Kali ni aku nak taip pasal mimpi. Korang pernah bermimpi? Aku rasa semua orang pernah kot. Then, pernah tak time korang mimpi tu, korang terjaga sebab korang tiba-tiba sedar bahawa korang sebenarnya tengah bermimpi? Aku banyak kali lalui situasi camtu. Tengah sedap-sedap mimpi, tiba-tiba aku terjaga sebab aku rasa mimpi tu tak logik..hehehe
Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya kita boleh kawal mimpi-mimpi kita. Maksud aku, kawal dengan minda la. Waktu kita tahu yang kita sebenarnya tengah bermimpi, jangan bangun dan teruskan mimpi tu ikut kemahuan dan kehendak kita. Aku pernah baca pasal benda ni beberapa tahun dulu, tapi seriously aku rasa nak kawal mimpi ni cukup susah. Sebab kita cuba kawal dengan minda kita, padahal time tu kita tengah tidur.
Daripada pembacaan aku, kalau kita dapat kawal mimpi, kita boleh buat apa jer yang kita nak walaupun perkara-perkara tu agak mustahil dan kita tak mampu buat dalam keadaan sebenar. Contoh, kita boleh terbang, kita boleh bernafas dalam air, kita boleh pergi ke mana-mana, kita boleh jumpa siapa-siapa, kita boleh bercakap dengan kucing, kita boleh melukis, bawak harrier, tumbuk cikgu disiplin, dan macam-macam lagi. Tapi itu la masalahnya, minda kena cukup kuat untuk kawal mimpi yang asalnya bukan suatu pilihan.
Aku tak tau la kalau korang boleh teruskan mimpi even korang tau semua tu cuma satu khayalan. Hebat kot kalau boleh buat camtu. Sebab setahu aku, kebanyakan orang akan terus terjaga bila saja diorang sedar yang diorang tengah bermimpi. Kesimpulannya, entry ni aku dah fikir agak lama. Cuma hari ni baru tulis sebab aku tak tahu nak update apa. Mungkin sebab aku dah nak tido kot..hahaha
Curik kat Google..zasss |
hahaha kalau berangan boleh la kawal.. kalau mimpi, macam payoh je.. huhuhuhu
ReplyDeleteboleh tu memang boleh ena..tapi susah la..sebab nak kawal something time tido..
DeleteKalo saya mimpi saya selalu tak tau pun saya tgh mimpi. Ingatkan real. Sekali mimpi.
Deletesama la kita lyd..rasa macam benda tu betul2 real life..bila terjaga tu, fikir balik sama ada itu betul ke mimpi..hahaha
Deleteciter pasal mimpi yang paling best citer inception..ko dah tengok ke..mmg senggama minda..mimpi dalam mimpi dalam mimpi yang boleh dikawal..
ReplyDeletepergh..macam menarik jer..mimpi dalam mimpi dalam mimpi..ala2 macam lagu damasutra pulak..aku rasa macam xpernah tengok lagi citer tu..
Deleteciter taun 2010 tu..mmg harus la ko tengok..agak extrem la ke fiksyen'an filem tu..bleh masuk dalam 6-7 mimpi dlm mimpi..tido mimpi, dlm mimpi tu tido lagi, pastu mimpi balik, tido mimpi, tido mimpi..tapi ade sebab kenapa dia kene masuk mimpi2 camtu dan mimpi tu semua terkawal..mmg wtf dan best...nak tau kesudahanya..sila download atau beli dvd..haha..
Deletebereh boh..skjp lagi aku tengok kat youtube..itu pun kalau ada la..
Deletebestlah kawalu minda kita kuat nak kawal mimpi..
ReplyDeleteboleh buat apa saja...
haha..xhabis2 H nak pergi segitiga bermuda eh...
semoga malam ni dapat pegi ye..
yup..kalau minda kuat nak kawal mimpi, mesti best..hehehe
Deletesegitiga bermuda tu kan salah satu impian "dia"..:P
hehehehehe...
