Header2

• 11 December 2012 •

Kakdah Pantang Kalah

Ini satu lagi imbasan terhadap sebuah cerita lama.

Aku adalah orang Johor. Lahir di Johor. Membesar di Johor. Kali pertama aku jatuh katil, adalah di Johor. Kali pertama aku jatuh hati, juga masih di Johor. Aku tamatkan tingkatan 5, di sebuah sekolah di Johor. Melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, di institusi pengajian di negeri Johor. Pendek kata, aku dengan Johor ni bagaikan aur dengan tebing. Umpama isi dengan kuku. Ibarat Johan dengan Zizan..kira kamcing la..

Then masa di universiti, baru la aku ada peluang bergaul dengan mereka-mereka yang bukan daripada negeri Johor. Roommate aku orang Kelantan. Payoh aku nok pahe gapo dio royak. Tapi seronok. Seronok sebab aku tak faham. Dan aku cuba untuk faham. Seronok bila dengar dia cuba kecek luar dengan aku. Time tu aku pulak tak faham..hahaha. Pada aku, moment tu, priceless.

Tapi sepanjang bergaul dengan orang negeri lain ni, aku cukup tertarik dengan bahasa orang utara. Aku tak tahu kenapa. Sesetengah orang anggap, bahasa utara ni kasar bunyinya. Tapi aku tetap suka. Tak keterlaluan kalau dikatakan, bahawa life aku banyak dipelopori oleh mereka-mereka yang berasal daripada utara, Kedah khususnya. Dan kawan-kawan yang rapat dengan aku, boleh dikatakan 90% adalah daripada sana.

Hinggakan dulu aku pernah bercita-cita (aku tak tahu nak gunakan term apa selain cita-cita) untuk tinggal dan menetap kat utara. Aku nak rasa duduk kat sana. Bergaul dengan orang sana. Bercakap bahasa sana. Dan lagi bagus, terus kahwin dengan orang sana..kehkeh. Berangan jer masa tu sebab aku cukup suka dengan bahasa utara. In fact sekarang ni pun, kalau bersembang dengan kawan-kawan daripada utara, aku akan cakap as if aku ni adalah orang Lostaq, Kedah.

Tapi tu la. Bukan semua yang aku nak tu tercapai. Sebab sekarang ni aku menetap kat Kuantan. Tak tahu bila agaknya aku dapat duduk kat utara, dengar makcik-makcik bersembang bahasa utara. Dulu sebelum kat Kuantan ni, aku menetap sekejap kat Dungun. Sebelum tu pulak, kat Tg. Malim. So masa tinggal kat Tg. Malim, terbiasa la jugak sikit-sikit aku bercakap loghat Perak. Sampaikan kat Dungun dengan Kuantan ni pun aku belasah jer cakap loghat Perak.

Kesimpulannya, kakdah dah bertunang kot. Muhun kakdah cepat-cepat kahwin dengan fik, lepas tu berjiran dengan aku. Senang sikit kalau ada rakan mengumpat ni. Dulu kan, aku ada berangan dengan Kak Yan, kononnya kitorang nak berbesan. So bila dah tua-tua nanti, boleh mengumpat pasal menantu dengan anak-anak. Tapi tu la, nampaknya niat suci aku terkubur macam tu jer..hmmm...



 

p/s: aku selalu buat-buat salah time nyanyi lagu ni..aku nyanyi 'walau jatuh sakit' instead of 'walau sakit jatuh'..kawan aku selalu marah..kehkeh


104 comments:

  1. wah2.. aku pernah lah sekolah area utara dan smpai skrg pun trbiasa ckp utara dgn kwn area sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau dgn selected person jer boleh cakap utara..maksud aku dengan org yg loghat dia tak pekat sangat la..kalau yg loghat pekat2 ni, aku segan sikit..:D

      Delete
    2. tp rasanya.. kalau yg pekat tu aku pening kot.. sbb dah lama tinggal.. belaja kat trenganu.. bahasa dicampu aduk.. perak, utara, pantai timur

      Delete
    3. pening tu 1 hal..tapi aku lebih kpd segan..1st sebab segan nak suruh diorang ulang (in case aku tak faham)..2nd segan nak cakap sebab takut salah or penggunaan kata tak betul..

