Header2

• 21 November 2012 •

Hari Ini

Ehem.. (intro)

Aku mula mengenali gadis ini pada awal tahun 2005. Seorang saudara baru, Silvia Nur Hidayah Bte Abdullah namanya. Gadis yang pada aku berperwatakan agak kasar dan gila-gila. Berasal dari Kg. Terongkongan, Kudat dan menetap di Kota Marudu. Berbangsa Rungus. Cantik yang tidaklah terlalu cantik, tapi entah macam mana hati aku boleh tertarik.

Dulu tak cantik macam ni..zzzz
Penghujung tahun 2005, kami mula berchenta-chenta..hehehe. Dah, jangan ketawa! Dan jangan tanya macam mana aku dan dia boleh bercinta. Bukan sebab aku dah lupa. Malah aku masih ingat rentetan perjalanan cerita kami berdua. Cuma rasanya, lebih elok biar tersimpan untuk diri sendiri saja.

Dalam pada itu, aku berkawan baik dengan seorang perempuan. Nama sebenar dia, Salsabilla. Nama tipu dia Nur Nazian. Berasal dari Kedah. Kadang-kadang aku panggil Kak Sal, kadang-kadang aku panggil Kak Yan, dan kadang-kadang aku panggil Kak Pah. Kadang-kadang awak busuk, kadang-kadang awak comey. Ikut suka hati aku nak panggil macam mana walaupun dia tak suka.

Oh ya, Silvia Nur Hidayah tu aku panggil Yaya.

Selalu aku bertanya pada Yaya, tak apa ke aku rapat dengan Yan? Tak jeles ke? Sikit pun?  Dia jawab tidak. Dia faham aku dengan Yan tu macam mana. Sebab aku kenal Yan lebih dahulu daripada dia. Dan dia tau aku memang sayangkan dia. So dia faham, dan dia terima. Asalkan aku tidak abaikan dia.

Tapi lama-kelamaan, aku dan Yaya semakin jauh. Sangat jauh. Dia mula tak balas SMS, dia mula tak jawab telefon. Hingga suatu hari, nombor dia tak dapat dihubungi. Alasannya, telefon dia rosak. Dan dia belum cari telefon baru. Aku syak yang dia memang cuba jauhkan diri. Tapi aku tak ada bukti. Aku cuba cari jalan untuk berhubung dengan dia, tapi hampir semua cara aku tak menjadi.

Setahun aku tunggu dia, dan setahun aku cari dia. Setahun aku tak 'berkawan' dengan sesiapa, kerana aku masih harapkan dia, kerana aku masih rasa yang aku ada dia. Hingga ditakdirkan pada suatu hari, aku dan Yaya berjumpa semula. Panjang perbualan, banyak persoalan yang ditanya. Dan akhirnya dia mengaku, bahawa dia memang cuba jauhkan diri, kerana cemburu dengan keakraban aku dan si kakak tua. Alhamdulillah, cerita kami officially tamat pada hari itu, tamat sejurus selepas dia habis bercerita.

Kami memutuskan untuk jadi kawan sahaja. Dulu-dulu aku ada facebook dia. Tapi tak lama kemudian, dia remove aku atas alasan, nak mendirikan rumahtangga. Dah kahwin pun sekarang, sedang mengandung anak pertama. Oh ya, kurang sebulan lepas, 23 Oktober 2012, Yaya add aku guna facebook kawan dia. Hanya kerana dia mimpi yang aku meninggal dunia. Hari tu dia add aku, hari tu jugak dia remove aku semula..grrrr

Hari ini, 21 November 2012, ulangtahun kelahiran Yaya untuk yang kesekian kalinya. Selamat hari lahir Yaya. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa diberkati. Maaf tak dapat nak wish by phone or facebook, cuma mampu wish kat sini.

p/s: selain adik bongsu, Yaya adalah orang yang panggil aku abang..dan panggilan tu tak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang.. :)

*** update: ni bukan entry sedih..hahahaha ***


166 comments:

  1. kenangan gitu.hehe. teringat pulak kisah aku. tapi er...terlalu menyayat hati. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kisah apa? pasal chenta zaman dulu2 ke? :D

      Delete
    2. kisah dengan bakal imam aku. dugaan orang nak kahwin.