Deleteamcam..malam tadi dapat tak pergi segitiga bermuda..?
tak dapat..in fact tak ingat pun malam tadi mimpi apa..hahaha
DeleteMimpi peluh? hehehe....
ReplyDeleteAkak boleh kawal mimpi akak tau H. Selalunya akak terbang dan pergi mana nak pergi. Siyes! mmg boleh control especially kalau mimpi tu best. Macam movie le pulakkk.
Tapi selalu le endingnya tak pernah tamat bebetul. Mesti terjaga punyalah bila dah terlebih kawal. hahaha...
fuiyoo..menarik tu..siap boleh terbang..so camne rasanya bila dapat terbang ek? seronok x?
Deletesiyesly, H teringin nak terbang, even dalam mimpi..:D
Memang le seronok tapi akak ni payah le nak dapat mimpi. Tu yg sesekali datang siap boleh control2. hehe..
Deletenext time kalau akak mimpi, cuba try cakap dengan binatang pulak..kot2 berjaya, boleh share kat sini..hehehe
Deletedalm citer inception pon dorang cakap kita buleh kawal mimpi. even masuk mimpi orang lain pon buleh.. hoho. ;p
ReplyDeleteohoo..aku xpernah tengok citer tu..tapi kalau based pada apa yg ko dgn bundle komen, citer tu macam menarik..heheh
DeleteJangankan kata nak kawal mimpi, nak bermimpi kejap lagi pun aku rasa belum tentu aku dapat. Jangan mimpi la aku nak dapat bermimpi jap lagi. Umpama mimpi dalam mimpi je tu.
ReplyDeleteMesti kau tak tau nak balas apa komen aku ni kan? Okeyy! Wet dream, H! Kahkahkah!
Mimpi bukan pilihan, tidur pula sebaliknya. Lalu kita pilih untuk tidur sekaligus menghadapi sesuatu yang bukan pilihan. :D
DeleteSume komen psl sambung mimpi & kawal mimpi. Aku pun nak gak laa.
DeleteAku rasa aku penah gak try2 sambung mimpi ke kawal mimpi aku tak sure. Tapi biasanya tak menjadi. Mimpi takkan sesweet sebagaimana mula. Sbb kita yg cuba create cerita. Padahal sebenanye tak macam tu. So, aku fikir mimpi tu kena natural berlaku -_-
yup..betul..aku pun rasa camtu..bila kita create or conduct mimpi tu ikut kemahuan kita, aku rasa mimpi tu dah tak pure..otak kita tengah bekerja waktu tu, minda kita tengah bergerak..means, tido tu tak lena sebab kita tengah cuba imagine something yg kita nak..
Deletebut still, aku tetap nak cuba kawal mimpi tu..
ada pernah sekali aku berjaya tak over mimpi aku
ReplyDeleteserius tak tipu
dlm mimpi tu aku boleh terbang, ala2 mcm superman baru belajar nak terbang
serius xcited
pehh..aku kalau org citer pasal mimpi boleh terbang ni, memang aku excited..sebab aku xboleh..hahaha
Deleteaku selalu dpt kawal mimpi aku.. selalu.. last sekali aku create mimpi sendiri dan aku mmg tengah tidur.. maybe sebab aku selalu mimpi kot.. tido kejap pun dah mimpi. lagi2 aku boleh beza mimpi atau realiti. kalau tak suka mimpi tu cpt2 bagi jaga.. hebat x?? hahaha
ReplyDeletewah kau lagi advance..siap boleh create mimpi sendiri..aku pernah kot mimpi ikut kemahuan and kehendak aku, cuma aku still tak sure sama ada kemahuan and kehendak dalam mimpi tu dikawal secara sedar ataupun tidak..
Delete*le Len Inouie dapat kawal mimpi. Jgn jeles!
