• 05 September 2012 •
Tapi Tak Apa
Aku perlukan seseorang untuk tukar bicara. Aku perlukan seseorang untuk berbalas kata. Aku perlukan seseorang untuk jadi tempat bercerita. Walaupun pada dasarnya, aku yakin bahawa aku tak mampu untuk ceritakan apa-apa. Aku perlukan sebelah telinga, yang mampu sabar, yang mampu faham, yang mampu dengar bisu bahasa.
Tapi tak ada.
Aku faham bahawa tak semua orang mampu dengar semua cerita. Jua tak semua orang mampu wujud pada setiap masa. Atas dasar itu, aku selalu keberatan untuk cuba memula kata. Takut-takut cebisan waktu yang aku ingin, mereka tak mampu luang sedia. Atas dasar itu juga, aku pendamkan segala rasa, aku diamkan segala nada. Dengan harapan, mereka akan sedar dan tanya, “kamu ni sebenarnya kenapa?”
Tapi tak ada.
Mendengar alunan melodi yang tajam ini kadang-kadang menusuk nyawa. Mendengar kelongsong bunyi yang kejam ini kadang-kadang membunuh masa. Benar, mata yang bisu kadang-kadang tak seagung lafaz suara. Tarian jari yang kaku juga tak akan sehebat kuping telinga. Aku masih tetap, masih mahu, dan masih ingin untuk bercerita.
Tapi tak apa.
Tapi tak apa.
keberatan yang kau rase. kau boleh luahkan pada Yang Esa. sbb Dia selalu ada tak kira mase. yang selalu sabar, yang mampu faham dan mampu dengar bisu bahase. yang plaing penting. Dia selalu sedia dengar luah bicara.
ReplyDelete:)
yang itu aku faham..yang itu aku tahu..sungguh, aku tak pernah menidakkan keberadaan Yang Maha Esa..
Deleteapa yang aku maksudkan dalam terbitan ni ialah "berbalas kata sesama manusia"..:)
tapi tak apa ko masih ada mereka yg selalu berdiri gagah. menunggu ko menari di atas keyboard je.
ReplyDeletetapi tak apa
tak apa.
masalahnya, aku nak bercakap..bak la no fon kau..mari bersembang..kehkeh
Deleteerrr.. kamu ni sebenarnya kenapa? ho3.. sedih je dgr muzik tuu..
ReplyDeletehahaha..xde apa2 la..semalam masa aku menaip, sepanjang masa dgr lagu ni..rasa macam leher kena kelar dgn pisau..zzzz
Deleteaku syak ko suka dasar la h..pekataan biasa aku jumpa dalam entri ni atau entri yg lepas2..
ReplyDelete1-atas dasar itu..
2-pada dasarnya..
*atas dasar itu aku mohon ko bg tajuk lagu ni..dulu aku penah dengar versi yang ade penyanyi sekali..lagu indon tak silap aku..
aku terfelling lagu ni..dah 4belas ratus kali aku play..sampai rasa taknak aku keluar dari blog ko ni dah..plis bagi tajuk lagu cpt..aku nak keluar dari sini....
Deletesiyes bro..aku tak tau kalau lagu ni ada versi yg penyanyi..sebab lagu ni ada dalam citer Selamat Pagi Cinta..so aku tak tau siapa yg nyanyi..
Deleteaku menyibuk kat ruang korang berdua.. sekadar interframe.. harhar..
Deletekau ade masalah ke H?
ReplyDeletehaishhh..mana ada...zzzzzz
Deletexde takpe :))
Deletebila kau diam dari kebiasaan pasti akan ada yang perasan. cuma nak bertanya takut kau lagi diam H.
ReplyDeleteaku...aku...aku kan memang pendiam...kahkahkah
Delete
ReplyDeleteKann. Terkadang kita pon perlukan listener utk bercerita. Tapi siapa je yg kita ada? Yes, mungkin di luar sana diklngn teman sendiri, mungkin ada yg nak dengar kita cerita. Tapi, err penerimaan dorang macam mana? Dan cerita apa yg kita boleh cerita? Bukan semua. Kadang2 sekadar diam dan ada teman kat sisi, cukup untuk buat masalah pergi. Dan mungkn ini yg kita mahu. Berteman, tpi tak meluahkan apa apa. Tapi mesti dorg tnye 'Kau ni apahal sebenarnya?' -_-
sebenarnya aku selalu ditanya soalan tu.."kau ni kenapa?"..tapi macam biasa, jawapan aku ialah "tak ada apa2"..entah, kebiasaan kot untuk aku amik masa beberapa jam sebelum betul2 boleh mula cerita..
