Ceh..macam ada orang kisah jer kalau tajuk entry aku sekali lagi berakhir dengan perkataan Tiba. Okey itu jer intro untuk entry ni. Kes takde idea nak buat intro..kahkahkah.
Beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa semua orang pun tau domain dot my ada problem. Susah nak diakses atau tak boleh nak diakses. Aku takde la sampai tahap mengkaji sangat sebab musabab dia. Cuma ada terbaca sikit-sikit jer la. Kononnya diorang tengah upgrade server ke apekebende ntah.
Aku mula perasan permasalahan domain ni sejak 26 Januari 2013, time aku post entry Terbitan Tiba-Tiba tu. Tak sampai setengah jam lepas aku post entry, terus blog aku takleh nak diakses. Liyaa tanya aku, Payeh tanya aku, Aientanya aku, Nur tanya aku, Farah tanya aku, Rapunzel pun tanya aku. Jawapannya, idak ler teman tau. Dah aku pun takleh akses, aku tak terkejut la kalau orang lain pun takleh akses..hahaha. Adil dan saksama yer tak?
Tapi aku ada nampak la tutorial untuk setting DNS. Tukar ke 8.8.8.8 dan 8.8.4.4, pastu kita akan dapat akses blog-blog yang menggunakan domain dot my. Siapa yang dah tukar jer la boleh akses, siapa yang tak tukar tetap jugak takleh nak akses. So sebagai salah satu program khidmat masyarakat, aku kongsikan jugak tutorial ni walaupun aku tau korang bukannya nak tengok..kehkeh.
Berbalik kepada cerita asal. Sebagai backup plan terhadap domain dot my tu, aku pun beli satu lagi domain iaitu www.capital-h.us. Tujuannya untuk standby jer sementara domain dot.my tu belum boleh diguna. Dan nampaknya hari ni domain www.capital-h.my dah boleh kembali beroperasi seperti biasa. Indirectly means yang aku sekarang dah ada dua domain name. Bukannya kes tamak, cuma aku fikir kalau la tiba-tiba salah satu domain tu ada problem, domain satu lagi akan cover blog aku seperti biasa.
So aku nak bagitau yang sekarang ni, kedua-dua domain tu boleh diguna dan akan pointing kepada blog yang sama. Itu saja. Nampak kan? Kes tak tau nak buat ending macam mana..hahahaha.
p/s: kan best kalau aku ada domain capital-h.me..sebab ME tu sendiri dah melambangkan nama pesbuk aku..kehkeh.
Hari ini telah tiba. Hari yang aku tunggu dari dulu, dan juga sejak sekian lama. Hari ini adalah harinya. Hari dimana dua hari sebelum genapnya dua purnama. Hari ini, aku mulakan dengan rasa sangat teruja. Meski aku tahu, dalam beberapa minit lagi, aku akan berbaring mendakap lena, dan berdiam pejamkan mata.
Apa kesudahan untuk hari ini, aku tak tahu. Tak ada apa yang tergambar dalam kepala. Cuma yang aku tahu, aku dan dia akan berjumpa. Kami akan kembali bersua muka. Kali terakhir bersua rasanya tidaklah selama mana. Seingat aku, mungkin pada tarikh 4 Oktober. Carilah apa yang kamu ingin cari, berkemungkinan kamu akan jumpa apa yang akan kamu jumpa.
Tak faham? Tak apa.
Persoalannya, kenapa aku pilih untuk jumpa dia pada tarikh tertera? Jawapannya, kerana tarikh ini adalah hari ulangtahun kelahiran dia. Sama ada hari ini akan jadi permulaan sebuah kisah, atau berakhirnya sebuah cerita, aku sendiri tak dapat jangka. Cuma aku mohon pada Al-Hayyun agar cerita untuk aku adalah yang baik-baik sahaja.
InsyaAllah. Semoga.
p/s: ini terbitan ketiga yang tajuknya berakhir dengan Tiba.
Sejujurnya aku tak bercadang untuk muat naik apa-apa terbitan pada malam ini. Aku kira cukup untuk teruskan dengan kebiasaan mengemaskini terbitan sekali pada setiap dua hari. Bermakna, setelah wujudnya terbitan pada 25 Januari, aku bercadang untuk melakukan terbitan pada 27 Januari dan seterusnya pada 29 Januari. Ya, cadangan semata-mata kerana pada hari ini, rancangan aku nampak dah sedikit lari.
Aku kira kebanyakan orang sudah faham tabiat dan perangai aku. Aku suka mengusik, aku suka mengacau, aku suka membahan, dan aku suka mengenakan orang pada setiap hari atau boleh juga dikatakan selalu. Motifnya cuma satu, dengan menggembirakan orang, aku percaya bahawa aku turut mampu menggembirakan aku. Melihat orang seronok membuatkan aku rasa cukup seronok. Seolah-olah sekalian kamu berada betul-betul di hadapan aku, berbual tentang segala perkara-perkara yang tidak perlu.
Cuma kadang-kadang aku terfikir sama ada gurauan aku melangkaui batas, atau sekadar cukup untuk tahap penerimaan kamu. Aku terfikir sama ada usikan aku terlalu kuat, atau seleroh aku terlalu berat. Maklumlah, daya penerimaan orang kadang-kadang tak seperti apa yang aku sendiri sangka, tak serupa macam apa yang aku sendiri jangka. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka boleh faham, hadam terima. Manakala bagi sesetengah yang lain, mereka rasa sentap, marah dan murka.
