Dulu masa mula-mula blog ini dicipta, aku pernah terfikir apakah naskah aku akan ada orang yang baca. Dan kini sedar tak sedar, aku dah ada 107 followers. Meski angka hanya sekadar angka, tapi bohong la kalau aku kata yang aku tak bangga. Ya, aku pun manusia, kadang-kadang terdetik bangga tu memang ada.
Tapi kalau diikutkan, aku lebih terharu sebenarnya. Terharu kerana aku dikelilingi kelompok pembaca yang “baca” bukan sekadar baca. Kelompok yang terus sokong meskipun kadang-kadang mereka kurang faham butir cerita. Kelompok yang jadi tempat aku bergurau senda, tempat aku gelak ketawa. Kelompok yang pada aku, secara pukal buatkan blog ini seakan makin dan terus bernyawa.
Sebenarnya dalam 107 ni, aku cuma ada seorang saja kenalan lama. Aku rasa cuma dia yang tahu bahawa blog ini aku yang punya. Selebihnya adalah kenalan maya. Kenalan yang jadi tempat bertukar cerita tanpa tahu aku siapa. Kecuali beberapa orang yang sedar akan persamaan cara tulisan aku dengan gaya bahasa blog yang lama.
Bila dilihat pada deskripsi, Capital H: The Me That I Couldn't Be, dapat aku nyatakan bahawa deskripsi itu sendiri adalah self explanatory. Perihal aku yang ingin lari dari siapa aku yang pernah orang kenali. Perihal aku yang tak ingin kenalan lama kekal membayang dan terus ekori. Perihal aku yang tak mahu mereka tahu apa yang terluah dalam setiap terbitan entry. Atas sebab itu, aku sedar bahawa aku tak kenal sesiapa di sini. Dan aku tak fikir yang blog ini akan ada orang kunjungi.
Alhamdulillah, akhirnya aku membesar bersama masa. Jadi, biar aku imbas sebuah cerita yang tak berapa nak lama. Waktu itu, blog aku biasanya cuma Sis AI dan Camy saja yang baca. Selepas Sis AI kipaskan pada awal bulan 5, baru la banyak blog-blog lain yang aku jumpa. Aku kenal Ym.Bundle dan Apple daripada sana. Chic Na, Emma dan sis92 pun aku kenal daripada sana juga. Oh ya, Husna dah follow agak lama. Dia follow daripada facebook pada mulanya.
Daripada blog Ym.Bundle, makin banyak pula kawan untuk aku tukar bicara. Aku mula jelajah blog Liyaa, Chuu, Syida, Payeh, Yuyu, Aien dan Chemay. Daripada blog sida-sida, jumpa pulak blog drzira. Kemudian tak lupa juga blog yang pada aku, penuh dengan bahasa jiwa seperti blog ana, ghost writer, SaddLone, Aku Perempuan, Hadira, Ninaaa dan mungkin kembarnya Ninaa. Dan lagi, blog-blog yang aku jumpa daripada Fibox rasmi seperti kopi pasta, Ety, eiyqha, nurul barakah dan lain-lainnya. Jangan risau kalau aku tak follow, insyaAllah aku akan still jenguk dan baca.
Kepada nama yang aku tak backlink tu, mohon jangan terasa. Aku tak terdaya nak taip semua nama. Jadi sementara aku belum publish cerita, biar aku backlink lagi 2-3 nama antaranya si kiut lavender, cik lala, Ee, shawn razaleigh, Aunty Ash, Tinta Lana, bobok, Tora dan hara. Nampak tak aku punya 2-3 nama? Kahkahkah. Itu saja. Terima kasih atas kesudian kamu untuk membaca.
p/s: aku rasa mood aku masa menulis adalah berbeza antara peringkat awal dan peringkat akhir cerita.
woww...hehehe
ReplyDeleteerks..errrr...=.="
Deletesama2 yg x terhingga ^___^
ReplyDeletethanx to sis Ai sbab knalkan penulis misteri yg sgt2 misteri ini.. haha.. kemisterian dan luahan hati H yg mmbuatkn sy suka baca wlupn kdg2 sy perlu fokus utk memahami bait2 kata dari tulisan H, namun, sy tetap kurg faham.. hahaha
hahaha..tapi bukan langsung tak faham kan? :D
Deleteerrr, faham skit je.. haha..
Deletekira okey la tu..H pun suka jugak baca blog yang kadang2 H tak faham apa2..
