Dengan nama Yang Maha Karim.
Terasa sukar untuk mulakan frasa pertama. Bagai jenuh berteleku memandang kosong, mencari ilham tulis cerita. Apa sebenarnya yang aku rasa, adalah apa yang aku terpaksa rasa. Kompleks. Kosong. Mati tak bernyawa. Hanya membiar fikiran menerawang jauh mencari dusta, yang mungkin bisa buat jiwa aku agar kembali bernafas lega.
Andai aku punya tunas rasa, maka kamu harus punya turas cerita. Hikayatkan apa yang perlu aku tahu, agar aku tidak tertanya. Paksikan aku pada dunia metafora yang kamu cipta, tanam aku dalam-dalam, biar aku berdiam menelan hadam butir bahasa. Teruskan berkata dengan lafaz kata yang kamu suka, bukan lagi isyarat bisu sebagai medium bual bicara.
Jika apa yang aku pinta nilainya lebih besar dari dunia, maka aku pinta kamu. Agar kamu kelak bisa jadi besar sebesar dunia. Namun jika tulisan takdir berlawanan dari apa yang kita sangka, maka aku harapkan takdir kamu adalah terindah dari Yang Maha Kuasa.
Aku tak ingin memaksa, kamu boleh lari sejauh mana yang kamu suka.
Jap. Ngah pikir nak komen apa.
ReplyDeleteerkk..hahaha..tabik la kalau kau boleh komen pjg2..:D
DeleteSaje je cakap camtu td. Sebenanye aku tak pikir pun. Sbb taktau nak komen apa. Hehe. Err tp ayat kau tu agak mencabar aku. Hmm kena pikir ni.
Deleteerkk..takyah2..hahaha..komen xleh terpaksa..kehkeh
Deletetahap sastera phD :| Maaf, budak sains yang bergelumang dengan mayat mcm aku tak paham sebab aku hanya bersandarkan pada fakta yang jelas :|
Deletewahhhh...untunglah kau tak faham..hahahaha
Deletecontoh ayat2 pelik, spt di atas. rasa kosong kot. hihi..
ReplyDeleteerr rasa cam pelik lak dapat updates dr capital H. ;)
erkkk...rasa kosong tu x pelik la Na..x caya tnya Najwa Latif..=))
DeleteH ni sepupu kot ngn ahmad fedtri. :)
Deletekembar la...:">
Delete1st !
ReplyDeletesimpulan yang menjerut leherku ini tidak mungkin dapat dirungkaikan melalui tinta batin yang terpendam.. erk ..
segala curahanmu membuat neuron otak ku bersimpul menjadi satu dan mengakibatkan parallaxx error yang tidak mencapai equilibrium yang dinginkan dan mungkin akan terjadi inelastic collision seterusnya inersia..
aku terfikir mungkinkah velocity didalam pikiran mu terlalu laju dibandingkan dengan displacement nya ?
otak tepu sudaa
Tahniah!! Ko 1st kali ni..hahaha..bahasa sains tulen ko ni tinggi sgt la payeh...:))
Deleteekekkeke.. aku 1st. hoyeah !! goyang kiri goyang kanan..
Deletemanada tinggi.. tu baru fizik. aku nak + ngan bio and kimia tapi akuu sendiri rasa nak muntah dengan segalanya :))
Jgn muntah sini, Payeh. Muntah kat blog Apple.
DeleteApple, mohon maaf :P
apple, izinkan aku ? kekeke...
Deletetakpe , tuan rumah kat sini baek hati.. dia x marah kalo aku mumtah pon
Jangan goyang2 kat sini..gegar tau..susah nak menulis..
DeleteJangan muntah kat sini, sila ikut arahan Liyaa..muntah kat blog Apple..kahkahkah
wow payeh..sastera convert sains..
DeleteApa sebenarnya yang aku rasa, adalah apa yang aku terpaksa rasa.. *suka ngan ayat nih* ho3..
ReplyDeleteparaghraph ke 3 tu best laa.. hahaa.. redha dan pasrah pn ad jgak.. hmm..
Hehe..at the end, Allah juga yg menentukan..:D
Deletetu la.. kta hanya merancang H, Allah jga menentukan.. hmm..