      Delete
    3. eh baru perasan aku first. nak hadiah boleh? k

      Delete
    4. euwwwww...kehkehkeh...

      Delete
    5. Wowww... kisah cinta Mr H... Dah tu Kak Busuk tu apa jadi? Masih baik lagi ke dgn awak?

      Delete
    6. dani: boleh2..amik hadiah kat kaunter H ea..hahaha

      bundle: euwwwwwwww~~

      lyd: kak sal tu dah kawen pun..dah ada sorang anak..still berhubung tapi tak la rapat macam dulu..maklum la, dia kan dah kawen..hehehe

      Delete
  2. wah..tragisnya.. first.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..tahniah!! sila tuntut hadiah yer..hahaha

      Delete
  3. first tak ni..? hahahha

    setahun je H tggu..?
    Nur 10 tahun tau..
    lagi merana..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..cik nur first..kot..hahaha

      mujur lepas setahun tu jumpa balik dgn dia..kalau tak, takde la cerita ni..kehkeh

      Delete
    2. Nur..dah2,
      jgn tggu2 dah..nti kitag gak merana :)

      Delete
    3. rotan jer sape yg buat cik nur tunggu tu..grrrrr

      Delete
    4. Cikgu ada kuasa rotan orangkan....?
      Jadi cikgu H je lah g rotan orang tu...
      hahaha....

      Delete
    5. erkk..tak baik tau rotan2 org..grrrrr >:[

      Delete
    6. rotan untuk kebaikan..kehkehkeh

      Delete
    7. okey..nanti H rotan cik nur..:P

      Delete
    8. Rotan..?
      Atas kes ape..?

      Okay..Nur khatam entry ni buat kali ke-3..
      Yaya dalam entry Nur bukan Yaya H..
      Tapi yaya boboboi..

      :)

      Delete
  4. sayunyaa..sob..sob..:'(

    Allah kenalkan kita dgn org yg salah sebelum berjumpa dgn pasangan yg betul..ada hikmah di sebaliknya kan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..alaa..ni entry nak wish besday jer sebenarnya..btw H takde gaduh apa2 pun dgn dia..mungkin take for granted kot..hati perempuan kan, camne2 pun pasti akan jeles..:D

      Delete
    2. owh..ykaa..husna terover shadow la ni..=P

      haruslar jeles..perempuan ni sensitip taw..=D

      Delete
  5. nak cakap kau setia lah ni?? hehe.

    doakan saje kebahagiaan dia. dia menjauh tak bermakna nak bermusuh. mungkin itu jalan terbaik utk korang. kau pun kena cari jalan bahagia sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setia pada yg empat tau..hahaha

      mungkin jugak..everythings happen for reason..maybe time tu dia fikir itu yg terbaik..so xpe la..:D

      Delete
  6. tak mengapalah, ada jodoh, ada la.. kalau tak ada, doakan kebahagian dia.. sayang tak semestinya memilikikan???

    Ena doakan awak akan jumpa yg terbaik untuk diri awak.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sentiasa percaya ayat kat atas tu..sayang kat someone tak bermakna kita akan dapat dia..just tengok drpd jauh pun dah cukup..:)

      Delete
  7. ai, ni yang tak suka bila dpt jd pengomen ke ....
    tak de rezeki jd no 1 lagi..grrr

    kiranya ni mcm hari ini dalam sejarah cinta la...
    tulah, bila tunggu org tersayang ni satu tahun terasa mcm bertahun-tahun.. takpe, buat jd pengalaman hidup...

    lain kali jgn kwn ramai2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan2..hari ni besday dia..itu jer motif entry kali ni..hahaha

      lenkali nak kawan ramai2..tapi kawen 4 jer..xnak banyak2 :p

      Delete
    2. 4 jer??? amboi, cuba 1 dulu dik..