      Delete
    4. tp kdg2 seacar otomatik terkeluar kan bila ckp.. nasiblah betul ke tak

      Delete
    5. aku buat2 macam yakin betul jer..konon2 konfiden la..then kalau salah, pandai2 la cover sendiri..hehehe

      Delete
  2. eh orang tg.malim ade ke loghat?? rasanya tak ada.. huhuhu.. ena pun suka dengar loghat orang kedah, kasar tapi best.. rentak alunan loghat dorng, best.. hehehe lg satu, senang fhm.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tg malim xde loghat, or x ketara sangat..tapi masa tu ada kawan drpd kampar, so banyak la dgr dia cakap perak..hehehe

      Delete
  3. Aku adalah orang Johor. Lahir di Johor. Membesar di Johor. Kali pertama aku jatuh katil, adalah di Johor. Kali pertama aku jatuh hati, juga masih di Johor. Aku tamatkan tingkatan 5, di sebuah sekolah di Johor. Melanjutkan pengajian dalam bidang senibina, di institusi pengajian di negeri Johor. Pendek kata, aku dengan Johor ni bagaikan aur dengan tebing. (copy paste,edit sikit) ekeke..pheww

    tapi masa kat uni, kite rapat ngn anak2 pahang. ckp pun dah macam org Lipis. hehe hilang terus johor yang disanjung tinggi ni. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..okey, pasni kena keja kat luar drpd johor tau..jangan dok lama2 kat johor tu..hahaha

      Delete
    2. memang takkkk kottttt keje kat luar johor. hahaha.

      Delete
    3. hahaha..sayang bebenor yer nakk tinggalkan johor..

      Delete
  4. Ni tak sabar nak cukup umur ni. Nanti jumpa orang baru dari rata rata negeri. Hahaha. Kedah dengan Perlis. Seronok kan bahasa diorang?! Suka jugak! Kalau boleh nak kahwin dengan orang utara. Hahaha. Tapi bukan Penang. Penang macam lagi pekat je dialek. X)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kawen dgn org kedah la cik nin..pastu kita berbesan, ok x? hahahahaha

      Delete
    2. Jom! Entah bila ketika nak berbesan tah kahwin pon belum. Hahahaha

      Btw, tu lagu negeri Kedah ke?! Seronok gila! Rasa nak pindah sekolah. Semangat sikit waktu assembly. -_-

      Delete
    3. bukan la..tu lagu bola..kedah pantang kalah!! :P

      Delete
    4. Ahhh cikgu! Minta sediakan delete button! --'

      Delete
    5. xde2..sebarang permintaan tidak akan dilayan..hahaha

      Delete
    6. nak sibuk dok utara jugak :D

      Delete
  5. laaaa, ingtkn H org kelate... hehe... johor rupanya... suka jgk dengr org utara ckp, lgpn.. org yg sy minat, org utara... hahaha..

    ReplyDelete
  6. kalau bahasa belah utara ni mmg bunyik dia mcm kasaq sikit..
    tapi sebenarnya tak sakaq..bunyi jaa..

    nur menetap di taipig..bahasa taiping ni mmg ada bunyi2 utara sikit.. kalau blah parit buntaq nun..mmg bunyi mcm kedah2 sikit..

    tapi blah tepeng ni, byk yg campoq2..hihih..

    p/s: H baca komen ni dengan nada utara naa..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kami nak tanya ampa nih..sakaq tu apa? hahahaha

      Delete
    2. sakaq..? apa tu..?
      nur dok pernah dengaq pun...
      hehehehe...

      tak kan saka kot...
      ni ayat kedah ni H...
      pi tanya orang kedang tengokk..hihii

      bila cakap kedah, haritu tgk tak kumpulan balas..?
      depa ckp kedah laa..hihih

      Delete
    3. bukan2..cik nur taip 'sakaq' kat atas tu..tu yg H tanya..:P

      tengok aritu kumpulan balas cakap kedah..buruk bebenor masa yg hujung2 tu..hahaha

      Delete
    4. a'ah ek..silap baca doh ni..bukan sakaq tu sebenaqnyaaa..
      tapi kasaq..terbalik hurup..hahaa

      Delete
    5. hahaha..H tau jer..tapi saja dok bahan..:P

      Delete
  7. mohon belajar bahasa pahang bila dah duduk dekat kuantan tu yaa H?
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat pahang ni H pandai koi aok jer chemay..hahaha

      Delete
  8. Bahasa sabah, bahasa sabah, bahasa sabah. Try sekali, boleh bah kalau kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nda bulih bha aku..err..siyes x boleh..dulu cuba2 belajar bahasa sabah, tapi xdapat jugak..susah bebenor..:D

      Delete
    2. menyelit sikit...suka sangat "boleh bah kalau kau..." rindu kat kawan sabah!

