Header2

• 06 March 2013 •

Mereka-Mereka Yang Pernah Disuka

Hai. Assalamualaikum. Nama saya H. Saya orang baik. Sekian sahaja intro ringkas daripada saya.

Actually idea untuk entry ni sebenarnya datang petang semalam. Itu pun setelah baca komen Chic Na dan Cik Nur seperti yang kat bawah ni:



So bila baca komen tu buat saya rasa, ah tukar la, so bila baca komen tu buat aku rasa teringat pulak pada mereka-mereka yang pernah aku suka. Diulangi, yang pernah aku suka. Indirectly means yang aku jer suka kat diorang. Aku jer. Tapi diorang anggap aku kawan biasa..kehkehkeh.

Okey, here we go.

Kali pertama aku suka kat orang perempuan ialah sewaktu aku berumur 12 tahun. Masa tu aku sekolah kat Sek. Keb. Ladang Tereh. Awal tahun ada sorang budak perempuan baru pindah masuk ke sekolah tu. Nama dia Aini Nadirah Binti Mohd Jahrom. Kitorang satu kelas. So itu adalah perempuan pertama yang aku suka la. Tapi to be honest, aku dah tak ingat macam mana rupa dia. Sebab setahun jer. Lepas darjah 6, dia pindah ke tempat lain, dan aku pulak masuk kat sekolah lain.

Form 1 aku jadi budak baik. Maklum la, baru nak kenal kawan-kawan sekelas kan. Baru nak faham perangai masing-masing la kononnya. Tapi masa Form 2, aku suka kat sorang lagi kawan sekelas time tu. Nama dia Rafizah Binti Baharom. Aku suka tengok cara dia pakai tudung. Sebab muka dia nampak bulat. Pipi dia macam kuih pau. Rasa macam nak tumbuk jer..hahaha. Rafizah ni kitorang panggil Epy. Seperkara yang aku ingat pasal Epy, dia pernah jahitkan baju sekolah aku.

Sepanjang Form 1 sampai Form 3, aku duduk kat Asrama Pusat Sek. Men. Keb. Jalan Batu Pahat. Epy pun duduk asrama tu jugak. Sebab tu dia tolong jahitkan baju sekolah aku. Then masa Form 3, aku terminat pulak kat sorang junior Form 1. Nama dia Nurul Amiza Binti Hamzah. Aku siap curi gambar dia kat papan kenyataan asrama, pastu simpan dalam wallet..kahkahkah. Last aku jumpa Amiza rasanya tahun 2007 kot, kat bandar Kluang. Masa tu baru aku bagitau yang aku pernah curi gambar dia.

Masa Form 4 aku pindah sekolah lain. So macam biasa la, bila pindah sekolah baru aku mesti kena jadi budak baik. Tapi masa Form 5, sekali lagi aku terminat kat kawan sekelas. Nama dia Norafidah Binti Atemin, kat kelas kitorang panggil Along. Garang makcik ni. Maklum la, pengawas sekolah. Sampaikan orang gelar dia singa betina. Kalau nak cerita pasal Along ni, rasa macam berkajang la jugak. Jadi aku rasa baik aku skip jer, lain kali baru cerita.

Dua tahun selepas Form 5, aku makin rapat dengan sorang lagi kawan sekelas. Kira ex-classmate la masa tu. Nama dia pulak Hazati Binti Raya. Hazati ni kira bestfriend aku la. Manakala si Along tu pulak, dah jadi macam best enemy aku. Pasal Hazati ni pun kalau nak diceritakan, silap-silap boleh terus jadi satu entry baru. Jadi aku skip lagi, lain kali jugak baru cerita.

