Header2

• 29 June 2013 •

JDT vs TRW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau korang akses entry ni melalui search engine, bertujuan untuk mengetahui keputusan Perlawanan Akhir Piala FA antara JDT dengan Kelantan malam ni, ternyata korang silap. Sebab kat sini tak ada pun keputusan tu..hahaha. In fact aku sendiri tak pernah bercadang nak buat entry yang ada unsur-unsur SEO semata-mata nak buat orang berduyun-duyun datang cari something kat blog aku.


Benar bahawa entry ni memang ada kaitan dengan Final FA Cup. Tapi pengkhususan aku bukan la pada game, player, selection, past records dan sebagainya. Cuma lebih kepada diri aku sebagai seorang supporter.

Okey, rasanya ramai dah tau kot yang aku ni orang Johor. Walaupun bersepah jer kerja kat tempat orang dan sesekali baru balik ke Johor, hakikatnya I/C aku tetap 01 dan aku tetap orang Johor. So sebagai orang Johor, normal la untuk aku menyokong team Negeri Johor. Sama jugak macam orang Kelantan sokong Kelantan, orang Pahang sokong Pahang, orang Kedah sokong Kedah dan orang Selangor sokong Selangor. Ah kira semua negeri la. Gila apa aku nak tulis tiap-tiap negeri jadikan contoh.

Tapi aku sokong Johor bukan la sebab JDT dah nampak macam makin kuat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Memang tidak sama sekali. Aku sokong Johor sejak dulu. Sejak Johor pernah top masa tahun 1991. Abbas Saad, Ervin Boban, Alistair Edwards, Hassan Miskam, Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Salehan Md Som, memang jadi idola la time tu. Then lepas-lepas tu Johor dah tak berapa nak kuat. Muncul pulak Johor FC. Walaupun tak kuat macam Kelantan, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, tapi pada aku Johor FC antara team yang konsisten. Kira Top 6 la, sekejap menang sekejap kalah, sekejap menang sekejap kalah.

Dan sekarang ni, Johor FC dah tukar nama jadi JDT. Tu kira okey kot, pada aku nama JDT tu normal dah. Better berbanding bila pengulas sebut Darul Takzim FC awal-awal dulu. Diulangi, Darul Takzim FC. Nama tak menahan betul, dah macam zaman Kesultanan Melayu Melaka..kahkahkah.

So bila JDT tiba-tiba kuat ni, aku perasan la yang haters JDT ni dah makin banyak. Boleh dikatakan hampir semua penyokong team-team lain tak suka JDT..hahaha. Aku faham yang tu. Macam mana aku menyampah bila Chelsea dengan Man City tiba-tiba kuat sebab melampau sangat beli player, macam tu la jugak kot penyokong lain menyampah bila JDT dengan selamba jer angkut pemain yang power-power. Then JDT terus ada nama, jadi team favourite dan dapat perhatian dengan tiba-tiba.

Aku sendiri tak setuju dengan konsep macam tu. Nampak macam nak jadi kuat dengan cara yang mudah. Kot yer kalau betul nak majukan bolasepak Johor, mulakan la dengan team Johor FA dalam Liga Perdana. Mula dari bawah. Tak payah nak kacau Johor FC sebab team tu dah ada fanbase diorang sendiri. Then bila Johor FA dah promote naik ke Liga Super, baru la fikir nak kuatkan team dengan star player.

Itu satu hal la, pengurusan. Satu hal lagi, suppoters tu sendiri yang buatkan ramai orang tak suka JDT. Yer la, dulu time Johor FC jersi Oren Hitam dengan Hijau Biru, berapa kerat jer la yang nak datang sokong. Even ramai yang datang sokong pun, tapi boleh dikatakan semuanya well behave. Takde kot aku dengar kes-kes besar melibatkan penyokong Johor FC.

Johor FC Dalam Kenangan..hukhuk.

Sekarang ni bila JDT dah makin naik, normal la untuk makin ramai yang show support. Tapi tu la masalahnya. Bila dah makin ramai, nampak la ada segelintir penyokong JDT ni yang agak offensive. Berlagak macam la team dia kuat sangat..hahaha. Supporters macam ni la yang buatkan orang makin tak suka kat JDT. Tapi aku tak la salahkan diorang 100%. Standard la kan bila time dah kuat baru nak berlagak. Penyokong TRW pun camtu jugak sebelum ni. As well as penyokong Kedah, lagi-lagi masa diorang menang treble dua tahun berturut-turut. Annoying gila kot..hahaha. So untuk segelintir penyokong JDT "BANGGA GILA" bila team diorang dah kuat, aku rasa itu perkara biasa. Harap penyokong lain tu sabar jer.

Oh ya, pasal Final FA Cup malam ni. Aku rasa agak fight la. Personally, aku memang minat team Kelantan. Sebab pada aku, Kelantan adalah team yang paling kuat and konsisten kat Malaysia beberapa tahun kebelakangan ni. Cuma bezanya diorang kuat bukan sebab player la. Diorang kuat sebab team diorang kuat. Pengurusan diorang pun kuat. Itu yang buatkan Kelantan susah nak kalah. JDT pulak? Heheh..JDT kuat sebab ada certain player yang buatkan team tu kuat, or at least "nampak kuat". Kalau player-player tu tak perform, memang susah kot JDT nak menang piala.

So kesimpulan untuk entry ni, nak sokong tu boleh jer. Show support. Cuma kalau boleh jangan la offensive sangat. Sukan memang la boleh menyatukan manusia. Tapi kalau tak kena cara, sukan pun boleh buatkan kita bermusuh sesama kita. Sekian, terima kasih.

p/s: aku pergi stadium? eh tak la, support depan TV jer..hahaha


13 comments:

  1. Hidup Perakkk....!
    Boleh...?
    Hahaha...

    Yg pasti perlawanan malam ni bukan setakat sengit..tapi tengit jugak kot...

    Dan yg pasti gak..mlm ni umah Nur mesti gamat...sbb ada pyokong tegar bola sepak kat umah nun...!

    Siapa2 menang pun xkisah..kitakan one Malaysia. Jgnlah sbb sukan nak gegaduh lak kan ...

    ReplyDelete
  2. aku sokong TRW sbb aku org siam. eh?

    ReplyDelete
  3. H lawan Ara. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. seo ko tak kuat lagi H..tak masuk front page carian lagi..hahaha..aku sangkut kat dari tol kajang nak ke sungai besi ptg tadi semua sebab orang org ramai g stadium..meriah gila..

    ReplyDelete
  5. orang selatan sibuk naik kl Sya sibuk turun selatan..o o o balik kg haha

    sejujurnya belum baca entry ni hihihi

    ReplyDelete
  6. ohh, agak terasa bile ckp peyokong jdt berlagak.. sb sye org johor..p.cik sya dtg dri jhor ke bukit jalil utk sokong jdt... sya rse kiteorg rilex je.. x de nk berlagak jdt kuat..hmmm..

    ReplyDelete
  7. tak berapa support sangat JDT, kuat sebab ade player handal je. cuba korek jaguh2 yang memang origin dari johor. ha time tu nak kembang kempis idung pun takpe. produk dari negeri sendiri. baru betul.. eh, ke tak betul?

    ReplyDelete
  8. hakikatnya IC saya 01 juga tp sy tetap org kelantan.. ;)

    -org Kelantan-

    ReplyDelete
  9. nasib aku tak minat JDT

    ReplyDelete
  10. Macam b****, hakhakhak. JDT Jaguh Dekat Tanjung. Usia baru setaun Jagung. Bila menang terlebih sanjung. Bila Kelantan belasah kompem murung.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top