Header2

• 02 July 2012 •

Jangan Bilang Tidak

Andai ini adalah metafora tahap tinggi, maka aku melabelkan sekalian kamu sebagai pembaca kelas satu. Dan andai terbitan kali ini masih sukar kamu fahami, aku tetap suka untuk terus me-level-kan sekalian kamu sebagai pembaca kelas satu..

Andai aku punya hak untuk berkata tidak pada semua perkara yang aku jelak, maka sebahagian perkara baik mungkin tak akan aku nampak ekoran kebebasan mutlak seorang aku untuk membantah setiap usul bila saja aku berkehendak. Bermakna, bila aku jelak dan berkata tidak, mungkin aku terlepas pandang bahawa ada perkara baik yang tersirat letak..

Andai aku tak punya hak untuk berkata tidak, maka boleh diibaratkan sekujur tubuh ini cuma boneka kaku yang terima hadam setiap tusukan dengan bibir terkunci bisu. Di saat ini, kau boleh pijak bila kau hendak, kau boleh tolak bila kau perlu, dan kau boleh tarik bila kau mahu. Selafaz pun tak akan terlontar hingar teriak untuk aku berkata tidak..

Andai aku punya hak untuk berkata ya, maka aku tak akan memilih untuk berkata tidak. Mungkin kerana rutin kebiasaan aku untuk biarkan sesuatu perkara belaku mengikut mereka punya kehendak. Dengan harapan, kebebasan yang aku letak pada setiap frasa “ya” mampu mereka tamsilkan sebagai “tidak”. Persoalannya, adakah mereka faham? Jawapannya ialah tidak..

Andai aku tak punya hak untuk berkata ya, maka aku masih tetap keberatan untuk terus berkata tidak. Pada aku, frasa tidak itu sendiri umpama suatu halangan besar dalam mengajar kehidupan tentang erti sebuah “tidak”. Sebab aku sendiri tak pandai nak berkata tidak walaupun sesuatu perkara itu kadang-kadang wajib untuk dipalang sebagai tidak..

Andai aku mampu meminjam frasa ayat seorang cina, Eric Lim Poh Wing namanya, dengan suara pelat cina dia berkata, "Yes or no is not a problem.
I don’t care one. But the problem is, how much yes is yes and how much no is no
"
. Bermakna, seberapa banyak ya itu akan kekal sebagai ya, dan seberapa banyak pula tidak itu akan kekal sebagai tidak. Sayangnya, kiasan seperti ini jarang-jarang orang boleh nampak..

Andai kamu mengerti apa yang aku maksudkan, bermakna kamu mungkin akan faham pada yang aku rasakan. Bahawa "ya" aku adalah "ya", dan "ya" aku juga adalah "tidak"..


68 comments:

  1. Replies
    1. errr...blur la tu..hahahaha

      Delete
    2. aku paham je...saje malas komen..hahaha

      Delete
    3. malas komen tapi dua da "komen" tu.. Kahkah..

      Delete
    4. Mcm situasi okay!
      Err, nanti2 lah.
      Yelah2...

      Apa yg aku komen ni? Harap ko paham H..Hahaha..

      Delete
    5. errr...aku tak faham...grrrr

      Delete
    6. Aku paham Sida punya komen. Saje nak bitau.

      Delete
  2. mungkin 'ya' kau yang bermaksud 'tidak' digunakan pada sesetengah situasi. mungkin pada hal-hal menjaga hati dan selebihnya 'ya' ialah 'ya'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin..mungkin aku takut orang lain tak boleh terima 'tidak' sebagai jawapan..atau mungkin aku tak tahan dengan pujukan orang bila aku telah katakan tidak..

      Delete
  3. ko makan KFC ke tu H? (H kelihatan tengah makan ayam KFC)
    Maka dijawabnya "TIDAK." <-- sarcasm. Lol.

    Ko tak suka team bola Jerman ke H? (H dah tulis dalam post)
    "YA" <-- malas nak layan sebab orang tu tak baca pun post H.

