Header2

• 25 March 2013 •

Myanmar

Assalamualaikum. Waalaikumsalam. Jemput masuk. Dan sila duduk.

Kat site tempat kerja aku, ada macam-macam pekerja warganegara asing. Yang bahagian kerja-kerja kayu, kebanyakannya orang Indonesia. Yang bahagian kerja-kerja bata, kebanyakannya orang Vietnam. Dan apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang bahagian yang menjalankan kerja-kerja besi, iaitu orang Myanmar. Nepal dengan Bangla tak ada kot kat tempat kerja aku. Tak ada kot. Agaknya.

Ketua bagi kerja-kerja besi ni budak lagi. Nama dia Salim. Umur 22 tahun. Selalu jugak aku dengan Resident Engineer (RE) suruh dia nyanyi lagu Iklim. Dia garu kepala. Sebab dia tak kenal pun Saleem tu siapa. Yang best pasal Salim ni, kalau aku tanya dia apa-apa, jawapan yang aku dapat semuanya lagi la entah apa-apa. Pernah aku tanya dia, baju yang dia pakai buat kerja tu beli kat mana? dia jawab Ingelan (England). Aku tanya topi Adidas dia beli kat mana? Dia jawab Afarika Salatan (Afrika Selatan). Jawapan taknak kalah. Membongak jer lebih.

Paling lawak masa sebelum cuti CNY aritu, aku tanya dia kenapa pakai kasut buruk? Kenapa tak pakai safety boot yang biasa? Boleh pulak dia jawab, "Kasut cuci. Mau pakai raya."

Okey, masuk part serius sikit. Aku pernah sembang-sembang dengan dia, tanya sejak bila dia masuk Malaysia. Dia jawab, sejak umur 16 tahun. Means dah 6 tahun la dia ada kat Malaysia. Family? Mak ayah? Ada lagi ke? Dia jawab, semua ada kat Myanmar. Aku tanya bila dia nak balik? Dia tak tau. Tak pasti bila dia akan dapat balik, mungkin 20 tahun lagi. Kahwin? Dia jawab, "Kawin sama orang Malaisia la."

At times, aku tak fikir orang lain. Aku terus fikir family sendiri. Macam mana kalau aku kat tempat dia, dan bertahun-tahun tak dapat balik jumpa family. Macam mana kalau ditakdirkan ada ahli keluarga aku meninggal, dan aku tetap jugak tak dapat balik. Pehhh..hiba gila kot aku kalau macam tu.

Masalahnya, diorang bukan taknak balik. Tapi diorang TAK BOLEH BALIK. Salim kata, orang Islam tak boleh balik. Sebab sekarang ni kat Myanmar tengah berperang. Ramai dah terkorban akibat keganasan agama. Kalau tak silap aku, negara diorang dah diisytiharkan darurat pun. So sebab tu la diorang tak boleh balik. Mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun. Atau mungkin selama-lamanya. Tak siapa tau kot.

Untuk makluman, status orang Myanmar kat Malaysia sekarang ni adalah di bawah perlindungan UNSCR. Diorang dibenarkan bekerja kat Malaysia untuk jangkamasa tertentu (tak sure sampai bila) walaupun tanpa sebarang permit kerja yang sah. Ah aku taip ni macam yakin betul jer. Sebenarnya aku pun tak pasti sangat perjanjian UNSCR tu macam mana. Apa yang aku tau, pihak imigresen or even CIDB sendiri pun takkan kacau sangat orang Myanmar ni.

Takkan kacau tu bukan la maksudnya ada immunity or dibiarkan macam tu jer. Kalau ada operasi banteras pendatang asing, diorang tetap akan kena tahan. Cuma dalam masa 24 jam diorang akan dibebaskan semula. Kira diorang ni macam pelarian yang berlindung dan bekerja kat Malaysia di bawah jaminan UNSCR. Camtu la lebih kurang.

Oh ya, dalam sebulan or 2 bulan lepas Salim ada jumpa aku nak mintak tolong. Kisahnya, kapal yang bawak saudara-saudara diorang daripada Myanmar, terkandas ke macam mana entah kat Nepal. Nepal la kot kalau tak silap. Ramai yang meninggal, ramai jugak masuk hospital. So dia telefon hospital Nepal sana, sebab nak tau perkembangan sedara-sedara diorang. Nak tau berapa ramai yang masih hidup, berapa ramai yang dah meninggal.