Baru-baru ini, aku cuba bergurau dengan salah seorang kawan yang betul-betul rapat di halaman muka buku. Dan tanpa aku tahu, rupanya teman lelaki beliau baru saja meninggal betul-betul pada tarikh ulangtahun kelahiran aku. Keadaan dia sangat lemah, seperti seorang manusia yang hilang punca dan hilang arah. Dia anggap aku bergurau terlalu mudah, walhal konteks usikan aku tetap sama seperti tahun yang sudah-sudah.
Pada sebahagian rasa, aku simpati dan rasa bersalah. Memang aku cukup mudah rasa bersalah. Tapi sebahagian rasa lagi, aku rasa geram dan cukup marah. Kerana aku 'nampak' dia memilih untuk jadi orang yang lemah. Anggap saja aku tak suka tengok orang yang 'lemah'.
Tak. Bukan itu yang aku nak cerita. Motif aku pada mula-mula terbitan ini adalah untuk meminta maaf sahaja. Kerana kemungkinan antara kamu juga pernah terasa, andai sebahagian daripada gurauan aku melebihi had penerimaan yang sepatutnya kamu terima. Tak kira siapa kamu saat membaca, tak kira dimana kamu bila membaca, andai terdetik tidak selesa bila-bila di mana-mana, aku minta maaf dari hujung kuku kaki, hingga hujung rambut atas kepala.
Khabarkan gurauan yang telah sakitkan mata, biar aku berpada-pada, biar tidak lagi berulang di lain masa.
p/s: aku susah bergurau kalau orang senang terasa ;)
Dalam kemalas-malasan aku ni, kadang-kadang ada jugak perkara yang buat aku rajin. Dan salah satunya ialah membaca novel. Yup, sebenarnya aku suka baca novel. Suka baca tapi bukanlah pada tahap yang gila-gila. Means, kalau tak baca pun tak apa-apa. Tapi bila aku dah start baca, dan cerita tu buat aku terkhayal, maka aku akan tekun baca dari mula sampai akhirnya. Masa tu kalau arwah mak aku panggil makan pun aku buat tak tau jer. Baca novel lagi penting daripada makan..heheh.
Salah satu novel yang aku baca, dan turut dibaca oleh kebanyakan wanita ialah novel Hlovate. Untuk yang mungkin tak tahu, Hlovate tu asalnya daripada perkataan Love and Hate. Banyak la jugak novel dia dan kebiasaannya target kepada golongan remaja. Contoh macam aku la, remaja. Kalau golongan yang berusia macam Liyaa, dia tak perlukan novel. Dia perlukan susu jer..kahkahkah.
Ehem-ehem. Okey sambung. Aku sebenarnya tak pernah beli novel. Aku biasa pinjam jer. Baca free. Tapi novel Hlovate aku ada la. Itu pun hadiah besday 2 tahun lepas. Keyla hadiahkan [tunas], aA+bB dan 5 Tahun 5 Bulan. Tapi tiga-tiga tu ada pada NAF la. Tak tau bila agaknya nak sampai balik ke tangan aku.
Coz I don't wanna be alone~ Oh oh~ Living life all on my own~ Oh oh~ I don't wanna live my life in isolation~ Filled with empty decorations~ Coz I wanna be with people that I know~
Ceh. Ralit aku dengar lagu ni terus hilang pulak idea nak tulis apa. Actually aku suka lagu ni. Sebab pada aku, lagu ni catchy. Sedap didengar dan mudah lekat kat dalam telinga. Eh dah la, aku serius lupa nak taip pasal apa. Kira sampai kat sini jer kot. Tapi aku nak attach satu lagi lagu. Lagu ni pun daripada novel Hlovate. Tajuknya Hlovate jugak. Kalau siapa-siapa yang ingat, lagu ni Benz main gitar, cipta untuk Addin, tapi kantoi dengan Kucai. Errr, aku macam buat review novel pulak..hahaha.
Buat apa nak sayang orang yang tak sayang kat kita. Lupakan jer la. Banyak lagi lelaki/perempuan lain dalam dunia ni. Bunga bukan sekuntum, kambing bukan seekor. Kau boleh dapat kambing yang lebih jinak daripada dia.
Okey, selalu aku dapat atau terbaca ayat macam tu kat mana-mana. Dan secara tak langsung aku tertanya, is he or she just worth that much? Hanya kerana dia tak sayang kat kita, so kita kena lupakan dia? Hanya kerana dia ada orang lain, so kita takleh nak sayang kat dia? Kalau jawapannya ialah ya, bermakna rendah jugak nilai dia kat hati kita. Dan bermakna kita mungkin belum betul-betul sayang kat dia. Mungkin sayang sikit-sikit jer kot. Itu pada aku la..hehehe.
Seingat aku, orang tua-tua ada kata lebih kurang begini taipnya: ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tapi aku tak anggap benda tu betul. At least tidak untuk kehidupan aku. Sebab sepanjang 16 tahun ni, aku selalu tekankan bahawa segala apa yang aku buat, aku kena puaskan hati sendiri. Begitu jugak bila aku berpesan or berkongsi pandangan dengan orang lain. Aku akan cuba sokong apa yang dia nak. Biar dia ikut kata hati dia. Biar dia puas hati dengan tindakan dia. Dan yang penting, jangan menyesal dengan apa yang dia buat.
