Header2

• 15 June 2013 •

Jangan Menentang Fitrah Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fitrah hidup menentukan bahawa lelaki itu pasangannya ialah perempuan, dan perempuan pula pasangannya ialah lelaki. Itu adalah fitrah yang asal. Tapi, ada tapinya. Tapi ada jugak lelaki yang berpasangan dengan lelaki, dan begitu jugak yang sebaliknya. Senang cerita, ada yang gay, ada yang lesbian, ada yang homosexual, dan ada jugak yang bisexual.

Benda ni wujud, even dalam kelompok persekitaran kita kat Malaysia.

Dari segi humanity, benda ni tak salah. Semua pun manusia. Gay pun ada perasaan, lesbian pun ada perasaan. Masing-masing pun berhak untuk dilayan sebagai manusia. Jadi aku taknak bersikap tak adil kepada kelompok yang mengamalkan hubungan sejenis ni. Bukan sebab aku menyokong perhubungan sejenis. Semestinya tidak. Cuma dari segi kemanusiaan, aku harap diorang dilayan sebagai manusia. Tanpa diskriminasi. Sebab aku percaya masing-masing ada alasan, ada sebab, dan ada penyebab kenapa diorang berorentasikan perhubungan yang macam ni.

Tapi dari segi morality pulak, aku harap mereka ni suatu masa nanti akan kembali kepada fitrah yang asal. Akan kembali dan akan berubah.

Susah sebenarnya nak membicarakan isu ni. Sebab daripada apa yang aku nampak, kebanyakan mereka yang berorentasikan hubungan macam ni biasanya dari golongan yang cerdik pandai. Dari golongan yang terpelajar. Educated person. Di mana golongan bijak pandai ni jarang nak menerima nasihat, jarang nak menerima teguran. Sebab diorang rasa, diorang tau apa yang diorang buat. Dan diorang percaya apa yang diorang buat. Kau siapa nak tegur aku? Betulkan diri kau sebelum kau cuba nak betulkan diri aku.

Dalam bahasa mudahnya, kalau cara kita tak betul, usaha untuk menegur tu akan jadi something yang sia-sia. Silap-silap boleh bergaduh jadinya.

Aku? Aku sendiri sampai sekarang tak tau macam mana nak tegur atau nasihat golongan yang macam ni. Seriously aku memang tak tau. Nak cakap pasal agama, aku ni bukannya alim sangat. Dan diorang pun bukannya jenis yang langsung tak tau pasal agama. Diorang tau semua tu. Diorang tau pasal hukum-hakam. Diorang bukan jahil. Dan diorang pun bukannya bodoh.

Nak cakap pasal persepsi masyarakat? Aku rasa diorang pun tau pasal tu. Kita ni kat Malaysia beb. Berapa kerat jer la orang Malaysia ni yang betul-betul open minded untuk terima hubungan sejenis ni. Boleh katakan hampir kepada takde kot..hahaha. So untuk membicarakan pasal persepsi masyarakat, aku rasa itu memang tak perlu.

Jadi apa yang aku boleh buat? Entah, rasanya macam tak ada. Benda ni sebenarnya berbalik pada kesedaran dalam diri diorang jugak. Kenapa kau jadi lesbian? Kenapa kau jadi gay? Sampai bila kau nak jadi macam ni? Apa direction kau untuk kehidupan yang akan datang? Ada pernah tak kau punya keinginan untuk berubah suatu hari nanti? Semua jawapan tu ada dalam diri diorang. Dan diorang sendiri yang akan tentukan.

Secara jujurnya, aku percaya bahawa setiap orang ingin berubah dan setiap orang akan berubah. Kita yang berorentasikan perhubungan normal ni pun tak terkecuali. Setiap orang akan sentiasa harapkan kehidupan yang lebih baik. Macam tu jugak dengan diorang. Aku rasa diorang sendiri pun ada niat nak berubah. Cuma mungkin turning point tu belum ada. Atau mungkin masa yang belum tiba. Tapi aku percaya, tak kira la cepat atau lambat, insyaAllah masa tu nanti akan tiba jugak.

Kesimpulannya, kalau kau ada kawan-kawan yang mengamalkan hubungan macam ni, jangan la sisihkan diorang. Diorang bukannya sesat. Cuma diorang tergelincir daripada jalan yang asal. Diorang akan berubah kalau ada orang percaya bahawa diorang akan berubah. Tak perlu ramai, sorang pun dah cukup. So, have faith guys. Sokongan kau, dengan cara yang betul, insyaAllah akan bawak diorang untuk kembali ke jalan yang betul.

...berubah, atau support orang untuk berubah.

