Header2

• 20 June 2013 •

Jahat Okey Lagi, Asalkan Jangan Keji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau nak ikutkan, aku ni tengah marah sebenarnya. Sebab tu la aku tak tau nak mulakan entry ni dengan intro yang macam mana.

Okey, secara umumnya semua orang tau bahawa lelaki ni nakal. Atau dalam bahasa kasarnya, lelaki ni jahat. Kalau tak jahat, maknanya bukan lelaki, tapi pondan. Heh..suka hati aku jer bagi statement. Jadi apa yang aku nak bagitau ialah lelaki ni memang jahat. Macam setan. Itu jer..hahaha. Kalau tak caya, cuba korang imagine setan. Setan tu korang gambarkan sebagai lelaki ke pompuan? Haaa..lelaki kan?

So kesimpulannya, aku bukan nak cakap pasal setan.

Aku tak ada masalah kalau lelaki ni jahat. Ok fine, nakal. Aku tak ada masalah kalau lelaki ni nakal. Spesifik untuk entry kali ni ialah kategori lelaki-lelaki yang romeo ataupun player. Jenis yang sweet talker. Mulut manis, time tidur semut penuh kerumun kat bibir. Silap-silap kalau keluar air liur basi, belum sempat lalat nak hinggap, semut dah hurung dulu. Awek toksah cerita la. Memang ramai. Setiap negeri sekurang-kurangnya kena ada satu. Then kalau pergi karaoke, mesti nyanyi lagu Ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Yang tu takpe. Rezeki masing-masing la nak ada awek ramai pun. Pandai makan, pandai la simpan. Kalau dah kantoi, busuk-busuk pun awek tu cuma tinggalkan kau. Apa ada hal. Dah title pun romeo yer tak? Cari jer la awek lain..kahkahkah. Okey, tak lawak..kahkahkah.

Tapi, aku tak suka kategori lelaki yang keji.

Kategori lelaki yang keji ni ialah bila dah kantoi, dah clash, dah ada awek lain, tapi still taknak lepaskan awek yang lama. Dengan alasan, dia still sayangkan that girl. Bodoh gila kot. Kau dah ada awek lain, apa jadah kau nak mintak that girl terus layan perasaan kau macam yang dulu-dulu? Kau ingat kau siapa? The only one yang ada dalam hidup dia? Then dia tak boleh ada bopren lain? Kalau dia ada bopren lain, kau jeles? Sebab rasa kehilangan dia? Player takut kehilangan? Puiii..

Cuba la jadi orang yang berpendirian sikit. Kalau nak tinggalkan, tinggalkan la betul-betul. Biar dia menangis. Biar padan muka dia. Biar dia rasa sakit. Biar dia rasa sedih gila-gila. Biar dia belajar daripada pengalaman. Biar pengalaman tu buat dia move on. Biar dia jadi orang yang kuat untuk kesat air mata sendiri. Biar dia. Macam tu.

Ini tidak. Kau buat perempuan macam layang-layang. Kau lepas, tapi dalam masa yang sama kau tetap nak pegang. Apa salahnya bila layang-layang tu dah tinggi, kau terus putuskan tali. Biar jer layang-layang tu terbang bawak haluan sendiri. Biar koyak, biar sangkut kat pokok. Sebab nanti akan ada budak-budak darjah satu yang panjat pokok untuk selamatkan layang-layang tu. Fix elok-elok then gantung kat dinding rumah. Kan bagus macam tu. Heh..apa jadah aku pergi cerita pasal layang-layang pulak.

Berbalik kepada entry, aku rasa lelaki yang macam ni agak memalukan. Pengecut. Tak ada pendirian. Bodoh. Bengap. Bebal. Bangang abadi. Dia tak tau apa yang dia nak, dan dia tak tau siapa yang dia nak. Maybe dia ingat nak kahwin dua, tapi dia lupa yang satu pun sebenarnya dia belum ada. Haishh..geram aku dengan orang macam ni. Memalukan kaum lelaki jer.

Okey, lari topik sekejap. Sebenarnya satu benda lagi yang aku marah ialah bila mana lelaki ni secara tak sengaja buat aku menentang pemahaman sendiri. Sebelum ni, pemahaman aku ialah cuba membantu orang untuk buat keputusan. Bukan menyuruh orang buat keputusan, apatah lagi buat keputusan untuk orang lain. Tadi, disebabkan marah dengan perangai bodoh dia, buatkan aku seolah-olah terinstruct orang lain untuk buat keputusan. Sungguh, aku tak suka keadaan macam tu.