Kebiasaannya situasi yang aku jumpa ialah cinta tiga segi dan cinta satu segi. Cinta tiga segi rasanya korang semua pun tahu. Cinta satu segi tu pulak bermakna kau suka kat orang tu tapi orang tu tak suka kat kau. Simple as that. Dan aku ditanya soalan biasa, perlu ke dia kejar apa yang dia nak? Atau harus dia give up dan lepaskan perasaan tu. Perlu ke dia rebut apa yang terlepas dari genggaman dia? Atau harus dia biarkan benda tu berlalu macam tu jer. Perlu ke dia tunggu, walaupun penantian dia nampak macam sesuatu yang cukup sia-sia.
Jawapan aku mungkin cukup mudah - tanya sama hati. Selagi kau rasa nak tunggu, kau tunggu. Selagi kau rasa nak kejar, kau kejar. Jangan peduli walaupun orang anggap kau menunggu atau mengejar sesuatu yang tak pasti. Jangan peduli. Itu adalah apa yang kau mahu. Teruskan saja selama mana kau mampu. Sebab suatu masa nanti, bila tiba masanya, kau akan rasa bahawa effort tu dah cukup untuk kau move on dan teruskan hidup. Itu bukannya putus asa. Tapi itu adalah mengalah. Means kau dah cuba, kau dah buat apa yang termampu. Its time to moving on, dan jangan menyesal dengan apa yang dah berlaku.
Dua kali dah aku ulang point dia. Jangan menyesal..hahaha. Sebenarnya aku tak suka kalau kawan-kawan aku menyesal. Tak suka kalau suatu hari nanti dia terfikir, "kalaulah aku tunggu dia lama sikit", "kalaulah aku cuba fight back untuk dapatkan dia", kalaulah itu, kalaulah ini, dan macam-macam kalau lagi. Rasa macam dia dah buat satu keputusan yang silap. Oh ya, bercakap tentang keputusan, aku nak kongsikan satu ayat:
Tak ada keputusan yang buruk. Sebab waktu kita buat keputusan, kita dah fikir bahawa itu adalah keputusan yang terbaik untuk kita buat masa tu.
Okey, sambung. Aku sendiri pernah jugak alami situasi macam ni. Orang yang aku sayang, sayang kat orang lain. Dia tanya kat aku, apa yang patut dia buat. Jawapan aku tetap sama. If you think that you really care, do fight for him. Kejar la kalau itu yang boleh puaskan hati dia. Aku takkan halang. Kalau suatu hari nanti dah taknak kejar, patah balik kat sini. Aku akan tunggu selama mana aku rasa mampu untuk menunggu. Cuma aku tak janji kalau perasaan tu akan tetap kekal sama seperti dulu.
Amboi bapak panjangnya entry ni. Cukup la kot. Sebagai penutup, aku sisipkan salah satu lagu feveret aku. Kebetulan pulak aku hutang lagu ni kat Cik Nur. Tapi aku syak Ym.Bundle takleh layan kot lagu ni..kehkeh. Lagu ni aku selalu nyanyi kat someone. Sebab someone tu selalu request suruh aku nyanyi lagu ni kat dia..grrrr.
p/s: kalau buat perkara-perkara dosa, memang patut menyesal yer..
Bukan mudah untuk jadi penyokong. Dan bukan mudah untuk cuba
menyokong. Kebergantungan seseorang untuk jadi penyokong itu letaknya
pada permasalahan seseorang yang ingin disokong. Manakala keterbukaan
cerita seseorang yang ingin disokong bergantung kepada kepercayaan
terhadap orang yang ingin menyokong.
Keterbukaan aku
menyokong pula adalah tidak menentu. Adakala aku senang untuk menyokong
apa yang kamu mahu. Dan adakala kecenderungan menyokong aku lebih kepada
apa yang aku sendiri mahu. Sebagai contoh, kalau kamu mahu kuat, aku
akan sokong kamu untuk menjadi kuat. Itu bermakna aku menyokong apa yang
kamu mahu. Manakala jika kamu ingin lemah, aku akan tetap hasut kamu
untuk cuba menjadi kuat. Itu pula adalah menyokong apa yang aku sendiri
mahu.
Motifnya mudah. Kerana aku tak suka melihat jiwa yang lemah, down
dan putus asa. Pada aku, putus asa itu suatu perkara hiba. Biar saja
kita mengalah, tapi jangan berputus asa. Itu adalah apa yang aku
percaya. Bahawa berputus asa itu menghilangkan keseronokan hidup sebagai
seorang manusia. Bahawa berputus asa itu adalah suatu perkara yang
sia-sia.
Apa beza antara mengalah dan berputus asa?
Bezanya, mengalah adalah optimis manakala berputus asa adalah pesimis.
Orang yang berputus asa itu selalunya mengalah. Tapi orang yang mengalah
itu tidak semestinya berputus asa.