Masalahnya, doktor tu cuma tau cakap english. Dan si Salim ni pulak tak tau cakap engish. Tu yang dia mintak aku tolong. Dah tu aku tolong tak? Kompem la tidak. Apa ingat aku speaking berhabuk sangat ke? Hahaha. So aku suruh dia mintak tolong RE. RE aku belajar kat UK beb. So terang-terang la english dia lagi standard daripada aku. Aku bukannya pandai sangat. Yang aku tau cuma yes, no, i love you jer.

Keputusannya? Entah. Aku lupa nak tanya. Dah Salim pun diam jer.

Kesimpulannya? Alhamdulillah sebab walaupun kita tinggal jauh merata, kita still ada peluang untuk jumpa family kita. At least masih ada peluang walaupun mungkin kita tak dapat jumpa setiap masa.

p/s: kebelakangan ni entry aku panjang-panjang belaka..


114 comments:

  1. pjg2 pn aku bc smpai abis pagi2 buta ni.. Mohon terharu..!

    Oo,br tahu org myanmar ni ada plindungan 2..

    Tp diorg ni memang lucu2.. N ada 2 bijak je.. Mgkn nk cari rezeki kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, 1st! Kt mana kaunter h?

      Delete
    2. haaa..memang terharu..rasa macam nk nangis baca komen ni..hahaha..

      aku pun boleh kata baru tau jugak pasal benda ni..sbb sebelum ni kalau workers xde pasport ke apa ke, aku malas nk amik tau..

      kaunter H? kena tanya Liyaa..:p

      Delete
  2. kedai roti canai ayah saya selalu didatangi org myammar..hehe
    bangla...nepal...pon ada...depa ni tak reti cakap...yg dia tau abang roti 2...haritu ayah saya mintak cd kat org nepal...dy bagi haha...cd cerita nepal ngn bangla...hahaha...macam cerita hidustan..tapi tak faham jalan cerita...

    tpi kdg2 takut ngn depa2 ni...kdg2 kesian kat depa dtg nak cari kerja..dah la jauh ngn keluarga...tapi rasa depa nih menyemak pon ada..tapi apapun...kalau tak dak depa tak siiap la bangunan2...jalan2...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..seronok jugak tau dgr bangla, nepal, myanmar cakap bahasa melayu..sebab bunyi mmg pelik2, kelakar..

      tapi ada la jgk 2-3 org yg boleh fluent cakap macam org malaysia..betul2 lancar and xde pelat2..

      Delete
  3. Pelan pelan aku baca menghayati setiap patah perkataan (sambil cek typo).
    So dorang ni refugees la yer, kesian kan. Sedih aku kejap part sakit mati tak boleh balik tu. Masih bersedih ni. Faham tak perasaan aku? Hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..honestly masa taip entry ni, aku mmg fikir pasal kau pun..sebab kau kan jauh drpd malaysia..

      so agak risau la kalau apa yg aku taip buat kau sedih ke, homesick ke, terasa ke..tu yg aku capslock perkataan "tak boleh balik", pastu tulis kesimpulan yg macam tu..

      aaa..maapkan ambo..:D

      Delete
    2. Hahahah takder la, aku sajer jer buat gempak sikit. Ini lah lumrah nyer, thats the price to pay for. Aku pun dah maklum what i am getting into, so kira pasrah jer la. redha ngan pasrah ada different kan, and I dont know which is legit for my situation.

      Btw masa aku kat Sabah dulu, arwah ayah aku meninggal pun aku tak sempat. So aku dah rasa macam mana. :D:D

      Hehhe sekurangnya kau memahami.

      Delete
    3. aku pulak masa arwah adik lelaki aku meninggal 2 tahun lepas..aku sampai2, dia dh dikebumikan pun..

      Delete
  4. kehkehkeh nk tegelak plak bila dia cakap "kasut cuci mau pakai raya" T______T

    haish sedih tahap mudarat kot kalo jd Salim tu,smp x tentu lg bila boleh balik lawat mak ayah,buatnya mati time ni..hadoiii

    psst ! ingt nk tulis yes no alrite tenkiu..rupanya yes no i love u.hehehe
    eh,letak title entry "foreigner" lah H..sedap skit :)


    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kitorang gelak pun time dia jawab camtu..hahaha

      H terfikir camtu la..buatnya kalau ada kematian ke apa ke, diorang xleh balik..bertahun2 baru boleh balik..kalau macam kita kat Malaysia, at least balik jugak walaupun terlambat..