So camtu la kesimpulannya. Jadi orang jahat tu tak apa. Okey lagi. Tapi tolong la jangan jadi orang yang keji.

Tadi aku google image sebab nak cari gambar 'keji', then terjumpa pulak gambar yang ni. Nama dia Keji Sojobi. Tak, aku tak kenal pun siapa dia. Cuma aku terfikir sesuatu bila tengok gambar ni. Apa dia? Yup, betul tu. Dia tak ada muscle..kahkahkah.

p/s: Oh ya, cerita ni bukan pasal aku. Cerita ni pasal seorang lelaki yang masih mencari, dan seorang perempuan yang ingin berlari. Cuma sehingga kini, masing-masing belum kuat untuk berdiri dengan sendiri.


86 comments:

  1. Replies
    1. tahniah..anda menang motto!!

      Delete
    2. entri ni best. dah dekat 5 kali ulang, tapi tak suka nak cakap pasal ni :3

      pernah juga jumpa yg jenis macam ni, jenis suka putar belitkan fakta -_-

      Delete
    3. erkk..putar belitkan fakta macam mana tu pensil? meh explain sikit..hahaha

      Delete
  2. Maaf aku tergelak sedangkan kau tengah marah. Bab lagu Ukays tu tak menahannya.

    Aku dulu pernah rasa geram dengan satu mamat yang aku tak kenal (pasai dia bf kawan aku). Dia kawen pompuan lain kot, pastu masuk minang kawan aku tu, kuang ajaq tak. Lama giler kot depa kapel, yg dia gi kawen hok tino lain tu bakponyo. Sian giler wei member aku, sebab sayang punya pasal, terima. Aku tak leh lebih2 marah pun sebab bukan life aku.

    Eh... tambah beban cerita sini pulak, mahap jer En H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh..mujur ada jugak org nk gelak baca entry ni..sbb aku memang xnak entry ni nampak tense sangat..releks2 jer sudah..hahaha

      dalam kes aku pulak, mamat ni kira ex-bf kawan aku..dah lebih 7 bulan putus..sepanjang 7 bulan tu, awek dia ada 8 orang..tapi still nak pegang that girl utk terus ada sama2 dgn dia..:D

      Delete
  3. Xyahla nk mghrap smpati para pompuan..haha. Tp dlm sstu hbungn tu cite dia lain2. Reason dia lain2. So ak no komen, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..lelaki yg mengharap simpati org ppuan ni, pada aku agak memalukan kot..hahaha

      tapi tu la..yg aku nampak, org ppuan ni biasanya memang lembut hati..even reason lain2 pun, tapi lembut hati tu indirectly memakan diri diorang balik..

      Delete
  4. Fuh mendalam maksud dia nih bro. tercekik segala makanan yang aku makan , tahniah kerana anda tahu akan hati wanita yang xhingin didua kan. aisemennn, perghh ayat aku seyh. -___-''. kesimpualannya semua lelaki tak sama. yang cakap sama tuh, orang yang baru kena clash lahh tuhh, kalau dah jumpa orang baru, berubah balik lah pikiran dia. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya, saya bukan orang yang first komen. :3

      Delete
    2. erkk..mendalam? ni entry marah la..hahaha

      kesimpulannya, tak semua jahat tu jahat, dan tak semua baik tu baik..:D

      Delete
  5. yes!! ena pun tak suka lelaki yg keji... main2kan perasan perempuan.. nakal tak pe lagi.... hebat lah H ni memahami hati perempuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..err..bukan sebab memahami hati ppuan la ena..cuma kadang2 rasa ada situasi yg xperlukan kita utk main tarik tali..:D

      Delete
  6. Aku suka part layang-layang tu. Simbolik sangat, Nice!