Dan kalau pulak kau sendiri yang mengamalkan hubungan macam ni, berubahlah. Tolonglah berubah. Kau tak perlu berubah untuk orang lain. Kau tak perlu berubah kerana kau dipaksa untuk berubah. Tapi kau berubahlah untuk diri sendiri. Tolonglah, tolonglah mula dan cuba berubah. Kau jer kot yang boleh tolong diri sendiri. Orang lain tak boleh tolong, orang lain cuma mampu sokong.

Itu jer kot entry aku untuk kali ni. Maaf kalau-kalau ada yang baca dan rasa macam berkecil hati.

p/s: hidayah itu milik Allah, dan ia perlu dicari..


68 comments:

  1. yeah~
    aku pun perasan selalunya diorang bijak2..
    dan kacak2..

    tapi aku yakin..
    kalau diorang berubah, pasti lebih baik dari kita..

    cuma kdg2 kita sisihkan diorang..
    tapi kt radio ade mak jemah dgn fifi..
    boleh pulak kita suka..
    pelik kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kebanyakan diorang ni mmg kategori yg pandai2 and bijak2..ada rupa, ada kerjaya..cuma orientation jer yg lari drpd norma kebiasaan kita..

      kalau kat radio, mak jemah dgn fifi tu, kita cuma dgr suara, xnampak diorang dpn mata..maybe sebab tu la yg masyarakat still boleh terima..

      Delete
  2. Golongan ni kat malaysia byk dari golongan lembut. cara dia bawak la kawan tu pergi aktiviti yg lasak sikit. jangan la bawak ke poco poco je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lelaki lembut tu maybe la pegi poco2..tapi kalau yg badan ketak2, tu layan gym jer, buat badan..:D

      Delete
  3. tk pernah lak jmpa golongan macamni, kdg2 tu, nak tau gak, knpa dorang blh jadi mcmni,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la..byk sbb kot masing2 terlandas pada kehidupan masing2..mybe persekitaran, keluarga, kawan2, kebebasan or macam2 lagi..diorang jer yg tau kot..

      Delete
  4. Yup..betul apa yg H kata...diorg mmg nak berubah...
    Tapi semua tu perlukan masa dan yg paling penting kekuatan dalam diri masing2....

    Lepas spm dulu Nur pernah bkerja di stensen minyak. Dan disitulah Nur mula kenal kawan2 yg datangnya dari golongan pengkid. Dalam bkawan...Nur cubalah sikit2 bg nasihat..ckp pun kenalah blapik..sbb diorg lebih tua dari nur...walaupun diorg xbg Nur pggil diorg kakak..nur tetap panggil diorg kakak.hehehe..

    Dan bila dah lama kenal..entah mcm mana salah seorg dari diorg minta tolong Nur bawa dia belikan telekong. Katanya malu nak beli sendiri. Punyalah berbunga hati Nur. Dan sekarang ni kak tu dah kawin nak kawin dah...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..mesti seronok kan bila tengok kawan2 yg macam ni berubah..tak kisah la dia berubah sebab nasihat kita ke tidak, tapi yg penting dia ada rasa nak berubah..:D

      Delete
    2. Seronok tu mmg lah seronok...
      Tapi itulah...Nur sedih gak sebenarnya...
      Huhuhuk... :(

      Delete
    3. erkk..kenapa Nur nak sedih pulak? sebab dia dah x jadi pengkid ke? hehehe..

      Delete
    4. Ehh...ade pulak mcm tu..Grrr..!
      Nur sedih sbb dia kawin tak jemput NUr pun..
      hahaha

      Delete
    5. owh..ingatkan Nur sedih sebab dia dah xjadi pengkid lagi skrg..kahkahkah

      Delete
    6. Grrrrrrrrr......... -_-

      Delete
    7. Ehh..tak lah...
      Mengantuk jee...
      Nak tido xleh...
      Bantal xkering lagi...
      De org menangis smlm....
      :p

      Delete
    8. dah2..Nur jgn la selalu nangis..nanti mata buta jadi macam Kasim Selamat pulak..hahaha

      Delete
    9. Mana ada Nur nangis...
      H kan yang nangis smlm...
      Sampai basah bantal2...
      Hahahahah....

      Delete
    10. bukan Nur ke yg nangis tengok citer Kashaf Imani? :p

      Delete
    11. Ellehhh....dia nangis xngaku....
      Hahahahaha.....
      :p

      Delete
  5. PERRRRGHHHHH terus post, tanx mr H :) :)

    ReplyDelete
  6. Over here mereka sentiasa perjuangkan gay rights, open gila kot sini, even still ada group yang anti-gay.