      foreigner ke moreigner? kan kena huruf M..hahaha

      Delete
  5. walaupun ko ckap dorang ni kesian ke hape,, aku tetap prejudis,, hehe,, aku tetap rasa nak antar smua non bumi balik negara dorang masing-masing,, lalalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun dulu fikir camtu jugak muja..aku fikir, apa ke menyemak sgt pekerja warga asing ni kat malaysia? knpa kerajaan benarkan diorang masuk? semak tau x?

      tapi bila aku dah kerja, aku quite understand la kenapa diorang ada kat sini..sbb diorg pekerja mahir..diorg ada kemahiraan, kecekapan dan kesanggupan utk buat kerja2 yg org Malaysia xboleh dan xnak buat..:D

      agak2 berapa ramai org Malaysia ni yg sanggup kerja tgh2 panas pasang kayu and ikat besi? diorang lagi sanggup kerja kilang tau..hahaha

      Delete
  6. kesian memang kesian tetapi bile dah naik kepala memang kena hantar balik ni..mohon H berunding dengan ketua negara untuk hantar diaorang balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada jgk segelintir yg naik kepala and selalu buat masalah..tapi overall, ramai jer yg sekadar kerja cari makan..cuma mcm biasa la mentaliti kita kat Malaysia ni, kalau ada apa2 kes kat kawasan kejiranan yg ada pekerja warga asing, kompem warga asing tu yg kena tuduh..:D

      Delete
  7. Nasib baek H suruh RE yg call..
    Ingtkn H biarkan mcm tu je..

    Siankan,xdapat balik jumpa family..
    Tp diorg xrisau ke family dekat sana eh..

    Err..H tentu terer speaking Myanmarkan...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. H punya BI kalau cakap dengan budak2 darjah 3 boleh la lepas..hehehe

      kesian la jugak..sbb diorang xde peluang nk balik..then sbb risau tu la yg dia call hospital Nepal..

      Myanmar saya tatau. Ingelan saya tau.

      Delete
    2. Eh..Salim tu cuci kasut nak pakai time raya cina ke?

      Delete
    3. xde la..dia memain jer tu..konon2 dia pun nak beraya la..padahal diorang cuti kat situ jer..hahaha

      Delete
    4. Bila tebgok entry ni, rindu pula nak balik kampung...
      Almaklonglah, Nur kan perantauan...
      O_o

      Delete
    5. tebgok tu apa yer? O.o

      Delete
    6. err..
      apapun boleh..
      hahaha....
      :p

      Delete
    7. kahkahkah..dasar Ratu Typo..:p

      Delete
    8. Err..mana ada ratu lagi laaaaaa....
      Grr...

      Delete
  8. keh2.... tp kesian jgk kn kadang derang ni... nak balik xdpt nak blk.. so dia xrisau ke dgn keadaan fmly die kat sna?? hmmm...

    xoleh blah lngsung.. dia nak kwen dgn orang malaysia?? wowww.. amazing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab risau la yg dia mintak tolong kat kitorang untuk jadi translator..masalahnya aku pulak yg x reti..haha

      kau belum kawen kan Lina? nak nombor telefon Salim? :p

      Delete
    2. hahahaahahah..ko gila apa nak bg aq kawen dgn salim.. grrr.... nnt marah bakal somi aq. erkk..

      pasal ko suh dia nyanyi lagu saleem tu dia xnyanyi kn?? tp aq ade tgk kat utube rasanya ade org nyanyi lagu tu.. tp tu aq teka bangla.. bkn mynmar... heheh...

      Delete
    3. eh apa kau igt Salim tak hensem ke? dia lagi hensem drpd aku tau..hahahaha

      Delete
    4. muka ko pon aq xpena tgk H.. ni kn plak nak tgk salim tu mcmna... jhahahaah

      Delete
    5. xpe2..nanti aku up picture Salim, khas untuk ko..:p

      Delete
    6. xpayahlaa.. susah2 je.. nnt aq xboleh tidoo.. kah3

      Delete
    7. salim tu cerah ke gelap H ?

