Header2

• 07 October 2012 •

Lewat Semesta

Sekarang pukul 12.58 pagi waktu aku mula menaip entry.

Sebenarnya tadi aku ada publish sebuah entry. Tajuknya, Merindukan Kami. Tapi aku delete sebab aku rasa entry tu macam terlalu ringkas. Macam terlalu mudah untuk dibaca. Macam terlalu remeh. Dan bila aku sendiri baca, aku rasa kepuasan menulis tu seakan hampir kepada tiada. Kepuasan menulis, pada aku, ialah apabila apa yang aku tulis mampu buatkan aku terasa lega. Sebab biasanya, aku akan menulis bersama rasa. Seolah bercerita pada skrin yang hanya mampu terima.

Sekarang pula pukul 1.09 pagi. Right after aku selesaikan perenggan tadi.

Okey, biar aku cerita pasal Anugerah Blockbuster yang aku tengok kat Astro Ria. Masa segmen yang nyanyi-nyanyi, antara artis yang ada ialah Randy Pangalila. Lantas apa yang aku ingat ialah salah satu lagu dia yang aku dengar suatu masa dulu. Tahun 2008, waktu tu Randy Pangalila belum popular di Malaysia. Aku pulak masa tu masih menetap di Kulai. Jadi sebelum pergi kerja, aku akan tengok carta lagu dan konsert kat TV Indonesia. Pasang jer aerial tinggi, dapat la siaran Indonesia dan Singapura secara percuma.

Tajuk lagu ini ialah Lewat Semesta. Dan lagu ini adalah antara lagu yang aku suka. Dan lagi, aku tak tujukan lagu ini pada sesiapa. Kerana tujuan entry ini pun cuma nak beritahu yang aku dah delete entry sebelumnya. Kehkehkeh..

Oh ya, sedikit tentang entry tadi. Sebenarnya aku rindu kat dia. Tapi aku tak tahu nak divertkan perasaan tu macam mana. Maksud aku, nak divertkan dalam bentuk frasa, yang boleh aku baca, yang boleh aku faham, yang boleh aku terima, dan yang boleh buat aku rasa lega. Dah, itu saja. Harap-harap entry ni aku tak delete. Ate, moh ler kiter dengor lagu ni sama-sama. :D




p/s: wahai insan yang di sana, mungkin saja ini kau dengar, melewati semesta ini, aku sampaikan..


111 comments:

  1. Replies
    1. errkk..tak sangka ko akan komen camni..kehkeh

      Delete
    2. Patutnya entry yg kau delete tu aku dah 1st! Tak pepasal aku dah tak dapat 1st >:P

      Delete
    3. langsung tak pernah 1st =.='

      Delete
    4. jangan putus asa..usaha tu tangga kejayaan..cuba lagi lain kali yer..zzzzzz

      Delete
    5. Takpe la. Taknak jadik busuk. Hahaha :D

      Delete
    6. sekali jer...pls...hahahaha

      Delete
    7. aku tak penah dengar lagu tu..ko ni pelik la h..dengar lagu yang rare je..hahhaha..
      #teringat haritu ko bagi lagu band singapore..tu pon pelik jugak bagi aku..hahahhaha..

      Delete
    8. hahaha..banyak jer lagu2 yg jarang org dengar, tapi aku suka..tapi lagu band singapore tu memang ada main kat radio SinarFM & Best104..xde la rare sangat kot..

      Delete
    9. mungkinkah sepelik orangnye? errr

      Delete
  2. Anugerah Blockbuster ni anugerah juara lagu kt Indoensia eh? tak tgk pula maklumlah tiada Astro xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la..yg Anugerah Blockbuster ni astro yg buat..

      Delete
  3. chopp!! sempat baca tadi tp bila dtg balik nak komen dah hilang. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. padan muka xleh komen..hahaha

      Delete
    2. cittt.. komen entri tu kat sini boleh? ahaha..

      Delete
    3. hahaha..boleh2..xkan nak jawab xboleh pulak..:D

      Delete
  4. dilarang potong que..hahaha

    ReplyDelete
  5. "Kepuasan menulis, pada aku, ialah apabila apa yang aku tulis mampu buatkan aku terasa lega. Sebab biasanya, aku akan menulis bersama rasa. Seolah bercerita pada skrin yang hanya mampu terima."

