Header2

• 04 June 2012 •

Bungkus

Bismillahirrahmanirrahim..

Sentuhan kita seakan tiba ke titik penghujung. Di mana ketandusan ilham antara aku dan kamu buat segala cerita tampak seperti tiada makna. Dan di saat ini, aku masih memikirkan perihal kita sambil segala olah rasa yang ada buat aku jadi buntu. Buat aku rasa rindukan kamu yang ada di dalam tiada. Jua dalam masa yang sama buat aku rasa rindukan ‘kamu’ yang tiada di dalam ada..

Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’. Ini juga bukan kisah kasih terlarang bagi darah yang mengalir serupa. Bukan seperti apa yang tergambar pada benak berpasang-pasang set mata yang sudi membaca. Ini adalah cerita kita yang terpisah dek keangkuhan sesama kita. Ini adalah kisah kita yang menjauh hanya kerana sifat dan sikap yang tak banyak berbeza..

Harus kamu tahu bawawa aku tidak pernah menidakkan perasaan kasih kepada kamu meskipun lebih 24 purnama kita bicara di dalam bisu. Jua tidak pernah aku menafikan kewujudan kamu di dalam hati meskipun sekian lama kita saling berdiam diri. Mungkin kedegilan aku selama ini berpaksikan keyakinan bahawa aku bisa melentur hati kamu yang keras seperti besi. Tanpa aku sedar, akhirnya kedegilan ini membesikan hati aku sendiri..

Suatu masa nanti, aku harap kamu akan mengerti bahawa kasih aku kepada kamu sebenarnya tidak pernah berhenti atau terhenti. Tidak akan meskipun nyawa aku tidak lagi mendenyut nadi..


22 comments:

  1. err knp smpai jd mcm ni? ego?

    (bajet faham). ;)

    ReplyDelete
  2. Ayat puitis..Hihi..
    Boleh bikin cair ni ;p

    ReplyDelete
  3. peh.jika aku orang yang kau maksudkan itu.bikin aku cair..haha

    ReplyDelete
  4. Chic Na: ego....kot...:D

    Ah Choii: aku hampir2 nak beku masa tulis entry ni..hahaha

    ana: kau lelaki kan? errr....

    ReplyDelete
  5. untg r sape yg dikasihi tuuu.. :P

    ReplyDelete
  6. Emma: dikasihi oleh dia pun untung jugak sebenarnya..vice versa..huhu

    ReplyDelete
  7. yayy btul la ape yg cik na faham. :)

    ReplyDelete
  8. Ko beku tp ko buat org cair..Haih...Hahaha...

    ReplyDelete
  9. er , ah hech , seram sejuk aku bace . siapakah dia ?

    jangan degil la ah hech. nanti dia tak suka . haha

    ReplyDelete
  10. jiwang bukan mainn.
    cair dah nihhh.
    muehehehe
    :P

    ReplyDelete
  11. Chic Na: (*_*)v dua kali Chic Na..

    Ah Choii: errr...aku ke yg bersalah dalam hal ni?

    Ah Pay: siapa dia? someone la..hahaha..aku memang degil pun..sama macam dia..=.="

    chemay: silakan masuk..*bukak peti sejuk siap2*

    ReplyDelete
  12. ni mesti kes ego ni.. lebih kurang macam aku gak r kire nye ni.. tapi.. kadang2 ego ok pe kan? ^^

    ReplyDelete
  13. makin lama makin weng aku baca entri ko husin..hahaha..48 purnama tu bape hari, minggu, bulan?..

    mohon admin gunakan bahasa moden..hahaha..

    ReplyDelete
  14. buang ego mu...
    jgn berdiam diri..huhuuu

    ReplyDelete
  15. encik h...ape main lentur2 hati besi ni?? nk ikot jejak encik bundle ke?? main besi huehuehue =P

    ReplyDelete
  16. kay_are: aku ikut perangai ayah aku kot..degil..hahaha

    Ah Chai: errr...aku silap..sebenarnya nak mention 24 purnama, means 2 tahun..

    MLD: punya la susah nak buang ego tu..:D

    Ah Chuu: untuk makluman, saya bukan gay..*tiba2*

    ReplyDelete
  17. ooo..aku lambat tangkap la plak purnama tu bulan..selalu orng ckp bulan purnama kan..hahahha..payah aku bahasa sastera ni..kehekeh..

    ReplyDelete
  18. Ah Chai: erkkk..hahaha..aku rasa mcm aku ni hidup zaman hang tuah..=))

    ReplyDelete
  19. apesal ko suka sangat bermadah ? hehehe . ego jek lebih dia nie . jangan tunggu lama- lama nanti lama-lama dia diambil orang olalalala
    hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan pasal uda dan dara la...hehehe

      Delete
  20. terbungkus mata aku baca entry ni H...

    "Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’. Ini juga bukan kisah kasih terlarang bagi darah yang mengalir serupa...."

    klau ini bkan kisah 'kamu' dan 'aku' habes kau ego pda sapa weyh...0_0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’

      means, ini cerita kamu dan aku dalam konteks yang lain..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top