      Delete
    3. ya..bulih bha kalau kau..hahaha..aku pulak teringat ex-gf..:D

      Delete
  9. Banyak tempat n banyak pengalaman H dapat. Seronok dlm ingatan... Me too, banyak kenangan pahit manis walaupun sempat tinggal 3 tahun je di Johor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..3 tahun kat johor ea..dulu duduk kat mana?

      Delete
  10. patutla H pandai kecek kelate. hikhik..

    mmg best dengaq loghat kedah. bff kami org loqstaq. kalau p umah dia mmg syok la bersembang ngan family & sepupu sepapat dia, lg2 sepupu yg kecik. kiut je depa ckp utagha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kecek kelate tu sikit2 jer..itu pun berterabur..bunyi macam org siam dah..hahaha

      dengar org cakap utara memang best, tapi yg cakap spontan la..kalau dengar yg dalam filem razak mohaideen, mami jarum ke anak mami ke apekebende lagi ntah, rasa melampau2 sangat loghat diorang..dah macam x pure..err, memang tak pure pun sebab berlakon..kehkeh

      Delete
    2. mami jarum tu mmg over kot. dalam sungguh bunyi dia. tak kiut dah tu lagu tu. loqlaq ada la. hahaha..

      Delete
    3. amboih..tudia chic na teruih cakap utara..hahaha

      Delete
  11. aku balik kampung bini aku susah gak nak paham mak mentua aku cakap kdang2 tu..idgham ngan qolqolah bunyik utagha tu kaw punya, tambah plak perkataan tu aku blom jumpa dalam kamus..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Idgham dan qalqalah? Aku baru terguna perkataan ni dalam entry. Hahaha!

      Delete
    2. err..rasanya entri ko tu belum ade masa ku komen tdi..haha..kebetulan sangt tu makcik..haha

      Delete
    3. kadang2 susah nak faham tu yg buat aku makin suka..tapi bergantung pada situasi jugak la..kalau setakat susah nak faham time tengok mami jarum, aku tak teruja langsung kot..hahaha

      Delete
  12. Aku ni bukan jenis lidah yg boleh tiru2 longat orang. If aku cuba tiru, gagap tu satu, pastu tak sedap langsung bunyinya. Hahaha!

    Btw, 1st sem aku blaja kat Shah Alam dulu, roomate aku orang Anak Bukit, Kedah. Tuuuuudiaaa dea punya cakap. Laju & kalut bebenor. Kehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xsure la lidah aku camne..keras jugak kot..kalau aku cakap kelantan, konfem org kelantan gelak..sebab buruk sangat kot..hahaha..

      dulu masa kat tg malim, kat kedai makan, aku panggil tauke kedai tu kira..aku rasa time tu aku cakap macam biasa, sebab makan pun sorang2..tapi tauke tu x caya aku drpd johor..grrr

      Delete
    2. Kau dah murtad johor ey? Hahaha!

      Tapi kan, 1st tyme becampur ngan org luwa wat aku rasa pelik je. 1st tyme aku dengar roti tu dipanggil biskut, ke biskut tu dipanggil roti aku pun dah lupa. Rasanya org utara yang cakap. Pastu gula2 dipanggil cekelat. Aku mula2 dulu salu gak la konfius bila sembang ngan dorang ni.

      Delete
    3. hahaha..aku dah kena buang negeri la Liyaa..johor dah tak terima aku..:P

      aku pun pelik jugak masa roommate aku mintak cekelat..aku dok fikir la, bila masa pulak aku beli cekelat..gula2 ada la..kehkeh

      Delete
  13. Aku plak berubah-ubah. Ada satu masa, aku rasa loghat utara la paling best. Aku selalu nak ckp utara. Tapi ada satu masa [aku rasa bila citer mami jarum dan sekuel2 dia mula menguasai panggung], aku rasa loghat utara la yang paling menyampah aku dgr. Tu semua pasal mami jarum la. Sebab serabut otak aku. Ish.. tak baik kan aku ni. Apapun kita satu melesya. Peace. Org utara jgn kecik hati nooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mami jarum and cerita2 seumpamanya tu, jangan kata ko Lyd, aku pun menyampah dengar..macam over sangat, rasa nak lempang jer..grrrrr

      Delete
  14. ahahahahaha.. yelah niat suci :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira suci la tu..berbual2 dengan besan, cerita pasal perangai anak menantu..best ooo...hahahaha

      Delete
  15. hai johorian, ok..sy org kedah..mai la pinang...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pi meminang apa..kami bukan tau pun ampa dok kat mana..:P

      Delete
  16. Hahaha! Kesimpulan hang memang terbaik! Kehkehkeh...
    InsyaAllah kalau ada jodoh kawin la tu, nak kalut watpa..Hahaha...
    Aku nak tanya maksud tajuk hang tu...
    "Kakdah pantang kalah."
    Kakdah tu aku kan? Sebab hang selalu panggil aku kakdah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakdah tu hang la, sapa lagi yg aku dok panggil kakdah hari2..hahaha

      ni hang dengaq ka lagu apa yg aku dok letak tu? kat dalam lagu tu, dia ada sebut "kedah! kedah pantang kalah!"..tu yg dtg tajuk kakdah pantang kalah tu..