ReplyDeleteSalah satu tips dia, jgn tukar posisi. Kalau tukar posisi tidur, dah susah nak fokus dah. Lagi2 bila mata dh ringan.
Tp nak sampai masuk mimpi org tu mmg x mampu la.
errr..tapi kalau tengah tidur lena, camne nak tau kita tukar posisi ke tidak? hehehe..
Deletemuhun Len masuk dalam mimpi saya..lalala~
pernah jugak berlaku. huhu
ReplyDeletepernah kawal mimpi ke?
Deleteboleh kata setiap kali tido aku mimpi..
ReplyDeletekalau mimpi seram, jarang aku terjaga terkejut..
bila terjaga, aku sangat gembira bila tu mimpi je..huhu..
eh..mimpi banyak, tido berkualiti x..?
entah ek..mimpi tu mainan fikiran kita time tido..aku rasa kalau tak mimpi lagi berkualiti kot..sebab kita tido tak fikir apa2..lena terus sampai pagi..hehehe
Deletehaa chemay penah baca pasal mimpi yang boleh dikawal tu.
ReplyDeletelucid dream kot nama dia.
lupa dah.
dulu siap bookmark tapi tak berkesempatan lagi nak buat.
biasanya letak je kepala kat bantal.
terus tertidur.
ish3
=.=
H nak buat, tapi tak tau cara..hehehe..lagipun susah kot nak kawal mimpi bila kita tengah tido lena..entah camne nak gerakkan otak time tu..:D
Deletehahaha.macam siot..siap nak tumbuk muka cikgu disiplin.hahaahaha..
ReplyDeleteaku kalau dapat kawal mimpi, aku nak date dengan hanis zalikha..hahaha
hahaha..tu contoh jer bro..cikgu disiplin aku dulu garang..dia senyum pun orang dah takut..kehkeh
Deleteaku boleh sambung mimpi aku.. wewww! best wot wot.. contoh kalo aku tgh mimpi pandu ferrari.. vroomm2... tibe2 aku tersedar. aku kena cpt2 tido kalo nak sambung balik mimpi tu... kalau dah lebih limit masa dea, tak boleh dahh...
ReplyDeletehaa.. hebak dok? x nipu ehh..
betul ko mu nih? blawok ko? hahaha..sambung2 mimpi tu aku tak faham camne org boleh buat..errr, tapi aku sendiri pun pernah jugak mimpi bersambung2 ni..cuma xtau camne boleh sambung..
Deletex blawok laa.. mung nii.. cayo laa.. hahahaha.. memang bulih sambung laa.. siap bulih ingat lagi tu haa.. tapi tak la slalu.. kang gila pulak...
Deletetak slalu mimpi yang nak disambung tu akan jadi episod akan datang.. kalau ada gangguan time tido, nak sambung bawak ferrari pun maybe tersambung bawak keta lembu.. dahsyat ye dok mimpi aku?
payoh la nak cayo ko mung nih..blawok sokmo..xdop pitih skit abuk..grrr
Deletebakpo la mung xse cayo ko aku.. siye la katku.. kait gapo pulok nge pitih? haiyaa
Deletenok wi pitih katku ko? hahahaha
cayo ko mung buke ado pitih..punoh laa..set kito jange pecoh
Deletebese macm tu la, kawal mimpi..kdg2 rasa mcm tgk direct movie/ drama....hehe..bangun jerr, rasa penat otak..
ReplyDeletehaaa tu la..otak jadi penat kot..sebab kita gerakkan minda time yg sepatutnya kena berehat..:D
Deleteke masa ko taip ni H, ko tgh mimpi?? haaa. ne tau kokawal2 mimpi masa ni. haha
ReplyDeleteaik? bila aku taip entry ni? rasanya semalam aku tido awal..siap cuci kaki lagi..xkan ngigau kot..grrrrrr
Deleteni aku baca entry kau sambil bermimpi la ni..haha..