DeleteEmma, H pun tak paham apa dia tulis. hahaha..
Deleteitu mknanya, bahasa yg digunakan oleh H betul2 tinggi! tu yg dia pn xfaham.. haha
Deletehahaha..mana ada..takkan la penulis tak faham apa yg dia tulis sendiri..:D
Delete1stt!! :|
ReplyDeleteAku baru seronok ko eja nama aku dengan betul bawah skit terus tukar ye..Ciss..
Tp ko dh buat aku terharu :">
kehkehkeh..aku memang tak nak bagi ko seronok lama2..:D
DeleteTapi...
DeleteGrrrrr...Tapi apa?? :-w
Deletehahaha..kipas jgn tak kipas...ekeke
Deletehahaha..ni bukan kipas..ni aircond terus..
Deleteyg pasti aku dah lantik ko sebagai GM blog aku..Guard manager the best in singapore, jb and some say batam..hahaha..
ReplyDeletetapi aku tak ada kasut kuning..:-w
DeleteAsal ada rupa2 kontraktor tu cukup H. Haha..
Deletemungkin tahi lalat yang sama nama walaupun tak serupa itu dah cukup H.
Deleteerrrr...don't play play aaa...
DeleteMungkin pandai berbicara dh ckup syarat...tapi..
Deletexde tapi2 :-w
Deletexde tapi2 tapi....
Deletetapi apa? :|
DeleteWOW aku ada kembar!
ReplyDeleteya..tahniah sebab tiba2 kau ada kembar..hahaha
Deletesemuanya kerana Sis AI. chic na kenal bundle & emma pun dr dia. tetiba rindu kat Sis AI.
ReplyDeleteanyway, walaupun tak faham tetap gak suka baca ayat2 H yg pelik tu. kengkadang jela tak faham. ;)
hahaha..mana ada ayat2 pelik..grrrrr
Deletesila rujuk previous entri. hikhik..
Deleteerrr..previous entry semua ayat2 biasa yer...lalala~
Deletemenyampuk di sini.. Sis AI menghilang bgitu lama eh? Bz benar kot study. Hoho.. Dan H, hang ada Facebook??? Tak sangka. Btl2 tak terduga. Lol.
Deletehahaha..aku pun tak sangka yg aku ada facebook :D
Deleterindu jgak ngn sis ai.. :D byk asgment kot dia.. hu3..
Deletetak kira, pelik jugak. sis ai baca ni konfem terharu. :)
DeleteSis AI memang antara yg memainkan peranan besar masa peringkat awal blog ni..:)
Deletedi kesempatan yg sempit ni,aku nk ckp tenkiu sbb folo & dtg blog aku..sori x smpat hdang air
ReplyDeleteeh takpe2..aku puasa..:|
DeleteNi bukan kipas... Respek sbb linkkan bnyk benar tmpt. Haha..
ReplyDeleteTapi H, rasanya blog H mendapat sambutan sbb H rajin bw dan bagi komen. Sbb bg sy, bila org komen kita bole nmpk dia bc o tak post kita. Jadi bila dah tau, dgn sng hatinya akan pegi melawat blog nih. Lama2, jadi kawan walau dunia maya. Kot2 satu hari annti berjuma. manusia, ada je perkaitan. Berselisih masa berjalan kat KLCC ke, sapa tau. haha..
rajin bw tu x jugak kot..mungkin cuma rajin komen..walaupun selalu komen "1st" or komen yg lari topik..hahaha
Deletehaha.. tapi sy perasan gak H akan komen kesekian kalinya. Itu dah bagus, ada communication ujud kat situ. Haha.. maya tak maya persahabatan terjalin juga antara manusia. Lol.
Deletewow. ramainya dia backlink. nama aku pun ado. terima kasih H walaupun kita baru berkenalan di laman maya.
ReplyDeletekehkeh..saje backlink mana2 yg aku ingat..
Deleteyeayy. kau ingat aku.
Deleteaku nampak nama aku ! :D
ReplyDeletehaha tu laa. aku pun sekarang, jadi seronok menulis di blog sbb kenalan-kenalan maya yang selalu buat aku seronok :)
hahaha..nasib baik nampak..aku baru nak caps lock tadi..:D
Deletehahaha. kau kalau nak caps lock, kena tambah kata puji2an sikit. haha. letak la, Ety ala2 mak datin yang meletops, ayu, anggun ,cantik molek ke. hahahaha. main2 je.
