Header2

• 27 June 2013 •

Jurutera Terer-Terer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh..suka hati aku jer nak create entry baru kan? Hahaha..bukannya apa, aku tak selesa biarkan entry yang aku tak suka berada kat atas dalam tempoh masa yang lama. Jadi aku kena la buat entry yang baru. Cadangnya nak buat entry lukis-lukis. Tapi rasa macam malas la pulak. So dipendekkan cerita, aku pun taip la entry ni. Kisah segelintir jurutera yang konon-kononnya terer.

Storyline ni bermula dalam sebulan atau dua bulan lepas. Waktu tu Syed Eddy Asyraf a.k.a. Lutut (aku ada mention nama dia dalam entry yang ini) add aku dalam group kat WhatsApp. Group member-member belajar masa kat Skudai dulu la. Aku okey jer. Takde masalah. Lagipun aku sendiri memang lama tak contact dengan diorang. Nombor phone diorang semua kat telefon lama. Aku bukan taknak save kat telefon yang sekarang ni. Tapi aku lupa. Eh..errr..tak sempat nak transfer..kahkahkah.

So bila dah kumpul member-member lama ni, macam biasa la, masing-masing sembang mengarut jer. Yang tu takpe. Nak sembang mengarut ni aku boleh jer layan. Kira normal la tu.

Tapi, bila ada segelintir so called jurutera ni nak bersembang pasal projek, pasal law of construction, pasal practice engineering, pasal hak-hak jurutera, pasal isu-isu dalam pembinaan, pasal kompeni-kompeni besar, pasal tender, aku rasa macam meluat. Rasa nak jer pangkah depan-depan. Tapi bila mengenangkan yang semua tu kawan-kawan lama, terpaksa la aku pendamkan jer hasrat murni tu. Tegur karang takut ada yang sentap pulak. Tak pasal-pasal jer..hahaha. Plus aku bukannya admin group tu. Jadi baik aku tengok jer, tak payah campur, just buat hal aku.


Pada aku, kalau jumpa kawan-kawan lama ni tak payah nak sembang beria sangat. Rileks jer sudah. Sama-sama engineer kot. Sama-sama tau apa isu dalam construction ni. Kita bukannya dalam forum debat mahasiswa beb. Group WhatsApp jer. So tak payah nak pertikaikan sangat kenapa tugas engineer submit RFI dan tulis Daily Records. And tak payah nak bangga sangat bila dah jadi kontraktor ni. Konon kapal pun kau boleh bikin kalau kena dengan harga. Poyo jer semua tu..kahkahkah.

Betul, aku setuju kalau orang kata Engineer ialah profesion yang profesional. Asalnya memang macam tu. Kena belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi engineer. Kalau zaman dulu-dulu bila belajar engineering, orang kampung mesti bangga. Heboh kat sampai kat kedai kopi jadi bahan cerita. "Anak Pak Munawer tu tak lama lagi jadi Enjinier. Bangga kampung kita ni Usop, Husin." Macam tu la kata Pak Abu konon-kononnya.

Tapi itu dulu la. Kalau sekarang, jadi engineer bukanlah sesuatu yang boleh nak dibanggakan. Lagi-lagi engineer cabuk yang kerja makan gaji. Tak kira la setelus mana kau practice engineering, kau tetap akan dilabel sebagai pekerja, bukan engineer. Kecuali la kalau kau jadi RE ke, amik PE ke, yang tu lain cerita la. Even kau makan gaji, orang akan tetap nampak kau sebagai engineer. Yer la, RE tu stand for Resident Engineer. PE tu pulak Professional Engineer, yang ada Ir. kat depan nama tu. Setakat kita engineer biasa ni, dah tak ada apa yang nak dibanggakan kot. Tiap-tiap tahun berlambak fresh graduate. Yang tak belajar kejuruteraan tapi jadi engineer pun ada jugak. Diorang dinamakan Sales Engineer..hahaha.

So kalau berbual dengan member-member lama tu, tak payah la nak sembang kencang sangat. Beragak sudah. Semak kot kalau sampai kat dalam group pun asyik nak cerita pasal kerja. Aku join group tu sebab nak keep in touch jer dengan member-member. Bukan sebab nak bincangkan kenapa engineer kena jadi engineer..heheh. Sekian, terima kasih.


p/s: Syed Eddy Asyraf ni bagus. Dalam group rasa macam tak pernah dia cerita pasal kerja. Tau-tau dah nak dapat anugerah dah. Share gambar pun just sebab nak kongsi kegembiraan dengan member-member.