      Delete
    8. Salim? aaa..nanti2 aku amik gambar dia utk korang..:p

      Delete
    9. aq xnk.. bg pnsil je laaaa

      Delete
    10. -_-

      tiba2.

      pensil yang kena??

      ini tidak adil tidak adil :p

      Delete
    11. haaa..jgn pasni bila dah letak gambar Salim, masing2 berebut pulak..hahahaha

      Delete
    12. cuba tanya dia "chi la yo" tu apa maknanya

      Delete
    13. erkk..baik..esok H tanya dia..harap2 "chi la yo" tu bahasa myanmar la..:D

      Delete
  9. hahahahha. terbelit2 saya baca citer H Neh dari dulu sampai sekang tak berubah erk? eh? mcm dah knal lama pulak. huhuhuhu. hurmmm... btw, inilah keunikan H. citer bersimpang siur tapi best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..entry ni ditaip dlm keadaan separuh sedar..tu yg citer jadi bersimpang siur..hahaha

      Delete
  10. walaupun entri panjang berjela, gua tetap baca sampai habis tanpa skip ayat. er boleh claim hadiah kat mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..hadiah claim kat Kaunter H..:D

      Delete
  11. kesian kat Salim. Kita ni kdg2 tak balik kg sebulan pun dah rasa mcm nak meroyan dah.. ni kan pulak 10 tahun. melalak la oii..

    *eh sama la kita. den pon tak pndai sgt BI ni. selain yg hang thu tu den thu lagi satu word. i miss you haahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least kalau yg kerja jauh tu, setahun sekali mesti balik raya..tapi diorg tak..raya pun kat situ jer la..

      erkk..miss me? wohoo..miss u too la kalau camni..hahaha

      Delete
  12. ko bila nak balik negara ko H..lama dah ko tak balik sulu..tp mujur la ada projek ic kan..untung lah...tak payah guna pasport..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..aku x balik sulu dah..takut kena sula..hahaha

      Delete
    2. Vongek tergelak aku.
      Sulu lain, sekarang lain wei.

      Delete
    3. sulu lain, sekarang lain..
      sulu bujang, sekarang dah kawen..hahaha

      Delete
    4. tak..aku perantauan..:D

      Delete
  13. sedih membaca term ' berapa hidup berapa meninggal'..
    syukurla kita call tanya anak dah berapa.. dah makan belom.
    semua yang tidak menyedihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tanya sama ada ahli keluarga selamat ke tidak..
      and what if masa dia tanya tu, doktor jwb ahli keluarga dia dah meninggal..haishhh..

      Delete
    2. sedih... mmg knea bersyukur byk2 nih..
      XD

      Delete
    3. aku taip ni pun sebenarnya utk diri aku jugak..sebab aku sendiri jarang2 balik kampung..:)

      Delete
  14. best pula n3 ko mak baca tengah hari buta


    -mak-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nanti kalau shinta dh tau membaca, mak suh dia baca blog aku tau..:p

      Delete
  15. tetiba rasa nk balik skarang lah plak.. -__- aa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa..jgn la camtu..nanti Fatma xde kawan..:|

      Delete
    2. awak fkrkan fatma je kan? ok fine kita putus!

      Delete
    3. siapa jer la saya ni..awak kan dah ada Muhd H..:(

      Delete
  16. windu kg.. windu sg kat situ.. windu sawah padi.. windu h.. ehhh ehh.. hahahahaha

    aku menaip sambil pegang tulang ayam.. malas nak pegi buang...

    myanmar tu negara ke? filipina dgn myanmar lain lain ke? -_-" buta geografi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa rindu kat aku ke? meh extra cheese 1..kalau nk bagi special lagi bagus..hahahaha

      Delete
    2. chaittt... nak yang special.. aku kasi blackpepper dah la.. hahaha.. extra cheese tu patutnya kau yang kasi.. special tu L.T.L terus ye? kahkahkah

      Delete
    3. special terus la..senang..kahkahkah

      Delete
  17. kesian tgk foreigner yg datang dr jauh nak carik rezeki halal kat M'sia ni, jauh dr famili ..sob sob sob ..ni buat nak balik Klang skang ni ..Klang ye bukan Kluang ..Kluang tu kampung H ..hehe kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung aku kat Kulai la..Kluang tu tempat aku membesar jer..hahaha

      Delete
  18. terus teringat aku kat site workers opis aku tu. opis aku byk pekerja indon dengan bangla kat site. ada sesetengah tu alahai kesian aku tgk bila dorang rehat makan tengahari bukak bekal nasi lauk asal ada je aku tengok siap pelawa aku makan sekali. tapi kena yang spesis kuat mengedog, mentang2 lah aku comel. eh eh eh malas lah nak sambung ayat. hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap2..kenapa mesti ada perkataan comel dalam komen kau ni? tak puas hati betul la..grrrrr

      Delete
    2. comel comel comel. comel tak komen aku? comel tak?comel tak? aku comel kan? kahkahkah :p

      Delete
    3. tak..

      pegi main jauh2..grrrrr

      Delete
    4. fineee fineee -_________________-'

      Delete
    5. hahaha..mengada la kau kak ana..

