujudkn satu permainan reality tnp dirancang. erti kata lain, Apple mengambil kesempatan dari bnd buruk ini, dan menjadikannya fun. "Fun" yg mungkin agk kejam bg sesetgh org. tetapi itulah psychology manusia. dan bg y berfikir, ini boleh menjadi pedoman agar kt sentiasa menjaga tertib budi bicara kita walau di alam realiti mahupun alam maya. mmg sukar, tp diri kt boleh dilatih untuk menjadi lebih baik.
Deletejihad melawan nafsu amarah dan sebagainya...
-Detektif G-
Sebenarnya memang agak kejam bila lari gunakan cara 'itu'..hehehe..tapi think positif jer kot..anggap itu twist plot dalam cerita..at least boleh cover diri sendiri andai keadaan jadi semakin tak terduga..:D
Deletebtw, hai Maxyra..o/
Hakikatnya, cara tu tak adil untuk sekelompok orang. Tp disebabkan aku percaya Apple mmg takde hidden agenda pada awalnya, so aku terima tindakan dea cuba lari ngan cara tu. Hehe. Nak selamatkan diri drpd org yg nak amek kesempatan gak sebenarnya kan? :D
DeleteYup. Sbb motif dorg bukan nak berbaik2 jadi pengakhiran tu takkan ada. jadi terpaksa wat cara 'itu' kot2 dorg nak lebih2 pulak.
Deletep/s Semua dah selesai dah. guru besar pun minta bnd tu tak dilucutkan (Apple dah bg option dia minta tuk lucutkan) dan impaknya mmg agak besar pun. Apple akan ceritakan dalam ruangan lain kelak dlm bntk cerpen.
betul2..backup plan..worst come to worst, kita ada cara utk protect diri kita..:)
DeleteSebagai murid sekolah. Aku harus kata yg apa yg Apple kata tu ada benarnya. Taklah bermakna aku sokong semuanya, cuma kebenarannya ada.
ReplyDeleteSesetengah cikgu, terutama yg baru baru ni. Masih muda dan baru habis belajar mungkin. Bila di sekolah, kerjanya nak melaram dan habiskan masa dengan mengendeng para student. Jadi, dari situ, kami yg student ni. Rasa quality cikgu tu, takde.
Tipu kalau kata takde langsung cikgu yg berkasar bahasa. Kengkadang, kami ni sewenangnya di kata tak guna. Tapi balik semula pada realiti. Mereka cikgu. Kami pelajar. Hilang keredhaan mereka dalam beri ilmu. Ranap lah masa hadapan kami.
Macam kau kata. Nak mengajar bukan benda senang. Menjadi cikgu tak bermakna pergi sekolah hanya untuk mengajar semata. Kerja kerja sebalik tabir tu yg memenatkan. As students. Kena positif sentiasa. Kena faham dgn situasi mereka.
Dan macam yg apple kata. Hero sebenar adalah cikgu kaunseling. Aku sangat setuju. Sebab aku juga punya cikgu yg macam tu. Tapi, dia lah yg paling tak digemari rakan sekerja beliau. Sebab kononnya lakukan apa sahaja tanpa persetujuan pihak atasan. What the heck. Aku tak faham kenapa -___-
P/s: Encik H. Aku rasa seolah olah komen aku ni meleset sungguh. Entah apa point aku cuba sampaikan sebenarnya. -___-
#Sokong apple. Sebab cikgu macam tu memang wujud. Tapi, kita mana tahu mengenai hal peribadi mereka kan.. Tak boleh nak nilai terlalu jauh.
macam yang aku kata, nak jadi cikgu tu kena ikhlas sebenarnya. nak harapkan cikgu yang semuanya baik, aku rasa memang tak ada. sebab masing2 pun manusia. masing2 pun ada perasaan, ada karekter. kadang2 memang ada cikgu yang terlepas kata pada anak didik dia. even dia tau kata2 tu adalah doa, tapi nak buat macam mana, dia pun manusia, dia tak sempurna.
Deleteaku percaya semua orang ada keinginan untuk jadi lebih baik. lebih baik dari sekarang, lebih baik dari sebelumnya. cikgu2 pun sama. masing2 membesar, masing2 dewasa. so then, if we can't hope for the best, just hope for better..:D
Aku pelik, kenapa cekgu je yg org pertikaikan? Sume profesyen pun perlukan keikhlasan, kejujuran, kesungguhan apa? & aku rasa tak sume org dpt bekerja dlm bidang yg dorang betul2 nak & fikirkan. So, profesyen laen pun kita boleh pertikaikan jugak keikhlasan dorang apa? Kenapa cekgu je? Then cekgu je kena ikhlas? Profesyen len tak perlu ikhlas? Just curiousity. Hehe.