      Delete
    3. nk kena rotan H ni... baru je akak ckp jgn kwn ramai2, dia lak cakap nak kawan ramai2...

      Delete
    4. eh akak kata jangan kawan ramai2 ea? hahaha..xperasan la..igtkn 'lain kali kwn ramai2 ye'..

      p/s: gurau jer pasal kawen 4 tu..kawen bukan benda cuba2 ye x? tapi..tapi..tapi..kalau kawen 2 pun apa salahnya..hahaha

      Delete
  8. hai abang H...eh, x best,,,,hai Cikgu....

    **remove fb my X, tp ada gak usha fb dia, tgk kebahagiaan dia....

    sekarang tak lagi..tak nak tengok, takut bila jd nenek tetiba berjodoh lgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..xyah panggil abang2 ni..hehehe..sometimes bila tiba masanya, kita akan rasa nak berhubung balik dgn mereka2 yg pernah rapat dgn kita..tapi perasaan tu dah normal la, bukan sebab kita still harapkan dia..:D

      Delete
  9. orang sabah kawan dia. jangan dikenang orang yang sudah berumah tangga, pi carik lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..kenang setakat nak wish besday jer ni..xde niat pun nak bersayang2 dgn beliau..hahaha

      Delete
    2. oh , okok, wish wish sana sini takpo lah no.

      Delete
  10. ermm..
    sedih la plak.kira yaya tu sbnrnya msh x lupa la,msh mngingati.hehehe..snggup add pakai fb kwn dia then bila dh tahu mimpi dia hanya mimpi...remove blk..
    tp betul lah kan kdg2 kita teringat blk kisah2 dulu rs nk sgt tahu mcm mn life depa skrg..bkn maknanya nk berbaik semula tp just nk tahu apa khabar depa skrg kan :)

    erkk.skang dh ada pngganti yaya ke?
    ark ark ark

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kali jugak dia add, pastu banyak kali jugak dia remove balik..maybe xnak suami dia salah sangka kot..

      Delete
    2. oklah tu..sekurang2nya dia ada usaha menjadi isteri yg solehah..xmahu suami curiga..

      dia sayangkan rumahtangga diakan..

      jadi H pun kenalah doakan yg terbaik buat dia..

      Delete
    3. H memang sentiasa soalan yg terbaik untuk dia..always :)

      Delete
    4. mungkin lah kan..tp x salah kot kalo niat dia nk kawan2..bknnya laki dia kenai H pun kan..tp mgkin dia ada alasan tsendiri..sapa tahu kan :)

      Delete
    5. mungkin la..mungkin sbb masa dulu2 banyak kenangan..mungkin bila 'nampak' tu rasa lebih menyakitkan..or mungkin dia rasa, better masing2 xyah keep contact each other..sebab yg dulu2 tu semua cerita lama..:D

      Delete
    6. betul2..
      tp kan kdg2 cite lama ni sgt indah tuk dikenang..kan H kan :)
      bleh senyum sengsrg even tingat yg mnyakitkan .hahaha

      Delete
    7. heheh..kalau dulu2 tu memang menyakitkan la..tapi kalau skg ni, Alhamdulillah..perasaan tu dah normal balik..:)

      Delete
  11. 'kenangan kau dan aku'...

    boleh plak dia mimpi kau mati... dah ada pengganti ke...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia mimpi aku meninggal tu la yg dia add fb..soalan pertama terus jer dia tanya 'sihat ke tidak?', 'betul sihat?'

      aku pulak jadi pelik kenapa tiba2 dia tanya camtu..