Masa tahun ke-2 pengajian kot kalau tak silap, aku suka kat seorang budak Sarawak. Nama dia Farizona Binti Yusof, panggil Ona jer. Yang ni, aku cukup tertarik dengan cara dia pakai tudung. Sebab dia pakai tudung, kat tepi tu dia tak lipat. Jadi kalau tengok daripada tepi, memang tak nampak langsung muka dia. Plus dia selalu tunduk jer. Nampak macam betul-betul pemalu, which is attractive pada pandangan aku. Ona kira selalu datang lambat. Kawan-kawan aku selalu kutuk dia, aku pun join sama. Tapi at the same time, berbalas-balas SMS dengan dia. Menangis dia bila dapat tau yang kitorang kutuk-kutuk dia.

So itu jer la yang aku nak cerita. Rasa macam panjang sangat entry ni. Harap tak bosan la yer. Untuk makluman, semua nama kat atas ni dah kahwin. Walaupun aku dah jarang berhubung dengan diorang (bini orang weh), tapi still tak lost contact. Kecuali Aini Nadirah tu la. Aku tak tau kat mana dia sekarang, dan aku tak tau dia dah kahwin ke belum. Maklum la, masa darjah 6 bukannya kitorang ada friendster or facebook. Handphone apatah lagi, jangan harap la.

Sampai sekarang aku still cuba track back Aini Nadirah tu kat mana, just untuk tanya khabar. Aku ada jumpa blog pakcik dia, tapi blog tu dah 2 tahun tak update. Harap-harap dia dah kahwin, dan bahagia la hendaknya.

p/s: ini entry paling panjang..kot.


101 comments:

  1. Replies
    1. aq dah dpt 1st 2kali.. mna hadiah aq?? asal aq pegi kaunter H.. tutup.. grrrr...

      mulakan dgn komen aq.....
      hebak gila ko H ko still ingt lg nama awek2..cewek2.. sumandak2 ... peerrgghttt.. derang tu jd kapel ko ke x?? hihi ke skadar minat je? tp best la kan, rasa mcm paling hot je klau byk awek mcm tu.. akakakakakakak...

      pengalman aq pon lebih kurang mc tu jgk.. tp bila dah sebulan or dia ada buat hal.. aq dah jd bosan..ekekeke.. tp skrg aq dah insaf... aq dah jd baik.. aq nak kawen dgn org yg aq syg.. ehh apa kena mngena...kahkahkah....

      btw hope ko cepat2 kawen la mcm kwn2 pmpn ko tu... lalalalal

      Delete
    2. erkk..tu bukan nama awek2 aku la..just aku pernah suka jer..xprnah jadi kapel pun..hahaha

      Delete
  2. PEHHH,SIAP SERU NAMA ORANG TU LAGI,HEHE....

    ReplyDelete
    Replies
    1. H nak minta org mendoakan dia kot. Amin...

      Delete
    2. seru jer semua nama tu..kot2 korang kenal ke, boleh la tlg kirim salam..hahaha

      Delete
  3. amboih, nama penuh tak lupa tu hehe :D

    ReplyDelete
  4. Yeayy..!
    Tekaan Nur yang kedua dalam entry sebelum ni.. betulkan..

    H mula kenal cinta umur 12tahun..

    Walaupun org fikir itu cinta monyet, tp sbnarnya tidakkan..

    Amboii..kemain epy tolong jahitkan baju, dan rasanya epy pun mybe ada hati dekat H kott.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lepas baligh jer, terus kenal cinta kot. H kan advance =.='

      Delete
    2. Hahaha...kiranya kopi Pasta pun samalah eh..
      Umur 12 tahun dah kenal cinta..

      Dua2 advance..
      Hahaha..
      ^__^

      Delete
    3. Epy tu terpaksa jahitkan baju sekolah H..sebab masa tu dia punca baju sekolah H koyak..:D

      Delete
    4. koyak kenapa?
      Main tarik2 baju ye...
      hihihi

      Delete
    5. errr..aaaa..sangkut kat papan kenyataan blkg kelas..:D

      Delete
  5. masa baca entry ni aku x habis2 sengeh memanjang. teringat crush-crushes dedulu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sama la..aku pun masa taip terus teringat balik kenangan masa muda2..:D

      Delete
  6. okeh... kalau buat drama ni mesti best...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setia hujung nyawa versi H?