    Amboi jiwang. Sometimes ada kata2 yg simple macam kat atas nieh yg boleh buat org tu paham:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk..mana ada unsur jiwang dalam ayat tu..hahaha

      Delete
  6. Aku tahu ko ada tulis entri tu, sebab keluar notification kat blog aku. Tapi sampai sini je, dah hilang. Cepat betul lesap. Kalah pelumba lari negara. hahaha

    p/s: Terma kepuasan kau hampir sama dengan aku. Kalau aku, akan lebih berpuas hati bila aku ditubi-tubi dengan seribu persoalan tentang maksud tersurat dan tersirat sebuah tulisan(selalunya sajak lah). Aku lebih berpuas hati kalau orang tidak memahami hatta satu pun isi yang ingin disampaikan daripada dapat mentafsir dengan terlalu cepat.
    Pernah tu, sampai aku tak tahu maksud sajak yang aku tulis. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la aku delete..sebab aku rasa entry tu terlalu mudah..rasa macam lurus sangat..rasa macam bukan aku yg tulis..

      p/s: kes berat ni kalau kau sendiri tak faham sajak yg kau tulis..hahaha

      Delete
    2. sangat berat lah.. dan sekarang aku tengah pening nak kupas sajak aku yang dah terpilih dalam minggu mengupas sajak. Adoiii... apa nak bagi tahu tentang sajak tu. hantam je lah labu.. hohohohoho

      Delete
    3. meh sini biar aku kupaskan..hehehe

      Delete
    4. Betul kau nak tolong kupas? nah, hamik sajak ni, cube kau fahamkan. Kalau kau boleh fahamkan, aku bagi kau hadiah. nanti aku post laju kat kau. Siyes, aku tak main2 ni. huhu


      SEBELUM TERHENTI, MATI.

      Sehabis kata merapuh minda
      guruh memecah angin lalu
      halilintar pun bersabung memecah sendu
      memanah ria dalam gelita
      mencubit rasa mengail bahasa.

      Usah termenung menunggu waktu
      berjalan perlahan asalkan bermula
      menangkap seruan si gembala
      memulakan rangkap dalam membaca
      agar nanti tidak kaku
      lantas terhenti, mati.

      HAdira Kifly
      Hati Bidadari
      Bandar Baru Bangi
      06102012 , 21:51

      Delete
    5. Ehem2..aku cuba yer..:D

      Pada rangkap pertama, penulis seakan hilang kata-kata. Mungkin kerana kepelbagaian perasaan yang dia ada, perasaan hiba rasanya. Di mana perasaan itu buatkan dia rasa ingin menulis keresahannya.

      Pada rangkap kedua, penulis rasa dia tak perlu berlengah. Dia harus mula menaip sesuatu untuk luahkan isi hati dia. Sambil menaip, dia baca semula sajak ini supaya apa yang dia tulis tersampai makna, bukan sekadar sajak yang sia-sia..:D

      Delete
    6. macam pelik je ulasan ko nih.. huhuhu

      Delete
    7. kan ni sajak ko..mana la aku tau apa yg ko rasa..aku cuma try kupaskan jer..hahaha

      Delete
  7. Alahh Encik H. Dah rindu dia ke? Yg dilepaskan tu? Ops, sila tembakkan doa buat beliau. Heee.

    Suka konsep entry encik H. Rasa macam baca karangan. Puas. Banyak penggunaan tatabahasa. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng kalau datang sini terasa macm ambik sastera dah. hoho :D penuh kesusasteraan ^_^

      Delete
    2. jangan lupa bayar yuran tusyen yer...zzzzzz

      Delete
    3. Yuran tusyen nyaa...

      Sye doa encik H tak rindu2 dekat dia yg di lepaskan lah. Haha!

      Delete
    4. hope so..insyaAllah..:)

      Delete
  8. Okeyy! Aku tak penah dengar lagu ni. Tapi 1st tyme dengar ni sedap gak. Aku ingat note bwh tu kau ckp sket psl kerinduan pada kami. Lirik lagu tu rupanya. Ayat sama je cam ayat2 kau selalu tulis. Boleh la kau jadik penulis lirik pasni. Hahaha!