      Delete
  12. Bukan entri sedih?! Sye baca sedih je. Satu tahun tunggu?! Wow. You amazed me, cikgu. Setia nyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..cik nur lagi lama tau..sampai 10 tahun..dia lagi setia drpd cikgu..hahaha

      Delete
    2. 10 tahun. Tunggu orang yg sama?! Kuatnya penangan cinta -_- Eh yeke? Haha

      Delete
    3. nak menyampuk oii.. ruang kat bawah tu semacam je ~

      berikan cintamu juga sayang mu percaya padaku lalalala ~

      aku dengan cinta = trauma .. kehkehkeh

      budak2 mcm aku pun ada pengalaman tau..

      kahkahkah.. bukan aku yg tulis ni..

      mcm mane la agak nye perasaan menunngu tu ????

      Delete
    4. Dah keluar lagu percaya padaku pulakk.
      Trauma? Berbalas ke cintanya? Atau crush aje?
      Hahahaha.

      Menunggu tu perit kot(?) Konon, penantian satu penyeksaan. Betul ke cikgu?

      Delete
    5. tak..masalahnya macam mana tiba2 boleh kuar pasal lagu percaya padaku dgn trauma ni? muhun pencerahan :|

      Delete
    6. aku tak pernah terlibat dalam cinta ..

      lebih kepada si dia yang berada dalam penantian..

      4 tahun,.. lama tak ?

      arghh !!! bukan aku.. bukan aku...

      Delete
    7. Tak pernah terlibat dalam cinta. Kira macam dia yg hadirkan rasa pada kau tu lah yg sedg dlm penantian sebenarnya?

      Blurrr. Payeh on FB?

      Delete
    8. cikgu lagi blur tengok group discussion kamu berdua ni..O.o

      Delete
    9. Payeh ni cikgu. Ayat dia tersirat je semua :|

      Delete
    10. muhun payed jangan sastera sangat :|

      Delete
    11. Untung Payeh. Ada org nak menunggu 4 tahun.

      Delete
    12. eh kau faham ke Liyaa?

      Delete
    13. Err rasanya macam maksud Payeh, org tu sukakan dea, tapi Payeh tak respon. Pastu org tu sanggup tunggu Payeh 4 tahun. Kut. Betul tak Payeh?

      Err kompiden je aku ni. Hehehe

      Delete
    14. payeh malu lettuw..kahkahkah

      p/s: liyaa, biar salah asal kompiden..:D

      Delete
    15. Hahaha. Hampeh! Tak sangka kau boleh bagi aku ayat camtu H. Grrrr

      Payeh, mohon berikan jawapan. Jangan biarkan kami terus berada dalam teka-teki :-w

      Delete
    16. aku bagi semangat tu tau..supportive..kahkahkah

      Delete
    17. kahkahkah.. panjang jugak ye sesi diskusi korang ni..
      ehem2. intro..

      betul la tuu apa yg liyaa teka..
      yg menunggu dia.. bukan aku.. hampir 4 tahun.
      dah2 ! aku rasa mcm minah bunga pulak :|

      aku tak penah merasa macam mana menunggu tu..
      aku takut woo nak tunggu2 ni..
      kepercayaan aku kat makhluk berlainan jantina masih nipis.. mcm kulit bawang gituuu.. biar la aku forever alone mcm ni je dri kena tipu ke ape.. reality bites ~

      kenapa pulak kisah aku yg jadi topik kat sini :-w

      Delete
    18. apa kata kau novelkan kisah kau..pastu bagi Liyaa baca :D

      Delete
  13. biar betul H yang aku kenal update mende camni ? uihhh.. btw, hepi bufday jugak untuk dia...

    sekarang cg single tak ? kakah sy pun kosong lagi ni :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakah ko umo berapa? hehehe

      Delete
    2. cehh.. ko typo jugak kat komen entri aku sana.. nasib ko tak follow up komen kat blog aku..

      kakak aku 20 :)

      Delete
    3. tu bukan typo la..tu style!! kahkahkah

      Delete
    4. kalau dia typo, terus jadik style.. tak aci la hang...

      tak baek buli anak murid.. anak murid , bukan anak kucing. Harap maklong

      Delete
    5. tu memang style muda mudi sekarang la..anak murid apa tau.. :P

      Delete
    6. Na mmg tggu lyaa cmmnt dlu,sbb Na nk cmmnt atas Lyaa hehe :)

