Bismillahirrahmanirrahim..
Sentuhan kita seakan tiba ke titik penghujung. Di mana ketandusan ilham antara aku dan kamu buat segala cerita tampak seperti tiada makna. Dan di saat ini, aku masih memikirkan perihal kita sambil segala olah rasa yang ada buat aku jadi buntu. Buat aku rasa rindukan kamu yang ada di dalam tiada. Jua dalam masa yang sama buat aku rasa rindukan ‘kamu’ yang tiada di dalam ada..
Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’. Ini juga bukan kisah kasih terlarang bagi darah yang mengalir serupa. Bukan seperti apa yang tergambar pada benak berpasang-pasang set mata yang sudi membaca. Ini adalah cerita kita yang terpisah dek keangkuhan sesama kita. Ini adalah kisah kita yang menjauh hanya kerana sifat dan sikap yang tak banyak berbeza..
Harus kamu tahu bawawa aku tidak pernah menidakkan perasaan kasih kepada kamu meskipun lebih 24 purnama kita bicara di dalam bisu. Jua tidak pernah aku menafikan kewujudan kamu di dalam hati meskipun sekian lama kita saling berdiam diri. Mungkin kedegilan aku selama ini berpaksikan keyakinan bahawa aku bisa melentur hati kamu yang keras seperti besi. Tanpa aku sedar, akhirnya kedegilan ini membesikan hati aku sendiri..
Suatu masa nanti, aku harap kamu akan mengerti bahawa kasih aku kepada kamu sebenarnya tidak pernah berhenti atau terhenti. Tidak akan meskipun nyawa aku tidak lagi mendenyut nadi..
err knp smpai jd mcm ni? ego?
ReplyDelete(bajet faham). ;)
Ayat puitis..Hihi..
ReplyDeleteBoleh bikin cair ni ;p
peh.jika aku orang yang kau maksudkan itu.bikin aku cair..haha
ReplyDeleteChic Na: ego....kot...:D
ReplyDeleteAh Choii: aku hampir2 nak beku masa tulis entry ni..hahaha
ana: kau lelaki kan? errr....
untg r sape yg dikasihi tuuu.. :P
ReplyDeleteEmma: dikasihi oleh dia pun untung jugak sebenarnya..vice versa..huhu
ReplyDeleteyayy btul la ape yg cik na faham. :)
ReplyDeleteKo beku tp ko buat org cair..Haih...Hahaha...
ReplyDeleteer , ah hech , seram sejuk aku bace . siapakah dia ?
ReplyDeletejangan degil la ah hech. nanti dia tak suka . haha
jiwang bukan mainn.
ReplyDeletecair dah nihhh.
muehehehe
:P
Chic Na: (*_*)v dua kali Chic Na..
ReplyDeleteAh Choii: errr...aku ke yg bersalah dalam hal ni?
Ah Pay: siapa dia? someone la..hahaha..aku memang degil pun..sama macam dia..=.="
chemay: silakan masuk..*bukak peti sejuk siap2*
ni mesti kes ego ni.. lebih kurang macam aku gak r kire nye ni.. tapi.. kadang2 ego ok pe kan? ^^
ReplyDeletemakin lama makin weng aku baca entri ko husin..hahaha..48 purnama tu bape hari, minggu, bulan?..
ReplyDeletemohon admin gunakan bahasa moden..hahaha..
buang ego mu...
ReplyDeletejgn berdiam diri..huhuuu
encik h...ape main lentur2 hati besi ni?? nk ikot jejak encik bundle ke?? main besi huehuehue =P
ReplyDeletekay_are: aku ikut perangai ayah aku kot..degil..hahaha
ReplyDeleteAh Chai: errr...aku silap..sebenarnya nak mention 24 purnama, means 2 tahun..
MLD: punya la susah nak buang ego tu..:D
Ah Chuu: untuk makluman, saya bukan gay..*tiba2*
ooo..aku lambat tangkap la plak purnama tu bulan..selalu orng ckp bulan purnama kan..hahahha..payah aku bahasa sastera ni..kehekeh..
ReplyDeleteAh Chai: erkkk..hahaha..aku rasa mcm aku ni hidup zaman hang tuah..=))
ReplyDeleteapesal ko suka sangat bermadah ? hehehe . ego jek lebih dia nie . jangan tunggu lama- lama nanti lama-lama dia diambil orang olalalala
ReplyDeletehahahhaha
ini bukan pasal uda dan dara la...hehehe
Deleteterbungkus mata aku baca entry ni H...
ReplyDelete"Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’. Ini juga bukan kisah kasih terlarang bagi darah yang mengalir serupa...."
klau ini bkan kisah 'kamu' dan 'aku' habes kau ego pda sapa weyh...0_0
Ini bukan cerita kamu dan aku dalam konteks ‘berlainan jantina’
Deletemeans, ini cerita kamu dan aku dalam konteks yang lain..:D