      Delete
    2. setia apakebendanya..kalau setia aku terus kawen jer dgn kawan masa darjah 6 tu..hahaha

      Delete
  7. hamboi2 dier....tapi suwet kan...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. haaa tu la..aku kan romantik..kahkahkah

      Delete
  9. mak ai, siap mention nama penuh lagi...huhu. H mat romeo. tetiba :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi pasta, mohon senaraikan nama2 awek's jugak..
      hahahaha....

      H Mat romeo...hahaha

      Delete
    2. hahaha..nama penuh tu aku mmg sengaja letak..bukan nk burukkan diorang pun..just kredit utk diorang2 yg prnh jadi antara sumber inspirasi dalam hidup aku..cewah..

      Delete
  10. bagi pencerahan kenapa ko minat ramai sangat awek ni?..hati ko senang berubah ke apa? awek2 yang ko suka tu, depa suka ko jugak ke syok sendiri je? hampeh, siap ingat nama penuh..berapa kali frust? kali terakhir bila?

    ko mmg romeo never die la H..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa aku minat ramai awek ea? hahaha..sbb aku senang minat kat org kot, tapi bkn dlm masa yg sama..lgpun aku jer yg suka kat diorang..kira syok sendiri la..kehkeh

      brpa kali frust? kalau termasuk ex-gf, 6 kali kot..means dalam nama-nama kat atas, ada 2 org..then ada sorang lg yg aku lupa nk masukkan..

      kali terakhir frust? rasanya 2 tahun lepas..:D

      Delete
  11. Sempoi la.. Siap nama penuh lagi tak tahan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mujur aku still ingat lagi nama2 diorang..:D

      Delete
  12. Aini Nadirah..mungkin jodoh hang ni H.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dia dah kawen kot..kalau by age dia sepatutnya dah kawen la..hahaha

      Delete
  13. siap mention nama penuh tu.. no. IC xnak bagi? kuat memori kau inche H. hahaha.. ;P

    camne kau buleh tau pakcik Aini tu ada blog? ada gambar beliau ke dalam blog tu?

    xkan sampai tahun 2 je? waktu kerja ni xkan xde yang tersangkut kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku cuma igt tarikh lahir Along, Hazati dgn Ona jer..Epy rasanya bulan 8..Amiza maybe bulan 7..Aini mmg langsung aku x igt..

      tak..xde gambar Aini dalam blog..cuma nama dia jer yg ada..aku try google, pastu jumpa blog pkcik dia..

      lepas tahun ke-2 tu ada..sorang lg kot..tp aku lupa nak tulis semalam..:D

      Delete
  14. kehkehkeh..
    kenangan silam !

    erkkk
    Epy tu pp bulat n tembam? mcm kueh pau?
    tetiba rs pedas wpun x mkn cili.maybe sbb tingat blk ada org cakap pp ai cam kueh pau.rs nk cubitt2..oh sggh x suka hokayy.hahaha

    ni kalo campor suma ni lebih 3 kali ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 3 kali tu, suka sama suka..

      Entry ini mereka-mereka yang pernah H suka.
      Diulangi, yang pernah H suka.
      Indirectly means yang H jer suka kat diorang.

      Sekian..
      Terima kaseh..

      #yg bawah tu silap tempat..tu yg delete..
      Hahahaha

      Delete
    2. hahaha
      sbb tu ai kata kalo campur lebih dr 3 sbb ini suma x de tindak balas.ngeeee

      tima kasih ye Nur yg PA H yg x bertauliah..
      sesuai kot :)

      Delete
    3. yup2..Epy tu pipi dia tembam..rasa macam nak tumbuk jer sebab geram..hahaha

      Nur: thanks sbb jadi PA sementara..:p

      Delete
    4. Ada upah tak..?
      Hahaha

      Delete
    5. xde..PA tu kerja sukarela jer..hahaha

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap tempat ke typo? kahkahkah

      Delete
    2. Errr...
      Silap tempatlah..
      Hahahaha..
      :p

      Delete
    3. owh bukan sbb typo ea? hahaha

      Delete
    4. bukan rasanya...
      hihihi..