    *Naseb baek ada idea nak ganti entry apa kan? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu ni memang tak masuk dalam market Malaysia pun..hahaha..aku tunggu2 jugak kalau2 Malique nak offer aku tulis lirik untuk lagu dia..:p

      Entry ni tiba2 jer..sebab nak cover line..kehkeh

      Delete
    2. Kenapa mesti lagu untuk Malique?

      Err tu laa. Naseb baek la ada idea serta merta untuk cover line tu. Lenkali jangan maen2 lagi okey! (d)

      :))

      Delete
    3. Sebab pada aku, Malique cukup hebat dalam buat lirik2 yang penuh makna dalam bahasa..so kalau nak tulis lirik lagu untuk Malique, aku kena jadi lagi hebat daripada dia..kalau..hahaha

      Delete
    4. Tak pernah terpikir lak aku. Haha! Err terus aku pikir sape ek penulis lirik yg aku suka? Em em. Ntahlah H. Sebab tu kau kena jadik penulis lirik. Nanti aku minatlah kat kau. Ahaha! :D

      Delete
    5. cipta la lagu..pastu bagi kat aku..nanti aku tuliskan lirik..kehkehkeh

      Delete
  9. RANKING KE 7 .. KUIKUI ..

    ALOH LA .. INGAT LEWAT SEMESTER NI KAMOO .. HAHA .. GHUPE2NYE LAGU SIH ? HAIYO .. LAYANZZ ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. 7 kena denda..sila bayar denda di Kaunter 5..

      Delete
    2. DA PEGI NK BAYAR TP XDE ORG JGE KAUNTER .. CANE ? HAHA

      Delete
    3. bayar esok..ahad kaunter tutup..kehkeh

      Delete
    4. OH LUPE PLAK .. INGTKAN PANTAI TIMUR .. HAHAHAHA

      Delete
  10. best lagu :) hoho.... first time dengr.

    ReplyDelete
  11. yup...i like lewat semesta ^_^

    memang ada dlm koleksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada banyak lagi lagu2 Indonesia yang best2, tapi tak masuk dalam market kita..kan? :D

      Delete
  12. first time dgr lagu ni.
    aku klu tulis main tulis je tak de rasa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kalau tulis kena ada rasa..kena ada mood..kalau tak aku rasa something yg aku tulis tu tak bermakna..tu kalau aku la..hehe

      Delete
    2. owh...mmg la tulisan kau penuh rasa aku baca...

      Delete
  13. wah best la leh d[t siaran indo n singa....hehe...nak jugak..:D

    p/s salam kenal..be ur follower..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu la Yuni..sekarang dah tak tinggal kat Johor dah..hehe..salam kenal jugak..:D

      Delete
  14. rindu itu perlu kekadang

    tanda rasa syg pada dia

    bersih sungguh suci sungguh murni katakannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la..kadang2 memang perlu ada..

      Delete
  15. emm..sy pun sangat sukakan lagu itu...
    bila rindu sebutlah namanya...heee...

    ReplyDelete
  16. line sy x ok.. xdpt dgr lagu =___= bleh tlg nyanyi x? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..boleh2..pasang speaker kuat2 pls...-_-"

      Delete
  17. Tengok petang tadi anugerah blockbuster, suka bila zizan dengan aflin dan lisa buat gangnam style. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ulangan pulak ptg tadi..hehe..tapi tak tengok..sebab tido..>.<

      Delete
  18. Last! Ahahha kantoi! Tu laa td ade nampak entry tu tp laju jee dye delete
    Xgentle bro..booooo~ hahah gurau okay don't so serious.

    Pasal blokbuster tu sedihh sbb x dpt tgk :'( tp klau da nama pun bersiaran kat astro sure ade ulangan kan? Heeeee

    Utk sidia (nak jd poswomen jap)
    Ketahui laa oleh me dye sgt merindui mu...lalalalla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..entry tu simple sangat la Jna..tak sedap pun kalau baca..sebab tu delete..

      p/s: baru petang tadi ada ulangan anugerah blockbuster semalam..-_-"

      Delete
    2. Astro??? Da agak suda :p

      Delete
  19. *correction! Bukan oleh me ( oleh MU )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah tak dapat last..padan muka me

      *correction! padan muka me (muka MU) :p

      Delete
  20. aku menyampah tengok blockbuster malam tadi...sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku pay attention part2 pengacara jer..sebab zizan dgn afdlin..kehkehkeh

      Delete
    2. Wahhhh.... TK pun dah join comment kat sini.. teruskan teruskan... hehehehe :)

