Apa yang aku nak cerita kali ini, ialah tentang sikap. Tentang aku, dan turut melibatkan sebahagian daripada kamu. Harap tidak sentap, bila apa yang kamu tahu, mungkin bukanlah seperti apa yang kamu mahu.
Aku ni boleh dikatakan seorang yang cerewet, unpredictable, dan kadangkala sukar diduga. Ada masanya, aku tidak berkira, tidak kisah, dan boleh terima setiap apapun perilaku biar tersesak pandangan mata. Dan ada masanya, aku mudah rimas, tidak selesa, serta mudah terganggu biarpun pada perihal yang hanya sekecil cuma.
Contoh kali ini ialah kelompok kawan di laman twitter.
Aku kira kelompok yang alert tentu sedar bahawa aku kini tak lagi follow twitter mereka. Perihal ini bukan kerana aku sombong, atau berlagak, atau angkuh tak tentu hala. Bukan kerana membuang kawan, atau anggap diri popular. Itu adalah tidak setidak-tidaknya. Tapi tindakan itu hanya kerana aku rasa kurang selesa.
Jika di facebook, aku boleh hide status-status kawan tertentu, daripada terpapar di laman utama. Jika di blog, mungkin tidak ketara kerana aku jarang follow mengkhinzir buta. Tak lawak kan? Tak apa, biarkan saja. Cuma kalau di blog, aku boleh unfollow tanpa kalian sedar, meski aku tetap datang, kunjung dan baca. Lagipun aku tak fikir kalian semua rajin nak check semula senarai follower.
Di twitter, situasinya dah jadi sedikit berbeza. Aku tak boleh hide tweet-tweet si kaki twitter. Kalaupun boleh, mungkin aku terlalu naif lantas tidak tahu caranya. Jadi aku kira unfollow adalah pilihan terbaik yang aku ada, meski sedar tindakan itu mungkin akan buat kalian terasa.
Bagi kalian yang boleh kira follower guna kalkulator, mungkin hilang seorang dua takkan sedar atau terasa. Tapi bagi mereka yang jumlah follower cuma biasa-biasa, mungkin boleh perasan hilangnya aku dari senarai sedia ada. Minta maaf, aku mengaku bahawa tindakan itu memang berlaku dengan sengaja.
Tak kira di laman facebook ataupun di laman twitter, aku boleh dikatakan cukup alert dengan (1), (2), (3) atau apapun nombor terkurung yang seumpamanya. Jadi aku tukar tab, aku klik dan aku baca. Dan kemudian aku tukar semula ke tab yang sebelumnya. Seminit kemudian, angka yang sama kembali tertera. Jadi aku tetap tukar tab, tetap klik dan tetap baca.
Anti klimaks bila apa yang dibaca cuma luahan jiwa semata-mata.
Setiap nombor terkurung mengundang curious dan rasa tertanya.. |
Hiperbola dalam kes ini adalah seperti kalian tengok berita. Sesekali memang kalian suka tengok berita. Tapi bila asyik berita, berita, berita dan berita, kalian mungkin akan rasa, "eh apa ni asyik-asyik berita, asyik-asyik berita..iklan-iklan dah memang tak ada ke?".
Lantas kalian cuba meminimumkan berita, tapi itu bukan bermakna bahawa kalian tak suka berita.
Aku harap hiperbola tu logik dan boleh diterima. Sebab aku unfollow bukan kerana membuang kawan, bukan juga kerana tak suka. Tapi kerana aku yakin, selama ini kita berkawan, bukan cuma sahih di laman twitter.
p/s: internet kat rumah aku tak ada..
Okay wa takde twitter :P
ReplyDeletefirst..nak hadiah!!!
Deletehahaha..sila tuntut hadiah kat Kaunter H..:D
Deletedi mana dong kaunternya??
Deleteerrr..kaunternya kena tanya Liyaa..hahaha
Deleteaik..kenapa kena tanya pada Liyaa pula..cakp je la kaunter dah dirobohkan :P
Deletesbb Liyaa tau kaunter tu kat mana..:D
Deleteas salam..kzu tiada ikut burun biru tuuu...ada akaun yg tersadai tidak berusik...cukuplah blog ajer...
ReplyDeletewslm..hahaha..xla penting sgt burung biru tu..cuma sekali sekala jer tweet..:D
Deleteooo ok, faham...
ReplyDeletemasalahnye, aku dah bape nak menulis kat blog, twitter dan fb...
huhui
errr..dah bape ke dah x bape? agak kompius aku baca..:D
Deletetak bape...