    H.. macam cool pulak eh? Macam L dari citer Death Note.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple, dah tengok belum movie Death Note: L Save The World..kelakar tengok L cubaa berdiri dan berjalan tegak..hahaha

      Delete
    2. ade muvi death note yg baru ke?dah habis kan..last L mati tu ganti N..

      Delete
    3. Errkkk...N tu sape? kenapa aku mcm xtau jer...:-w

      Delete
    4. N kan budak kecik yg dengn budak pompuan nama melo tu..dia la waris L..dalam muvie takde ke?aku pon dah lupa..hahaha..tapi dalam komik ade..

      Delete
    5. hahaha..aku mana ada baca komik dia..aku tengok movie terus..:))

      Delete
    6. N ada kat dalam muvi Death Note H katakan tu. N ialah Near. Budak Thailand tu. Hoho.. Dlm muvi tu dia belum lagi menyambung legasi L.
      H kena baca manga dia, lagi best. Hoho..

      Delete
    7. Ohoo..Near rupanya..budak yang F hantar utk Watari tu kan?Ingat dah..hehe..

      Delete
  4. indah bahasa kau. thumbs up!


    *laaa, bundle ni ade je ko kan. sibuk betol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko yg tiba-tiba ada kat sini gile..hahaha..

      Delete
    2. erkk..apa yg berlaku sebenarnya ni? hahaha

      Delete
    3. takde apa h..ko yg sibuk wadi kepeng..hahahaha...

      Delete
  5. kadang2 bca entri H ni, rsa mcm belajar Bahasa melayu smula kt skola... ho3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kunun2 nak membudayakan bahasa..:p

      Delete
    2. waah3.. mmbudayakan bahasa tu.. :P Nt H amk kursus la jdik ckgu, tgk dari gaya bahasa, dh bleh dh tu.. haha

      Delete
    3. hahaha..xde la..sebenarnya saje2 jer..sebab rasa seronok taip macam ni..:D

      Delete
  6. bergantung pada situasi. kadang terlontar YA dari mulut tapi hati menjerit TIDAK. tersepit buat kita tak jujur dengan YA kita selalunya. jaga hati orang macam ni la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..lagi lemah bila dah kata "tidak", tapi kena pujuk pulak..last2 akhirnya kata "ya" jugak..

      p/s: org ppuan pandai betul memujuk kan? grrrrrr...

      Delete
  7. 'Dengan harapan, kebebasan yang aku letak pada setiap frasa “ya” mampu mereka tamsilkan sebagai “tidak”. '

    Sedikit yg aku paham mgkin ko sebenarnya xkn berkata tidak utk sesuatu perkara tp ko nk org tahu sebenarnya ko menidakkan perkara tu..

    oh sguh lembab jugak utk aku faham..apakah..huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu..sebagai contoh macam ni:

      H : kak, macam tu tak boleh la..kena buat macam ni..

      R : alaa..sikit jer ni..sap2 soi jer la..

      H : aaa...okey..

      Delete
    2. ha..betullah tu..
      tp bahasa encik H ni mmg kena baca teliti baru faham..

      Delete
    3. erkk..jgn teliti sangat..takut...hahaha

      Delete
  8. diriku hanya mampu meneka kerana sepatah halal diriku x mampu mengerti..muahahaha..:D
    situasi dirimu seperti luah mati mak telan mati bapak??

    *err..kalau salah diam2 sudahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..last2 dikemam jer sampai ke sudah..hahaha

      Delete
  9. ya atau tidak dua-dua tak kisah. ya, kadang-kadang bohong. tidak, kadang-kadang takut. kecuali atas dasar keberkesanan atas penyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kecuali jugak kalau berbicara soal hukum, akidah dan kepercayaan..kalau yang itu, tidak akan sentiasa kekal sebagai tidak..

