Header2

• 29 July 2013 •

Jejak Pada Takdir Yang Tidak Berpihak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Natijahnya, terbitan ini datang dari sebuah request. Permintaan salah seorang kenalan dunia maya. Bilamana beliau minta aku terbitkan sebuah entry berbunga-bunga. Tentang bagaimana seorang manusia perlu teruskan berjalan, meski nasib tak lagi menyebelahi si empunya badan.

Ilham apa yang perlu aku persembah untuk santapan sepasang mata? Entah. Aku sendiri tak ada jawapannya. Kerana ternyata, aku cuma dibekal tajuk, tapi tidak butir cerita. Maka, aku, menggambarkan diri berada di depan lapisan raksa, melihat imej sendiri dengan angkuh lalu berkata, "Tuan, bagaimana tuan nak terus berjalan? Sebab sekarang ni,  nasib dah tak lagi menyebelahi tuan". Aku diam. Aku senyum. Kerana aku nampak ke arah mana bunga terbitan ini akan menguntum.

Nah, ambil kisah aku bikin asimilasi layar cereka. Kerana nuansa kita, mungkin sangat tidak ketara. Berpijak pada bumi yang sama, mendrama di bawah naung Yang Esa, tapi setiap kisah tetap berputar pada orbit yang cukup berbeza. Untuk aku, cerita aku, kini, sedang berdiri, dan cuba berjalan, merentasi takdir yang ternyata bukan pilihan. Dan sejujurnya, aku enggan. Cukup enggan. Kerana aku, persis kalian, jua tetap makhluk mortal yang berperasaan. Seikhlas manalah aku untuk terima hadam bila 'ingin' dan 'takdir' ternyata tidak seiring dan tidak sejalan.

Jujur aku katakan, berjejak menyusur nasib bukanlah satu perkara mudah. Aku tahu. Memang susah. Dan cukup payah. Terkadang tanpa pilihan, kita paksakan diri untuk cuba melangkah dan terus melangkah. Ikhlas? Tak. Bila kau terpaksa, usah dibicara perihal ikhlas. Aku sendiri, bila terpaksa, aku memang tak pernah ikhlas. Boleh dikatakan tak ikhlas langsung. Kot. In fact, jauhhhhhhh di sudut hati, aku harap yang takdir itu kelak akan berubah. There's always hope. Berharap ke arah positif memang tak salah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, aku cuba untuk redha. Kerana berbanding ikhlas, aku kira redha itu nilainya berkali ganda lebih bermakna. Jadi, atas sebab itu, meski tidak ikhlas, aku cuba untuk terus berjalan dengan redha. Apapun, aku tetap terpaksa. Ia masih dalam konsep keterpaksaan. Tapi keterpaksaan aku, masih tetap berpaksi pada keinginan tentang apa yang aku mahu lakukan. Macam mana aku berpesan pada orang lain untuk buat apa yang mereka nak buat, macam itulah aku berpesan pada diri aku untuk buat apa yang aku nak buat. So? Macam mana nak berjalan bila nasib tak menyebelahi tuan? Macam tu la. Jalan macam biasa. Tak ikhlas? Tak apa. Yang penting kena redha.


p/s: keadaan aku jua begini, bingung dengan kehidupan masa lalu serta takdir yang terjadi ke atas diriku..


6 comments:

  1. Kalau takut dilambung ombak,
    Jangan berumah ditepi pantai,
    Kalau takut dilambung badai,
    Carilah tanah yang landai.

    Dalam dunia ni...kalau tak redho dengan takdir, bukan kehidupanlah namanya.

    Ikhlas mungkin akan ada bila mana kita temui apa yang kita cari kelak...

    Dan..tak semestinya apa yg ada depan kita itu baik...dan ada yg ada dimasa lalu itu tidak baik...

    ^_^

    ReplyDelete
  2. pepanjang ko tulis ni jawapan ko redha je H..hahaha

    ReplyDelete
  3. redho jerlah....yg lepas jangan di kenang...

    ReplyDelete
  4. asal kapas menjadi benang,
    barang lepas usah dikenang,

    makan pengat minum ayaq nyor,
    sesekali terkenang apa salahnyer...(ini hancusss)


    redha ajelah pada takdir yang tidak berpihak ye dak.... :D

    ReplyDelete
  5. takdir memang pasangan nye dah memang redha... jadi redha je la. :D

    ReplyDelete
  6. err.. bacaan di perenggan pertama, entry direquest. Tapi bila sampai di penghujung, adakah awk juga berada di dalam kasut yg sama atau sebagai menjiwai apa yg cuba disampaikan..?

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top