Deletebiasanya x ramai org yg boleh sabar dan dengar..:)
'Tak ada apa2.' Haa, kadang kadang diri sendiri tak pasti bila dah jawab solan mereka dengan tak ada apa2, riaksi apa yg kita nak dari mereka. Sama ada nak mereka tinggalkan kita degn dunia kita je, atau terus bertanya.
DeleteEncik H, ambillah masa seberapa lama pon, asalkan aakan mula bercerita. Dan ya, tak ramai yg boleh sabar dan dengar. Dan yg betul2 sabar dan dengar tu pon kita tak tahu apa sebenarnya yg ada dlm fikiran dan hati mereka, kan?
Baru perasan music kat atas tu. Tsk tsk. Sedih pulakk rasa bila kaitkan semula dgn entry ni -.-'
rileks la..jgn sedih..hehehe
DeleteWaktu mendengarkan lagu ini dan membaca luahan rasa kau,
ReplyDeleteaku seolah dapat membayang yang aku sedang melewati satu kawasan padang hijau yang sangat luas tanpa berpenghuni. Seolah aku sedang sesat yang sedang mencari jalan keluar. Hingga akhirnya aku bertemu sebuah sungai yang punya sebatang pokok di sisinya. Pada pokok itulah segala luahan bicara terluah dan yang mendengar, hanyalah aliran sungai yang deras.
Kau, harus kuat berdiri sendiri.
waktu aku taip entry ni, aku rasa macam kat tanah perkuburan..aku duduk sorang2..tak ada siapa2 yg teman..aku nak bercakap dengan figura insan, tapi yg ada kat depan cuma sepasang batu nisan..
Deleteaku selalu cuba berdiri sendiri, no matter what..cuma kadang2, aku rasa macam sedikit kehilangan..macam lagu firman tu la..kehilangan..
Antara sekepal nada yang terbit
Deletesebuah rasa telah bangkit
melihat kau yang sedang tersepit
meratah tiap semangat dalam perit
buat diri lebih terhimpit.
Gugusan kemboja gugur
cahaya suria kian luntur
hilang bersama azan zohor
sepi di hujung kubur.
-HAdira Kifly-
aaaa...aku x pandai bersajak la..hehehe
Deletesedih kot lagu ni. sobs..
ReplyDeleteada masalah ke? harap semuanya baik2 je. ;)
insyaAllah..semuanya baik..kot..hehehe
Deletekot tu mcm tak konfiden jek. ;)
Deletekonfiden......aaaa....konfiden kot....hahahahha
Deletehuhu..carik laa sesapa utk bercerita..kawan mungkin..:')
ReplyDeleteerrr...errrr...kami xdak kawan..:p
Deletemeh kita bukak sesi story telling meh *tepuk2 sofa*
ReplyDeletemeh2 dok sini.. *tepuk2 riba* :p
DeleteSerius creeepy. Lol.
DeleteSaya kenal akan seseorang yang punya rasa sama. SMS itu tidak setara, Calling itu amat jauh beda berbanding bersua muka.
ReplyDeleteSepi itu gila. hanya jauhari mengenal manikam. Lol. Tapi bukan sayalah orang tu. saya banyak bercakap. lol.
aku la kot..sebab aku jarang bebenor nak SMS ni..calling pun kadang2 jer..:D
Deleteutk petang ni saja..xtau la barapa kali sudah aku repeat lagu tu~ hahaha
ReplyDeletekau tengah sedih ke?
Deletetakpe la kalau tak apa :) hehe
ReplyDeleteapa la..apa..apa..apa??? grrrrr
DeletePandai kau cari lagu untuk match ngan entry. Jadikan entry ni bertambah sedih. Cari la someone yg kau percaya utk bercerita. Kalau takde, better simpan je walaupun seksa. Drpd nanti cerita kau dijaja :)
ReplyDeletelagu ni memang aku selalu dengar time aku rasa tak tau nak buat apa-apa..kadang-kadang rasa lapang dengar lagu ni..kadang-kadang la...
Delete1st time bce blog ni.. n taip kat google "aku perlukan seseorang untuk bercerita".. igt kn sy sorg je de rasa cm ni.. rupenye org len pun rasa..
ReplyDeleteanyway, thanks sebab baca blog ni..:)
Delete