Andai ini adalah metafora tahap tinggi, maka aku melabelkan sekalian kamu sebagai pembaca kelas satu. Dan andai terbitan kali ini masih sukar kamu fahami, aku tetap suka untuk terus me-level-kan sekalian kamu sebagai pembaca kelas satu..
Andai aku punya hak untuk berkata tidak pada semua perkara yang aku jelak, maka sebahagian perkara baik mungkin tak akan aku nampak ekoran kebebasan mutlak seorang aku untuk membantah setiap usul bila saja aku berkehendak. Bermakna, bila aku jelak dan berkata tidak, mungkin aku terlepas pandang bahawa ada perkara baik yang tersirat letak..
Andai aku tak punya hak untuk berkata tidak, maka boleh diibaratkan sekujur tubuh ini cuma boneka kaku yang terima hadam setiap tusukan dengan bibir terkunci bisu. Di saat ini, kau boleh pijak bila kau hendak, kau boleh tolak bila kau perlu, dan kau boleh tarik bila kau mahu. Selafaz pun tak akan terlontar hingar teriak untuk aku berkata tidak..
Andai aku punya hak untuk berkata ya, maka aku tak akan memilih untuk berkata tidak. Mungkin kerana rutin kebiasaan aku untuk biarkan sesuatu perkara belaku mengikut mereka punya kehendak. Dengan harapan, kebebasan yang aku letak pada setiap frasa “ya” mampu mereka tamsilkan sebagai “tidak”. Persoalannya, adakah mereka faham? Jawapannya ialah tidak..
Andai aku tak punya hak untuk berkata ya, maka aku masih tetap keberatan untuk terus berkata tidak. Pada aku, frasa tidak itu sendiri umpama suatu halangan besar dalam mengajar kehidupan tentang erti sebuah “tidak”. Sebab aku sendiri tak pandai nak berkata tidak walaupun sesuatu perkara itu kadang-kadang wajib untuk dipalang sebagai tidak..
Andai aku mampu meminjam frasa ayat seorang cina, Eric Lim Poh Wing namanya, dengan suara pelat cina dia berkata, "Yes or no is not a problem.
I don’t care one. But the problem is, how much yes is yes and how much no is no". Bermakna, seberapa banyak ya itu akan kekal sebagai ya, dan seberapa banyak pula tidak itu akan kekal sebagai tidak. Sayangnya, kiasan seperti ini jarang-jarang orang boleh nampak..
Andai kamu mengerti apa yang aku maksudkan, bermakna kamu mungkin akan faham pada yang aku rasakan. Bahawa "ya" aku adalah "ya", dan "ya" aku juga adalah "tidak"..
err..
ReplyDeleteerrr...blur la tu..hahahaha
Deleteaku paham je...saje malas komen..hahaha
Deletemalas komen tapi dua da "komen" tu.. Kahkah..
DeleteMcm situasi okay!
DeleteErr, nanti2 lah.
Yelah2...
Apa yg aku komen ni? Harap ko paham H..Hahaha..
errr...aku tak faham...grrrr
DeleteAku paham Sida punya komen. Saje nak bitau.
Deletemungkin 'ya' kau yang bermaksud 'tidak' digunakan pada sesetengah situasi. mungkin pada hal-hal menjaga hati dan selebihnya 'ya' ialah 'ya'...
ReplyDeletemungkin..mungkin aku takut orang lain tak boleh terima 'tidak' sebagai jawapan..atau mungkin aku tak tahan dengan pujukan orang bila aku telah katakan tidak..
Deleteko makan KFC ke tu H? (H kelihatan tengah makan ayam KFC)
ReplyDeleteMaka dijawabnya "TIDAK." <-- sarcasm. Lol.
Ko tak suka team bola Jerman ke H? (H dah tulis dalam post)
"YA" <-- malas nak layan sebab orang tu tak baca pun post H.
H.. macam cool pulak eh? Macam L dari citer Death Note.