Deletetengok betapa lama aku tak menulis...
huhuhu.
hahaha..okey2 faham dah..:D
Deletejap cek, ko folo twitter aku ke tak..
ReplyDeletekakakaka..
alaa..alaaa..
aku ada jugak luahan jiwa kt twitter tu..tak cukup twitter, aku luah kt fb.. lepas tu g+..lepas tu pulak blog..
jgn letih utk folo aku.. wakakaka..
hahaha..buat masa ni still follow..tapi kalau tiba2 aku unfollow tu harap ko jgn la terasa..:D
Deleteharap masa ko unfolo tu, aku tak perasan..
Deletekakaka..
kalo perasan, aku meroyan kt sini plak..
belum apa2 dah emosi ni..cemana..?
harap2 la..hahaha
Deletehaha.. saya pun sama. rimas kat timeline terpaksa baca org bermanja-manja dan sesi hadis cinta cintun. kesudahannya saya terPAKSA UNFOLLOW bukan sbb taknak kawan. tapi sbb rimas mata. err ke jeles ke ntahla.. kekeke
ReplyDeletehaaa..itu la pointnya..rimas kot..tp xkan nk guide org supaya ikut kehendak kita..rasa macam melampau pulak..
Deletebestnya kalau H jadi students akak.. terms gaya bahasa tak payah akak ulang dari awal tahun hingga ke hujung tahun, really good the use of perbandingan secara melebih lebih tu....
ReplyDeleteinilah salah satu sebab akak tak aktif fb, twitter atau instagram... mmg tak nak hadapi masalah mcm ni..... mmg rimas rasanya...
erkk..amik la sy jadi anak murid akak..hehehe
DeleteIt’s a choice to let go of people who are more toxic than helpful. patutla follower chic na kurang sorang. huhu.. *kidding*
ReplyDeletekan da cakap tak sampai. wuwuwu..
erkk..apa speaking2 ni..google translate fliss..hahaha
Deletep/s: apa yg xsampai?
Akhirnya terjawab sudah..
ReplyDeleteTertanya2 jugak semalam..
Lagipun, dekat mana2 pun bole bkwankan..
Tak dinafikan,angak2 dalam kurungan tu kadang2 agak myesakkan..huhu..
tertanya semalam?
Deleteasal x tanya ai ja..skang ai plak tertanya apa yg nur tertanya semalam..hehehe
H oo H..nak tanya boleh?
hehehehe
angak2 tu ape nur?
Deletehaaa..drpd tadi mmg H dah perasan yg 'angak2' tu..tapi xsempat nk reply..hahaha
Deletemaybe kak long refer angak2 tu sbgai angah2 kot..
Ai: nak tanya apa?
Errr..Angak2..??
DeleteOhhhh...Angka2 la tu..terbalik huruf.
Hahaha..
Angak2 tu Agak2 kot..tapi sengau sikit..hahaha
Deletekompem H selalu sengaukan suarakan..hahaha.
DeleteH, TL tu Tali Leher eh..
Hahaha..
tak la..TL tu Tentera Laut..-_-"
DeleteBukan kot...
DeleteTL = Typo Laa...
Hahaha..
owh..lupa pulak..nasib baik Nur ingat..maklum la, kan typo tu hobi Nur..hahaha
DeleteErrr..mana ada..!
DeleteGrrrr...
hahahaha
Deleteada twitter lama tak buka..ada fb jarang2 buka..lebih suka masuk blog
ReplyDeleteH buka tiga2..tapi 2 lagi tu sekadar sampingan jer la..alert kot2 ada bahan utk gelak ketawa..:p
Deletedats y sy delete akaun twitter sy..then, malas nak merancak kt laman fb.. blog lak makin kurang perhatian..
ReplyDeletealaaa..kenapa delete? baru nak follow..hahaha
Delete*terus cek twitter pakcik ade follow tak. kekeke*
ReplyDeletealaa kenkadang suka merepek kat twitter. mohon mentabah. hikss.
tak aktif blog-pesbuk. twitter je tmpt bermanja. lol.
tp semua nombor dalam kurungan tu turut mengundang curious. mesti nak tgk.
sekali2 tu xpe jer makcik..still acceptable..:D
DeleteTwitter sye deactivate cikgu :p Agak2 kalau tak deactivate, di unfollow tak?
ReplyDeletekalau cik ni x deactive, usahkan kata unfollow, follow pun tidak..hahahaha
Deleteboleh ke jwb camtu? :p
Tak boleh! Entah entah kalau tak deactivate cikgu dah unfollow kot. :p
Deletehahaha..cikgu ni baik la cik nin..:p
Deletecakap sal twitter, dh lama x jenguk sana.. Hehe..