    By the way, life lelaki player tu adalah life aku dolu dolu masa zaman sebelum further study. Hahaha (Gelak Jahat!) :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..part layang2 tu kebetulan jer aku terfikir..:p

      player tu takpe dira..lelaki ke, ppuan ke, sama jer kot ada yg player..cuma kalau nk jadi player tu, at least biar la beretika sikit..jgn jadi player yg bodoh..hehehe

      Delete
  7. kalau BOBO tu adakah beliau di ketegorikan dengan ""Tak ada pendirian. Bodoh. Bengap. Bebal. Bangang abadi."" hahh tetiba lak kn??

    ok back to lelaki keji ni.. mmber aq ada mcm ni jgk.. dia kena maki hamun, siap kena pukul.. then bila dia kuar dgn pmpn lain ok je.. tp bila pmpn tu kuar dgn bdak laki ada mmber pmpn ikut skali dia trus nak marah, siap lempang2 lg dpn org ramai...

    bila pmpn tu xnak dah, dia still kejar2 pmpn tu, baru nak merayu xkn buat benda sama lg... errkkk .. tp x d terima pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba2 bobo yg kena.haha.

      Delete
    2. errr..aku sebenarnya xnampak apa kaitan bobo dgn entry ni..hahaha

      haaa itu la sikap sesetengah lelaki, or mungkin semua lelaki..dia ada awek lain takpe, tapi kalau ppuan tu ada bf lain, dia xleh pulak nak terima..:D

      Delete
    3. Bobo....?
      Kahkahkahkajkah....

      Delete
    4. Lina ni peminat Bobo kot..hahaha

      Delete
  8. errr urmmm awakk..oh maii..speechless baca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..aaaa..cik/encik anon terasa ke? :p

      Delete
  9. shahz jazle sangat.. haha. dah ada tunang pun still kawan dengan perempuan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ada tunang tapi kawan dgn ppuan lain kira biasa la tu..then kantoi, pandai2 la tanggung sendiri..:D

      Delete
  10. ex bf aku sejibik cenggini la,, time tu aku tak tahu pun dia tu ada pmpuan lagi tapi dah berzaman aku mintak clash tak nak,, mybe beriban kali,, rupanya dah berzaman ada pompuan lain,, keji punya lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kesian kau..aku rasa tu sebahagian drpd ego org lelaki..taknak ditinggalkan..sebab bila ditinggalkan tu dia rasa macam loser..kot..hahaha

      Delete
  11. tetiba aku tengok ada qr code kat situ,, ttiba aku terbuka scanner aku,, tetiba aku ter add wechat,, ttiba kalau ko tak approve memang naya kau aku kerjakan,, ingat tu H :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku dgn pantas jer approve sebab takut..:p

      Delete
  12. Tak sangka ko ni berprinsip jugak orangnya. Aku yakin kalo ko ada gf pun ko setia kan? Yg pasal lelaki keji tu, aku rasa ada banyak lagi kekejian yang lelaki selalu buat yg kalo aku nak citerkan kat sini aku pun dah lupa sbb byk sgt. Tapi entry ni aku suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..berprinsip biar konsisten..hahaha

      kalau ada gf, aku setia tau..tapi sama macam bundle la, aku setia pada semua..:p

      keji ni pada aku bila someone tu macam takde pendirian terhadap apa yg dia nak..or dia xtau apa yg dia nak..

      Delete
    2. erkk..bandel sibuk jaga Ammar Wazzi..:D

      Delete
  13. "Biar dia jadi orang yang kuat untuk kesat air mata sendiri."

    jangan mengaku kau orang kuat kalau airmata sendiri pun tak mampu kau kesat. tak gitu H? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..betul tu..hahaha

      sebenarnya sy amik ayat tu drpd twitter awak, cuma xleh nak share kat sini la..sebab takut nanti org salah faham dan ingat entry ni ditujukan kat awak..:D

      Delete
    2. haaa tulah kan. susah pulak kalau macamtu. tak pasal ara kena. ara tak tahu apa2 pun padahal.

      Delete
    3. hahaha..xpe2..kalau kena pun Ara sorang jer yg kena..H x kena apa2 pun..:p

      Delete
  14. Lagi keji dan menyakitkan hati bila pada masa yang sama, dua perempuan dia ikat sekali dan tak tahu nak lepaskan yang mana satu. Bagus laa cikgu, ada ciri jadi suami mithali niiii. Kemain lagi marah. Jumaat ni, rileks rileks sikit :p

