Header2

• 17 July 2012 •

Muhahahasabah

Merujuk kepada entry semalam, aku sebenarnya tertarik dengan komen saudara Ym.Bundle. Saudara? Kahkahkah..kemain formal aku nak menyambut Ramadhan yer. Ehem..aku bukannya nak membahan siapa-siapa. Plus komen Ym.Bundle kalau diikutkan hanya komen yang biasa-biasa. Tapi pada aku, kriteria macam dalam komen tu tak ramai orang yang betul-betul ada.

Kebiasaannya kita harap dapat memutar masa. Ingin perbaiki segala kesilapan masa muda. Dengan harapan, perjalanan hidup kita akan lebih baik seandainya beberapa perkara dapat kita ubah agar tidak menyamai perjalanan hidup yang sedia ada. Kalau boleh kita ingin jadi begini, kalau boleh kita ingin jadi begitu, dan kalau mampu kita ingin jadi lebih baik berbanding yang sebelumnya. Hinggakan kadang-kadang kita tak sedar, mengubah sebahagian masa lampau secara tak langsung membunuh diri kita untuk jadi sebahagian daripada kita.

Secara jujur, aku cukup jarang nak menyesal dengan segala kehidupan masa lalu. Maksud aku, penyesalan terhadap takdir kehidupan yang telah berlaku. Kecuali bahagian dosa aku dengan Tuhan, yang itu aku rasa penyesalan memang kena lebih daripada perlu. Dan secara peribadi pula, aku pun tak nak ubah apa-apa kehidupan yang lama meskipun kalau peluang untuk mengubah itu terwujud ada. Aku fikir, tak ada guna aku ubah sejarah yang pernah tercipta, andai perubahan itu menjadikan aku hilang jatidiri aku sebagai manusia.

Tapi jangan disalah faham pula. Sebenarnya tak salah untuk punya impian dan cita. Tak salah juga untuk punya niat bermuhasabah. Kerana selagi hidup sebagai manusia, kita akan sentiasa punya niat untuk berubah. Yang penting, jangan menyesal dengan kehidupan yang sudah, dan terus belajar dari kehidupan yang salah.


53 comments:

  1. Replies
    1. kemain eja muhasabah kan. :P

      yes, masih ade peluang untuk memeprbaiki selagi kita masih bernafas. menyesali sesuatu bukan suatu pilihan bijak namun terbaik untuk dijadikan panduan. :)

      Delete
    2. tahniah sbb fes..sila amik hadiah masa perhimpunan minggu depan..

      hahaha..salah eja la tcer..tapi kan, ada sesetengah org bila dia menyesal, dia rasa kecewa dgn life dia..

      Delete
    3. aku saje takmo fes yuyu..sebab org fes dia busuk..haha..pemes lgi aku kat sini..
      tq orang tua..

      Delete
    4. uhuk2..dilarang panggil aku orang tua..hahaha

      Delete
    5. Kenapa bendulu? Kenapa? hahaha...

      Delete
  2. Sejak2 rasa umur dah penghujung remaja, aku selalu ckp macam ni, if aku boleh putar semula masa pun, aku taknak ubah apa2. Sbb aku rasa mmg itu jalan hidup yg ditakdir utk aku. Tp aku tak pernah terfikir ayat sepositif Bundle r. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat sepositif Bundle? kau mengedog ke ni? hahaha

      Delete
    2. makcik nak bahan aku la tu.:-w
      ko tu bukan penghujung remaja makcik..ko dah remaja purba pon skg..

      Delete
    3. Aku serius r. Hampeh betul! Igt aku takde keje laen asyik nak mengedog org je ke? Grrr~

      *Ke macam pelik kalau aku tak membangkang Bundle? :-?

      Delete
    4. Ehem. Aku dah agak ayat 1st aku tu akan jadi bahan. Puas aku ubah ayat tu byk kali tadi. Ahaha!

      Delete
    5. Err yg last tu aku nak buat grrr tapi tergelak ahaha! Ahahahampeh~

      Delete
    6. Sebab kau taip "Haha" tu la yg nampak mcm kau mengedog..kahkahkah..

      p/s: ayat remaja tu aku still boleh terima, sebab aku pun remaja..:|

      Delete
  3. sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tiada guna..tapi sesalan aku berguna apa..ingat lagi la nak serik dan berubah ye dak..haha..

    dengan penyesalan tu yang banyak mengajar aku..korang takkan paham life gila aku dulu camne..hidup takda arah tujuan langsung..jauh langsung dengan tuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam konteks kehidupan beragama tu memang patut la ada rasa menyesal..apa yg aku jarang menyesal tu lebih kepada jalan hidup..contoh, menyesal x belajar sungguh2 ke..menyesal kenal dgn ex-gf ke..part2 dalam life aku ni memang aku jarang nak menyesal..

      tapi seperkara yang aku sedikit ralat, aku terkilan sebab arwah mak aku x dpt tengok aku grad..sebab aku belajar main2..pastu extend..yg tu memang aku terkilan sikit la..:D

      Delete
    2. Situation ngan arwah mak kau tu, if aku pun aku rasa aku akan agak ralat & terkilan. Sbb sepatutnya sempat, tp kau yg jadikannya tak sempat. Tp remember, tu sume mmg dah tertulis camtu H :) <-- Senyum lembu.