DeleteErr komen ni dah keluar drpd topik psl entry Apple taw! :P
pada aku, profesyen cikgu perlu keikhlasan sebab ia berkait dengan bidang ilmu..maksud aku, nak mengajar, nak mendidik, nak bagi budak2 faham, nak bagi budak2 hormat..semua tu susah kot..lagi2 zaman skg ni..dah advance sgt x sama macam zaman kau dulu..hehe
Deleteko tak kena cam apple kena lagi h..tak terjawab ko nanti..haha..ko citer dengan hujah diorang haters balas dengan caci maki..ko takkan menang lah..tu je aku leh cakap..so takde gunanya layan haters ni..
Deletetapi kalau ko nak tunjuk ko keybord warrior boleh la..tngok sapa dulu panas bontot..mcam yang aku nampak, anon tu semua buthurt.kehkehkeh..tu pasal nk hentam apple..
#kalau aku jadi apple, aku tak layan dah diorang..sia2..kesian apple..komen dah bg pencerahan pon tak cerah2 lagi minda diorang..kahkahkah..kayu betul..
aah lah kak liyaa. pelik kan. asik2 cikgu. kami juga manusia. punya hati. punya had tenaga. perlu penghargaan. eceyh. :)
Deletetapi ingat, cikgu2 dapat banyak perhatian sebab cikgu2 ialah barisan hadapan dalam menginsankan seorang manusia. n memang dalam agama sendiri, darjat seorang penyampai ilmu itu berada di kelas yang tersendiri. dan moga kita tergolong dalam golongan itu.
mengulas isu blogger perempuan yang hentam kerjaya guru: cikgu yuyu tak melatah dengan komen picisan kelas ketiga. :)
mengulas isu Apple: blom bace lg. rasenye dh x perlu lah kot.
*banyaknye lahai nk kuar kn cerita psl cikgu. kenapa sebenarnye?
ninja, umo kamu berape?
Deletepesanan ikhlas, beware of ur words.
semoga bila besar sikit nanti, boleh berfikir dengan lebih matang.
Bundle: hahaha..aku takde niat pun nak jadi keybord warrior..in fact aku sendiri tak tau apa akan jadi kalau aku yang kena serang macam tu..maybe aku yang hangin dulu kot..
Deleteso macam ko cakap, cara terbaik, xpayah layan..lama2 diorang senyap sendiri..kehkeh
Yuyu: jangan la marah tcer..hehe..dia bukan kata semua..sesetengah jer..in fact kita sendiri tau perkara tu ada masa zaman2 kita belajar..chill ea..:D
DeleteChill okey Tcer Yuyu! Hehe.
DeleteSbb ayat Tcer perenggan dua (tp ingat etc etc) tu la maka terhasilnya beberapa terbitan yang concern psl uols sume ni. Hehe. Mereka concern sebenarnya cuma maybe mereka tersalah cara, tersalah kaedah, or tersilap kata. Alaa, chill taw Tcer! :P
Ahaaa, Cik Yuyu.
DeleteTerima kasih atas peringatan.
Dan aku minta maaf atas ulasan mengenai cikgu cikgu baru yg baru mula mengajar. Bila baca semula, agak harsh juga.
Tapi, ia pemerhatian aku sebagai murid sekolah.
Harap tak ambil pusing.
disbbkan concernlah mak akan marah adik yang buat nakal, abah marah abang yg wat durja. bukan sbb tak sayang tp kritikan tu bersebab dan apple yaki ninja sayang akan golgn guru2. Apple faham akan apa ninja cuba sampaikan sebab apple berada dalam kasut serupa.
Deletenamun, btl kata liyaa, cara tu harus sesuai dan apple persetujui dan ninja pun bersetuju kat atas ni.
betul2..saya pun sayang tcer yuyu jugak..hahaha
DeleteHidup Apple!!! *tetiba*
ReplyDeleteGo Apple!! Go Apple!! Go Apple!!
Delete*ala2 pom2 girl*
Terima kasih buat korang berdua. Huhu.. Harap, fahamilah mengapa The Plan wujud.
Deletedah pegi blog apple , blog kamu . tinggal blog liyaa pulak..
ReplyDeletejap.. aku kene pegi bace balik....
semalam baca , hari ni lost..
mohon hafal sbb boleh digunakan dalam esei SPM kelak..zzz
Deleteaku nak komen bahagian kekurangan tenaga pengajar je.. imagine cikgu sains kena mengajar subjek addmath. jauh berbeza dari profesion asal.. bila dah berbeza kepakaran , ilmu yang nak disampaikan tu kadang-2 tak tersampai...