Deletethanks weh backlink :D
terharu :)
SELAMAT TENGAH HARI CAPITAL H I J K L M N.... CAPITAL ZZZZZZZZZZ IT'S IN ME MUA HA HA HA ^^
ReplyDeleteSelamat petang PPP..lupa nak masukkan nama PPP sekali..:D
DeleteEncik H! aku nampak nama aku jugak..
ReplyDeletemane ko sorokkan mud blogging aku haa?? (d)
errr..kat atas kipas..:|
Deleteonce again nama husna di backlink..terima kasih!!! haha..
ReplyDeleteehem2..upah xde ke? grrrrrr....
Deletehmm..nk bg mende tah??
Deletehusna bg choki-choki 20sen ckop kowt..hehe..
Ada entry kau yg lepas, aku tak sempat nak ucap sama2 dan terima kaseh gak sbb backlink pd blog aku. Yg masa aku bz ngan exam tu. So, naseb baek ada kesempatan lg skali ni. Terima kaseh ya, H! Kehkeh!
ReplyDeleteCuma, aku nak jelaskan 1 perkara. Aku kenal blog kau mula2 dpd blog Sis Al. Masa dea promote kau tu, aku tertarek bila dea ada mention lebih kurang "Bukan sng lelaki nak share cerita pahit dlm hidupnya". Dan aku yg berjiwa tisu konfem r tertarek ngan statement tu. Tp waktu tu aku dtg baca je, terasa malu2 lg nak tegur kau lepas sesat2 dlm blog kau masa tu. Ahaha!
Pastu, bila aku pasan kau dah bermembe ngan Bundle gak, baru kita semaken mesra kan H? Err mesra gosip2. Kahkah!
Errr..sebab dulu aku mana ada fibox..tempat bundle la jadi markas..hahaha
Deleteaku nak cuba tarik pembaca dengan entri personal dan bahasa senggama minda ni..tapi gagal la..mohon encik h bagi tips nak menulis camtu..
Deleteceh..troll aku ke ni? :-w
DeleteCer kau try wat Pakcik entry senggama minda. Skali jek. Takdapat se-entry, se-perenggan pun jadi r. Pelissss, Pakcik 8->
DeleteH, manede Bundle troll. Kau kan memang novelis kan? Bwahaha! :P
kau tau aku terharu kot
ReplyDeletetak sangka nama aku pun ada
sebab selalu jadik silent reader ja kat sini..lalala
silent reader pun kira reader jugak..kan? :D
Deleteencik H, mmg cikgu bahasa eh? ke novelis?
ReplyDeleteerrr..dua2 bukan..hahaha
DeleteYa Drzira, Encik H ni Cekgu Bahasa Uganda :D
Deletebahasa uganda..kehkehkehkeh...
Deleteoo aku baru twu bahasa uganda rupe ini kehkehkeh
Delete:-w ~X(
Deleteencik h gawang :|
Deletemana ada gawang..>:D<
Deleteteruskan menulis. mungkin ini juga satu2nya yang buat kau terhibur.
ReplyDeleteinsyaAllah..ini salah satu..
DeleteTetiba jer ada orang promote..haihhh...
ReplyDeleteNO NEED maaaa...
Bukan promote la aunty..just thankful..sebab aunty kerap datang dan baca..:D
Deletegelak-gelak !!! adehh H. ko novelis ? xleh imagine.. lawak komen kat atas tuu..
ReplyDeleteterharu wot wot aku bace entry nie.. siap backlink lagi tu haa..
follower aku dah bape tahun x berganjak. kahkahkah.. biarkan dia.. tak penting :))
tahniahh ye H !!
ehh tetibe.. and lastly
aku 1st !! wargh ! nak komen 1st !
erkkk...sekejap lagi ko komen 1st ea....
Deleteye laa tu... tapi siyes ni aku terharu.. sob sob :'(
Deletetime kaseh H :))
erkkk...(d)
DeleteTerima kasih Encik H yg misteri..
ReplyDeleteAku suka datang sini sebab blog ni simple tp penulisan ko kdg2 memerlukan otak diperah semahunya..
apa pun kalau ada masa, aku akan singgah sini dan menampalkan komen kt blog ko.....
terima kasih la sebab rajin datang sini..:)
Deleteterima kasih je..? kopi2 xde ke?
DeleteKopi tak ada..banyak kafein..hehe
Delete