    Tapi kan, ada je sesetengah perempuan yang dah terang terang teman lelaki dia ada makwe lain, still nak jugaaa dengan lelaki tu. Siap jumpa 'madu' mintak lepaskan pakwe dia. Gosh! Ohh sangat tak faham! *emosi terlebih, sorry* :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul tu cik nin..dua2 dia ikat, and dua2 dia xnak lepaskan..dengan harapan, salah sorang akan tarik diri la..tapi bila salah sorang tarik diri, dia kejar pulak sebab rasa sayang nak lepaskan..hahaha

      part jumpa dgn 'madu' mintak lepaskan bf dia, yg tu xpe lagi kot..consider sebagai effort utk pertahankan apa yg dia nak, and apa yg dia ada..

      lagipun perasaan org ni mana la boleh kita nak jangka yer tak..masing2 ada idea and pemikiran sendiri..:)

      Delete
  15. haaa memang den marah dengan org mcm ni.. ni tamak haloba namanye.. tak cukup satu.. Tu la dulu cikgu ajar peribahasa org tamak selalu rugi dia takmo dengar..eh ade kne mengena ke??

    Sya ada pengalaman kenal lelaki mcm ni. Udah ku tinggal in. huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tamak tu takpe Sya..standard la manusia kan mmg tamak..yg jadi masalah bila xde pendirian, itu jer..:D

      errr..kenapa tinggalkan dia? kesian dia tau..heheh

      Delete
    2. betul jugak tu..ibarat lalang kan..

      tingglkan dia sebelum dia tingglkan kita haha..tak2 bukn gitu..ada la sebbnya

      Delete
    3. haaa betul..tu la pasal..macam nak..macam xnak..macam nak..macam xnak..lempang satgi baru tau..:D

      so dalam kes kita ni, siapa yg nak tinggalkan siapa?

      Delete
    4. jgan lempang..baik sagt tu..

      Sya tingglkan dia sebab tiada kejujuran dalam diri dia.. itu semua sudh dapt ku bukti kan hahaha

      Delete
    5. eh bukan..itu kes Sya dgn dia..xpenting dah..ni pasal kes kita ni..siapa yg nk tinggalkan siapa? :p

      Delete
    6. eh salah jawab ae? okay2 fokus. Sya rasa elok la sya undurkan diri demi kebahagian H dengan beliau..Tiada istilah siapa tingglkan siapa. Biar la daku membawa diri ini untuk mengharungi hari2 mendatang errr

      Delete
    7. cewah kemain ayat..kalau undur diri tu maknanya Sya la yg tinggalkan H..hahaha

      Delete
    8. owh yeke?? cancel2 -_- Mohon H guna ayat Sya tu haha

      Delete
    9. erkk..xleh2..H x biasa tinggalkan org..ditinggalkan tu biasa la..hahaha

      Delete
    10. So, Sekarng ni kena nmpak mcm Sya la yg tingggl kan H? haha

      Delete
    11. haaa..nampaknya camtu la..sob2..

      Delete
  16. huhuu..aku suka entry ni..suka suka suka..sebab apa???
    lelaki itu keji tapi bukan Keji Sojobi,sebab aku kenal keji sojobi tu..eh? ngarut apakah? hiihih

    bTW, aku stuju ngan ko, lepaskan apa yang ptut dilepaskan, jangan bersikap xadil macam tu kan.. tu dendam namanya.."aku tak dapat kau,jangan harap jantan lain dapat kau"..oh men!!! giler!! hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tu la pasal..kalau nak lepaskan, lepaskan betul2 la yer tak..ni nak lepas, tapi taknak lepas..perangai mcm apa ntah..hahaha

      Delete
    2. hahah kan kan..gila talak ke hape? eh?:P

      Delete
    3. tu bukan gila talak bro..tu bengong..hahaha

      Delete
    4. haaa..bengong..hahaha

      Delete
  17. Hehehehe. Setuju dgn entry ni.memang terang lagi bsuluh yang lelaki tu keji. Sebab xnak lepaskan tali layang2 yg ada dia telapak tangan dia tu...suka2 main tarik2 kan...

    Kadang2 xfaham juga kenapa mesti buat mcm tu...dan ini juga adalah masalah tbesar dalam hidup manusia yg pendirian dia ibarat pasir tepi pantai..jap2 berubah..jap2 senget..jap2 lurus...jap2 apasajalah...

    Dan...ada lagi satu kategori lelaki yg sama pesen mcm ni...iaitu lelaki pengecut/penakut...! Spesis ni sama kategori hak ni gak...hehehe...