    Kalau kat Bosnia, aku tak pernah nampak satu pun, mmg takder kot. Ko rasa dah puas hidup, boleh la jadi gay sana, timbuk sekampung. hehhee

    Aku sendiri... ada la a few gay member.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk keyell ke nastyna? :)

      Delete
    2. kalau diorang prjuangkan hak nak berkahwin sesama gay ke, yg tu aku rasa memang tak patut la..tapi kalau nak dilayan macam manusia biasa dari aspek kemanusiaan, yg tu aku setuju kot..hehehe

      p/s: aisyah, dora ni dok kat berlin kot..aku pun dah lupa..hahaha

      Delete
  7. yang aku pelik bila golongan macam ni diangkat seolah-olah kelemahan dorang yang tak maju tunjuk mereka lembut itu adalah satu kelebihan.. sampai angkat jadi artis,,, aku tak rasa benda tu patut,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..ni pasal Bobo ke? hahaha..yg tu aku xleh kata apa la kot..rezeki masing2..aku xminat sebab dia gedik buat parody tu..nak jadi lembut xpe, yg pnting jgn gedik..:D

      Delete
  8. 'hate the sin, not the sinner'

    ada masanya bukan dorang xnak berubah.. tapi masyarakat yang terlebih skeptikal buatkan dorang tawar hati. masyarakat yang lebih suka menghukum, menghina & mengeji.

    setiap manusia akan menghadapi pelbagai ujian.. dan malangnya golongan ni diuji sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dikeji tu biasanya sebab sikap..sebab morality dan cara diorang..kita kat Malaysia ni, kalau lelaki brpasangan dgn ppuan walaupun belum kawen, kita still boleh terima sbb itu normal..tapi kalau laki dgn laki or ppuan dgn ppuan, kita rasa geli..sbb tu kita keji..

      Delete
    2. and yes..kita nak hate the sin, but unfortunately the sinner tu pulak yg terbabit sekali..:D

      Delete
    3. cause the line that separates the sinner n their sins is very thin.

      tapi masing2 ada reason tersendiri kenapa dorang buat camtu kan? so.. selagi buleh ditarik ke jalan yang benar, memang elok la kan?

      Delete
    4. yup..aku pernah tulis pasal benda ni dalam entry Pada Satu garisan Halus..oct tahun lepas kalau x silap..:)

      insyaAllah, semua org akan cuba berubah nk jadi baik..

      Delete
  9. Tak tahu nak komen apa... isu ini sebenarnya terlampau banyak untuk diperkatakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..isu ni melibatkan kemanusiaan dan moral..nak cakap lebih2 pun takut nanti menyinggung mana2 pihak..:)

      Delete
  10. just doakan yg terbaik utk mereka.. tu lebih baik kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh cakap, kita cakap..kalau boleh tegah, kita tegak..tp kalau xleh guna perkataan, memadai kot kalau kita just cuba doakan..:)

      Delete
  11. itu yang salahnya masyarakat. membenci si pelaku, padahal yang sebenarnya membenci dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kita semua terlandas pada kebiasaan yg sama..:)

      Delete
  12. Bila baca ni tringat pulak masa naik ktm, ade "abg" ni masuk coach wanita jgk. See? mmg fitrah wanita ni utk dilindungi. doakan jela mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ppuan tu aku xrisau sgt hara..sbb normal je kalau tgk ppuan peluk ppuan or ppuan pegang tgn ppuan..cuma kalau lelaki dgn lelaki tu, normally kita semua masing2 akan geli..sebab tu aku harap diorang2 ni berubah..

      Delete
  13. fuh... rasa nak print dan tampal kat LRT je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..buat apa kau nk tampal kat LRT pulak TK..hahaha

      Delete
  14. aku no komen pasal benda-benda ni...

    tp tak bermaksud takde di sekeliling aku. memang ada.

    bg aku, semua ni berkait dengan emosi seseorang dan semua tahu yang mengawal emosi adalah amalan agama.

    tapi kalau dh memang benda tu takde atas faktor yang macam-macam, adakah kite layak pulaukan die...

    mungkin dengan perhatian lah emosi mereka lebih stabil dan ia perlukan jangka masa panjang utk berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada aku, diorang2 ni need support..sokongan drpd org yg boleh percaya kat diorang, yg tu la yg insyaAllah akan bawak diorang kembali ke jalan yg betul..

      Delete
  15. Nak ngumpat skit. Ada kwn aku ni. Mmg dh lama tak jumpa dia secara life. Kalo ada pun tgk status kat FB je. Memula2 dulu status dia sedih2 lepas dia divorced dgn husband dia. Pastu tetiba dia nampak hepi dgn status percintaan dia dgn sorang pengkid. Baru2 ni sedih balik sebab ada problem kot *of cos aku tak tanya*, then kejap je lepas tu dah hepi balik dgn pengkid lain. Sbnrnya aku bukan nak boikot dia, cuma aku mcm sangat geli dgn hubungan pelik tu. Aku rasa ramai org yg takleh terima mereka dlm masyarakat pun sbb geli geleman tu la. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..normal la tu Lyd..aku sendiri pun sebenarnya geli jgk dgn hubungan sejenis ni..aku pun diskriminasi jgk bila nampak perwatakan golongan yg macam ni..rasa nak muntah pun ada..hahaha

      tapi tu la..at the same time, aku still rasa yg diorang sebenarnya need support..