      H,awk taw aweks awk ni cantik gilaaa suka dan sejuk mate hati tgn badan kepala smua laa tgk dye :)

      Mungkin mmg bukn jodoh awk!
      Syg xbermaksud memiliki kn?
      So jgn menyesali ataw tangisi ape yg telah terjadi ,hal yg awk menyesali ataw tangisi saat ini mungkin hal yg awk akn syukuri 1 hari nty Insyaallah :)

      Delete
    7. ohoo..nak komen atas Liyaa rupanya..hahaha

      tapi dulu dia biasa2 jer..skg ni dah makin cantik pulak..#_#

      heheh..menyesal tu tidak la..cuma mungkin sedikit terkilan..tak sangka rupanya keakraban dgn sorang kawan tu buat dia terasa..and last2 menyepi..but still, everythings happen for a reason kan? benda dah lepas pun :D

      Delete
    8. Reason dye H da jumpa Na.
      Selamat pengantin baru semoga kekal ke ank cucu eh kjp sgt tuuu,semoga kekal selama nya untk KITA :) -pangggg! Kne ketuk kepala gataiii sgt ni !

      Delete
    9. Kenapa Na nak dengki kat aku? Kenapa aku? Kenapa????

      Aku rasa Na bukan je nak komen atas aku. Tp dea kira dulu bape words & bape perenggan aku tulis, pastu mesti dea nak tulis lebih. Kahkahkah!

      Betul tak Jna? Err mahap zahir batin ya Jna :P

      Delete
    10. Na: yeah..semoga kita sentiasa bahagia..kehkeh

      Liyaa: kau kan dah jadi idola Na sekarang..hahaha

      Delete
    11. Ŵãĸãĸâĸãĸâ=D:p:Dĸãĸâo◦°˚°◦oŵã=D:D:pĸãĸâ =))=))=)) o◦°◦oŴã:D=D:pĸãĸâĸãĸâ o◦°˚°◦oŴã:p:D=D o◦°˚ ˚°◦oŴã=))=))=)) o◦°˚˚°◦oŴãĸãĸâĸãĸâ o◦°˚>=)˚°◦oŴãĸãĸâĸãĸâ:p

      Lyaa a'ah laa baru Na pasan npe nak suka dengki kat Lyaa hehehe

      Tapi mcm fitnah besar je sampai nk kira ayat dan perenggan tuuuu kekke

      #klakar laa Lyaa ni!

      Delete
    12. Eh tak kira ke? Ingatkan Na kira dulu bape perenggan. Pastu taknak kalah. Hahaha! Takpe Na. Ni persaingan sehat namanya. Bukan dengki apa pun :P

      Time kaseh Na jadikkan Kakak Liyaa ni idola bak kata H. Kehkeh! Idola la sangatttt @.@

      Delete
    13. tahniah Liyaa, kau dah jadi role model..sekarang aku pun dah start komen panjang2, semuanya drpd hasutan kau..kahkahkah

      Delete
    14. Hahhaha A'ah bak pepatah mengatakan anak ikan berlumba lumba...(Pastu tatw smbungan pepatah tu ape ntahh lagi hurmm )

      Sesama kakak Lyaa..
      Bila da jd idola kakak Lyaa sila mengalah dgn Na ye! Hehehe

      Delete
    15. H: Takyah nak menganjing aku sangat :-w

      Aku punya la cuba nak komen pendek2. Tp setiap kali komen, mesti terpanjang. Special case je akan komen pendek. Heheh! Aku mana pernah hasut sesape -_-

      Jna: Err tengok la Jna nanti macam mana. Taktau lagi nak mengalah ke tak. Hahaha :P

      Delete
    16. tapi kau dah jadi mentor aku tau skg.. :|

      Delete
    17. Kau kata Na jadikan aku idol. Kau lak jadikan aku mentor? Apa korang ingat aku ni penyanyi ke? Kahkah!