    Dan jugak, lelaki ni ibarat macam jalan atas tali macam kat sarkas tu tau tak? kalau boleh dia nak kedua2 belah dia ada perempuan..xnak lepas satupun. kalau lepas satu dia rasa dia tak leh nak habiskan acara merentas tali tu..pastu jalan dia bukan mcm itik..bukan....Hahahaha...

    okay,Nur byk merepek dah ni..grrr...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..at last Nur baca jugak entry ni sampai habis..:D

      pasal pasir tu..smlm ada org kata pasir tu kuat..padahal sebenarnya pasir tak la kuat sangat..cuma sebab pasir tu ramai jer kot..sebab tu nmpk kuat..hahaha

      p/s: muhun Nur jalan macam itik..

      Delete
    2. Haaaa...hebat x Nur....
      Hebat x Nur....?
      Hahaha...

      Betullah org tu cakap...
      Pasir tu kuat...
      Kalau tak kuat tentu2 pasir tu hilangkan....

      Delete
    3. P/s: H la buat jalan itik dulu...H kan mentor....hahaha

      Delete
    4. ini semua salah BOBO!! haahah

      Delete
    5. kenapa Bobo? kenapa? kenapa? kenapa??? hahaha

      Delete
    6. Sbb Lina minat kat bobo laaa....
      Hahahah....

      Delete
    7. Sbb Lina minat kat bobo laaa....
      Hahahah.....

      Delete
    8. Ingatkan Lina minat kat Salim..:p

      Delete
    9. Salim pun Lina minat gak...
      Ilyas pun Lina minat gak...
      Hehehehe

      Delete
    10. Lina dgn Salim jer..Nur yg dgn Ilyas..hahaha

      Delete
    11. Dua2 bg Lina....
      Nur xmo...
      Terima kaseh....
      >_<

      Delete
    12. Nur amik jer Ilyas..dia baik tau..hahaha

      Delete
    13. Errr...
      xmo ahh..
      Bagi je Lina...
      Hehehe

      Delete
  18. lelaki memang keji seyh...

    sebab kengkonon susah nak lupakan cinta lama. or dalam bahasa omputih nye aku panggil bullshit. huahuahua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehhh..mentang2 la aku buat entry pasal perangai lelaki, kemain kau kutuk ea..hahaha

      Delete
    2. thanks sebab bg aku peluang H

      :P

      Delete
  19. first time baca blog encik H ni..huhu..menarik~ :)

    ReplyDelete
  20. memang masih dan tetap akan wujud kan lelaki yg keji dan pengecut macam tu. huh, kita pun marah jugak ni

    ReplyDelete
  21. salam singgah dr blog cik NUr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal gak..:)

      Delete
    2. Haaa....bak la hadiahhh.... =_=

      Delete
    3. kan H dah bagi choki2..:|

      Delete
    4. mintak kat chic na..dia tauke ceklat..:p

      Delete
    5. haippp.. ape sebut2 nama org ni.. =_=

      Delete
  22. ada kawan mcm ni.. mmg player besar sampai la bila dia dah brtunang ngn salah sorang mangsa dia tu, dia terjumpa awek yg betul2 dah buat dia jatuh cinta.. mmg dia taknak lepaskan awek tu walau hakikatnya dia dah bertunang.. tak lama lepas tu dia dpt tau awek tu dah berpunya.. masa tu dia dah kawen kot.. buruk nau org yg dah kawen frust sebab awek lain.. xtau nak kesian ke nak lempang.. kawan kan.. hikhik..

    -serius malas nak login (^_^)V-

    ReplyDelete
  23. Pernah terkeno jugak. Lelaki jenis cmni hidup takda hala tuju. Rugi je sape dapat kalau perangai tak ubah, dari saya kena game baik belah awal2. Mula-mula tak beritahu da ada gf bila kantoi baru mengelabah lepas tu cakap "Saya sayang gf saya sebab dia banyak berkorban tp dlm masa yg sama saya suka awak dan dan nak awak." Eh dia sayang gf dia sebab kesian ke ape. Eh BULLSHIT. HAHAHAHA. LOSER MAN!

    Cuma saya harap someday dia sedar! What you give you get back :)
    (Senyum seindah suria yang membawa cahayaaaaaaaaaaaa)

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top