Apple, dah tengok belum movie Death Note: L Save The World..kelakar tengok L cubaa berdiri dan berjalan tegak..hahaha
Deleteade muvi death note yg baru ke?dah habis kan..last L mati tu ganti N..
DeleteErrkkk...N tu sape? kenapa aku mcm xtau jer...:-w
DeleteN kan budak kecik yg dengn budak pompuan nama melo tu..dia la waris L..dalam muvie takde ke?aku pon dah lupa..hahaha..tapi dalam komik ade..
Deletehahaha..aku mana ada baca komik dia..aku tengok movie terus..:))
DeleteN ada kat dalam muvi Death Note H katakan tu. N ialah Near. Budak Thailand tu. Hoho.. Dlm muvi tu dia belum lagi menyambung legasi L.
DeleteH kena baca manga dia, lagi best. Hoho..
Ohoo..Near rupanya..budak yang F hantar utk Watari tu kan?Ingat dah..hehe..
Deleteindah bahasa kau. thumbs up!
ReplyDelete*laaa, bundle ni ade je ko kan. sibuk betol.
ko yg tiba-tiba ada kat sini gile..hahaha..
Deleteerkk..apa yg berlaku sebenarnya ni? hahaha
Deletetakde apa h..ko yg sibuk wadi kepeng..hahahaha...
Deletekadang2 bca entri H ni, rsa mcm belajar Bahasa melayu smula kt skola... ho3..
ReplyDeletehahaha..kunun2 nak membudayakan bahasa..:p
Deletewaah3.. mmbudayakan bahasa tu.. :P Nt H amk kursus la jdik ckgu, tgk dari gaya bahasa, dh bleh dh tu.. haha
Deletehahaha..xde la..sebenarnya saje2 jer..sebab rasa seronok taip macam ni..:D
Deletebergantung pada situasi. kadang terlontar YA dari mulut tapi hati menjerit TIDAK. tersepit buat kita tak jujur dengan YA kita selalunya. jaga hati orang macam ni la.
ReplyDeletetu la..lagi lemah bila dah kata "tidak", tapi kena pujuk pulak..last2 akhirnya kata "ya" jugak..
Deletep/s: org ppuan pandai betul memujuk kan? grrrrrr...
'Dengan harapan, kebebasan yang aku letak pada setiap frasa “ya” mampu mereka tamsilkan sebagai “tidak”. '
ReplyDeleteSedikit yg aku paham mgkin ko sebenarnya xkn berkata tidak utk sesuatu perkara tp ko nk org tahu sebenarnya ko menidakkan perkara tu..
oh sguh lembab jugak utk aku faham..apakah..huhuhu....
betul la tu..sebagai contoh macam ni:
DeleteH : kak, macam tu tak boleh la..kena buat macam ni..
R : alaa..sikit jer ni..sap2 soi jer la..
H : aaa...okey..
ha..betullah tu..
Deletetp bahasa encik H ni mmg kena baca teliti baru faham..
erkk..jgn teliti sangat..takut...hahaha
Deletediriku hanya mampu meneka kerana sepatah halal diriku x mampu mengerti..muahahaha..:D
ReplyDeletesituasi dirimu seperti luah mati mak telan mati bapak??
*err..kalau salah diam2 sudahh..
betul2..last2 dikemam jer sampai ke sudah..hahaha
Deleteya atau tidak dua-dua tak kisah. ya, kadang-kadang bohong. tidak, kadang-kadang takut. kecuali atas dasar keberkesanan atas penyataan.
ReplyDeleteyup..kecuali jugak kalau berbicara soal hukum, akidah dan kepercayaan..kalau yang itu, tidak akan sentiasa kekal sebagai tidak..
Deleteyg aku paham dlm dunia kau , 'ya' dan 'tidak' itu ikt pahaman mu sendiri . tak perlu peduli sama ada ia 'ya' atau 'tidak' bg org lain jugak .