      Kau patutnya yg jadik mentor aku H. Kau kan Cekgu. Aku nak jadik mentor kau celah mana? Aku yg kena berguru ngan kau (d)

      Delete
    18. kau kan anak murid cikgu bundle..grrrr..dilarang membelot!

      Delete
  14. Peeewit! (intro)

    Aku suka dengar cite chenta yg terputus tanpa sebab diketahui. Tanpa gaduh, tanpa krisis. Tiba2 terputus macam tu je. Dan beberapa tahun lepas tu, jumpa semula (realiti salunya susah nak jumpa semula). Tyme tu terungkai la segalanya. & penyebabnya pulak benda yg sweet tp sedih masa hadapinya camni. Pastu dedua terima je takdir yg tak menyatukan dorang berdua. Ehem. Boleh buat novel cite kau ni. Pastu dimoviekan. Hahaha!

    Btw, betul ke nama Salsabila tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh..kau punya imaginasi ni tinggi jugak kan? hahaha..selalu baca novel ke? :p

      ha'ah..nama dia salsabilla..nama sebenar..:)

      Delete
    2. Err sebenarnya drpd semalam, aku malu nak reply apa2. Hahaha!

      Delete
    3. hahahahaha..weh kenapa tanya nama dia?

      Delete
  15. Ehemmmm nie teacher nak bagi nasihat nie. hahaha. Kalau fie kan kalau fie lah paling pantanggggggg lelaki guna ayat, saya kenal dia dulu dari awak. Haaaa tu kepantangan fie dalam bercinta, dah kau kenal dia dulu dari aku apsal tak bercinta je dengan dia. Kan dah emo nie. haha. Tapi sebenarnya ramai perempuan macam Yaya tu, jenis malas selebihnya malu nak bagitahu kita rasa terabai dan cemburu. Huhu. Biasalah perempuan. Tapi story nie terbaik ahhhh encik H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..teacher dah marah..hahaha..rasanya H tak pernah bagi ayat camtu kat dia..cuma pada hakikat, kak sal tu memang betul2 rapat dgn H..dan kebetulan kenal kak sal tu lebih awal sebelum kenal yaya..

      so bila H rapat dgn kawan lebih drpd dia, kawan perempuan pulak tu, for sure la dia akan terasa..tak kisah kenal sebelum atau selepas..:D

      Delete
  16. huhuhu... sy pun sdg mncri seseorang yg smkin hilang xtau sebab...ntah2 dh kawin jugak...hohoh... btw slamat ulang tahun klahiran buat yaya... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..harap2 jumpa la org yg dicari tu..:)

      p/s: rasanya yaya takkan baca blog ni..hehe

      Delete
    2. eh2...lupa lak dia x baca blog kamu...hehehe

      Delete
    3. tapi xtau la kalau tiba2 ada org yg kenal dia, pastu sampaikan pasal blog ni..hehe

      Delete
  17. ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................sila isi tempat kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh bagi hint x? O.o

      Delete
    2. Sedang kan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

      Betul x??? Asyira?

      Delete
    3. buang yang keruh, ambil yang jernih..baru teguh peribadi..

      betul x Jna?

      Delete
    4. Salahhhh laaa!

      Pen merah pen biru
      You marah
      You sambung laaa!
      I malu #_#

      Delete
    5. pen merah
      pen hitam
      u marah
      i diam :|

      Delete
  18. Nota : n3 ini bukan n3 sedih.. tapi apasal aku rasa sedih je baca.. macam aku pula yg kuciwa :D (agak2 macam aku baca novel la pula hehe)

    moga-moga bahagialah hendaknya si Yaya tu. ko halalkan ajalah perbuatannya itu supaya tak jadi kudis dalam hatinya k. (aku rasa dia rasa bersalah juga dgn ko)

    eh.. terkomen pjg pula. tadi ingat nak komen kontot2 aja :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku main draft jer entry ni..tak sangka pulak entry ni jadi panjang..:D

      insyaAllah, aku tak pernah simpan apa2..drpd dulu lagi aku dah halalkan semua2 benda..

