Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau ikutkan hati, aku nak buat entry ni awal tahun depan. Bulan Januari. Sebab tajuk novel ni bermula dengan huruf J. Tapi nak menunggu bulan Januari tu bapak lamanya. Ingat aku boleh sabar? Jangan harap la..kehkeh. Jadi, dek kerana hasutan setan yang tak berapa nak setan, aku buat jer entry ni hari ni.
First time aku ternampak novel ni, aku rasa macam celaka. Rasa macam dicabar, dipanggil, diseru untuk beli dan baca. Mungkin sebab tajuk dia tu macam suatu larangan. Dan manusia macam aku ni, apa yang dilarang tu la yang aku rasa nak buat. Aku nak tau kenapa aku dilarang. Aku nak tau kenapa aku tak dibenarkan baca novel tu.
Dan yang paling keji, aku rasa kalau aku tak baca, seolah-olah aku mengikut arahan pada cover novel tu. Jadah betul. Kenapa aku kena ikut arahan yang tertulis kat situ? Nak curi-curi baca tak boleh, sebab dah dibalut dengan plastik. Last-last aku bawak pegi kaunter, aku bayar. Habis cerita.
Mula-mula aku nak citer pasal cover. Cover dia bodoh-bodoh alang jer kot. Kosong. Merah di atas hitam. Macam blog aku. Takde nak bunga-bunga. Takde gambar awek cun. Takde gambar pakwe hensem. Takde nak metafora cantik-cantik bagai. Tak ada apa. Simple jer.
Itu cover depan. Bila aku tengok belakang pulak, sinopsis apa pun takde. Sebaliknya cuma kata-kata yang buatkan aku rasa makin curious. Buatkan aku rasa makin nak tau yang novel ni sebenarnya mengisahkan tentang apa.
Bila aku dah beli, dah bukak plastik cover, dah mula baca, baru aku rasa yang makin lama, novel ni jadi makin best. Penceritaan dia simple. Bahasa pun simple. Senang difaham dan mudah dibaca. Tapi, cerita dia memang tak sesimple apa yang mungkin korang gambarkan.
Cerita dia unik. Cerita dia pelik. Cerita dia macam satu kronologi. Ada part-part yang kita mungkin dah expect. Dan ada part-part yang memang unexpected. Ada cerita di atas cerita, ada cerita di dalam cerita, dan ada cerita di luar cerita. Mengisahkan tentang apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kalau korang tak baca page yang pertama, korang takkan dapat relate apa sebenarnya yang berlaku kat page 198.
Haaa..cemana tu? Kahkahkah!
Tapi, yang best pasal novel ni, sama ada sedar atau tak sedar, perlahan-lahan dia mengganggu sistem nerve aku. Buatkan aku rasa curious. Buatkan aku rasa nervous. Buatkan aku rasa macam nak bau dakwat yang digunakan untuk menulis, sama ada memang mengandungi dadah atau sebaliknya.
Oh ya, novel ni ada sekuel. Tapi sekuel dia tak ada tajuk. Kat bawah ni adalah sekuel yang aku beli, sehari selepas aku beli novel yang kat atas. Sebenarnya aku awal-awal lagi memang dah nampak sekuel ni, even sebelum beli novel yang first. Cadang-cadang konon nak beli untuk bulan depan la. Tapi disebabkan taknak hilang feel Jangan Baca Novel Ni, tak payah tunggu bulan depan, on the way pergi kerja jugak aku terus singgah beli.
Kesimpulannya, pada aku novel ni best gila. Mungkin pada orang lain, biasa-biasa jer. Tapi tak kisah la pasal tu yer tak. Sape nak beli, beli la. Aku promote jer..kehkeh. Oh ya, Jangan Baca Novel Ni tersenarai kat no. 13 untuk top 20 bestsellers beberapa bulan lepas. Sekuel dia pulak sekarang kat tempat no. 20, setakat pada 3 November lepas.
Amaran. Kalau korang rasa nak baca novel cintan cintun yang meruntun jiwa, tak payah susah-susah selak novel ni. Memang la ada part cinta, tapi bukan sampai tahap jiwang macam tu.
Amaran lagi, kalau korang harapkan KUANTITI bahan bacaan yang berpatutan dengan harga, pun tak payah susah-susah beli novel ni. Sebab novel ni agak mahal berbanding jumlah perkataan yang dia ada. In fact novel ni lagi mahal daripada Love You, Mr Arrogant. Nampak jer tebal, tapi font dia agak besar. Kalau betul fokus, tak sampai 2 jam dah habis baca. Itu pun kalau korang kejar KUANTITI la..
Dah la. Malas aku nak bagi amaran. Kalau korang rasa nak baca, baca la. Kalau taknak pun, bukannya aku rugi apa-apa..hahaha.