ReplyDeleteEh H, ko dah x dtg komen kat blog aku.. Ko xnk kwn ngn aku kat blog eh?? Ok.. fine... jom kwn2 kat twitter plk.. keh3
hahaha..tau..mmg lama suda kau teda jenguk sana..
Deleteaku bukan xnak datang komen..cuma tengah cycle balik jelajah ke blog kawan2..x adil la kalau aku datang yg atas jer, pastu yg bawah2 aku biarkan..:D
aku baru p sana tadi.. tapi macam aku nda tau ba mo buat apa sna.. kwn2 aku byk d fb ja.. hohoho..
DeleteOhh, bah.. no problem ci.. nanti free2 datang ke blog chips eh.. hehe
bulih bha kalau kau..:D
Deleteah.. aku dah lupa pasword twitter heheheheh
ReplyDeletenong andy
aik? mak ada twitter ke? aku xtau pun..hahaha
Deletepd ai x salah kot kalo kita nk remove or unfollow as long as apa yg kita buat tu kita rs hepi..kdg2 bila follow bebanyak pun tp x kenal x bertegur sapa x guna gak,kdg2 rimas pun ada..so biar lah folower kita tu cukup 20 org asalkan yg 20 org mnyenangkan hati kita.kan ?
ReplyDeleteerkkk..H unfollow ai jugak ke?
ptt tgk nama H dah xde.muahahhaha
nak kata happy sgt tu pun tidak la..maybe lebih kepada keselesaan kot..:D
Deleteowh, macam tu citerye.aku paham maksud ko tuh.
ReplyDeleterimas tu buat kita lemas . ye dak?
btw , keep it touch je dah cukup ok , at least org lain tahu kita wujud lagi..
:)
blog ni is still 1st priority utk aku..fb dgn twitter tu kira sambil2 jer..takde pun xpe..:D
Deletepaham dgn post ni... setuju jugak dgn pendapat ni..
ReplyDeleteit's your option...mana rasa selesa,tu yg sebaiknya..
=)
erkk..tima kasih sbb faham..:D
Deletethanks for the explanation. crying while reading this. and sorry for everything, sorry for being too emotional that night =)
ReplyDeleteerrr..aaaa..adoi...
Delete:)
Deleteaakaun pengicau aku macam hidup segan mati x mau.. biar je la dia mati beragan. hoho.. ;P
ReplyDeleteaku ada gak perancangan nak biarkan mati akaun pengicau tu..tapi x tentu bila..:D
DeleteSusahlah nak buli H kalau matikan pengicau biru tu..
Delete:p
erkk..dilarang membuli..grrr
Deleteunfollow je la kawan tu..so xyah tgk lg twit2 die.. :)
ReplyDeleteeh tapi kalau akaun dia x pvt, aku dtg jer tengok..:D
DeleteDalam diam yang begitu menyulitkan, rupanya ada hingar yang begitu meyesakkan.
ReplyDeleteSelamat Tinggal...
ada tu mmg ada..tapi tengok keadaan la..kadang2 ada diam yg mendamaikan..kadang2 ada hingar yg menghiburkan..:)
Deletenak tanya, macam mana nak unfollow blog eh? sebab pernah cuba tapi asyik tak boleh je.
ReplyDeleteoh gua takda twitter,facebook.
bila encik H nk follow twitter kite? haha
ReplyDeletejust kidding :P
erkk..kamu ada twitter ke? idak ler teman taunyer..:D
Delete<-- budak ni bukan kaki twitter dan dia mungkin antara pengguna twitter yang paling tak meletop sekali di kalangan para twit-twit yang lain. Apa yang bestnya bila berada di twitter, budak ni akan tweet sesuatu kalau dia betul-betul nak luahkan perasaan.. sebab? Sebab budak tersebut tidak mempunyai banyak followers.. takdak sapa nak heran kat budak tu.. dan kalau nak tahu, twitter sekarang sediakan laman web untuk kita menyemak berapa banyak orang unfollow kita.. budak ini sungguh tidak suka sebab rasa macam dah TERkantoi.. sekian komen panjang dari seorang budak.. :D
ReplyDeletehaaa tu la..twitter skg ni ada sediakan laman web utk inform kalau2 ada org unfollow kita..mmg xbest langsung camtu..drpd org x alert, tiba2 terus jadi alert..hahaha
DeleteFirst, I takder twitter so tak terasa pun kalau u unfollow my twitter :p
ReplyDeleteSecond... suka la cara kau tulis berterus terang kat sini, jelas dan nyata, walau bahasa masih berbunga, nice.