ReplyDeletetapi aku pernah time mimpi aku tahu aku mimpi..pastu cuba nak bukak mata tak boleh..
uik..ko kena tindih ke apa? mimpi tapi xleh bukak mata ni..
Deletekdg² je boleh kwl..yg lain mcm hampeh.. mmpi kena kejar dgn buaya, terjaga n lega sbb rupenya mmpi..lelap semula, boleh lak buaya tu sambung kejar.. hampeh!!
ReplyDeletehaa tu la..kalau boleh kawal mesti best..imagine yg kita betul2 kena makan dgn buaya..tangan kena baham, kaki kena baham, pastu kalahkan buaya tu dengan gelombang suara..wahhh menarik tu..
DeleteKlau nak sambung mimpi boleh tapi kalau nak kawal mimpi suh ikut nafsu kita nak kemana mmg payah hehe dan rasanya tak boleh hehe
ReplyDeleteyup..nak sambung mimpi tu kira acceptable lagi..tapi kalau nak suruh mimpi tu ikut kehendak kita, entah la, susah kot..
DeleteJom pergi yogjakarta tgk candi borobudur yg mcm dlm buku teks sejarah tingkatan 4 tu. lepas tu travel ke beijing nak bergambar depan tembok batu sejarah China itu.. ;)..lepas tu terus ke Istanbul tgk Ayasofia.. mulakan dengan mimpi, baru datangnya cita-cita untuk mencapainya..
ReplyDeletejom..booking tiket la..Ha sponsor H..okey? :P
DeleteWAHH~ maknanya Na hebat laa ni..Na jenis klau tgh mimpi then tbe2 terjaga dari mimpi best tu..Na bole sambung balik mimpi tu td.. Na tatw mcm nak explain tp selalu da Na buat mcm tu..kira benda tu mcm normal...Na tak pernah plak fikir bende tu nampak hebat. tapi btul laa apa H bgtw ni..kita kena kawal sendiri... tapi mcm tak susah nak kawal pun H. justt fikirrrr je apa yg kita nakk CONFIRM dapat (ITU KALAU NA LAH)
ReplyDeletesambung mimpi tu kira okey lagi Na..kawal mimpi yg H maksudkan ni kira macam kita conduct mimpi tu utk ikut kemahuan kita..contoh, jumpa kawan2 masa kecik, kena langgar bas, pergi ke bulan, or macam2 lagi yg dalam dunia sebenar kita susah nak buat..hehehe
Deleteoohh faham sudaaa..
Deletetapi tu pun Na mampu lakukan laaa
tapi jarang laa dpt..
contoh Na pernah mimpi Na mati kena tembak
sumpah sakit gilaa weyh kena tembak..
pastu Na terjaga..
Na kawal mimpi Na supaya Na tak kena tembak..
tu hebat ke x H???
errr..hahaha..hebat2..:P
DeleteAhh malas layan lettew
DeleteHAHAH
erkk..layan la tu..hahaha
Deletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.
erkk..macam lari topik jer..hahahahahhahaa
Deletehmm aku kalau mimpi best2, xnak bangun rasenye..sbb kalau dah sambung tdor balik, xde maknenye nak layan mimpi best td..
ReplyDeletemimpi tu kan imaginasi khayalan yg kita tak sangka..hahaha..aku kadang2 boleh la kot sambung2 mimpi..tapi biasanaya, memang tak boleh nak sambung..xreti aku nak sambung mimpi..:D
Deleteini benar-benar kerja susah. hehehe.
ReplyDeletecuba la oshinz, kot2 boleh..just bila kita sedar yg kita tengah mimpi, jangan bangun and teruskan dengan mimpi tu ikut kemahuan kita..:D
Deleteaku pernah mimpi dan terjaga sekejap... lepas tu aku cepat2 tidur semula untuk sambung mimpi... dapat sambung balik mimpi tu tapi tak dapat tahu last mimpi tu cam mane.. hehe
ReplyDeletelain kali kau jangan sambung2 camtu jer..kau try la sambung ikut kemahuan sendiri..hehehe
Deleteminat sgt kan nak pegi segitiga bermuda tu. kalau H hilang camne? realiti pun mesti H hilang. haha..
