Header2

• 07 June 2013 •

Jurnal Tingkatan Lima

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang ingat lagi tak yang aku pernah mention nama Norafidah Bte Atemin, atau lebih dikenali sebagai Along. Nama tu aku ada tulis dalam entry Mereka-Mereka Yang Pernah Disuka. So malam ni aku nak imbas sikit (kot) sebahagian daripada jurnal aku masa Tingkatan 5. Which is Along, adalah sebahagian daripada watak cerita.

Aku pindah sekolah masa Tingkatan 4. Daripada sekolah berasrama, terus pindah masuk sekolah biasa. Sebab masa tu keputusan PMR aku agak teruk. 2A, 3B, 3C dan 1E. E tu untuk matapelajaran Bahasa Arab. Tapi masa Tingkatan 4 tu, aku dengan Along tak sekelas. Aku 4 Bendahara. Dia pulak kelas sebelah aku jer, 4 Temenggung. Kelas 4 Bendahara masa tu cuma ada 16 orang, 5 lelaki dan 11 perempuan.

Then masa Tingkatan 5, sebahagian pelajar terpilih daripada kelas Temenggung, Laksamana dan Panglima diserapkan masuk ke 5 Bendahara. Cuma matapelajaran elektif masing-masing jer yang berbeza. Contoh bila kelas Fizik, Kimia atau Biologi, diorang akan join balik kelas lama diorang untuk belajar matapelajaran elektif. Masa ni la baru aku kenal Along. Seorang Penolong Ketua Pengawas. Garang. Dan digelar Singa Betina.

Oh ya, masa Tingkatan 5, jumlah pelajar kelas 5 Bendahara ialah 33 orang, 7 lelaki dan 26 perempuan. Nampak kan nisbah yang membenarkan lelaki kahwin 4 kat situ? Hahaha..but to be honest, aku memang ada 4 orang 'bini' kat dalam kelas tu. Bukannya bini betul-betul pun, saja gurau-gurau setakat untuk mengusik dan menyakat. Bini pertama aku Along, kedua Faiza, ketiga Jamilah dan keempat Norhazani.

Belakang dari kiri: Jamilah, ..., Norhazani, ..., ..., ....
Tengah dari kanan: Faiza, Hazati, ..., ..., ....
Along? Barisan tengah, antara cikgu dengan ketua tingkatan (lelaki)

Aku memang setia pada semua. Tapi antara empat orang tu, aku lebih tertarik pada Along. Tak tau kenapa. Maybe sebab dia garang, dan kitorang selalu bergaduh dalam kelas. Tiap-tiap hari. Tak pernah tak bergaduh, kecuali masa cuti. Apa jer aku cakap dalam kelas, dia akan bangkang. Dan apa jer dia cakap dalam kelas, aku pulak yang akan bangkang. Kira macam laki bini tengah bergaduh la. Along ni kira bini yang derhaka sebab selalu melawan aku, berbeza dengan lagi tiga orang tu..hahaha.

Tapi, ada tapinya. Tapi dalam masa yang sama, kitorang selalu bertukar-tukar surat. Tanpa pengetahuan sesiapa. Alaa macam la korang tak pernah main selit-selit surat dalam buku..kehkeh. Bergaduh tu tetap bergaduh. Tapi cuma sekadar wayang jer la. Sebab setiap 2-3 hari, salah sorang mesti akan pinjamkan buku atau pulangkan buku. Yang mana akan terselit surat kat dalam tu.

Nak kata kitorang bercinta, rasanya tidak. Tak pernah declare pun. Cuma dia tau yang aku suka kat dia. Tulis surat pun bukannya 'I you' atau 'saya awak'. Tapi mu dengan den. Macam Kelantan dengan Nismilan. Isi surat? Haa..yang itu undisclosed..kehkeh.

Tapi even kitorang cover line camtu, aku rasa kawan-kawan sekelas aku semuanya tau. Malah aku rasa cikgu-cikgu pun tau. Cuma mungkin sebab rekod masing-masing bersih, so cikgu pun buat tak tau jer. Alaa..kalau dah masa hari Apple & Rose, aku pergi bagi bunga ros kat dia, tambah pulak person in charge tu member-member sekelas dengan aku, memang dah terang lagi bersuluh la. Along sorang pulak tu yang dapat. Bini lagi tiga orang, aku tak belikan apa-apa. Not even apple. Nampak kan unsur-unsur kesetiaan yang ketara kat situ? hahaha..

Aku sebenarnya malu bila mengenangkan kes belikan bunga ros tu. Rasa macam, "OMG! Aku pernah buat macam tu ke? Kepala hotak la!". Sebab sebelum tu aku memang dah belikan apple untuk dia. Dan aku cakap, aku takkan belikan bunga untuk siapa-siapa. Tapi entah mana datang idea gila, aku boleh pulak belikan untuk dia. Sengal betul. Then waktu dia tengah mengumpat dengan kawan-kawan lain, aku datang la duduk kat meja dia. Nampak dia ada tulis pakai pensil, 'kata taknak belikan bunga?'. Aku reply la kat bawah tu, 'hahaha..dah terbeli, nak buat macam mana'.