Teringat mesej Iklan Merdeka Petronas 2-3 tahun sebelum ini. Menyatakan bahawa Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati. Harap hati kamu bertiga, ada strong will untuk overcome all difficulties.
p/s: lagu Spider ni feveret aku bila rasa down..lagi-lagi part chorus dia..tapi lagu D'Masiv pun best jugak..
Biasanya kalau aku pergi makan, aku akan cari kedai makan yang ada TV. Kira sambil makan sambil tengok TV la. Dan kat Kuantan ni, ada satu kedai makan yang dekat dengan rumah aku. So hari-hari aku makan kat situ. Tadi pun aku makan kat situ jugak, duduk kat tempat feveret iaitu betul-betul depan TV.
Biasanya kat situ dia bukak HBO or apa-apa movie yang best. Kalau tak best pun aku anggap best jer la. Sebab kat kedai kan, kalau kat rumah boleh aku main tukar-tukar siaran. Tapi tadi dia pegi bukak cerita seram. Cerita pasal minyak dagu. Aku tak tau la apa tajuk cerita tu. Yang aku tau, pelakon dia Fizo Omar, Yana Shamsudin dengan Fezrul Khan. Ceh, tau pulak aku nama-nama pelakon Malaysia ni. Banyak baca Mangga gamaknya..kahkahkah
Masalahnya bila dia dah bukak cerita tu dan aku pulak duduk betul-betul depan TV, nak taknak aku terpaksa la tengok. Takkan aku nak beralih duduk kat belakang pulak, malu la aku dengan gadis-gadis kat situ. So aku buat-buat tengok jer la. Tapi bila part yang keluar suster ngesot, aku cepat-cepat tunduk pastu makan macam biasa. Aku bukannya takut, cuma aku tak minat tengok cerita-cerita seram ni. Aku rasa macam segan nak tengok, tak tau apesal. Bukan takut tau, segan..zzzz
Secara tak langsung aku teringat pulak komen aku kat entry Cik Nur pagi tadi. Dia ada buat entry Penakut. Aku syak Cik Nur tu memang penakut..heheh.
Lantas aku teringat benda-benda yang aku tak boleh tengok kat TV. Salah satu ialah cerita-cerita tentang perubatan. Dulu kan ada dokumentari pasal Medik TV. Aku tak pernah tengok pun. Usahkan kata dokumentari, iklan dia pun aku tak sanggup nak tengok. Ngilu rasa dia bedah-bedah lutut orang. Mungkin sebab aku tak minat tengok darah kot. Sebab tu aku tak sanggup nak tengok. Tak pernah bercita-cita pun nak jadi doktor. Silap-silap kalau ada orang eksiden kat depan aku, aku buat tak tau jer. Jangankan kata nak tolong, jeling pun tidak. Kalau boleh aku nak marah dia sebab eksiden depan mata aku..grrrrr.
Satu lagi semestinya cerita-cerita seram. Aku memang tak minat langsung nak tengok. Maksud aku, segan nak tengok. Slot Seram kat TV3 tu memang konfem la takde dalam senarai. Aku lagi sanggup tengok k-pop kot berbanding tengok cerita-cerita camtu. Eh tak, k-pop pun aku tak minat. Aku lagi sanggup tutup TV la. Tidur lagi baik daripada tengok cerita seram.
Teringat dulu masa aku mogok dengan Kak Yan. Sebab dia asyik merajuk dengan aku, so aku cadang nak balas balik. Sengaja aku tak balas SMS, tak pickup call. Masalahnya dia bukan pujuk pun. Boleh pulak dia forward email-email gambar eksiden yang pecah perut, pecah kepala kat aku. Gambar orang yang mati terjun bangunan dia forward kat aku. Pendengki betul. Tak jadi aku nak mogok..hahaha.
p/s: aku bukan takut tau..tapi aku segan..segan dan pemalu..:">
Kali pertama mungkin terkena. Tapi untuk kali kedua, aku percaya hampir sekalian daripada kamu mampu duduk, select dan baca. Dan terbitan kali ini adalah tentang seorang teman wanita.
Teman wanita tu maksud aku kawan perempuan..kehkeh.
Sejak daripada kecil, hampir kesemua kawan rapat aku adalah dikalangan kaum wanita. Besfren aku pun ramai wanita. Best enemy aku pun seorang wanita. And even kat facebook pun, yang selalu taip dan komen pun adalah kaum wanita. Salah seorang kawan aku yang cukup rapat ialah Hazati. Kawan sejak zaman sekolah menengah. So aku rasa dia memang antara orang yang cukup faham kerenah aku. Sampaikan aku rasa, dia boleh faham aku lebih daripada aku faham diri sendiri. Dan dia boleh percaya kat aku, lebih daripada aku percaya diri sendiri.
Kombinasi aku dengan Hazati ni macam kamus yang bercakap dengan buku. Bahasa kitorang berdua memang cukup berkias. Walaupun dalam pertuturan biasa, tapi setiap apa yang kitorang cakap memang banyak makna tersirat.
Contohnya, kitorang tengah bersembang pasal masalah, tapi tak sebut langsung pasal masalah. Aku tak tahu apa masalah dia, dan dia tak tahu apa masalah aku. Tapi kitorang tetap bersembang seolah-olah tengah cerita masalah masing-masing. Dan kitorang bersembang dalam versi arnab dan kura-kura. Tentang penat, tentang letih, tentang tidur, tentang lost hope, tentang pokok, atau tentang segala apa yang boleh dikiaskan untuk jadi sebahagian cerita.