      Delete
  21. Encik H amat lah puitis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..mana ada puitis..tu lirik lagu la..hahaha

      Delete
  22. Que Haidar ada kat sini ke? :-O

    ReplyDelete
  23. bila baca entry ni rasa mcm di awang2an.. untung si dia kerana dirindui.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr...diawangan? bahawa nih..hahaha

      Delete
    2. bahawa??? bahaya la... syok la dgr lagu ni.. hehehe

      Delete
    3. errr...pelat huruf y..lalalalala~

      Delete
  24. aku neh tak pernah puas kalau menulis. huh! weh, rindu sapa tuh???huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud aku, masa dah publish tu..kena la puas hati baru boleh publish..hehehe

      Delete
  25. *Last lagi skali (ړײ)wekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..cuba lagi lain kali yer...(ړײ)

      Delete
  26. linda jasmine pun ada..(d)

    ReplyDelete
  27. xsempat nak baca, sebab jrg2 dah on9 skrg ni.. hahah...

    btw mcm boring je kn anugerah blockbuster tu.. hahah

    slrg ni mcm semua mls nak buat, nak tgk tv mls, nak berbloging pun mls.. mood mnjunam masuk kedalam lobang2 besar2.. aduhh.. hha.. salah komen lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. quite boring la..part afdlin dgn zizan jer kot yg best..hahaha

      Delete
  28. siapakah gerangan yg dirindui itu??
    eee anugerah tu paling tak suka tengok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..kami la..hahaha

      kenapa tak suka? o.O

      Delete
  29. semoga rasa itu disampaikan jauh lewat semesta, melalui bintang dan bulan di kala malam, matahari, burung, dan angin beriup di kala siang. bak kata orang, "dengan mengingat seseorang, kita sebenarnya menyampaikan hajat melalui psikik". wuu.. orang tu sapa, tak tahu tp dari muvi. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..maknanya tiap2 hari la aku sampaikan melalui psikik..:D

      Delete
  30. Replies
    1. tak2..bawah ni rasanya ada lagi..

      Jna kot..hahaha

      Delete
  31. suka kot lagu tu.. hhaha..

    ReplyDelete
  32. boyaa maradona9/10/12 9:27 AM

    lagu ni aku dengar . sbb dia tak macam lagu love hunter ke ape tah tajuk dia tu. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lovehunters - sambutlah kasihku..grrr :-w

      Delete
  33. ok, yg keseartus..-_-...

    bestla lagu dia..terfeeling jup..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..anggap la H yg nyanyi..:p

      Delete
    2. ewah..hahahah

      buat cover nanti kami dengaq sedap ka ndak na..:D

      Delete
  34. Atenya mana lagu Lewat Semesta nak teman dengonye... tak diattachkan ghupenya... Alah... kalau rindu kat dia tepon aje le...ke teman dah tak de pape ngan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer attach lagu tu kat atas..sebelum postscript tu..kehkeh..ate teman idak ler berani nak call dia..udah takde pape gamaknye..

      Delete
  35. ha..ha... emmmm.... memang teman tak pernah dengonya... kalau dengo pun teman mesti tak perasan...he..he..maklum le insan disana yg dalam senikata tu dah ada depan mata OKje kan...he..he....

    Alah.... lelaki tak susah....setakat macam teman tu ramai yg sudi.... kerjaya ada, muka pun baby face mcm gambar profile tu....he..he... 10 mari lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu pulak teman bila kome cakap ghope itu..#____#

      Delete
  36. uit..asal husna boleh komen lg entry melepaskan kami kalau ia dah dipadam.. 0.o?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg husna komen tu 'Melepaskan Kami'..yg H padam tu pulak 'Merindukan Kami'..tak sama tu..:D

      Delete
  37. Sedap juga lagu ni, slow je..
    lagu Randy yg baru ni, rancak.

    Ermm.. H..mcm mana nak masukkan lagu macam tu..?
    ajarkan..plzzzzz...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena upload dulu..pastu kena cari player..then embed masuk dalam entry..

      Delete
    2. Errr...alamak nur buta sikit bab2 ni..
      H guna player ape..? realplayer boleh ke..?

      Delete
    3. bukak website kiwi6.com sebab kaat situ dia upload and terus boleh embed..dah siap player

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top