      Delete
  16. hurm.... nice entry... ^^

    ReplyDelete
  17. hurmm..susah nk ckp..kdg² bukan kehendak diorg utk jd mcm tu.. entah la.. cuma doa je yg mmpu supaya diorg brubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk sebenarnya sebab2 yg kita x tau..sebab yg membawa diorang utk memilih jalan yg macam ni..:)

      Delete
  18. kita hanya mampu berdoa..=)

    tetiba teringat video mat lutfi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoo..video mat luthfi yg latest tu ea?

      Delete
  19. semalam aq tertengok satu entri ntah blog dr mna ntah... tajuk entri tu riky martin bersama ""SUAMI"" dan anak kembar mereka.. aq konpius.. adakah bloger tu slah taip tajuk .. so dgn keadaan yg panasaran aq baca.. betul beb dia kata suami... O.M.G hahahaha.. boleh beranak ka laki2?? muahahahhahhaha...

    sila ketawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyoo..ricky martin dan suami dah dpt anak tu..hahaha

      errr..diorang guna kaedah tabung uji kot..:p

      Delete
  20. okay dah baca..cuma tak tahu nak komen mcm mana..ni jela komen sya utk entry ni ye. tetiba blur plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..amboi marathon entry ke apa ni? :p

      Delete
  21. haa la..2 minggu lepas busy dengan tender..ni tender dah submit boleh la relax2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..boleh dating la camni..kan kan kan? -_-

      Delete
    2. iphone dulu..lupa ae? :p

      Delete
    3. eh..alahai..ingatkan Sya dah lupa..:p

      Delete
    4. mana boleh lupa..kata materialistik hahaha

      Delete
    5. okey..nanti kowtim ea..T_T

      Delete
  22. Sesekali jgn lah keji dan hina..sesungguhnya Allah swt yg mengetahui segalanya.Sebagai manusia berdoalah untuk mereka.Sepatah kata boleh membawa kepada fitnah..Bila kita pandang sesuatu seperti golongan mereka.. kita diuji keimanan kita.. Lidah telinga akal iman dan lain lain lagi..
    Bila seseorang itu dilahirkan cacat anggota kita nampak.. tapi jiwa cacat kita tidak nampak.. pandang dan kaji lah.. Sesungguhnya Allah swt maha pengasih lagi maha penyayang.Maaf kalau keterlanjuran kata..
    Sesampai saya disini mencari huraian untuk mereka dan ingin menolong mereka.. Saya kasihankan mereka sbb atas dasar agama dan kemanusiaan.Maaf sekali lagi jika kedatangan saya disini menguris perasaan kalian.

    ReplyDelete
  23. Sesekali jgn lah keji dan hina..sesungguhnya Allah swt yg mengetahui segalanya.Sebagai manusia berdoalah untuk mereka.Sepatah kata boleh membawa kepada fitnah..Bila kita pandang sesuatu seperti golongan mereka.. kita diuji keimanan kita.. Lidah telinga akal iman dan lain lain lagi..
    Bila seseorang itu dilahirkan cacat anggota kita nampak.. tapi jiwa cacat kita tidak nampak.. pandang dan kaji lah.. Sesungguhnya Allah swt maha pengasih lagi maha penyayang.Maaf kalau keterlanjuran kata..
    Sesampai saya disini mencari huraian untuk mereka dan ingin menolong mereka.. Saya kasihankan mereka sbb atas dasar agama dan kemanusiaan.Maaf sekali lagi jika kedatangan saya disini menguris perasaan kalian.

    ReplyDelete
  24. Sesekali jgn lah keji dan hina..sesungguhnya Allah swt yg mengetahui segalanya.Sebagai manusia berdoalah untuk mereka.Sepatah kata boleh membawa kepada fitnah..Bila kita pandang sesuatu seperti golongan mereka.. kita diuji keimanan kita.. Lidah telinga akal iman dan lain lain lagi..
    Bila seseorang itu dilahirkan cacat anggota kita nampak.. tapi jiwa cacat kita tidak nampak.. pandang dan kaji lah.. Sesungguhnya Allah swt maha pengasih lagi maha penyayang.Maaf kalau keterlanjuran kata..
    Sesampai saya disini mencari huraian untuk mereka dan ingin menolong mereka.. Saya kasihankan mereka sbb atas dasar agama dan kemanusiaan.Maaf sekali lagi jika kedatangan saya disini menguris perasaan kalian.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top