Hinggakan aku rasa, aku takkan dapat kawan lain sebaik dia. Aku tak rasa akan ada orang yang boleh ganti letak duduk Hazati dalam perjalanan hidup aku. Tidak sehinggalah aku kenal Kak Yan.
Sebab dengan Kak Yan, aku boleh jadi siapa-siapa yang aku suka. Dan dia boleh jadi sesiapa yang aku suka. Kadang-kadang dia boleh jadi mak, kadang-kadang dia boleh jadi ayah. Kadang-kadang dia jadi kakak, kadang-kadang dia jadi abang. Kadang-kadang dia jadi cikgu. Kadang-kadang dia jadi mangsa buli. Kadang-kadang dia jadi Nasha Aziz. Kadang-kadang dia jadi punchbag. Macam-macam lagi la. Sampaikan kadang-kadang dia sendiri fedup nak melayan kerenah aku.
Kan Yan ni kuat merajuk. Sekejap-sekejap nak mogok. Lama pulak tu. Aku meses tak reply, aku call tak jawab. Merajuk dengan aku sampai 3 bulan. Then seminggu baik, lepas tu merajuk lagi 6 bulan. Pastu 2 minggu baik. Kemudian merajuk lagi dan lagi dan lagi. Salah aku jugak kot sebab dulu-dulu cakap main lepas jer. Sudahnya hampir 2 tahun jugak dia merajuk dengan aku. Dan hubungan kitorang dah tak berapa nak akrab seperti dulu.
Waktu aku taip entry ni, jam pukul 11.58 malam. Besday beliau hari ni. Bongok la Kak Yan ni, dah tau dapat call free time besday, bukannya reti nak call aku..grrrrr.
p/s: Sekarang dah pukul 12.00 tengahmalam. Happy belated besday awak musuk. Dapat anak lelaki nanti letak nama aku tau!! Kahkahkah..
Beberapa tahun yang lepas, teknologi maklumat adalah suatu perkara yang tak tercapai dek akal oleh budak-budak belasan tahun seperti aku. Apatah lagi dengan kemampuan keluarga yang tergolong dikalangan rakyat berpendapatan rendah. Usahkan kata kemudahan internet, usahkan kata sebiji komputer, seekor mouse pun kami tak ada.
Dah komputer tak ada, apakejadah nak beli mouse ye dak? hahaha..
Waktu tu, segala komunikasi berlaku secara manual. Nak baca paper manual, nak bayar bil manual, hatta nak bercinta pun masih gunakan cara manual. Main tulis-tulis surat, selit-selit surat kat dalam buku text, buat-buat pinjam buku latihan dan macam-macam cara lagi. Kad jemputan perkahwinan dan kad raya pun sama, berlaku secara manual - by hand. Tak kita la sama ada by hand sendiri ataupun by hand posmen. Yang penting by hand.
Sekarang ni zaman dah berubah. Zaman facebook dan twitter. Aku tak pasti sama ada budak-budak sekarang masih ada pengalaman tulis-tulis surat cinta. Mungkin ada lagi kot, agaknya. Tapi yang aku perasan, tradisi dah semakin berubah dalam tatacara menghantar kad jemputan perkahwinan dan kad ucapan Selamat Hari Raya. Sekarang ni senang, buat satu event dan kemudian invite saja semua. Atau buat satu kad raya dan kemudian tag saja semua.
Aku tak kata cara tu salah. Bak kata Hainom, Ok jer. Silap-silap bila aku nak kahwin dengan Shinta nanti, aku pun terikut-ikut untuk buat cara yang sama. Kan Nong kan? kahkahkah
Satu lagi yang aku perasan sejak adanya facebook ni, orang dah tak payah susah-susah nak ingat birthday kawan-kawan lain. Kalau dulu, tepat pukul 12.00 tengahmalam dah ada SMS dan panggilan masuk, wish macam-macam sempena pertambahan usia. Tapi sekarang ni, semuanya dah tercatat kat facebook. Tak kira la itu tarikh lahir sebenar ataupun tidak, orang yang tak rapat dengan kita pun akan wish untuk birthday kita.
Aku? Aku mengambil langkah bijak untuk tipu tarikh lahir sendiri..kehkeh. Contohnya kalau tarikh lahir aku 13 November, aku akan tulis pada 14 November. So that, siapa yang ingat akan akan wish pada tarikh yang sepatutnya. Dan siapa yang tak tahu atau tak ingat, akan wish pada tarikh yang selepasnya. Then pada masa tu aku akan komen, "hahaha..dah belated weh". Bijak kan aku? kahkahkah..
Untuk orang lain ingat birthday aku, rasanya itu bukan suatu perkara yang penting. Tapi untuk aku ingat birthday orang tertentu, kebolehingatan aku bergantung sama ada seseorang tu mampu untuk menjadi orang yang penting. Ada ke perkataan kebolehingatan? Ah, anggap ada jer sudah. Sekian.
Ehem-ehem..tak payah la susah-susah dok highlight yer. Memang tak ada apa-apa pun kat atas tu..kahkahkah.