ReplyDeleteselalu gak la nak cuba sambung mimpi tp tak pernahnya menjadi. termimpi benda yg bukan2 lg ada la. pastu rasa frust giler. hikhikhik..
kalau hilang pun xpe Chic Na..sebab itu kan cuma mimpi..:D
Deletekalo frust giler tu mesti cikna mimpi yg indah2..ala2 dating dgn ehem2 la tu sbb tu nk sambung blk mimpi tu kan H kan.hahaha
Deletebukanla. cikna mimpi tido atas bulan sabit. mcm citer fairy tales tu. haha..
Deletecikna br perasan tajuk entri H ni sweat dream. mlm td cikna baca sweet dream. huhu..
Deletehahaha..kak yana halim perasan dah tajuk ni..tu yg dia komen macam kat atas..:P
DeleteAku pun baru pasan rupanya sweat dream. Ingatkan sweet dream. Tp aku wish kat kau wet dream. Hahaha! :P
Deletewet dream tu aku x heran..dah selalu..kahkahkah
Deletehaha betul tu,kadang2 dalam mimpi boleh cakap ,"eh bangun la ini cuma mimpi" saya sll alaminya..tapi kalau mimpi tu saya suka insyaallah saya nak sambung mimpi..hahaha.
ReplyDeleteahaha..arina pun boleh sambung2 mimpi ea..pasni try la kawal mimpi..kot2 boleh jadi perdana menteri..:D
Deleteserabut kepalajadi perdana menteri .
Deletemimpi jer xpe..hahaha
Deleteaku acapkali mimpi TERterjun dr bangunan yg tinggi. BEST. best sbb terasa angin tu kat muka =.=
ReplyDeleteacapkali? pergh..tinggi sangat bahasa ko ni bro..hahaha
Deletekahkahkah ak TERjangkit dr ko lah!
Deleteceh..dan2 tolak kat aku..hahaha
Deleteterjun bangunan ke terjun katil mr kopi ?
Deletekah2
x pernah berjaya nak kawal..-.-'
ReplyDeleteasyik seronok mimpi je, tetiba terjaga..
kacau je..=D
terjaga tu sebab kita sedar yg kita sebenarnya tengah bermimpi ke? hehehe
Deletekadang teringin nk sambung..haha..=P
Deletetapi mimpi yg sambung tu biasanya dah x best kan? sebab dah stop sekejap..:|
Deletehahaha
ReplyDeletebestnya kalo mimpi tu boleh kawal betul2..
tp napa eh bila Ai mimpi hantu pastu terjaga..lps ketar2 sbb takut kan (hahahaha) pastu bila tdo mimpi hantu tu bleh dtg blik..siap smbung yg td..adoiiii mcm mn ai nk kawal tu H?
tu la banyak sgt pengaruh hantu kat ai. ai pun dah ala2 hantu sket. tu yg jd mcm tu. kahkahkah..
Deletehaa betul kata Chic Na..Ai banyak sangat tengok citer hantu kan? hahaha..caranya senang jer, sebelum tido Ai pakai bedak sejuk kat muka, biar hantu tu takut nak datang dekat..:P
Deletekahkahkah
Deleterotan dua2 baru tau..
berani cikna kata ai hantu.hahahaha
kalo pakai bedak sejuk mesti hantu tu kata ai ketua dia kan.kahkahkah
pastu nanti mesti diorang jawab camni: Ai Ai Captain!
Deleteala2 spongebob kan? hahaha
aku penah mipi nenek kebayan kejar aku..pergh..dua tiga hari tidur bukak lampu...