      Delete
    5. hoh..jgn tipu..grrrr

      Delete
    6. Haa... sungguh Nur tak tipu..
      H dah dua kali typo..

      "Nampam" dengan "doalog"
      hihihi

      Delete
    7. erkk..tgk tu, tipu lagi..x baik tau tipu2..grrr

      Delete
    8. tak tipu laa...!
      Xpe, nanti Nur prtsreen..
      hahaha... :p

      Delete
    9. eh xpayah la susah2..buang masa jer..sebab H mmg xde typo2 macam Nur..lalalala~

      Delete
    10. tak susah pun H..
      senang je.. :p

      Ehh..Nur rasakan, Nur dah lama tak typo tau.
      Rasanya typo tu pegi dekat H...
      pecayalah..

      Hahahah.. :p

      Delete
    11. haaa tgk tu..tipu lagi..grrrr

      Delete
    12. Nur tak tipu ye..
      xpernah tipu...
      mohon H mengaku...
      hahaha.. ^_^

      Delete
  16. Hahahaha... banyak sungguh crush en.H.. tapi semua tu suka /minat jer...
    menarik entry ini. Agaknya nama aku ada tak rog penah sebut mcm perempuan2 kat atas neh... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..suka/minat jer..lagipun dlm senarai nama2 tu, aku cuma confess pada 2 org jer kot..Along dgn Hazati..:D

      dua2 rijek..hahaha

      Delete
  17. Jiwa muda, tu je la mas nak FLY pasang awek keliling pinggang kan... Dah besar ni, hidup kena setia.. keh keh keh :3

    #No wonder la H jiwang 21 karat.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haishhh..semua2 tu bukan dalam masa yg sama la..xprnah jadi awek aku pun..hahaha

      Delete
  18. walaupun panjang mak baca sampai habis.. tapi tak boleh la nak hafal nama2 bebudak pempuan yg pernah ko suka tu hehe..

    *harap2 nanti april kes Lahad Datu tu dah selesai. harap la..

    *jawapan ko utk teka teki tu memang tepat siap dlm bahasa ibunda mak kekekeke.. tahniah berjaya menjawabnya dgn meniru jawapan mak kekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..aku lupa la nak letak nama shinta kat dlm entry ni..kehkeh

      *harap2 selesai la

      *mana hadiah utk aku? dah tepat dah jawapan tu..hahaha

      Delete
  19. wahhh lagi advance 12 tahun. kecik2 pun dah pandai eh. siap boleh ingat nama penuh sensorang. tulis dalam diari la tu. hikhik..

    aini nadirah ----> aimi nadhira. macam nak sama je ntah2 H yg bg nama kat nak buah eh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang Chic Na, saya tak nak komen lebih, nak nyelit sini jap dengar dan angguk tanda setuju jer. hihihi

      Delete
    2. H banyak makan kismis..sebab tu kuat ingatan..hahaha

      Aimi Nadhira tu memang emak dia yg dah decide drpd awal la..H takde kena mengena..:p

      Delete
  20. Wah.. kuat ingatan ko ehh.. sampai nama penuh dorg pn ingat.. takkan kau ada diari sebagaimana komen kak na kat atas nih? -_-

    ReplyDelete
  21. fuhhh . semua dah kahwin .


    melepas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nak melepas apa pulak..even kalau skg ni ada yg belum kawen pun, aku x rasa perasaan tu still sama macam dulu2..:D

      Delete
  22. orang yg aku suke tak pernah suke kat aku, sedih je ..pastu org yg x disangke2 lak yg suke kat aku, dah terjadi suami aku pon ..hermmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa bagus la tu..dah jodoh kan..hehehe

      Delete
  23. NAL imagine kisah H ala2 drama Adam & Hawa..
    tacing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..Adam & Hawa?