      Delete
    2. Hahaha...Aku tau lagu tu..
      Kadang2 aku rasa hang ni ada jugak sweetnyaa...Kehkehkeh...
      Kiranya boleh lah kalau aku nak perasan yang entri ni khas untuk aku kan?

      Delete
    3. err..sebenarnya aku ni baik tau kakdah..hahaha..tapi entry ni sebenarnya bukan khas utk ko pun..kebetulan jer kesimpulannya jadi camtu..kehkeh

      Delete
    4. Grrr! Tak payah lah nak jujur sangat!! Hahahah...

      Delete
    5. salah ke aku dilahirkan sebagai seorang yg jujur? salah ke? :|

      Delete
  17. pasai pa tajuk Kakdah pantang kalah tapi dok sembang kot lain? haha. bior lerr...entry kome ye dak? apo den kesah an. asalkan ekau tak membongak sudah. kawe baca jah dari mula sampai habis H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasai kat dalam lagu tu, dia ada sebut "kedah pantang kalah"..hat tu yg aku ubah jadi tajuk tu..hahaha

      mung ni rosak bahaso la..den taip kodah, ekau komen klate..kawe gocoh kae..

      Delete
  18. sama rr

    walau kawe nih owg kelantan

    tp minat bhs utara, mcm ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ko ade komen2 kat blog ayam dan babi ke bro..kat sana tu kelantan pon jadi utara gak..hahha..

      Delete
    2. kat sana tu memanjang bahasa utara..nokhorommmm..kahkah

      Delete
  19. suci la sangat kalau cita2 nak mengumpat tu,, grrr,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira suci la tu. merapatkan silatulrahim sesama besan..heheh

      Delete
  20. nasib la kerja dekat negeri lain. Kalau tak memang dekat johor jela jawabnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la kerja kat tempat lain..tapi kan, kalau diberi pilihan, aku memang taknak kerja kat johor..:D

      Delete
  21. Na pulak tatw kenapa x boleh dgr orgf kelantan ckp..na pening sbb tak faham..tapi na suka dialect sarawak...sampai bertungkus lumus belajar hahahaha poyoo gila kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada H, bahasa kelantan ni payah sikit nak tackle..bukan payah sikit, payah banyak kot..hehehe..tapi somehow, seronok jugak dengar org kecek klate ni..dia punya rhythm tu 'comel'..hehehe

      Delete
    2. tibe2 aku rasa mcm aku comel pulak ehh :D

      Delete
    3. errr..tak..rhythm tu yg comel..bukan ko..hahaha

      Delete
    4. ekau ni.. puji la den..

      Delete
  22. husna org kedah!! =D
    mai2 kita sembang sama2..haha..

    kedah ni ada yg lg piau..
    tp belah hulu lar..klau tnya husna mmg husna xtaw..
    sbb mama husna xmaw bg kami biasa dgn bahasa tuh..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la..kedah yg piau tu yg kadang2 susah sikit nak faham..susah nak tangkap apa diorg sebut..:D

      Delete
    2. kan..haha..
      kdg pelik je dgr..=D

      Delete
  23. dari semalam lagi aku nak komen entry ni.. baru sempat..
    aku ralit dok baca komen2 kat sini.. lucu laa.. nice entry gituu.. erk, rasa mcm org baru kenal la pulak.. kahkahkah

    aku dok pikir kalau aku komen dalam kelantan, konfem akan ade ayat 'set kito jange pecoh' .. heee.. nak komen dlm trgnu tkot ko x paham pulak.. nampak situ konflik.. so, kecek luar jee..

    aku suka jugak loghat utara ni.. unik.. aku ade jugak blaja ckp utara ni tapi tak habis sukatan pelajaran..hahaha.. suka je dgr dorang sembang.. ralit ouhh... aku tak pasan pulak mcm mana yg mami jarum punya loghat tu buat ko rasa nak lempang dia... over sgt ke? x igt aihh..

