Header2

• 10 October 2012 •

Sakit Telinga

Kadang-kadang, mendengar cerita dua lelaki, yang masing-masing dah berkeluarga, buatkan aku sakit telinga. Bukan sakit telinga disebabkan mereka dah berkeluarga, manakala aku belum berumahtangga. Tidak. Yang itu aku tak kisah, dan tak rasa apa-apa. Sakit telinga ini adalah apabila aku terpaksa diam dan tadah untuk dengar perkara yang sama berulang kali.

Yang seorang hampir empat puluh tahun usia. Isteri ada satu, anak ada tiga. Tapi punya hubungan terlarang dengan seorang janda, yang juga merupakan kekasih lama. Yang seorang pula dalam lingkungan tiga puluh lima. Hujung minggu ini, anak tunggalnya bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang kedua. Isteri pun satu sahaja. Tapi kekasih gelap dia aku tak pasti ada berapa. Tak terfikir pula aku nak kira.

Masalahnya, masing-masing taknak mengalah kalau cerita pasal wanita. Ayat seboleh-boleh nak tunjuk yang mereka power. Kononnya kalau dipetik hujung jari, kekasih masing-masing bila-bila boleh serahkan diri. Cerita pasal perempuan sana, cerita pasal perempuan sini, tapi bila suruh tambah cawangan, macam-macam alasan diberi. Sampaikan kadang-kadang aku rasa, mereka berdua sebenarnya takut bini.

Sudahnya, aku cuma diam, mulut terkunci. Sesekali senyum, takut-takut kalau mereka terasa hati. Sesekali aku buat-buat tengok kuku kat ibu jari kaki. Sebabnya, aku bosan. Dan aku malas nak tunjukkan ekspresi yang aku meluat ataupun benci. Mungkin kalau sekali dua, aku boleh hadap dan tahankan lagi. Tapi kalau kisah berjela, mohon asingkan aku pada bucu dinding yang sunyi.

Tapi. Ada seperkara yang aku puji. Sehingga kini, masing-masing tak pernah lupa pada tanggungjawab juga family. Biar sejauh mana mereka berkelana cari rezeki, biar sedikit tersasar liku kehidupan masa kini, tapi tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dan ingatan masing-masing pada isteri, masih kekal dan kemas pada tahap yang paling tinggi.

p/s: aku ni naive, innocent, teruna, suci dan murni..moga aku tak terjebak dengan skandal, bila nanti telah sah bergelar suami..#_#


115 comments:

  1. apa daaaa... dah kawin tu buat la cara dah kawin... tapi... hukhukhuk... aku rasa semua lelaki sama je kot... hukhukhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik hik hik, TK teringat nelopa ke TK? hik hik hik

      Delete
    2. semua sama ke? maknanya aku ada alasan la utk buat benda yg sama..kehkehkeh

      Delete
  2. alamak... cam mana aku leh 1st lak ni!

    ReplyDelete
  3. Bukan ke bagi lelaki life begins at forty ? Hehe. tapi aku memang tak suka lah lelaki macam tu, nak kata tak bahagia hello anak tiga kot. Ceittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dah 40 bru start tu maknanya masa muda bini dia queen control..bila dah tua bini dah malas jage baru nak start..kesian..kehkehkeh..

      Delete
    2. Oh, itu ke maksud Life begins forty? hahaha

      Delete
    3. agak susah sebenarnya bila dah after 15 years, terjumpa balik dengan kekasih lama..4 tahun menjanda pulak tu..

      sepengetahuan aku, si lelaki ni dah cuba tolak..tapi at times bila perempuan tu datang rumah serah diri, aku rasa org buta pun tau apa yang akan jadi..:)

      Delete
  4. Baca cerita kau ni buatkan aku takut je. Takut kalau2 suatu hari nanti. Uwaaaaaaaaa! :((

    Doakan kebahagiaan & kesejahteraan rumah tangga aku ya H. Aku harap aku sampai bila2 akan jadi Isteri yang baek, taat perintah Allah, dengar cakap Suami, rajen layan Suami, dan tak nakal2. Hehehe. Kalau dah takdir tu, aku tak boleh nak cakap apa. Tp at least biar lah jangan puncanya drpd aku. Huuuu. Tunduk pasrah =__=

    Aku harap kenaifan kau ni kekal sampai bila2. Kau terjebak dengan skendel, aku pukul nanti (d)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emosinye ko makcik -_-'..