DeleteAku tak ingin memaksa, kamu boleh lari sejauh mana yang kamu suka.
suka jga ngn ayat atas nih! haha.. kalo bleh xyah lari, jalan cepat2 memadai.. ho3
X pandai nak halang2 orang kot..hehe
Deletekau berpantun ke ni H?boleh aku jawab serangkap dua?
ReplyDeleteaku bersyair..hahaha..silakan jawab..:))
Deletekenapa mesti wujud perkataan terpaksa rasa ?
ReplyDeletekan best , kalau rasa tuu lahir dari jiwa . huhuu
*tiba2
mungkin sebab aku taaknak rasa macam tu..kot..mungkin aku terpaksa rasa..atau mungkin aku dipaksa untuk rasa..hehehe
Deleteooo . faham2x . hehee
Deletetapi , yang baik itu memang kadangkala sifatnya terpaksa
*ntah apa yg aku merapu niey :)
wahhh...best ayat tu..yg baik memang kadangkala sifatnya terpaksa..boleh guna dalam entry akan dtg ni..:D
Deleteterpaksa rasa kerana itu yang tertulis untuk anda..terima dengan redha bole x?
ReplyDeleteErrr...boleh...:|
Deleteok gud =))
Delete(d)
Deletemengharap balasan rasa yang sama tak boleh dipaksa-paksa kelak terseksa jiwa raga. ouchhh!! sakit H.
ReplyDeletehahaha..tu la..xleh nak mengharap balasan yg sama..cuma harap ruang kefahaman tu ada..
Deleteruang kefahaman yang sempit selalunya kita rasa.
Deleteruang yg cukup sempit..ditutup dengan pasir, dikambus dengan tanah, dialas dengan papan, dan diduduk seekor gajah diatasnya..
Deleteumpan gajah tu dengan kacang, alihkan papan, gali semula tanah, bersihkan pasir yang menutup supaya ruang yang sempit bercahaya...jangan putus harapan H.
Deletepagi nie mampu membaca dengan rasa tanpa mengerti..hehe..
ReplyDeletesila baca waktu malam, mungkin malam bisa mencerna akal untuk mengerti..:D
Deletepenulisan kau sangat kompleks, ia seolah aku membuka kulit kacang bukan pada pengunaan tangan tapi melalui pengunaan mulut.ia lebih nikmat untuk dinikmati sebenarnya.:)
ReplyDeleteaku suka penulisan yang sukar dihadam macam kau..hehe
aku sebenarnya lagi suka baca kau punya cerita..perlu dinikmati dengan daya faham yg tinggi..
Deleteyang menariknya, kadang2 aku tak dapat nak faham keseluruhan cerita..tapi aku still ulang baca sebab aku suka..
pergilah ke mana kau nk pergi, aku takkan kejar kau lagi.....
ReplyDeletekejar la...kejar la...hakhakhak..
Deletedh berulang kali aku baca tp msh ssh nk faham..ke aku yg lembab..
Deletexpe, ni keje tgh byk xdpt pk..
jap g aku fahamkan..
hahaha..xyah fahamkan pun x apa..terbitan kosong jer nih..:D
Deletetetiba nk nyanyi lagu najwa latip...kosong..kosong....
Deleteoh~ oh~
Deletenk jgk tu...
DeleteBunyinya seperti sedang kecewa, atau sedang memahami erti kecewa. Jadi pelakon di pentas dunia, memang banyak yang kita terpaksa rasa. Kerna kita hanya menurut apa yang sudah ditakdir oleh Yang Maha Kuasa.
ReplyDeleteSuka atau tidak suka, pahit atau manis intinya, harus ditelan jua andai itu yang ditakdir untuk kita. Untuk aku, untuk kau, untuk dea, jua untuk mereka. Secara normalnya, yang nyata itu memang ketara pahitnya. Namun aku ulang, suka tak suka kita harus telan jua.
Tempat indah itu mungkin sudah ditakdir bukan untuk kalian berdua. Keindahannya menyimpan segala rasa kecewa dan air mata yang kalian sebenarnya sembunyikan. Andai takdir memang berlawanan daripada yang kalian sangka, teruskan mencari dusta kerna cuma itu bisa buat kau bernafas lega. Meskipun kenyataan yang kau terima, sangat membuat kau ingin butakan mata, pekakkan telinga, seolah-olah sudah mati jiwa.