25 comments:

  1. kah2.. bkn stakat jd jurutera je mcm ni cerita dlm group wasap ke apa... jd lect pon kecoh 1 intgaram.. kecoh kat wall pesbuk, kecoh kat semua tmpt... aq pon kadang rasa annoying je org yg nak cerita sal kerja2 ni.. bkn jeles. tp beragakla bila nak cerita.. hahahaha... lawak pon ada...

    tp kn.. utk apa derang cerita hal kerjaya derang tu.. nak ckp hebat sgt ke hapa? haha.. tp sama je semua ... bangga je lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhhh no 1 lg.. hahahahaa....

      Delete
  2. huahua...

    ye ke korang dalam grup bncang bnd alah tu?

    aku grup engineer salu bncg pasal barang kahwin, anak, holiday dan bla bla bla...

    mean kawan lama aku la...

    lain pdg lain belalang H

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik H dapat member sembang kencang~ :P

      Delete
  3. sepatah haram tak paham entri ni :/

    ReplyDelete
  4. ko dulu ktho ke..?

    wah..tetiba aku tanya out of topic..

    ReplyDelete
  5. kalau aku kat tempat ko memang aku pangkah dah diorang tu...

    ko utm skudai batch akak aku la rasanye H..dia civil engineering gak..agaknye la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya, aku sebaya kakak ko ke bandel?

      Delete
    2. yup 31..ke h tua lg..hahaha

      Delete
    3. Bundle brapa umo ko?

      Delete
    4. ko sungguh muda dr aq bundle.. hahaha

      Delete
  6. sepanjang jumpa kawan2 lama ni, tak pernah kitorang bincang profesion masing2. ada la terselit sikit tapi itupun sebab merungut hal kerja.koh koh. tajuk perbincangan lebih kepada kahwin dan merapu. heheheh.

    ReplyDelete
  7. time jadi cikgu praktikal dulu, balik rumah jer cakap pasal masalah budak. errr...dan tu kami namakan gosip! hahaha

    ReplyDelete
  8. betul tu... bersederhana sudah dan manfaatkan ilmu serta kelebihan yg ada dengan cara yg betul... semua tu Allah yg berikan, xperlu nk cakap besar

    ReplyDelete
  9. nasib baik injin air kat opis Mak tu baik-baik belaka.. xdenya nak sombong.. kalau tidak!!

    Mak sengaja lambatkan claim outstation allowances derang kah..kah..kah...


    ReplyDelete
  10. Errr..dah la lama tak jumpa....
    Pastu dalam group pun sembang pasal kerja...
    Eee...mmg boring la kan...

    Mcm Nur xberapa suka jumpa kawan2 study dulu sbb kalau jumpa mesti Nur jadi bahan...nyampah....!

    ReplyDelete
  11. err mesti semua nk tunjuk terer.. kena la ngan tajuk entri tu.. #_#

    -org Scotland-

    ReplyDelete
  12. sesetengah orang pandai dia suka tunjuk pandai dia. itu yang galak benar sembang pasal kerja.


    lagi satu (maaf menyelit sikit) orang jenis suka cakap camni "kerja ko takpe senang...bla bla bla bla....aku ni kerja susah nak kena itu ini...bla bla bla" jenis suka banding2kan kerja sampaikan kadang ter-pelekehkan kerja orang lain.

    ReplyDelete
  13. nasib baik aku kerja tukang bancur air je...

    ReplyDelete
  14. betul tu H.. budak account pun boleh jadi sales engineer hahaha

    ReplyDelete
  15. I love my whatsappp group 'mecha'..even semua dah jadi engineer & ramainya terlibat dgn construction,o&g,consultant,shipping..x de pun yg poyo dlm group duk citer hebatnya kerja diaorang..tp apabila ada group member yg ada masalah berkaitan technical,,we are free to ask & share our opinion to get the solution...



    ReplyDelete
  16. I love my whatsappp group 'mecha'..even semua dah jadi engineer & ramainya terlibat dgn construction,o&g,consultant,shipping..x de pun yg poyo dlm group duk citer hebatnya kerja diaorang..tp apabila ada group member yg ada masalah berkaitan technical,,we are free to ask & share our opinion to get the solution...



    ReplyDelete
  17. I love my whatsappp group 'mecha'..even semua dah jadi engineer & ramainya terlibat dgn construction,o&g,consultant,shipping..x de pun yg poyo dlm group duk citer hebatnya kerja diaorang..tp apabila ada group member yg ada masalah berkaitan technical,,we are free to ask & share our opinion to get the solution...



    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top