Aku kan sebenarnya daripada dulu terfikir nak buat entry ni. Sejak 2-3 bulan lepas kot. Aku terfikir kalau tiba-tiba pada suatu hari aku perlu berlaku jujur dengan semua orang. Kira jujur yang sejujur-jujurnya la. Tak menipu, tak berahsia, tak main-main dan macam-macam lagi. Aku terfikir apa agak-agaknya soalan yang akan ditanya. Dan aku terfikir boleh ke tidak aku jawab soalan tu semua.
So hari ni aku cuba peruntukan masa 24 jam, nak tengok sama ada aku mampu ke tidak jawab soalan korang. Eh tapi bukan semua soalan tau. Sebab satu-satunya soalan yang aku tak rasa nak jawab ialah pasal nama. Kira soalan tu memang tak dibenarkan la. Kalau soalan-soalan lain, insyaAllah aku jawab jer..:D
Eh aku taip-taip ni entah-entah takde orang nak tanya apa-apa. Alaa..tanya la, tanya la. Aku tengah ada mood nak jawab ni..:">
p/s: kalau aku menipu pun bukannya korang tau yer tak? hahaha
*** update ***
tanya la soalan-soalan yang takde kena mengena dengan aku..pasal biawak kat ofis ke, pasal Encik R ke..aku rasa macam susah la nak jawab soalan pasal diri sendiri ni..hahaha
Hari ni ialah hari Khamis. Apa yang biasa orang post hari Khamis tu? Spontanius Thursday kan? Hahaha..spontanius pun spontanius la. Aku malas nak fikir ejaan sebenar dia macam mana.
Entry ni sebenarnya bersabit dengan entry sebelumnya. Pasal Wordless Wednesday la. Sebab aku asyik gelak jer tengok hampir semua orang komen pasal lagu tu. Aku syak korang mesti tak tengok kat dashboard, cuma tengok kat bloglist jer..hehehe. Tapi tak apa la, apa pun aku tetap nak ucapkan terima kasih. Sebab at least korang sudi jugak datang dan baca walaupun nampak macam tak ada apa-apa.
Sebenarnya kan, entry tu bukanlah kosong macam apa yang korang lihat. Ada banyak jugak yang aku tulis kat dalam tu. Cuma aku terfikir pasal Wordless Wednesday, jadi aku gunakan la font warna putih. Dan bila font warna putih tu bertindak kat atas background warna putih, korang akan nampak macam aku tak tulis apa-apa. Macam entry kosong jer. Yang korang dapat lihat cuma Hai, lagu Firman - Kehilangan dan Itu je. Ok, bye. Selebihnya ialah tak ada.
Kalau ikutkan, aku pun takde niat nak menipu sesiapa. Cuma kebetulan jer aku terfikir nak buatkan entry tu konon-konon wordless. At least nampak la wordless tu yer tak? Kahkahkah..
Sorry yer semua. Termenipu pulak. Tak sengaja..
p/s: aku tak spontan takpe, yang penting korang sporting..:D
Mentabah pulak aku nak buat entry wordless wednesday hari ni..kahkah. Entry ni tak ada perkongsian yang kompleks pun. Cuma nak cerita pasal kehilangan jer. So siapa yang dapat baca tu, tahniah diucapkan. Dan siapa yang tak dapat baca, boleh cuba lain kali.
Aku rasa setiap seorang daripada kita pernah dan akan lalui saat-saat kehilangan. Tak kira la dalam konteks apa. Kehilangan ahli keluarga ke, kehilangan pekerjaan or sumber pencarian ke, kehilangan bopren or gopren ke, kehilangan kucing ke, kehilangan pertimbangan ke, macam-macam lagi la. Semua tu tersabit atas point kehilangan.
Untuk aku, kehilangan yang paling memberi kesan ialah perginya arwah mak. Time tu memang rasa sangat-sangat kehilangan la. Rasa macam hilang punca. Dah la aku ni jenis family susah, belajar pulak main-main. So memang terkilan sebab arwah mak tak dapat tengok aku graduate. Terkilan, tapi tak menyesal la. Sebab pada aku, everythings happen for a reason. Allah Maha Mengetahui kan? Mesti ada hikmah Dia yang aku tak nampak.
Dan saat aku terkontang-kanting cari arah tuju, kawan baik aku, Hazati, bagi satu ayat yang pada aku cukup terkesan kat dalam hati. Kalau tak silap, ayat tu petikan kata-kata daripada Hamka, iaitu ayat seperti kat bawah ni:
"Kematian bukanlah suatu kehilangan yang paling besar dalam hidup. Kerana kehilangan yang paling besar itu ialah matinya apa yang ada di dalam diri kita semasa kita masih hidup."
Aku rasa ayat tu memang betul-betul self explanatory. Hidup selagi hidup. Hidup untuk hidupkan hidup. Dan jangan mati sebelum mati.
Teringat pulak lagu Firman - Kehilangan. Lagu ni cukup terkesan untuk menggambarkan bahawa kita kehilangan seseuatu. Kalau sudi, dengar la yer..hehehe. Hadira dengan Farah tau la lagu ni. Orang lain, aku tak pasti..