Sekian, terima kasih.
p/s: aku tengah cari 3 lagi karya Ismi Fa Ismail.
buku yang ko beli, semua pelik2.. mana ko dapat semua2 ni ek? curious aku..
ReplyDeletehahaha..yang unik, yang pelik tu la worth buying..:p
Deleteaku dapat kat kedai buku..:D
rasa ko berjaya promote aku suruh carik novel ni...
ReplyDeleteterima kaseh... hehe
carik2...nanti dah beli bagi ai pinjam ye...hahahaha
Deletehaaa..cari la..cari..aku xtau la taste pembacaan ko camne..tapi pada aku, novel ni best..:D
DeleteMana ko dapat novel ni?
DeleteAku memahami perasaanmu.. Sebab.. AKU PUN ADA NOVEL TUUU!!!!
ReplyDeletehaaaa..ko pun ada ke? best kan? best kan? :D
DeleteSkrang nur stop dulu baca mana2 novel...
ReplyDeleteMgkin satu hari nanti akan cari novek ni...
Itupun kalau nur berani la...
Sbb baca belakang buku tu mcm seremm je...
xde la seram sgt Nur..ni bukan citer hantu..tapi lebih kepada citer misteri untuk org yg xpercaya dgn misteri..
DeleteCiter psl apa ni :S Dh la blog pun sama gelap, mcm seram je. Huhuhuhuu.
ReplyDeletesecara general, novel ni citer pasal novel ni sendiri..
Deletemacam best jer.. lama xbaca novel ala-ala seram thriller nih.
ReplyDeletehahaha..xde seram thriller sgt mell..cuma lebih kepada garapan unsur2 misteri yg wujud dlm plot cerita..
DeleteBos beli terus kat penulis dia.. siap dapat otograf. Otograf pun dah seram. Ko tak payah tgk citer Highland tower pun xpe dah.. darjah keseraman dia kalau difilemkan org takpi tgk sbb takut. Hahaha..
ReplyDeletemaybe aku boleh request twin pack utk 2 drpd 3 novel yg dia jual..kot..:D
Deletenasibla tak reti baca novel..huhu
ReplyDeletehahaha..tak reti ke tak minat bro?
Delete23.90?
ReplyDeleteyup..kalau ikutkan, memang range harga2 novel standard kat pasaran..tapi kalau nak nilai kuantiti untuk harga tu, memang xdapat la dalam novel ni..:D
Delete:3 serius novel nie mmg best..
ReplyDeleteyup..definitely!!
Deletekalo dia dah kata jangan baca, maka aku pun rasa taknak baca. Dia tak berjaya buat aku rasa tercabar.
ReplyDeletehaha..kalau ko tak rasa tercabar, maknanya aku just menurut perintah je la lyd..orang tak bg baca, toksah baca..
Deletehahaha..aku bila nampak benda2 yg unik ni, lagi aku rasa nak baca..
DeleteBeli la yg akhir or set dpt penghabisan jalan cerita sebnar
Deleterasa macam dah komen. mana komen tuuu.
ReplyDeleteerrr..hilang tiba2..rasa macam takde delete pun..
Deletemaybe TERdelete kot..xpasan..
haritu teman adik tunaikan baucer buku. aku sempat belek novel muka depan kosong tu. sebab pelik takde tulisan terus tengok belakang....cakap sambungan dari jangan baca novel ni lah kan. so cari la...takde. habis sudah bah. kalau ada memang dah beli da...sebab pelik. huhuhu
ReplyDeletekat kuantan ni aku tengok ada banyak lagi..ada la dalam 10-12 kot..tapi yang takde tajuk tu dah tinggal 4 jer..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteyg ni lagi 1 misteri..entah bila komen leeza ni kena remove pun xtau..tiba2 jer hilang..haishhh
Deletepelik la blogspot ni..
Aku dah lama tak baca novel sebab biasanya citer dia cliche sangat. Tapi novel ni macam gempak jer, makin dilarang makin aku rasa nak baca.
ReplyDeleteitu la yg aku rasa..in fact aku ada 3-4 outstanding novel yang aku belum sentuh sikit pun..
Deletetapi yg ni, boleh berulang pulak aku baca..
macam best je...
ReplyDeletekalau ada tjumpa kat mana2 kdai bku nk try jgak lah.. hehehe..
ReplyDeleteehh...pernah x awk baca novel ni sampai awk gelak2 mcm org gila?mean berhalusinasi....FYI kwn sy prnh bagi tau sy time dia baca novel tu dia gelak2 sorang2 sampaikan adik dia cakap dia crazy.
ReplyDeleteaku nak beli satu wei
ReplyDeleteBaru habis baca yang ada tajuk tu :o best best! tapi agak mengarut. Mana nak jumpa yang cover kosong tu?? :( nak pinjam!! >.<
ReplyDelete