      eh..aku balas kontot sikit, xpe kan? kehkeh

      Delete
    2. hahaha..lama uda aku tak cakap sabah..:p

      Delete
  19. secara ringkasnye dia bukan jodoh kan H ? liku2 pejalanannye Tuhan dah aturkan pengakhiranya bukan jodoh. ohh tetiba insaf. -.- ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..bkn jodoh..sbb dia pun dh selamat jdi wife org lain..hehehe

      Delete
  20. Replies
    1. ceh..kalau aku taip masa tahun 2006, mungkin la sedih..tapi skg dah 2012..hehehe

      Delete
  21. perghkhhhh... kalau aku, aku dah terjun bangunan dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku terjun jugak..tapi tak tinggi la..1 meter jer..hahaha

      Delete
  22. yelah...tak sedih tapi sayu. dah dah...macam aku punya cerita lak. Selamat Hari Lahir Yaya :D


    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..thanks Aien (aku jawab on behalf Yaya)

      Delete
  23. sedih pulak baca kisah ni. tak pe jugak tunggu setahun, saya ni tunggu tujuh tahun, penat dah tguu lantak dia la kang dia datang cari balik mau kena baling dengan batu ja, gggrrr !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la, xpe jugak tunggu setahun, then lepas tu dia cerita balik semua2..kalau tidak, memang tak tau la citer kitorang habis macam mana..

      Delete
  24. Replies
    1. amboi2 kak ima..garangnya..encik kudi takut tau kalau camtu..:p

      Delete
  25. ramaii yg berebut rebut jadi pengomeng pertama H :)

    cinta tak beerti akan memiliki.
    tapi kenapa dia add pastu remove ? pelik benorr

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..rasanya dia ada sebab yg tersendiri..tapi apa pun sebab, mungkin itu yg terbaik pada dia..:D

      Delete
  26. walaupun kau ckp bkn entry sedih tapi bgi aku sedih kot..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah2 jgn sedih..gelak la sikit..hehehe

      Delete
  27. kenangan. tragis aku baca H. hang jgn sedih2 naa. hehe. kalu cenggitu ko rekemen aku Kak Pah atau yan atau kak esah (salsabila). hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada aku sedih..okey jer bro..hahaha..kak pah tu dah kawen pun..ada anak sorang..

      p/s: kak pah tu pun cikgu tau..

      Delete
    2. Kak Na je ade hahaha ;D

      Delete
    3. eh lupa pulak Kak Na ada..kehkeh

      Delete
  28. dari cara kau cerita aku syak kau masih ada perasaan kat dia.dan aku takk hiraukna notis update kau yg kau cakap ni bkn entri sedih dan lagi sekali aku syak kau mmg sedih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda tu dah lama bro..kisah tahun 2007 kalau x silap..aku tak fikir yg aku still ada perasaan kat dia..kalau ada pun cuma setakat terharu kot..sebab sampai skg dia still doakan yg baik2 utk aku..and mungkin sebab aku still amik berat and do care bout her..cuma perasaan tu dah normal la..tak sama macam dulu..:D

      psl update tu, aku update pun sbb aku baca komen2 yg awal :D

      Delete
    2. nampaknya syakkan aku tak tepat...ye lah bila tahu org tu still doakan kita kita pun rasa rasa dihargai..
      terharu aku rasa the best word.

      Delete
    3. betul ni tak sedih? serius? hihihi..

      cinta tak semestinya bersatu. kalau H doakan dia bahagia, H pun akan bahagia jgk. ini rupanya gadis misteri tu ye. :D

      Delete
    4. tiba2 setuju ngn chic na...betul3

      Delete
    5. bukan2..yg ni org lain..bukan someone yg H cerita dalam entry2 sebelumnya..hehehe..