    tapi bagi aku la kan,, loghat utara ni senang sikit nak tiru or blaja compare ngan loghat kelate.. sbb kelate ni dia byk sabdu.. btw, ko ckp kelantan bunyi dah mcm orang jawa je.. kahkahkah...

    kawe lepah gian nok komen... hahaha.. lek ahh bohh.. sep kacip.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengetahuan ko ye payeh..nak cakap utara yang betul2 la susah..serius aku cakap kalau bini aku tngok citer yang guna loghat utara ni dia tau bezakan yang mana asli mana ori.pastu mesti dia kutuk kalau tak jadi..idgham dengan qalqolah orang utara ni lain sikit..

      Delete
    2. asli dan ori watdepak..hahaha..

      Delete
    3. aku rasa bangga jadi orang utara...Boleh tiru slang orang lain tapi orang susah nak tiru slang kami..Kahkahkah..

      Delete
    4. haa betul2..even camne pun org luar try cakap slang kedah, tapi takkan betul2 sama macam org kedah yg cakap..means, org kedah akan dapat detact..hehehe

      Delete
    5. Aku rasa kelantan lagi susah. Susah nak tiru slang dea dan jugak susah nak paham. Err nak ikutkan sume loghat pun, aku rasa org luwa yang bermastautin kurang 10 tahun kat situ, takleh nak cakap sebijik cam org tempatan kut. Aku rasa laa :D

      Delete
    6. kelate la paling senang mocik..yang panjang diringkaskan..member aku bunyik suara pon dah tau jawa, duk kelate terus ilang jawa dia..hahaha.

      btw..Johan paling terrer bab nak ikut slang2 ni aku rase..hahaha..

      Delete
    7. haa! Liyaa!! finally ade geng.. hahahaha.. kalau nak ckp yg ori atau asli aku rasa semua loghat pun susah kot.. even aku sendiri takleh nak ckp kelate ori.. kelate ori dia bukan beza pada slang tapi pada perkataan... memang kalau takde ilmu yg ckup, jadik mcm omputih ckp ngan jawa.. perkataan pelik je...

      nampaknya kedah memang tanak kalah ye..

      Delete
    8. kalau compare slang kelantan dgn kedah, personally aku rasa slang kelantan lagi susah..bak kata payeh, payoh..hahaha

      btw..Johan tu makan apa ntah sampai boleh ikut macam2 slang..nismilan pun boleh..sabah pun boleh..perak pun boleh..sarawak pun boleh jugak kot..

      Delete
  24. Kau pandai cakap jawa tak? bugis? kalau antara dua bahasa tu kau tak pandai, jangan sesekali mengaku anak johor.. huhh...

    hahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh..kau pandai cakap jawa x? hahaha..aku pandai wes mangan, ngombe, turu and sikit2 jer..:D

      Delete
  25. cita-cita nak jadi orang utara ye... tapi sekarang duduk kat kuantan ye...

    kuantan ni besar juga rupanya... sebab kita tak pernah jumpa pun... kan? haha!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ler tak sudi jumpa aku..meh la belanja makan ke apa ke..:P

      Delete
  26. Bercita-cita? hahah....guna 'berhajat' boleh kot.
    Dulu aku penah kapel dgn org utara.
    :p xde kaitan.
    Hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercita2 la Len..kira macam long term target la..hahaha
      aku banyak kali suka kat org belah2 utara..:D

      Delete
    2. kenapa suka-suka org belah utara ? aku tak namapak apa-apa .

      Delete
    3. kenapa? entah, aku pun xtau..sebab tersuka kot..hahaha

      Delete
  27. kuantan pun boleh tahan jugak bahasa dia.. kalau baru duduk dalam sebulan dua, memang susah nak faham apa dia cakap..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kuantan tak ketara sgt kot slang dia..bila dengar tu, rasa macam more to kelantan..tu pendapat aku la..hehe

      Delete
  28. walaupun aku anak kedah , tapi aku tetap tak faham sangt sesetangah cakap org kedah ni. aku tak suka bahasa utara sebab nampak kasar . walaupun aku pun kasar sikit je . haha .

    hang boleh ker cakap kedah ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecek klate buleh la kawe..kecek kedah ni kawe toksir..payoh..

      Delete
  29. sapa nyanyi tu ? bersemangat. bukan hencek H kan ? kehkehkeh

    ReplyDelete
  30. tetiba terasa bangga jadik org utara...kikikiki...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..nanti buleh la kita berjiran..:">

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top