      Delete
  19. kesiannya diorang tak boleh balik. kalau yg nak datang sini tu mmg betul2 kena jiwa kental la.

    chic na pernah jumpa myanmar educated keja kat QC lab kat kilang latex. ada degree in chemistry lagi. boleh cakap english tp slang myanmar la. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dalam minggu lepas atau 2 minggu lepas, ada jugak pelarian rohingya yg sampai kat malaysia..dlm keadaan kebuluran pulak tu..hmmm..diorang mmg betul2 survivor kot..bertahan jer walaupun 2-3 hari x makan..

      Delete
    2. yeke.. kesian.. knp semua nak lari ke Malaysia ek? chic na tak tau pun pasal ni. -_-

      Delete
    3. bukan kat malaysia jer chic na..diorang ni terdampar merata gak kot..ada yg sampai indon..ada yg sampai thailand..ikut nasib masing2 la..

      Delete
  20. hehehehe..lawak jugak si salim nih ye..hehehehe...part kasut simpan nk pkai raya tuh sy pling tak tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salim tu memang lawak..bersembang dgn dia x rasa macam diorang tu sebenarnya pelarian..rakyat yg x diiktiraf kewarganegaraannya di negara sendiri..

      Delete
  21. mula-mula aku baca pasal salim aku gelak...

    tapi sian ye hidup die...

    kalo ko nak jmpe lebih mynmar... elok ko g Pasar Borong Selayang.

    mereka tengah kupas bawang....

    kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian jugak la hidup diorang..tapi bila tengok, rasa macam diorang tu masing2 xde masalah..

      pasar borong selayang? aku wakilkan bundle jer la..haha

      Delete
    2. kan...

      orang yang kongsikong selalu tak tau pun ape cerita peribadi dorang...

      kadang2 teringin aku nak tahu...

      Delete
    3. try la bergaul dgn diorang..tnya camne life dia..:D

      Delete
  22. Heihei..kawan Dezee kerja di kilang sarung tangan as chemist engineer..dia ni ada ada darah india la juga belah atuknya..dtg bos besar yg baru jumpa dia..tanya org yg hired dia bekerja kenapa nepal ni kerja lab pula?ahahahahahaha..gelak xhabis2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..big bos ingat dia org nepal ke? hahaha..kesian kawan ko tu..xpasal2 jer hilang kerakyatan..

      Delete
  23. haru gila kot baca kisah si salim tu. saya ni yang tak balik hampir sebulan pun macam dah meroyan. sebab tu lah kan , kita jangann sangka hidup kita ni penuh masalah padahal ada orang lain lagi yang lebih banyak masalahnya. kita je yang pentingkan diri. masalah CINTA pun boleh jadi masalah TERBESAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya 4-5 bulan jgk kot x balik..biasa balik pun either raya puasa or tahun baru cina..other than that, mmg kat sini jer, xde pegi mana2..

      tapi bila tengok diorang2 ni, memang terasa la yg kita patut hargai nilai sebuah keluarga..:)

      Delete
  24. safety boot buat raya memang xmenahan lawaknya. rasa bersyukur kita dpt duduk kt malaysia ni.
    btw, kirim salam kat salim, dripada adik manis hara, haks3 ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ada banyak lagi kot lawak2 si Salim ni..

      aritu kitorang tanya dia, buku hutang dia kat kantin pekerja tu tulis nama apa? Salim Tukang Besi ke?

      dia jawab, "Tan Sri"

      Delete
    2. haha. H jangan buli dia tak baik :[

      Delete
    3. mana ada buli..tu namanya orentasi silatulrahim..:p

      Delete
    4. tan sri baq hang! kat mana la dia belajar vocab2 tu

      Delete
    5. hahaha..6 tahun kat Malaysia, macam2 la dia belajar..