      Delete
  10. yg aku paham dlm dunia kau , 'ya' dan 'tidak' itu ikt pahaman mu sendiri . tak perlu peduli sama ada ia 'ya' atau 'tidak' bg org lain jugak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..tak jugak kot..

      'ya' aku lebih kepada anggapan sendiri bahawa orang lain mungkin tak boleh terima jawapan 'tidak'..

      Delete
  11. lagi sekali, ingatkan lagu td. huhu..

    mungkin 'ya' dalam terpaksa utk jaga hati org lain. betul tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..husna pun kata camtu jugak..macam tajuk lagu..:D

      Delete
  12. ha! nih tajuk lagu nih! kan2. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...ya ya ya..tajuk lagu dijadikan tajuk cerita..:D

      Delete
    2. nih duk layan lagu la nih.. amboii. hati tringat kat kakak cantik la tuuuuu! :P

      Delete
    3. errr...tak2..teringat kat adik tak cantik..hahaha

      Delete
  13. setiap kali baca entry kau dgn kata2 berbunga ni, aku akan naikkan volume suara aku. Mungkin sbb nk tmbah kefahaman dan lebih fokus untuk mnterjemah ape yg kau cuba sampaikan. Hahaha saja bagitaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..habis la org lain boleh dengar apa yang kau baca..:-w

      Delete
    2. ahaha. yes chuu. pastuh kne bace satu persatu perkataan. kot tertinggal, dah pham mende lain. hehe/

      Delete
    3. erkk..bahasa melayu moden la ni..mana ada guna perkataan pelik2..=.="

      Delete
    4. ekceli bhasa x pelik, tapi susunan ayat kau yg tnggi sikit tahap dy haha

      Delete
  14. aku baca bg aku bole dgr sorang2 suda la., :-w

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan kau baca macam buat presentation kat depan lecturer..:-w

      Delete
    2. klu kau request boleh je wakaka

      Delete
    3. sila baca kuat2 biar semua org dengar...request ni tau..(d)

      Delete
    4. anggap je la request ko tu da tertunai k (d)

      Delete
    5. yeyyy..chuu ensem!!!

      Delete
  15. yay dsebabkan bukan first komen jadik tk busuk ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pandai..kalo camtu pasni nak tukar pulak, sape komen last, dia busuk..:))

      Delete
  16. Kita hanya mampu merancang, tapi hanya dan hanya Tuhan yang menentukan.. Ingatlah, setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi...

    p/s: jangan lupa buka pintu hati bahagia bila hati sedang berduka. Pasti kau akan rasa gembira. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..setakat ni aku x pernah lupa..biar sesusah mana hidup yang aku ada, insyaAllah aku akan cuba pastikan setiap hari aku ada momen gembira..:)

      Delete
    2. Semoga aku jugak ada aura positif macam kau.. :)

      Delete
    3. Aku rasa kau sebenarnya memang ada aura positif..memang ada..:)

      Delete
  17. syukran...alhamdulillah..ahlan wasahlan yaa sohabi...

    ReplyDelete
  18. salam ramadhan . hehe

    tiba-2

    ReplyDelete
  19. Aku selalu je berada dalam situasi yang sama. Especially bila kau bagi contoh pada Cik Lala kat atas. Dan aku rasa, susah jadi org macam ni. Aku tak gembira langsung sbb TIDAK aku terbatas.

    Sila take note. Komen ini serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..aku pun selalu alami situasi macam tu..aku nak kata tidak, tapi aku tak dapat nak kata tidak..

      Delete
  20. aku turut sama melalui situasi tuh..
    utk jawapan yg 'tidak' diakatakan 'ya'
    macam tuh jgaklah sebaliknya..
    semua tuh terjadi kat aku atas tiket "nak jaga hati org lain"

    kdg2 rsa cam hipokrit pun ada..xjujur dgn diri sendri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 terpaksa jugak jawab macam tu..atas reason yang kau taip tu la, nak jaga hati org..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top