      Delete
    2. Err Pakcik, diam! :-w

      Emosi sedih takpe la Pakcik. Jangan emosi melenting. Emosi doh aku :))

      Delete
    3. hahaha..setakat ni apa yg aku nampak, benda tak jadi kalau sebelah pihak jer yg cari..tapi kalau dah dua2 pihak dok bagi2 hint nak tido sekali, memang x lama la tu..

      harap2 rumahtangga kau elok jer la yer..ko pun sama bundle, jangan dok ngorat2 Jna sgt..grrrr

      Delete
  5. *last!! Tapi laki mmg ade yg mcm tu..even klau dyeorg saje ngacau pun xde laa niat dlm tu KENA dan WAJIB ade ppuan lain..sbb tu for me klau bercinta..mmg xpenah n x kan kong ² BF ..sbb lagi kita kong ² lagi dyeorg rasa mcm tercabar tu yg start ade 2hp tu haishhh pastu kalau btul da tersuka mna ² laki/ppuan kita xbole nk deny..sbb hati dan perasaan dtg nye dari Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah feeling ngan awak la Jna..jgan kongkong saya tau..haha..saya setia pada semua..
      #h dah tido..so aku admin sementara tolong balaskan komen2..harap maklum..hahaha.

      Delete
    2. Hahahah awk ni kelakar YM tetbe lantik diri sndri jd admin hahahaha dari awk jd admin kat sila jd admin di blog saya :))
      Awalllllll ny en.hhhhhhhhh tidoq!!!!

      Delete
    3. erkk..setia pada semua? puiii..hahaha

      tersuka or ada hubungan dengan org lain tu kira biasa lagi..tapi kalau tersuka and ada hubungan yg x sepatutnya dengan org lain tu yg bahaya..

      Delete
    4. YM tu mmg poyoss EN.H hehehehe
      btl btul btul apeeee bgtw tu en.H

      Delete
  6. Replies
    1. hujung tahun, insyaAllah :)

      Delete
    2. Wah... hujung tahun.. Semoga kami dijemput sama ye.. hehe :)

      Delete
    3. Yup..hujung tahun..cuma aku tak pasti tahun bila..kahkah

      Delete
    4. hahaha..hujung tahun kan cuti sekolah..mesti la ramai yg buat majlis kenduri kahwin..:p

      Delete
    5. untung lah..aku baru nak bina kerjaya...

      Delete
    6. xpe..start slow2..lama2 berjayaa la tu..kehkeh

      Delete
    7. So, kau nak cakap la yang kau dah berjaya? -_-'

      Delete
    8. dah berjaya la tu..hahaha...

      Delete
    9. aku nak cakap yang aku dah bergaya..:p

      Delete
  7. itulah hebat & lemahnya lelaki

    hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 rasa diorg ni macam nak show off pun ada..zzzz

      Delete
  8. Tumpasnya lelaki itu kerana wanita. Gagahnya lelaki itu kerana wanita jua. Dialah madu, dialah juga racun yang paling berbisa. Tetapi lebih durjana lagi lelaki itu yang gagal mentadbir akal dan nafsunya.

    p/s: Nasib baik la Mr. Captain memang bukan jenis ni lepas dia kahwin... Selamat aku. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sedikit yg aku bangkang, sebab dalam kes kawan aku yg berdua ni, kesalahan bukan kat pihak lelaki jer..

      Sebab 'kawan' kepada kawan aku yg umur 35 tu, seorang cikgu yg agak sosial, ada suami, ada anak seorang..tapi mms gambar kat bilik tidur, nampak pangkal dada..

      Delete
    2. Adoi... tu dah kes berat dah tu. -_-
      Jauhkanlah dari aku dan keturunanku.. huhu

      Delete
    3. sama la..harap2 aku pun dijauhkan..

      Delete
  9. takut betul aku dgn n3 nih..

    aku tau kebosanan ko tahap camner kan..

    pepun semoga hati mereka terbuka nak setia pasnih..
    dosa tau sakitkan hati isteri yg setia kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan jenis nak tarbiahkan org..lagi2 kalau org tu lebih tua..anggap selemah-lemah iman la, nampak perkara tak baik kat depan mata, tapi boleh tegur dalam hati jer..and kalau ada peluang, masukkan jarum halus2 biar diorang tak terasa..

      lagipun, aku tau suatu masa nanti, masing2 akan berubah sendiri..diorang bukannya bodoh, bukannya tak tau bezakan baik buruk..

      Delete
  10. He.... he.... jangan main2 yeh Encik H... isteri memang dianugerahkan 'sense' yg hebat tau.... jangan berani2 nak main belakang...he..he... Tapi OKje pun tak suka juga kalau sampai ada affair pulak....berkawan OK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..diakui..instinct orang perempuan memang tinggi..dan lagi, instinct orang perempuan biasanya betul..:D

      Delete
    2. ha...ha... 'instinct' yes... word tulah yg OKje duk cari tapi semalam tak ingat...he... sense pun lebih kurang ajelah...belasah aje!