ReplyDeleteamboi..pentakut bebenor nih..hahaha
DeleteErr, kadang2 tak dapat pasti tengah mimpi ke dah terjaga. Lagi lagi bila dah basah dengan peluh apa semua. Kadang2 pon pakai tersentak aje. Cis. Tapi kita mmg boleh kawal mimpi kot. Semua tu pon mindset kita. Tapi rasanya itu bukan mimpi kot. Cuma macam khayalan kita sebelum tidor hingga terbawa bawa dalam mimpi. Eh? --'
ReplyDeleteerkk..khayalan sebelum tidur tu lain cik nin, mimpi tu pulak lain..tak sama tau..hehehe
Deletecontoh, cik nin berkhayal pasal cikgu..tapi tak bermakna yg cik nin mimpi kena rotan dgn cikgu..:P
Kalau fikir bebanyak pasal satu perkara je, pon boleh masuk mimpi kot? Eh, khayalan ni apa? Flashback apa yg dah berlaku ke? Atau berangan? Ah serabutt. Btw, takde contoh best sikit ke nak bagii. Haha
Deletealaa..xbest ke contoh yg cikgu bagi? hahahahaha
Deletekenapa kita selalu lupa apa yang kita mimpi ?
ReplyDeleteselalu mimpi kena kejar .. dan terpaksa berlari dalam ketakutan ..
selalu sangat .tapi tak boleh nak kenalpasti siapa yang kejar tu ..
tak pernah mimpi benda yang tak mampu nak buat dia alam nyata ..
Deletekiranya , kuat jugak kalu aku berlari , sebab orang yang kejar aku tu tak pernah dapat tangkap aku . dah lebih 10 tahun . ehh
adeh .
haa tu pun 1 hal jugak..drpd pembacaan aku, manusia biasanya tak dapat ingat 100% apa yg dia mimpi..even dia baru jer bangun tido, dia still lupa apa yang dia mimpi..
Deletemimpi??? hahahaha... aq pna mimpi siap smbil nages2 lg.. sdr2 mata dah berair...ehhh
ReplyDeletepling xsronok mimpi kena kejar ular... mak aq kata nak ada org pinang.. betul ke?? ehhhhhhahahaa
hahaha..patutnya mimpi kena keja ular la seronok..lagi2 kalau ular tu banyak..means, banyak org nak meminang ko..kehkeh
Deletemimpi memng boleh dikawal.. tapi ending dia yang tak boleh nak kwal..
ReplyDeletetngah2 mimpi ttbe bunyi alarm.. takpun tbe2 tersedar sbb nmpak sngt tpu ada 'hdup' yang indah mcam dlam mimpi tu.. huhu
ending dia tu pun boleh kawal sebenarnya..contoh time kita sedar yg mimpi tu 'indah' sangat, kita jangan terus bangun tapi conduct mimpi tu ikut kehendak dan kemahuan kita..:)
Deletedulu-dulu memang ada jugak jadi mcm ni..dh rsa terjaga,tapi boleh smbung mimpi macam aku lak pengarahnya... tapi bab terbang aku paling suka,sebb aku memang kerap mimpi terbang masa zaman derajah, kalau terbang gaya superman tak pe gak ,tapi ni terbnag dengan plastik bungkus barang tu,kena kibas2 bagi gelembung, pastu baru la dapat terbang..magik tak? angguk la..hahahah
ReplyDeletehahaha..mimpi terbang dgn plastik bungkus barang? hebat tu..kira macam tgh naik belon udara ke camne? :D
Deletesaya boleh dikatakan tiap kali mimpi mesti mimpi dalam sedar. Kadang2 terlelap dalam masa 5 minit je pun boleh kawal mimpi tu jadi macam apa yang kita nak, tapi takde laa sampai terbang2 semua. Kikiki.. benda ni tak practise pun cuma mungkin sebab otak ni rajin sangat bekerja sampai time tidur pun tak nak rehat tu jadi macam tu..
ReplyDelete