Pahitnya. Dua manusia yang punya rasa yang sama, tidak mesti boleh menyatu dan menyulam indah dua rasa menjadi seharum bunga. Demi rasa. Aku harap kau percaya. Yang pahit akan kekal pahit. Kemanisan nanti mungkin tiba dari bentuk berbeza.
Thumbs up la Liyaa..secara dasarnya aku boleh anggap kau faham pada setiap lenggok cerita..hinggakan aku rasa komen ini seakan datang dari orang yg berbeza, bukan Liyaa Mf yang biasa-biasa..:)
DeleteSaje je sahut cabaran kau walaupun kau takde cabar apa2 pun sebenarnya. Hehe. Aku taktau komen aku menjwb tak apa yg kau cerita. Cuma aku cuba teka2 dgn meletak diri aku dlm cerita tu. Cewwah! :P
DeleteErr last sekali tu kau senyum lembu. Kahkah!
Bezanya bila bahasa yang kau guna tu buat aku rasa suka nak baca..hahaha
DeleteMohon jangan samakan senyuman manis kat blog aku dengan senyuman lembu kat blog bundle..grrrrr
Owh, senyuman kau manis tanpa mata berkelip-kelip eyh? Ahaha!
DeleteErr err kalau aku buat betul2 petikan kat atas tu aku rasa banyak lg yang aku nak selitkan. Tp td buat secara spontan kan? Dapatlah pendekkan jadi 4 perenggan. Patutnya ada lg tu isi2 penting yg tertinggal tu :P
Err cuma, komen aku membantu ke tak menjawab kekalutan jiwa yg kau rasa? Ecewwah. Kahkah!
Tadi tu dah cukup okey..panjang2 sgt x sedap..sebab nanti akan rasa mcm terlalu tepu..
DeleteAku kan mmg unlimited words. Kahkah! Tu pun aku rasa dah terlebih panjang. Isi pentingnya ada yg aku tak sampaikan, melalut je lebih.
DeleteErr err btw, tu td bukan Liyaa Mf yang jwb. Tu org laen :P
Grrrr...siapa yg menyamar jadi Liyaa nih? baek ngaku cpt!! >:[
DeleteMaha kaya DIA diberikan setiap manusia ada rasa sehingga yg tidak waras pun boleh ada rasa juga...
ReplyDeleteBetul tu..Maha Kaya..:)
Deletetiba2 aku rasa nak nyelit sini.. memahami bait2 kata2 incit H. erk.. xpaham... hewww.........
ReplyDeleteerkkk...alahai...knpa x faham pulak nih...:|
Deletebahasa hang tinggin sgt, xmampu ak nk cerna..aish :(
ReplyDeleteerkkk...hahaha..mentang2 la aku x pakai towel putih macam Chuu..=))
DeleteDah baca versi Liyaa, terasa kecil lak nak berkata2.
ReplyDeleteJika diberi sesaat untuk bersama, mungkin akan meminta beribu. Jika diberi bisu untuk bicara, mungkin diminta seungkap kata. Jika diberikan nyawa, mungkin dipinta mati bersama bertemu di syurga. Jika dia menunaikan apa dipinta, adakah ia akan seindah dulu.
H, kali ni saya mengarut. Lol.
karutan diterima..hahaha
DeleteTakyah nak rasa terlalu kecil sgt, Apple :P
Deleteerr..aku cuba memahami apa yg kau cuba sampaikan
ReplyDeletetapi aku ambil jalan pintas dgn baca komen Liyaa Mf..
kenapalah kau biarkan dia lari jauh tggalkan kau..
Habis tu aku nak buat macam mana? Tak perlu kot aku nak depangkan tangan kalau niat dia memang nak berjauhan..
Deleteaaaaa...nak cakap ape ni H.. wuuu.
ReplyDeletecakap la padan muka...wuuuuu
Deleteerr, mungkin juga dia tak rasa apa yang kau rasa? eh?
ReplyDeletemungkin..agak jelas..dan cukup ketara :)
Deleteaku tidur jap sambil baca..woha! :P
ReplyDeleteErkk..bangun2..dah siang!!
Delete