      Delete
  29. H..aku kan kalu nak cari balik komen aku msti susah sbb nampak sgt kau ni femes amos sbb ramai gilo pengomen2 setia kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haishh kau ni..xpayah susah2 nak cari balik komen2 lama..zzzz

      Delete
  30. letihla nak tinggal komen tapi nk komen jugak

    #ini kisah sedih

    sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik aku x letih nak reply..hehehe

      #ini bukan nisah sedih la..ini cuma mengimbau kenangan lama..

      sekian

      Delete
  31. Adeh.. sape suruh en.H rapat dgn org lain.
    Perempuan... mmg sensitif.Hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..kak sal tu kawan jer Len..sikit pun xde apa2 perasaan kat dia..hehehe

      tapi memang betul..org ppuan memang sensitif..mungkin H x betul2 faham dia..:)

      Delete
  32. oh orang lain. ramainya. :D
    tau la nak cukupkan 4 kuota terus. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nasib baik kuota tu 4 jer chic na..kalau kuota 7, mesti H cukupkan 7..lalala~

      Delete
  33. Allah tak jadikan sesuatu perkara tu dengan sia-sia H. Ada sebabnya semua tu berlaku. Mungkin dia tak cukup baik untuk kau kalau korang terus 'bersama' dan mungkin kau tak cukup baik untuk dia.


    erm.... setahun penantian kau untuk dia yang masih hidup dikira setia. kalau hampir tiga tahun penantian untuk seseorang yang akhirnya diketahui jasad bercerai dengan nyawa tu nak dipanggil apa ya? ngeee


    p/s : ella es muy hermosa. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly, aku tak pernah anggap hubungan aku dgn dia tu sebagai something yg sia2..hehehe..tapi aku setuju la dgn kau, mungkin aku tak cukup baik untuk dia..

      3 tahun penantian untuk tahu bahawa someone tu dah hilang nyawa, aku rasa itu lebih dari setia..

      p/s: Yo lo creo :D

      Delete
  34. kelakar la plak add pastu remove smula.. hahaha..

    errr... abang H!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..H marah jugak kat dia, jangan la dok remove2..biar jer la dalam frenlist dia..tapi dia xnak..

      errr..Emma Ma'embong!

      Delete
  35. Cerita benar ni? Terasa ada kekosongan kat sini, sebab dia bukan utk kita..
    Bg saya past is past.. kalau hadirnya dia utk mengucar kacirkan hidupku yg memang dah sedia umbang ambing ni rasanya saya tolak jauh2.. saya takkan ingat, takkan pernah cuba utk sebut & kenang kembali.. saya tak perlukan kenangan yg dah jadi sejarah tu. Apa yg ada hari ni yg saya nak pelihari agar tak jadi sejarah juga.
    Kejam kan aku?? tapi rasanya itu yg terbaik utk ku..

    p/s : moga encik H bahagia, biarpun tanpa dia disisi.. yg terbaik pasti menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..akan cuba bahagia pada setiap hari..:D

      Delete
  36. seorang yang setia la kirenya kau nih.. hehe..
    nice entry inche H :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..mesti la setia..setia kukorbankan..hahaha

      Delete
  37. Dh melepas seorang....cari lain ajelah....habis cite...
    Gambau tu gambau dia ke H?
    Baru bk komen entri terbaru...tp dh blocked dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..ha'ah..gambar tu h curi kat fb dia..hehehe

      p/s: entry yg tu jer disable komen..:D

      Delete
  38. boleh pulak belek entri2 lama kat sini, jumpa entri ni. haihhh. apesal sayu semacam je time baca entri ni. haihhh haihhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..jangan la sayu..ni bukannya entry sedih pun..hehehe

      Delete
    2. oke fine. farah gelak. hahahhaha. -.-

      Delete
  39. aikk add pas tu remove hehe

    in syaa Allah satu hari nanti akan ditemukan jodoh jg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..xpe..dia ada reason dia..:D

      Delete
  40. kalau saya tetiba panggil awak 'abang', macam mana? ;p

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top