      Delete
    3. tu la..sebab sepatutnya sempat..cuma aku sendiri jer yg salah..:) <- senyum mata bercahaya

      Delete
    4. tetiba je aku emo ni haa ..

      Delete
    5. Kau belajar betul2 payeh..jangan jadi macam aku..:-w

      Delete
    6. hoyeah ! insyaAllah abang H ! kehkehkeh

      nak jadi mcm ko ni.. nak jadi tut tut tut

      Delete
    7. grrrrr..dilarang jadi macam aku..(d)

      Delete
    8. ape pulak .. aku nak ikot kejayaan ko . bukan kegagalan ko .. dilarang melarang aku mengikot ko :-w

      Delete
    9. erkk..dilarang melarang aku melarang ko...~X(

      Delete
  4. itulah 'proses belajar' dalam idop kita kan !
    satu masa, kita mungkin boleh amiknya sebagai kekuatan untuk kita pulak sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..camtu la kot agaknya..:D

      Delete
  5. ckp sal bnd lalu, aku xtw knp, aku rsa nk hilangkn ingatan aku je, xnk ingat lgsg sal memori2 yg dlu.. hmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi kot kalau tak ingat pasal memori2 yg lalu..pada aku rugi la..hehehe

      Delete
    2. ya , mgkn rugi bg sstgh org.. tp bg aku.. x rugi kot.. sbab bnd tu mnghantui aku smpai skg... hahha.. dan aku sgt2 stress dgn memori itu.. hoho

      Delete
    3. auch..rasa mcm something yg sgt berat..hands up \o/..x berani nak komen apa2..:D

      Delete
    4. hahaa.. jgn fikir yg bukan2 la H.. ni memori kisah silam yg ingin dilupakan dan tidak mmbawa faedah tuk diingati.. ho3.. btw, gudnite H :)

      Delete
    5. hahaha..gudnite2..;)

      Delete
  6. err., esok pagi aku dtg komen ye., blurr r skang -__-ll

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke la ayat dengan ni --> mengubah sebahagian masa lampau secara tak langsung membunuh diri kita. Kalau difikir balik ape yg kita ada pada hari ni semuanya sebab jalan yg kita ambil pada hari semalam. so kalau nak ubah masa lalu, mungkin aku bukan lagi aku yg sekarang. entah lah..

      janji! :) *moo~ :P

      Delete
    2. haa tu la..kita adalah lanjutan kepada sebahagian kisah masa muda..:D

      Delete
    3. dan kita insyaallah adalah sebahagian untuk lanjutan masa depan :D

      Delete
    4. erks...pandai ampa na...

      Delete
  7. boleh jadi yg lebih baik akan datang..yg lepas jadikan pengalaman kan ;)

    ReplyDelete
  8. betul tu. selalu gak terfikir nak balik ke masa2 dulu takpun nak pinjam pemadam memori ngan doraemon. tapi tak dapat. hukkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mana boleh camtu..xbest la life kita kalau asik nak simpan benda2 yg baik jer..:D

      Delete
  9. Replies
    1. erkkk..terbayang Sinchan yg jawab..kehkeh

      Delete
  10. kalau aku diberi peluang , satu perkara je yang aku nak ubah dalam hidup aku ni .. satu jee.. tapi aku tau tak semudah tu nak ubah benda yang dah terjadi .. orang cakap let bygone be bygone .. tapi aku pulak yg bygone cant gone just like that laa wehh ,, tiap kali teringat benda tu , rasa macam nak hantuk-2 je kepala kat dinding.. ekekeke.. gilaa....

    maaf la ye , buat luahan perasaan pulak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la hantuk2 kepala kat sini..aku takut dawah..:|

      Delete
  11. takpe , tak keluar dawah , keluar otak je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagossss...aku suka makan otak..

      brainnnn~ *ala2 mcm dlm zombie vs plants

      Delete
  12. err , otak lembu ke otak manusia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zomba .. pagi-2 ni takyah nak ber otak-otak sangat la kan ...

      Delete
  13. insyaALLAH..pengalaman mematangkan fikiran..

    bila nak buat entry muhahahasarawak plak?? muahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..hehe..xde idea la nak buat entry muhasarawak..

      Delete
  14. Artikel yang sangat menarok :)

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top