ReplyDeleteerrr..tak jugak kot..
Delete'ya' aku lebih kepada anggapan sendiri bahawa orang lain mungkin tak boleh terima jawapan 'tidak'..
lagi sekali, ingatkan lagu td. huhu..
ReplyDeletemungkin 'ya' dalam terpaksa utk jaga hati org lain. betul tak? :)
hahaha..husna pun kata camtu jugak..macam tajuk lagu..:D
Deleteha! nih tajuk lagu nih! kan2. :P
ReplyDeleteerrr...ya ya ya..tajuk lagu dijadikan tajuk cerita..:D
Deletenih duk layan lagu la nih.. amboii. hati tringat kat kakak cantik la tuuuuu! :P
Deleteerrr...tak2..teringat kat adik tak cantik..hahaha
Deletesetiap kali baca entry kau dgn kata2 berbunga ni, aku akan naikkan volume suara aku. Mungkin sbb nk tmbah kefahaman dan lebih fokus untuk mnterjemah ape yg kau cuba sampaikan. Hahaha saja bagitaw..
ReplyDeleteerkk..habis la org lain boleh dengar apa yang kau baca..:-w
Deleteahaha. yes chuu. pastuh kne bace satu persatu perkataan. kot tertinggal, dah pham mende lain. hehe/
Deleteerkk..bahasa melayu moden la ni..mana ada guna perkataan pelik2..=.="
Deleteekceli bhasa x pelik, tapi susunan ayat kau yg tnggi sikit tahap dy haha
Deletesetujukkkk!
Deleteaku baca bg aku bole dgr sorang2 suda la., :-w
ReplyDeleteingatkan kau baca macam buat presentation kat depan lecturer..:-w
Deleteklu kau request boleh je wakaka
Deletesila baca kuat2 biar semua org dengar...request ni tau..(d)
Deleteanggap je la request ko tu da tertunai k (d)
Deleteyeyyy..chuu ensem!!!
Deleteyay dsebabkan bukan first komen jadik tk busuk ;P
ReplyDeletehahaha..pandai..kalo camtu pasni nak tukar pulak, sape komen last, dia busuk..:))
DeleteKita hanya mampu merancang, tapi hanya dan hanya Tuhan yang menentukan.. Ingatlah, setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi...
ReplyDeletep/s: jangan lupa buka pintu hati bahagia bila hati sedang berduka. Pasti kau akan rasa gembira. :)
Alhamdulillah..setakat ni aku x pernah lupa..biar sesusah mana hidup yang aku ada, insyaAllah aku akan cuba pastikan setiap hari aku ada momen gembira..:)
DeleteSemoga aku jugak ada aura positif macam kau.. :)
DeleteAku rasa kau sebenarnya memang ada aura positif..memang ada..:)
Deletesyukran...alhamdulillah..ahlan wasahlan yaa sohabi...
ReplyDeletesalam ramadhan . hehe
ReplyDeletetiba-2
erkkk..selamat berpuasa...>.<
DeleteAku selalu je berada dalam situasi yang sama. Especially bila kau bagi contoh pada Cik Lala kat atas. Dan aku rasa, susah jadi org macam ni. Aku tak gembira langsung sbb TIDAK aku terbatas.
ReplyDeleteSila take note. Komen ini serius.
Tu la..aku pun selalu alami situasi macam tu..aku nak kata tidak, tapi aku tak dapat nak kata tidak..
Deleteaku turut sama melalui situasi tuh..
ReplyDeleteutk jawapan yg 'tidak' diakatakan 'ya'
macam tuh jgaklah sebaliknya..
semua tuh terjadi kat aku atas tiket "nak jaga hati org lain"
kdg2 rsa cam hipokrit pun ada..xjujur dgn diri sendri
kadang2 terpaksa jugak jawab macam tu..atas reason yang kau taip tu la, nak jaga hati org..
Delete