Semalam aku tengok AJL ke-27. Lagu Teman Pengganti menang persembahan terbaik. Aku blur sebenarnya. Tertanya-tanya macam mana diorang nyanyi pusing-pusing boleh menang persembahan terbaik..kehkeh. Maybe sebab undian SMS kot. So takpe la, rezeki masing-masing. Bukannya aku mengundi pun..hehehe.
Tapi kan, kalau aku jadi juri dan diberi peluang untuk memilih, aku akan pilih lagu Teman Pengganti jadi juara. Mungkin sebab aku cukup salute kot dengan kredibiliti Malique dalam mencipta lirik-lirik senggama minda. Aku rasa Malique ni dah macam kamus bergerak pun ada. Punya la hebat kosa kata dia. Anyway, the best part untuk malam semalam ialah bila Abg Romli Sarip nyanyi lagu Kamelia. Rasa macam aku tengah tengok konsert. Teringat pulak Shiro nyanyi masa Raja Lawak 6 dulu.
Jurusan hari-hari~ Indah bersamamu, Kamelia~
Kahkahkah..asal boleh jer nyanyi. Okey, dah. Habis cerita pasal AJL.
Sebenarnya ramai orang boleh menyanyi. Bezanya ialah antara sedap dengan tak sedap. Terus terang cakap, aku pun boleh nyanyi, tapi tak sedap. Anggap jer macam Lisa Surihani yang tengah nyanyi, tapi dalam versi lelaki. Macam mana Lisa Surihani tu pelat huruf R, macam tu jugak la dengan aku. Buruk bunyinya.
Jughusan haghi-haghi~ Indah besamamu, Kamelia~
Haaa, korang pun pelat jugak ke? Kahkahkah!
Tapi dalam masa yang sama, tak semua orang boleh menyanyi. Sebagai contoh, orang kurang upaya, di mana mereka tu memang tak dapat bercakap.
Tadi lepas balik kerja, aku pergi kedai makan. Tengah aku makan sambil tengok TV, datang satu family. Anak dia yang paling kecik rasanya dalam 5-6 tahun. Comel, standard la kan budak-budak. Aku dulu pun comel jugak, sama macam sekarang..kot.
Seperkara yang menarik perhatian aku ialah apabila budak tu rupanya tak boleh bercakap. Saat dia nak order untuk makan, dia buat bahasa isyarat. Aku tak faham apa dia nak order, tapi mak dia faham. Dan mak dia balas balik guna bahasa isyarat. Aku tak pasti sama ada budak tu memang cuma tak dapat bercakap, atau turut tak dapat mendengar. Lama aku perhatikan interaksi dua beranak tu. Dan buat aku terfikir, macam mana agaknya kalau ditakdirkan aku punya ahli keluarga yang kurang upaya. Sayu gila kot.
Entah la. Ramai orang boleh menyanyi, tapi tak semua orang boleh menyanyi. Ramai orang boleh bercakap, tapi tak semua orang boleh bercakap. Apapun, Alhamdulillah sebab walaupun aku tak boleh menyanyi, tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh bercakap.
p/s: ramai yang dapat melihat, tapi buta hati..dan yang tak dapat melihat, dapat mencelikkan hati orang lain..:)
Rasanya aku ni dalam kategori manusia yang mudah hilang tumpuan dan cepat hilang tumpuan. Terutamanya dalam hal-hal yang remeh dan mudah. Kebiasaannya tumpuan aku akan hilang disebabkan faktor-faktor bunyi.
Sebagai contoh, kalau aku tengah tekun bekerja dan tiba-tiba handset berbunyi. Aku akan cepat hilang tumpuan, rasa terganggu dan nak marah siapa yang telefon. Sebagai contoh, kalau aku tengah mengadap laptop dan tiba-tiba kucing berbunyi, aku rasa macam nak lempang kucing-kucing tu. Tapi itu contoh jer la. Sebab kalau diikutkan, aku ni baik sebenarnya. Takkan la bos telefon aku nak marah, dan takkan la aku saja-saja nak lempang kucing jiran sebelah. Kang tak pasal-pasal nanti aku pulak yang kena marah..kehkeh.
Eh kat atas bumbung site office aku ada biawak tau. Entah dari mana datang. Sejak sebelum pindah site office memang biawak tu dah ada. Selalu kot aku bergaduh dengan diorang. Mana tidaknya, time aku tengah buat kerja or buat-buat kerja, boleh pulak diorang crawling kat atas tu. Kadang-kadang lari berjemaah. Kadang-kadang main kejar-kejar. So kerap jugak la aku amik penyapu, ketuk-ketuk siling cabin tu. Dan kalau malas sangat, aku marah jer suruh diorang diam, walaupun aku tau diorang tak faham. Ingatkan bila pindah site office ni diorang tak ikut. Rupanya, hmmm..sabar jer lah.
Dah. Aku taknak cerita pasal biawak. Aku nak cerita pasal adik aku pulak. Dia ada kat Kuantan ni, datang berjalan. Adik aku ni jenis tidur berdengkur. Ni cerita malam semalam la, time tu aku dah la tengah syok-syok tengok Gokusen. Dia boleh pulak berdengkur lagi kuat. Aku pasang headphone, dengan harapan suara dengkuran tu ditenggelamkan. Tapi macam yang aku kata, aku ni cepat hilang tumpuan. So bunyi dengkuran dia yang suyup-suyup tu pun tetap mengganggu tumpuan aku. Rasa macam nak jer aku marah dia sebab berdengkur..grrrrr.
