Sejujurnya tahun ini aku meng-ga-la-mi banyak situasi yang rugi. Rugi yang aku maksudkan ialah dalam definisi kosong tanpa sebarang isi. Rugi yang aku signifikasikan sebagai kegagalan untuk berdiri di atas paksi. Rugi yang aku justifikasikan sebagai ketidakmampuan untuk mencari diri sendiri. Puas berkelana, jauh mengembara. Berlagak dusta dan bercanda tawa pada sisi kehidupan yang kadang-kadang harus aku tangisi.
Mungkin ini adalah karma. Mungkin kehidupan aku pada masa kini sebenarnya sedang dihukum dek sebahagian dosa dan kenangan zaman muda. Mungkin aku sedang menanggung segala balasan akibat perbuatan cela dan derhaka. Mungkin titian hidup yang aku lalu belum betul-betul mendapat redha dari mereka yang sepatutnya. Mungkin. Aku sendiri tak pasti kerana semua kemungkinan itu sememangnya ada. Apa yang termampu, aku harap kehidupan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Kuasa.
Tamat episod mungkin, biar aku bicara pada seri yang lebih positif berbanding dengan perenggan pertama dan kedua. Sebenarnya bila difikir-fikir semula, tak semua situasi yang aku rasa termaktub dalam sisi rugi sahaja. Bahagian yang untung pun ada juga. Meski pada tahun ini aku meniti norma kehidupan yang tak seberapa, tapi bila diekstrak dengan teliti, rasanya aku tak pernah lupa untuk lalui dogma hidup dengan rasa gumbira.
Aku kira setiap daripada kita sebenarnya punya momen tersendiri untuk rasa hiba dan kecewa. Tak selamanya hidup akan kekal ceria. Dan tak selamanya juga hidup akan kekal berduka. Kita mungkin bernafas pada komposisi udara yang sama, tapi cara kita menikmati setiap denyutan nadi adalah cukup berbeza. Pesan aku pada kita, pastikan setiap hari punya sedikit masa untuk gelak ketawa. Satu minit pun tak apa, asalkan ketawa itu dinikmati dengan segenap rasa.
Hakikat hidup kita pastinya akan menuju mati. Namun jangan matikan hati sebelum nafas betul terhenti.
aku selalu berharap semua berkara yang boleh membuatkan aku gembira dan bahgia mampu menutup semua rasa hiba dan cela yang aku lalui. semoga hidup dgn lebih baik untuk hari mendatang.
ReplyDelete#dogma tu apa?
yup..aku harap kau akan overcome difficulty yang ada dalam life kau waktu ni..insyaAllah..
Deletep/s: dogma tu suatu ajaran or kepercayaan yg kita x boleh bantah n persoalkan..kena terima jer..
thanks., for the new vocab :P
Deleteerks..bila plak kami jadi cikgu ampa nih? hahaha
Deletesejak bila2 (d)
Deletefibox senget!
Deletesama mcm ampa la..senget!! hahaha
DeleteKdg2 sy kecewa dengan sesuatu tindakan masa lalu yang jika boleh diputarkan waktu, saya ingin ulangkan semula H. Jika hayat ini adalah hukum karma hayat lepas, agaknya saya bnyk berhutang budi dengan org lain kot. Asyik rasa bersalah jika nak berbuat kebaikan. Ke sy terkonfius. Lol.
ReplyDeleterasa bersalah nak buat kebaikan? berat jugak tu..takut bila berbuat baik dianggap membalas budi org lain kot..:D
Deleteermm.. macam, kita dok kat kerusi bhgian dalam, tepi tingkap sebuah bas. then kita nampak org tua masuk lalu terpaksa berdiri. org tua tu takdela tua tahap gaban tapi masih tua. rasa bersalah nak bg tmpt duduk o tak, nk bagi o tak. dalam hati berfikir, alangkah baik jika saya masuk dlm bas td dan berdiri shj.
Deletedulu2 aku byk kali alami situasi macam tu..duduk dalam bas, nampak orang tua masuk, rasa nak bagi duduk tapi keberatan nak bagi duduk..mungkin segan, takut org lain mengata bukan2..
Deletesudahnya, teruskan duduk, buat hal sendiri..
Aku rasa err aku rasa aku macam tengah lalui situasi yg sama macam cerita kau ni. Sebenarnya, aku tengah lalui saat2 yg sukar. Tapi dlm masa sama aku bersyukur gak sbb kesusahan & kegembiraan aku agak balance sejak aku melalui saat sukar tu. So, nothing to complaint. Or lebih tepat, tak patut utk aku complaint.
ReplyDeleteCuma b4 ni aku cuma fikir yg ini dugaan, dugaan, dugaan. Terima kaseh sbb igtkan aku ini juga mungkin hukuman perbuatan aku masa lepas. So, redha je :D
sebenarnya banyak yg aku taip ni cuma utk pesan pada diri sendiri jer..aku rasa antara perkara yg paling penting ialah taip something yg boleh buat aku sendiri rasa lega..sebab aku xleh nak harapkan org lain faham or gembirakan aku..hahaha
DeleteSaya rasa saya melihat ikatan merah antara komen H ini dengan post liyaa yang terbaru dan komen liyaa terdahulu dan komen liyaa kat sini. <--abaikan namun jgn dipadam H. Ianya juga misteri. Hoho..
DeleteErr err aku dah pening, Apple! Komen H ini dgn post Liyaa yg terbaru paham lagi. Lepas tu aku dah lost. Ahaha!