      Delete
    3. erkk..jangan belasah saya!! :'(

      Delete
  11. Derang tu jenis yang saje-saje cakap je kot. Sebab tu taknak kalah. Btw, ko ni satu ofis dgn bundle kan? So, adakah org yang sama yang penah bundle citer dlm blog dia? Heheh. Ulang2 cerita yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan jenis yang cakap saje2..tapi berlaku betul2 depan mata..yg janda tu aku dah jumpa pun, siap datang rumah..zzzz

      p/s: ofis aku berjiran dengan ofis dia..tapi kitorang tak cerita pasal orang yg sama..kehkeh

      Delete
    2. citer pasal apa ni?kompius jap aku..hahaa..

      Delete
    3. dia ingat cerita ko pasal petua busuk tu kot..jangan mandi, isteri suka bau badan suami..kahkahkah

      Delete
    4. oooo..sempat ko kaitan pasal tu ye lyd..haha..tak tepkir lagsung lak aku..haha..

      Delete
  12. pergh... kadang2 kita ni lelaki susah nak kawal nafsu.. apa lagi bila perempuan datang serah diri...iman kalau tak kuat, macam ni la jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la pasal..nak tegur tegak2 tapi risau kot2 member terasa..

      Delete
  13. ala..laki kan ego dia kuat..xnak ngaku jugak walaupun kalah..ahhaha.
    saya xmahu first:-)

    ReplyDelete
  14. mereka kata,

    "Aku cuma perlukan teman bermain di kala sunyi."

    Mungkin. Perlu ada teman BBM di kala perut masing2 dah terlalu boroi utk bermain bola seperti sang teruna.

    Hah.

    *sinikal tp berlaku*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi teman mereka ni lebih rela sunyi drpd dengar cerita yg sama setiap hari..:D

      Delete
  15. lepas baca part last tuh terus rasa nak isi borang calon bini utk admin. boleh ke? haha

    cantik susun kata ayat..saya tertanya2 umor admin brpe? lepas baca entri ni rasa cm baca blog laki org yang dah berumor jer....he he he he

    p/s : nak order air teh o gi order kat maple bukan kat http://imahotmail.blogspot.com, igt website air delivery ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..ai memang teringin nak bermadu dgn encik kudi..hahaha

      Delete
    2. hahahahahaha :D nanti dpt baby tak tahu nak "bin" yang mana satu haha Ustad adzhar idrus yg ckp eh bkn i (==')

      Delete
    3. xpe..kita letak binti jer..kan anak perempuan..hahaha

      Delete
    4. haha siapa bpknye? (=,=)

      Delete
    5. bapaknya yg kawen dengan emaknya la..kehkeh

      Delete
    6. hehe betul2 kalau bapaknye yang tak kawen dgn mak mau kene luku pale mak dia ngn parent kat uma he he mintak simpang lah suami yang gatai cm ni. dan dan mohon jauh lah ada baby yang berbapak kan "bf" hehe nak baby berayah kan suami *tetiba lari topic hehe

      Delete
    7. wahhhh..kena masuk meminang kak ima cepat2 nih..saje potong line encik kudi..:p

      Delete
    8. amboi kakak terusssssss :D

      Delete
    9. erkk..nak kena panggil lagi manja ke? hahaha

      Delete
  16. mmg lelaki mcm tu kot. abg2 kat ofis pun ada mcm tu. bila tanya knp, jawapannya 'utk seronok2 kat luar je. balik rumah tetap cari wife'. huhu.. tp tak semua la. kot.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg umo 35 tu memang kes utk seronok2..tapi yg umo 40 tu, entah la..lebih kepada 'penangan kekasih lama'..sebab sebelum ni dia bukan jenis yg macam tu..

      Delete
    2. oooh.. menakutkan je. kesian wife dia.

      Delete
    3. insyaAllah, suatu masa nanti masing2 akan berubah..:)

      Delete
  17. wah macam bunyi pantun pun ada entry ni . kihkih .

    ReplyDelete
  18. hehe..
    bukan senang nak setia..
    kena pandai laa..
    tak boleh ckp saje..
    kena buat bru taw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..baek cikgu..saya akan setia pada semua..kahkah

      Delete
  19. heeee sy selalu sngt dengar

    lelaki ske share ngn laki

    so memang gitula cite nye

    hope kite xjdi cmtu je la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends sebenaarnya..ada lelaki yg suka share dgn lelaki..ada lelaki yg suka share dengan ppuan..ada lelaki yg x suka share apa2..:D

      btw, memang harap2 kita x jadi camtu..insyaAllah..