Third,kau ni unpredictable, I guess so. hahahaha
Aku gurau ok.
First, mujur jugak u xde twitter..so kita berkawan kat blog jer..:D
DeleteSecond... errr..aku xtau nak reply apa..
Third,haaa kan aku dah kata..hahahaha
hak memasing lah abam H
ReplyDeletefollow ke tidak itu hak tgn sendiri, janji takde niat buruk
* tp sek baik follow kita yg amat merapu & hina
kui kui
set kito jange pecoh deh..
DeleteLemaskan bila byk TL yg mcm merapu2..mmg lgsung tak selesa..
ReplyDeletekadang2 okey jer..tapi kadang2 rasa tak selesa..:D
Deleteaku pon rimas dgn notification kat FB, padahal xde kne mengena ngan aku ponnnn. aku ade acc twitter tp mls nak guna. nanti jd sme mcm FB. diam2 sudah. bnyk keje agi nak buat dri bace cerita org laen.kan? huhu
ReplyDeletekat fb xpe lagi..boleh hide or untag diri sendiri..xpun unfollow post jer..senang citer
Deletetp kat twitter xleh..tu yg leceh tu..:D
encik H
ReplyDeletekalau kami follow hampa kat twitter hanpa follow kami balik ndak...hehehe..
#hi H...:)
haishh..ampa aktif dak? kalau aktif kami xnak follow la..hahaha
Deletehahaha...dah berkurun dah kami tak bukak...
Deletekami ni tak pandai guna..=_=
hahaha..bukak jer la..kami tolong guna utk ampa..:p
DeleteAssalammualaikum.
ReplyDelete"Aku ni boleh dikatakan seorang yang cerewet, unpredictable, dan kadangkala sukar diduga." - Ok, masa menyiapkan header haritu lagi, aku dah feeling2 yg ko mmg cerewer, unpredictable semua lah..erkk,hahahaha
Ak mcm ada bnyk benda nak tulis pasal cerita ko kali ni..tpi sebab mcm2 ayat nak meluru keluar..ak taktau nak mula dari mna.
hahaha..tu la..aku perasan gak masa buat header tu aku cerewet gila..ada jer benda nk tukar..hahaha
Deletedah lama aku tak buka twitter and follow balik... kekadang perasan juga follower twitter or blog berkurang... tapi aku langsung tak kisah...
ReplyDeletehahaha..kau ada twitter gak ke ruha? aku xtau pun..-_-"
Deleteaku kurang reti bertwitter,, yang aku reti,, click tweet bila share gambar kat instagram,, and click tweet kat iklan,, haha
ReplyDeleteaku sebenarnya x reti gakk..aku buat2 reti jer..hahaha
Deleteseriously,dulu onie ni memang suka tweet,every seconds mesti klik button tweet, tweet pulak benda entah apa-apa yang tweetnya langsung tade info... tapi sekarang, nasib baik jari dah dapat kurangkan kadar metweet .. satu notification tu memang kasi kita curious ...
ReplyDeletehahaha..xpe2..pilihan masing2 kan..tp notification tu mmg bikin curious la..xleh nk elak..:D
DeleteX pernah dulik ngan angka friends, follower dsb
ReplyDeleteaku pun sebenarnya xde la pedulik sgt..cuma kdg2 jeles sikit la..hahaha
Deletehaha. setuju2! haz pn sgt alert noti2 ni. skali tgk hampeh je semua. follower pn dtg n pergi. lantak la. haha
ReplyDeletepatutnya twitter kena sediakan setting supaya tak semua notification tu dpt kat kita..:D
DeleteTak pernah bertweeter sebab tak de account....tapi memang tak perasan kalau ada yg unfriend ke apa.... memang tak akan meroyan..suka hati kome le...hehe okje, OK jerrr haha
ReplyDeletehahaha..bagus la camtu kak..kira xde la nak sentap2..:D
Deleteko unfollow aku ke?? aku xpasan lak.. =P
ReplyDeletehaaa..mujur kau x perasan..hahaha
Deletebiasalaa..lain org lain citarasa dya..
ReplyDeletekalau dah selesa mcm tuh nk wat cena kan..hehe..
hehehe..tu la..dah biasa..:D
Deletetakde twitterr... ZZZZZzzz... :D
ReplyDeletehaaaa..dah ada twitter kan? hahaha
Delete