Banyak sebenarnya cerita dengan Along ni. Bergaduh, merajuk, memujuk dan macam-macam lagi. Dan aku rasa antara sebab aku semangat nak datang sekolah ialah dia. Sampaikan kadang-kadang kalau aku malas nak masuk kelas Biologi, aku akan duduk dalam kelas Perdagangan walaupun tak faham apa-apa. Motif? Sebab dalam boleh bergaduh dengan dia. Bodoh gila kan? Ya, aku tau..hahaha. Oh ya, aku jawab exam betul-betul dan cuba score setiap paper pun sebab aku taknak kalah dengan dia. As a result, both of us adalah pelajar terbaik SPM untuk tahun tu.

Pada aku, Along is my best enemy. Ever. Yup, aku memang ada best friend, aku memang ada kawan baik. Tapi entah kenapa aku susah nak kelaskan Along dalam kategori kawan baik. Maybe sebab kadang-kadang dia tak macam kawan kot, malah lebih kepada musuh. Sebab tu aku kelaskan dia sebagai best enemy. Level tetap sama macam best friend, cuma title tu jer best enemy.

Kesimpulannya, kenapa aku cerita benda ni? Kenapa aku taip sepanjang-panjang ni? Jawapannya, sebab hari ni birthday dia. Happy besday Along. Semoga ko berbahagia dengan suami, cepat-cepat dapat anak dan dimurahkan rezeki. Thanks sebab jadi my best enemy.

p/s: file yang simpan surat aku dengan diorang semua dah hilang..:(


59 comments:

  1. Feewiit..!
    Suwitt je Nur baca..
    bagi ros lagi tu..
    Jiwang jugak eh H ni..
    hahaha.... :p

    apapun, happy birthday buat Along... :)

    P/s: Replika bunga yg H bagi dekat ex tu, kira org kedua terima bunga la ehh..? Walaupun hanya replika berbentuk bunga sunflower..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..bila pulak H bagi replika bunga sunflower tu? O.o

      Delete
    2. yg sunflower dalam plants vs zombies tu ke? :D

      Delete
    3. Haaa....
      Hehehe...
      >_<

      Delete
    4. erkk..yg tu bukan kira bunga betul Nur..replika jer x aci la..hahaha..

      Delete
    5. Walaupun bukan bunga tapi ianya tetap berbentuk bunga kannn...kira aci laa...hahaha

      Delete
    6. erkk..okey la, kira aci la..mujur bunga sunflower tu warna kuning, bukan merah macam ros..hahaha

      Delete
    7. Err..lepas xkomen nur sebelum komen ni tadi...?
      Sbb tekan2 terus jadi error....
      Grrr....

      Delete
    8. erkkk..komen yg mana? O.o

      Delete
    9. Ermmm...xlepas rupanya...
      Ingatkan lepas....
      Hehehe....

      Komen tu exclusive....
      Jadi kena sekali je...

      Heheheh.... :p

      Delete
  2. kerlasss kau H, kecik2 dah gatai berbini 4. Happy birthday Along. Bagus la kan ada enemy camni, pembakar semangat sampai berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bini tipu2 jer boleh la dora..bini betul, sampai skrg sorang pun xde..:D

      Delete
  3. suwit giler..


    kim slm kat ketua kelas. hensem.


    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..ketua kelas tu dah kawen la..hahaha

      Delete
  4. Jangan dikenang barang yang lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yg lepas tu la patut dikenang..sbb tu la dipanggil kenangan..hahaha

      Delete
  5. Kah3, Kelakar jer citer ko nih H.. Ehh, Hepi bfday lah buat best enemy ko.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku paling xsangka part bagi bunga tu..malu gila aku rasa..:p

      Delete
  6. cis tail betul! pi hide muka!!!! hahahahhaha~

    ReplyDelete
  7. wow... nice story... aku xde kisah2 best waktu skolah dulu... mayb sbb sekolah semua lelaki...so mcm boring giler..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. life masing2 xsama..aku rasa kau pun mesti ada cerita2 best zaman sekolah dulu..which is pengalaman yg berbeza berbanding org lain..:D

      Delete
  8. oooooooo...
    dia dah kawen yek?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..dah kawen tahun lepas..antara empat2 'bini' aku tu, dia la yg paling last kawen..:D

      Delete
  9. lohh..hahaha..tp jelas nampak zaman sekolah ko cool2 je kan..aku lain sgt..ribut taufan,gempa bumi..nak main2 surat, bagi bunga, berperasaan cam ko mmg takda la..tapi bab2 nak prank awek2 yg aku tak bekenan memang biase..hehe..

    kelas ko semua nampak nerd..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kelas sains tulen memang semua nampak nerd jer kot..otai2 sekolah semua kat kelas2 lain..kelas kitorang team bola pun xde..terpaksa join team kelas2 lain bila ada nk main bola..