Deletehahaha..okey..aku akui yang komen Apple kali ni memang penuh misteri..sebab aku terfikir komen 'terdahulu' tu ialah komen yg mana satu..:D
DeleteSentiasa la berdoa semoga hdp kta sntiasa dbwh keredhaan Allah..
ReplyDeletekdg2 kta lalai, kdg2 kta lupa.. tp dengan mengingati Allah, hati akan mnjd tenang.. mslh akn mnjd ringan. :)
aku tak tau la orang lain macam mana..tapi kadang2 aku rasa aku ni macam manusia tipikal yg biasa2..bila time susah, bila time lelah, baru la aku ingat kat Allah..
Deletetime senang bukan tak ingat..cuma rasa macam tak berapa beringat..
erm, kta sma laa.. kdg2 time tgh sakit tu, baru ingt Allah.. ad mslh skit, baru ingat allah.. tp kdg2 bersyukur jgak, kalo tekan tv kn, ad rncgn yg mngingatkan kta kpd Allah... alhamdulillah :) x lah lalai sgt..
Deletehehehe..selamat berpuasa..:P
Deleteencik H : sy ad mslh tuk komen isi sbb sy agk pning kalau bm berkualiti sgt mcm entry encik H. sy ni bm weak. spm tk a plus pn. hehe. tp sy kagum sbb encik H punye bahasa mmg trbaik. :)
ReplyDeletehaishhh..mana ada BM berkualiti..semua perkataan biasa jer la..:)
Deleteya . kita kena bersyukur . kerna masih boleh senyum , walaupun kadang2 kita terpaksa senyum .
ReplyDelete*loh mahfuz sudaa tercatit seperti itu . apa boleh buat :)
Alhamdulillah..seperkara yang aku tak pernah lupa tu senyum lah..:)
Deletesesungguhnya terlalu banyak penyesalan atas perbuatan sia2 dan dosa2 aku dulu walaupon skg pon ada lg...kalau boleh kembali masa yg lepas pon,aku taknak balik betulkan....yang positifnya, aku belajar dari pengalaman..
ReplyDeletetakda aku yang dulu, tak mungkin ada aku yang sekarang..
aku suka part yg ni..aku rasa tak ada faedah pun untuk perbetulkan kehidupan yg sudah2..
Deleteerr., aku setuju dgn bundle., belajar dr pengalaman.
Deletebelajar dari cikgu bundle..
Deleteokay, skang perlu diakui brader sam ak layak jadik cikgu. kihkih
Deleteepisod suka duka aku, kau dan dia berlainan tapi dizahirkan pada satu ekspresi yang sama...aku, kau dan dia pandai ketawa pandai menangis.
ReplyDeletesatu lagi..aku, kau dan dia pandai berpura..:D
Deletepeh. aien pn tererrrrrrr. *larik., kihkih
Deletegrrrr....jangan lari!!!
Deleteokay. datang blik. ahhaha
Deletehahaha..nasib baik datang balik..:p
Deletefuhhh.. kn yuyu dh ckp, bhase senangnye, warna warni mcm pelangi hidup kite! ^^
ReplyDeletewarna warni macam payung yuyu ke? hahaha
Deleteketinggalan sudah. kalau dah buat silap tu memang la rasa menyesal. tp kena la jadikan pengajaran & panduan utk masa depan. kesilapan jgk sebenarnya mematangkan kita. :)
ReplyDeleteerrrr..komen ni rasanya sesuai kat entry yg satu lagi..kehkehkeh
Deletesebabnya ayat pelik banyak sangat. uwaaaa..
Deletehahaha..mana ada ayat pelik Chic Na oi...:p
Deleteaneh-aneh la H ni. hihihi.. ;)
Delete" Berlagak dusta dan bercanda tawa pada sisi kehidupan yang kadang-kadang harus aku tangisi. "
ReplyDeletei like ! hahaha ..
kadang-2 bila aku terlalu memendam rasa , menutup kesedihan tu dengan ketawa , sampai satu tahap , aku dah tak mampu tersenyum , sakit tu dah tak boleh ditanggung .. maybe sometimes kita kena luahkan jugak kan ...
maybe..aaa sebenarnya memang kena luahkan..ikut cara masing2 la..sebab aku pun jenis suka pendam2..
Deletebagi aku pendam lagi selamat kott.. nak luahkan pon , aku jenis susah nak pecayekan orang
ReplyDeletealaaa...citer la kat aku...citer la kat aku...:|
Deletekehkehkeh .. nak citer kat ko ?? wohaa.. aku sebelom nak citer kat orang masalah aku , orang tu kene citer masalah dia dulu.. sebab bagi aku tak aci , orang je yg dengar citer aku , tapi aku tak dengar cite orang.. unfair u know.. aku dah biasa jadi listener.. selalu sangat jadi tempat luahan perasaan .. kadang-2 sampai sesak dengan luahan orang je.. yg aku punya tak tahu nak campak kat mana.. aku memang le perahsia ... simpan sorang-2..
ReplyDeletecuba pujuk lagi H. mane tahu aku nak kongsi ngan ko masalah aku yang bertimbun dahh ni..
and aku suka sangat senyum .. hehehe .. tapi tak la sampai tahap orang gile tuu.. senyum banyak-2... boleh tutup masalah tu..
Delete(^_^)v *senyum sambil buat peace*
Deleteberjela aku komen .. ko bagi peace jek ?
Deletepeace la..semoga ko beroleh ketenangan..hahaha
Deletekan boleh kalau suka sentiasa..xmo duka2 nie..>.< x best pongg..
ReplyDeletesuka sentiasa pun x best..=.="
Deletea'ah kan..mcm org x betoi ja rasa..haha..
Delete