      Adam?

      hahaha..kawan aku peminat Adam AF tau..:p

      Delete
  24. H...terlupa lagi satu nama. Izzah :(


    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..Izzah..lupa pulak nak tulis..:D

      Delete
  25. ekeleh... tak campur ke yang suka masa kat kerjalah.... yang duk tuju-tuju lagu tu..hehe

    ReplyDelete
  26. Pe kata pas ni ko wat entry sapa minat ko lk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh..yg tu mmg aku xnak buat..hahaha

      Delete
  27. kalo die tak kawen cm mane H??

    teng teng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2010 rasanya Aini tu x kawen lagi..tapi skg ni dah 2013 dah..aku rasa dia dah kawen..

      kalau belum, harap dia cepat2 kawen..:D

      Delete
  28. wah.. alhamdulillah walaupun busy + malas, sempat juga akak singgah sini.. boleh la tahu siapa hazati yg dah berkali H sebut ni...
    ramainya cewek2 dalam kenangan H, terfikir pulak akak H ni mcm mana rupa? selalunya orang yang mcm ni karektor rupanya boleh tahan ....

    tapi, kagumlah sempat H ingat semua nama penuh diorang ni... betul je nama bapak diorang ni? hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..insyaAllah H akan citerkan pasal Hazati tu dalam entry2 akan dtg..:D

      nama ayah diorang tu semua betul kak..termasuk la Aini Nadirah tu..:D

      Delete
  29. peh peh. ramai. siap nama penuh. tu tak tahan. bagus ingatan kuat :)

    sambung entry ni lagi lah. sbb kat atas tu semua kan jaman dolu dolu. jaman sekarang? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaman skg xleh nak ditulis..segan..hahaha

      Delete
  30. mak ai..muda belianya

    harap encik H berjaya cari Aini tu
    kalau dia masih single memang satu bonus dekta encik H..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tahun 2010, dia belum kawen..skg ni xtau la..:D

      Delete
  31. wohh ! betul ke budak tu nangis bila dia tau yg H ngan kawan2 kutuk dia ? kesian dia. sapa yang bagitau dia ? H ka ? ]

    lawak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..haah la..H yg bgtau dia..hehehe

      Delete
  32. hamboii siap ingt semua name skali. byk btol crush die. yg xle blah siap jumpe blog pakcik plak tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mencari si Aini tu la, sampai terjumpa blog pakcik dia..:D

      Delete
  33. sronok H dlu kenal cinta yerk...hahahaha.mencari org pon time google je smpi..H mmg gigih.hihihi :) cinta dulu kala kdg2x klakar bila di imbas..tp ttp dlm ingatan kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pasal guna google la yg boleh jumpa blog pakcik kepada Aini Nadirah tu..:p

      Delete
  34. hebat tak hebat nya siap dgn binti ko letak kan.. dasyat betul.. ko tulis nama tu semua sbb dorang dah kawin kan.. org nak tau crush yang sebenarnya..

    ladang tereh tu mcm selalu dengar. mungkin sbb selalu aku cek lori dari sana kot.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. crush yg sebenarnya mana boleh bgtau..hahaha

      ladang tereh tu kat kluang weh..jauh drpd perak..

      Delete
  35. perghhhhh .. siap dengan BINTI tu. hebat , hebatttt. hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..mujur ingat lagi nama2 diorang..hahaha

      Delete
  36. giler lah..igt lg nama2 diorang..nma penuh lak tuh..testing salam dgn tok kadi ea?? haha..

    kalau nk ckp psal kite suka org tuh tp org tu xdepon pndg kite mmg ramai..hak3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebab diorang best, tu yg kena igt nama penuh..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top