      Delete
  10. hapy birthday Along..

    Tetiba teringat kisah cintaku di zaman dolu-dolu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..citer la sha..citer la..:D

      Delete
    2. haha mana boleh..rahsia

      Delete
    3. alaaa..sharing is caring..:p

      Delete
    4. nanti ade org muntah la haha

      Delete
    5. xpe..memang dah lama x muntah ni..hahaha

      Delete
    6. haha tu yg den maleh tu..lagi2 nak puasa dah ni..kang ramai pulak yg kne gnti pose

      Delete
    7. eh takpe..boleh jadikan alasan kukuh utk x puasa..:p

      Delete
    8. haha mane boleh..tak baik

      Delete
  11. suami yang x adil sungguh.. hahaha~

    tapi mmg best ada 'enemy' camtu..yg bagi semangat nak perform yang terbaik.

    ceh.. masing2 malu2 kucin. mahu tapi malu la kunun..

    apapon, moga korang tetap kekal berkawan. n moga kebahagiaan n keselamatan untuk along sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau aku adil kat semua, means aku tak adil la kat dia..kehkeh

      alhamdulillah la sebab setakat ni still berkawan..:)

      Delete
  12. sekarang masih contct lagi ke H ?
    hihi kelas budak pandai mesti lah nampak nerd ja kan.
    Sanah helwah alongg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la still contact..cuma xde la kerap sgt sbb dia dah kawen..rugi kot kalau hilang musuh macam dia..:p

      Delete
  13. huiyooo..huiyooo..=D
    pada sungguh H nih smpai snggup msuk klas perdagangan even satu perkataan pon x paham..haha..

    tp bagusla tuh berkawan mcm tuh membolehkan korang compete utk jadi yg terbaik..(Y) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kelas biologi tu cikgu garang..sebab tu malas nak masuk kelas dia..hahaha

      Delete
    2. haha..nasib cikgu tu laa sape sruh garang kan..=P

      Delete
    3. tu la..sape suh cikgu tu asyik bagi kerja sekolah byk2 kan..hahaha

      Delete
  14. H...nampak benau spesel nya dak Along dari madu-madunya pasal dapat bunga. hehehe.



    Selamat Hari Lahir Along...ikhlas dari Angah Aien.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bukan setakat dapat bunga Angah Aien, apple pun dia dapat jugak..madu2 lain lgsung x dapat apa..

      Delete
  15. hahahhaa hebat btol boleh cairkan hati singa betina. anyway, aku rasa aku lgi garang dri dia kot. sbb xpenah sesape bg surat kat aku. kihkihkih. loser sgt!

    zaman skolah mmg best kan? bila igt balik, malu sgt. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dia memang garang tapi dalam masa yg sama, macam ada 1 karekter yg unik and jarang aku nampak pada org lain..sebab tu kot aku tertarik..:D

      memang malu, lagi2 bila ingat pasal bunga..hahaha

      Delete
  16. best jurnal form 5 H ni...apapun along jd pencetus utk berjaya...alahai baca jurnal ni tetiba teringat zaman skolah dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..citer la pasal kenangan zaman sekolah tu..mesti best bila diingat balik..:D

      Delete
  17. woo penuh kuota.. baik semua madu H, takde gaduh2.. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la yg bagusnya..masing2 sekelas, berbaik2, tak gaduh..tapi bila H usik2 diorang, diorang tetap risau kot2 Along jeles..hahaha

      Delete
  18. Tringat zaman skolah..tp bnyk dh lupa.hehe..
    Ala...knp hilang file tu.kalo x bleh baca.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..rugi betul sbb file tu hilang..dalam file tu ada surat2 drpd hampir semua classmate aku..daripada along pun banyak gak..even notes kecik pun aku simpan..

      puas cari kat kampung, tapi x jumpa..mmg dah hilang..

      Delete
  19. wooh...

    bace cerita ni time 110 pagi memang thumb up la H...

    aku jugak ada perkara yang sama jadi waktu f5 kot...

    musuh-musuh suka dengan ketua kelas aku time tu. kitorang main conteng-conteng nota kat buku...

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh..skandal dgn ketua kelas, main conteng2 nota kat buku..memang ohsem tu punzel..hahaha

      Delete
  20. tudiaa crush pertama ke mende? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni tingkatan 5..so bukan yg pertama la..hahaha

      Delete
  21. alah....so suwitt...

    ada jugak ea sipi romantic dalam diri H..:D

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top