      Delete
  25. pensil ada kwan nepal kot tak pasti T_T masa umo 7 ke 8 tahun macam tu. dulu pensil ni nakal sangat. buas. pensil panggil dia "Chi la yo" tak pasti betul ke tak ejaan, tapi sebutan memang macam tu maknanya dalam bahasa sepa "gatal". haha. tiap2 hari pensil dgn kawan akan tunggu dia balik kerja dengan basikal sebab kami nak tau rumah dia dekat mana.

    pensil dgn kawan pernah bagi hadiah dekat dia. nak tau macam mana kami bagi dekat dia? kami dekat pintu pagar pastu kami baling. haha. rasa bodoh gila masa tu. haha. pensil akan sebut "Chi la yo" setiap kali jumpa dia.


    anatara dia dengan kawan2 dia dia yg paling segak, rupa dia macam org melayu. pakai spek mata. lepas2 tu dia dah balik tempat dia kut, tak pernah nampak dah dia.

    rumah kami pun dekat ja, dia duk taman, pensil duk kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..masa tu pensil umur 7-8 tahun, dia pulak umur berapa? pastu pensil baling hadiah apa kat rumah dia?

      Delete
    2. tak pernah tanya pulak. kami pun tak pernah bercakap. kah2. cuma senyum2 ja :D

      pensil agak umo dia dalam 24, 25 macam tu la.

      pensil bagitau mak yang pensil nak bagi hadiah dekat kawan pensil a.k.a jiran pensil. mak pun tolonglah balutkan botol air tu. hee.

      Delete
    3. bagi hadiah botol air jer? ceh..kesian dia..hahaha

      Delete
    4. untuk dia bawa bekal pegi kerja :p
      kalau tak silap, kawan pensil taruk bunga plastik ke bunga raya tah dalam tu. hahah. lawak betul ingat2 balik :)

      Delete
    5. ohooo..kemain..nak ngorat dia ke apa? kehkehkeh

      Delete
    6. Tah la. lupa dah objektif sebenar. Kalau H tanya 10 tahun lepas boleh kot nak jawab :p

      Delete
    7. maybe agaknya dia melayan je kerenah pensil dgn kawan kot..tu yg korang senang kacau dia..

      Delete
  26. lama tak singgah jenguk H..sehat ke :)

    nanti free ciksu singgah godek n3 lama ye..st mlm nak blk kuala pula tgk abg ipar xcident.huhu

    ReplyDelete
  27. kesian mmg kesian kat dorang ni.. tp tu la bila tgk kejadian di lahda datu tu ghasa mcam ....
    ntahla...

    pa pepon kita patut bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..syukur sebab keadaan kat negara kita still lebih baik berbanding diorang..:)

      Delete
  28. pekerja kebersihan kat opis myanmar tp tataw le islam ke x.bukan paham melayu pun dia...bercakap dgn dia umpama ayam dgn itik bercakap...hahaha
    syukran masih dekat dengan family tercinta...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..memang pun..kalau jenis yg x faham bahasa kita tu, memang susah la nak komunikasi..

      tapi..aritu ada sorang tu dia faham bahasa melayu, and dia boleh la cakap bahasa melayu walaupun pelat..tapi dia langsung xtau menulis..huruf ABC pun dia xtau..

      Delete
  29. salam..singgah sini :)
    suka entry nie.. bersyukur krn kita dkat dgn kluarga. wrga rohingia tu memang akan dibunuh dgn askar myanmar. kesiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..hmm..tu la..diorg x diiktiraf kat negara sendiri..

      Delete
  30. antara tajuk yang sesuai.. 'Merantau Workers'. macam citer 'Merantau Warrior' tu.. huhu. ;P

    bagi aku, selagi dorang behave dalam negara ni n datang sebab nak cari keje je.. aku takde masalah. evendoh mesia ni aku dah tak rasa macam mesia sangat.. sebab mana pergi nampak foreigners je. tapi yang buat aku bengang kalau dorang buat kepala dalam negara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2..selagi diorang behave..skg ni kalau cuti besar2 ke, kat shopping complex mmg penuh la warga asing..:D

      Delete
  31. walaupun entri kau panjang, tetap kugagahi baca sampai ke titik penamat. :)

    kat kawasan aku tinggal, ada gak orang myanmar tinggal... tapi bukan dekat ngan rumah aku la... umi yang cakap... aku tak care pun...

    ReplyDelete
  32. husna knal bangladesh je..sbb muka depa familiar..nepal mnyammar lgik x kuasa nk kenal..haha..

    alhamdulillah..masih lgik di bwah ketiak mama abah..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..lebih kurang jer bangla, nepal dgn myanmar ni..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top