Tak aci la. Hampir kat semua tempat aku baca entry pasal Ramadhan. Jadi aku pun nak taip pasal Ramadhan jugak. Cuma masalahnya aku tak tahu nak taip pasal apa. Aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka, rasa macam tipikal sangat. Aku tak ucap pun kalian tetap wajib puasa jugak kan? Jadi aku tak nak taip apa-apa kali ni. Itu jer. Kbai.
Beberapa hari lepas, aku terdengar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Berkenaan dengan puasa dan solat. Dalam motivasi tu, Dr. Fadzilah ada kata yang puasa tu lebih penting daripada solat. Sebenarnya masa aku dengar tu, aku agak terkejut. Sekarang pun aku masih agak terkejut. Nak menaip pun ada rasa sedikit takut.
Maklumlah, ini lebih termaktub dalam isu agama. Aku nak taip lebih-lebih pun, ilmu aku bukannya penuh kat dada. Aku takut bila dengar Dr. Fadzilah kata macam tu. As if solat tu perkara biasa dan puasa lebih utama. Padahal kita semua sedia maklum bahawa Menunaikan Solat Lima Waktu ialah Rukun Islam yang kedua. Tapi bila aku dengar lama-lama, aku rasa apa yang Dr. Fadzilah kata tu mungkin ada benarnya.
Dia kata, orang perempuan kalau uzur dan tak dapat solat, maka solat yang ditinggal tu tak perlu ganti. Maknanya kalau uzur selama 7 hari, maka 7 hari itulah solat tak perlu diganti. Berbeza pula dengan puasa. Contoh kalau uzur seminggu, maka puasa seminggu tu tetap perlu diganti juga. Sebab itu kot Dr. Fadzilah kata yang puasa lebih utama.
Aku tak nak komen banyak-banyak pasal apa yang dia kata. Takut apa yang aku huraikan terpesong dari makna yang sebenarnya. Aku cuma sekadar nak kongsikan info. Solat tetap tiang agama. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan tetap Rukun Islam ketiga. Dan kalau uzur tetap kena ganti puasa. Sekian entry Ramadhan aku yang tak seberapa.
Ehem-ehem..Selamat Berpuasa..►_◄
Hmm.. ad betul jgak kan kata Dr Fadzilah tu, solat x yah ganti, tp puasa kna ganti.. wlupn kat akhirat nt, amaln yg fes skali dihisab adlh solat.. tp bg pmpuan yg uzur, xyah ganti.. ni slh satu tanda Allah sygkan wanita ni .. hee.. kalo puasa kna ganti, n kna genapkan jgak sbgaimana jumlah berpuasa di bulan ramadhan.. nt sy try tny kwn2 la tntg nih..
ReplyDeletebtw, salam ramadhan n slamat bepuasa H :D
tu la..means puasa dan bulan Ramadhan ada keistimewaan tersendiri..:D
Deletesalam Ramadhan dan selamat berpuasa jugak..hehe
aaaa...mula2 dengar kau tulis ni H aku pun takut2 je nk komen ni, then bila kau xplain bagai baru aku rasa btul jgk kn..??
ReplyDeletesalam ramadhan :) tadi pergi terawih tak?
hahaha..jangan la takut..aku tak makan orang..kehkeh
Deleteterkejut gak baca ni. hee.. tapi memang ada logiknya juga kan.
ReplyDeletenak wish lg sekali, selamat berpuasa H. ;)
selamat berpuasa jugak Chic Na..:)
Deleteye ea..hmm..xpa2..perkongsian bersama.. ragu itu perlu..betul atau x wallahuallam..
ReplyDeleteselamat berpuasa encik H..^^V
kasi penuh taw..hehe..
selamat berpuasa..H puasa setengah hari..:|
Deleteohhhh .
ReplyDelete*selamat berpuasa ^^,
selamat2..
DeletePenerangan tu kurang kot smp tak jelas maksudnya H. tapi nmpk gaya dah dijawb pula di kesimpulan post H ini dan komen drp Emma.
ReplyDeleteJap lagi nak sahur. pahala lebih berbanding makan malam tadi dan malas nk bgn sahur. lol.
selamat berpuasa Apple..:D
DeleteSama2 H. Sy sahur sorg2 gak. Slalu pun camni tiap2 thn. Lol. Skali skala je buka dgn ada teman. Lol. <-- trbca komen H kat blog Emma. Lol.
Deleteapa nak buat..berkelana kat tempat orang, camni la..arini baru ada kawan untuk berbuka..:D
Deletepenjelasan jelas H dan dijelaskan lagi dari komen Emma...sama2 berkongsi.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa Encik H :D
Ya..Selamat Berpuasa Aien Alien :D
Deleteoh, tak twu nak komen ape sebab takot2 jugak.
ReplyDeleteselamat berpuasa H. <--tipika sgt
*tipikal!
Deleteshadap u..>,<
jgn la tipika sgt...lalala~
Delete*tipikal!
Deleteshadap u..>,<
bagus.itu saja dari saya.sekian
ReplyDeleteerr..terima kasih..sekian..
Deletebetul gak tu..tpi solat tetap lebih penting ye dak..ni mungkin simbolik nak menunjukan ibadat puasa ramadan ni jgn la ditinggalkan..sekadar pendapat aku..
ReplyDeleteaku rasa betul la kot pendapat ko..puasa sebulan jer dalam setahun..fadilat bulat ramadhan..
Deleteentri yg best, teruskan memberi info~ ;)
ReplyDeleteerrr...errrr...zzzzz
Deleteselamat hari raya :|
ReplyDeleteselamat hari raya payeh..maaf zahir batin :|
DeleteOkeyy! Aku faham apa yg dimaksudkan dgn puasa lebih penting drpd solat. Cuma benda ni mmg bahaya if kita tak dengar detail explaination dea kan? Contohnya, utk bebudak skola yg tak bape matang lg tu. Btw, if kita puasa tp tak solat masa puasa tu, tak ke sia2 je puasa tu? So, jawapannya? Mana lebih penting? :D
ReplyDeletePd aku lak, aku tak fikir mana lebih penting. Setiap amalan kita ni cuma Dia yg boleh tentukan penerimaannya macam mana kan? Mana yg aku mampu, aku buat. Mana yg tak mampu, aku cuma boleh mohon hidayah drpd-Nya je :D
betul la mcm apa yg ko kata..benda2 camni nak kena dgr detail..pastu nak kena nilai guna akal sendiri..aku kan, agak berhati2 sikit kalau nak ulas bab2 agama ni..sebab aku pun bukan reti sgt..
Deletepada aku, benda2 yg berkait dgn hukum ni xleh nk buat main2..aku xnak jadi jenis yg bila dgr UAI kata haram, terus sebarkan benda tu haram..ilmu agama kalau belajar tanpa asas yg betul, lama2 boleh terpesong..