ReplyDeletepelajar jadik mangsa , guru dikorbankan...
sekolah aku, sorang cg edmek kena ajar satu tingkatan. thats mean kat skolah aku cuma ada 3 org cg edmek. form 4, 5, 6.. stress diorang..
nasib baek ticer aku comel. mcm yuyu gituu
eh. seb bace bace. :P
Deletehai tcer!! :p
DeleteKalau tak puas hati boleh tegur tapi jangan sampai mencela. Tegur cara berpelajaran. Macam H misalnya. Guna kamus :)
ReplyDeletegune kamus. kihkih
Deletegrrr...dilarang mengedog >:[
Deletecikgu pun banyak peel nya..beringat2 kerna aku juga bakal guru...
ReplyDeleteinsyaAllah..selamat menjadi guru..:D
Deletetak salah nak menegur menyuarakan ketidakpuasan hati tapi biarlah berhemah...mmg kita tak sempurna ada saja celanya sana sini..
ReplyDeleteerr..akak tak pahamla komen en H kat entri akak td..
tu la..ini komen siap penuh hamun maki..macam budak2..hahaha
Deleteooo...ok..takpela...tapi akak pun tak ingat apa akk komen td hehe
ReplyDeletehehehe..takpe2..:D
Deletememang isu yang panas di situ.. aku macam biasa akan mengambil langkah natural dengan tidak menyokong mana2 pihak. tetapi aku tak kata aku tak bersetuju dengan entri tersebut, dan aku tak kata juga aku tak bersetuju dengan komen2 daripada anon. paling baik dalam hal ni, kita ambil dari sudut positif. mana yang baik kita amik, cedok, jadikan panduan dalam kehidupan seharian, dan mana mana yang tak baik, kita buang jauh2..
ReplyDeletebetul tu bro..tapi kalau jenis yg fikir negatif and nampak negatif, memang akan sentap la..:D
Deleteuihhh tatau pulak saye sal ni
ReplyDeletetapi kalo betul nk tegur rasenye tak perlu mention nme or tempat keje kot
penulis mungkin ada reason sendiri utk tu..:)
Deletedah baca entri apple. ada pros dan cons nya tapi nak katakan salah 100% memang tidaklah. yg melenting slalunya mereka yg dah buat juga...atau merasakan ada yang lebih teruk, tapi kenapa mereka yg dpt tempias. hmm...biasalah.
ReplyDeletecuma dari sudut privasi...mungkin ada yg perlu hati2. takut research kita tak cukup dan mudah untuk dibaling semula nanti:)
other than that, fikiran saya terbuka berkenaan ini:)
insyaAllah lama2 hal ni akan cool down balik..:D
DeleteYup, betul tu.. aku pun dah baca entry dia dan aku pahamkan apa yg dia nk smpaikan.. mungkin juga ada pihak yg tak beberapa memahami isi kandungan dia ataupun terkecil hati melihat beberapa phrase yg kurang sesuai mcm kau ckp tu..
ReplyDeleteSebab bagi aku biasa je tu ^^
Setuju dgn konsep yg kau katakan tu, ada guru yg datangnya jauh ada juga guru yg bukan bidangnya di situ jadi soal keikhlasan tu xperlu kita pertikaikan ;D
tu la..ramai org yg kadang2 terlepas pandang pasal hal2 camtu..
DeleteHmmmmm.. kena lihat dan nilai pandangan semua pihak. Good. Blogger yang prihatin.Hehehe. (^^) saya nak baca yang lain dulu. (OvO)
ReplyDeleteErrkk..AkuMalas ke AkuRajin ni? hahaha
Deletetak terdaya rasa nak taip komen bertaraf entri spt mereka2 di atas :D
ReplyDeletehahaha..perli ke ni? terasa tau..hahaha
Deleteini pujian tahu :D
Deletedisebabkan nak tau kisah sebenar diri direlakan untuk baca post apple
ReplyDeletesetuju apa yg H katakan..
nak mengajar manusia jadi manusia nih sangat susah
malah nak mendidik singa lebih mudah berbanding mendidik manusia.
perlukan semangat yg kental, perlu sentiasa memotivasikan diri, dan yg paling penting IKHLAS.
apa yg apple cakap tu betul terjadi di sesebuah sekolah.alah,, mana2 sekolah skl rasa mesti ada seorang atau dua yg mempunyai masalah disiplin dalam kalangan guru2, sama jgaklah kan dgn masalah disiplin pelajar semua sekolah melaluinya.xpayah nak tengok sekolah lainlah sekolah skl dulu pun ada juga segelintir guru2 yg macam tuh.. .segelintir guru2 yg telah ninja katakan..
apapun apple,,moga terus kental ya.:)
Cc: Apple :p
Delete