      Delete
  20. haisyhh.. dh ad ank bini kat rumah, nk cari keseronokan kat luar jgak.. ni yg bikin hati jd panass nih.. *_____________* emosi berlebihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk..mana ada..mana ada.. *geleng kepala*

      Delete
  21. biasa la tu..excited dah kawin and ada anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kira excited, aku yg belum kawen ni patutnya yg kena excited..kahkahkah

      Delete
  22. Okay, aku takut nak kawin. Bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian fik. jadi bujang terlajak. bye.

      Delete
  23. u skandal pergi jauh2...hehe...mohon jauh dari dapat somi curang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun, mohon dpt somi yg baik tidak curang :D

      Delete
    2. kita tak curang la..kita setia tau..kahkahkah

      Delete
  24. kikiki...masing2 tunjuk teror ya...itulah ragam lelaki...masing2 tunjuk ego...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki kan memang ada ego yg tinggi..-_-"

      Delete
  25. manusia lain-lain ..eh aku last lagi ke ? haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..nampaknya tidak..hahaha..cuba lagi lain kali..:D

      Delete
  26. kadang xnak dengar pon terpaksa kita dengar kn?? hmmm kadang pmpn pun ada jgk mcm ni... rasa diri tu dah hebat.. petik jari semua bleh dpt.. perrggghhhtt.. hebatt... andai aq mcm tu... tp xbleh.. cukup la cinta pada yang 1(TUHAN).. bukan pada semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la..nak xnak terpaksa jugak dengar..tadi pun dengar lagi..grrrr

      Delete
  27. kena guna akal pikir sendirilah baik dn burukkan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..masing2 dah besar..boleh fikir sendiri..:D

      Delete
  28. mintak encik H jgn la sebegitu, kesian kawan saya yg sorang tu..ehem2

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..errr..pasrah jer aku dgn kau ni calie..hahaha

      Delete
    2. hahahahahahahaha~ alahhh!

      Delete
    3. dah2..dok diam2 sinun..grrrr

      Delete
  29. ke saja tunjuk hebat masing2 padahal tak apa2 pun.. manusia memang macam tu kan.. xpernah puas dgn hidup.. tp encik H jgn macam tu sudah.. kalau mcm tu, org lain pulak yg buat entri cmni untuk ncik H.. hee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..memang betul2 ada..pernah dtg umah kitorang pun..siap tolong masakkan lagi..zzzz

      Delete
  30. harap kau tak berubah H bila dah jadi suami. bukan setakat bini je terluka, anak2 pun sama terpalit rasa luka nanti. percayalah...kau jadilah lelaki yang jujur bukan hanya pada tanggungjawab semata-mata, hendaklah juga jujur dalam perhubungan....kalau kau mampu cukupkan kuota dengan seadilnya lain la cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku komen macam tak kena je? haha. takpe la... ko kalau bosan lagi dengar cerita sama..buat2 pengsan kena sawan masa dorang mula bukak cerita. dalam 2, 3 x buat...dorang perasan la nanti tu. kbai.

      Delete
    2. komen kau buatkan aku rasa nak cukupkan kuota dengan seadilnya..hahaha

      Delete
  31. aku ni naive, innocent, teruna, suci dan murni..moga aku tak terjebak dengan skandal, bila nanti telah sah bergelar ISTERI..#_#

    ReplyDelete
  32. Nauzubillahiminzalik..harap2 H tak terjebak dlm dunia maksiat tu yek.. Kak M follow sini

    ReplyDelete
  33. H, tgk gaya bahasa ko pun saya rasa ko takkan butt benda tu. lol.
    jika kau memiliki satu, maka jadikan dia yang satu dan satu2nya. -ayat jiwang. ke hampeh? lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwang tu..cukup jiwang..kehkehkeh

      Delete
    2. hahahha... satu2nya.. :) saya suka ayat itu.
      Jgn sampai kena buli yer..

      Delete
    3. kena buli? errr..kena buli camne tu? hahaha

      Delete
  34. tak kisah la hujung tahun bila kawin, jngn lupa jemput! huhu..

    semoga kenaifan itu kekal.hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..saya memang sentiasa naif..hahahahaha

      Delete
  35. hoih! ada jugak naa..
    ada laki nnti nak kena tambat nie..dushh~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak hus nak kawen dengan kamben ke? hahaha

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top