Petang tadi pulak, dia mula menunjukkan simptom-simptom kurang sihat. Mungkin sebab siang tadi aku paksa dia makan mekdi, so bila petang dia dah mula batuk-batuk. Ya, batuk-batuk. Once again, aku rasa sangat terganggu dengan bunyi batuk dia. Dalam hati aku rasa nak jer cakap, "kau jangan batuk boleh tak?". Tapi tak sampai hati pulak. Rasa macam kejam sangat nak marah orang yang sakit. So aku sabar jer la. And Alhamdulillah, malam ni nampaknya batuk dia dah berkurangan. Dah tidur pun nampaknya. Berdengkur...zzzzz.
Aku syak sebab tu jugak la tumpuan aku terjejas masa taip entry yang ini. Tengah aku fokus siapkan entry, boleh pulak Encik R tanya, "lama lagi ke nak siap?". Terus aku lupa apa motif entry tu sebenarnya. Sampaikan tajuk pun aku main bubuh jer ikut suka. Dah, itu jer. Adik aku berdengkur makin kuat la. Tambah pulak bila kucing-kucing jiran sebelah ni dah mula memekak. Aku takleh nak fokus!
p/s: aku sampai sekarang pun takleh nak sebut "buaya biawak" tu laju-laju..haishhh
Aku ni jenis yang tidur tak matikan kipas, tak matikan aircond, tak matikan TV, dan tak matikan laptop. Maklum la, sewa rumah dan api air ditanggung sepenuhnya oleh kompeni. So aku cuma tidur matikan lampu jer. Laptop tu memang aku biar on sampai pagi. TV pulak aku bukak siaran 857, dengar Sinar FM buat peneman tidur. Kiranya aku cuma matikan laptop, TV, kipas dan aircond tu bila aku pergi kerja. Melampau kot kalau pergi kerja pun aku biarkan semua benda terbukak.
Ahad malam aku ada post entry pasal nak tukar domain. Entry yang surat rasmi tu la. Then lepas post entry rasanya aku terus tidur. Dalam awal pagi hujan lebat. Kilat sabung menyabung. Aku syak kilat tu spesis ayam sabung. Punya la kuat sampai dia tendang suis utama. Aku sedar masa kejadian tu, tapi aku malas nak bangun dan turun hidupkan suis utama. Aku tidur jer sampai ke pagi.
Esoknya, masa aku nak online kat handset, tengok-tengok wifi dah takde. Rupanya kejadian tu buatkan router aku gagal beroperasi. Jadi aku tak boleh online kat rumah. Membalas komen cuma kat office jer. Sebab tu kalau komen yang malam-malam ni aku lambat reply. Nak rebut-rebut "first" pun tak boleh. Geram betul..grrrrrr.
Apa yang aku nak sampaikan ialah, kat rumah aku takde internet. Itu jer.
p/s: Encik R dah tunggu ajak makan..jumpa esok, bye.
*** updates *** Sebenarnya semalam entry ni tak habis. Sebab aku nak inform yang TV dan laptop kat rumah aku still okey. And since that day, aku dah cabut kepala plug setiap kali ada petir. Itu la motif aku masa perenggan pertama. Tapi sebab Encik R dah ajak makan, aku jadi lupa motif aku taip perenggan tu..kahkahkah
Kalau anda klik gambar di bawah, bermakna anda akan lihat blog ini pada template yang sebelumnya. Kerana pada waktu ini, blog aku telahpun sudah berubah rupa.
Ini Template Ketiga
Background kali ini cuma putih sahaja. Tenang dan suci. Sesuci air di pinggir kali. Manakala header, adalah hasil ilham dan kreativiti Tengku Puteri. Awalnya aku cuma bergurau di entry ini, minta dilukiskan sebuah header yang free. Sungguh tak sangka, permintaan aku dia penuhi. Dan lebih menggembirakan, terus dua header yang dia bagi. Di mana kedua-duanya anda dapat lihat di template ini. Apapun, terima kasih kepada Tengku Puteri. Anda memang antara insan yang ada punya sentuhan seni.
Untuk header lama ciptaan Lana, aku memilih untuk tempatkan ia di bloglist. Dan insyaAllah, aku akan gunakan keempat-empat sekali. Harap-harap Lana tidak berkecil hati.
Bagi ruangan comment, aku kembali aplikasikan konsep pada template kedua. Di mana aku akan sediakan ruangan comment pengguna facebook, ditambah dengan ruangan comment pengguna twitter. Aku tahu dua ruangan itu takkan ramai orang yang guna. Mungkin juga tak akan ada. Tapi tak apa, aku tetap letak sahaja. Aku standby kalau-kalau antara anda ada nak cuba.
Ruangan widget pula aku ringkaskan seringkas mungkin. Aku cuma letakkan Blog Archived, Pages Facebook, Shoutbox dan Followers. Manakala di sisi sebelahnya, aku tempatkan akses pintasan ke laman sosial facebook dan twitter, berserta akses ke dashboard dan bloglist yang baru dicipta. Itu sahaja. Untuk keberadaan widget yang lain, aku tak fikir ia akan terwujud ada. Sekurang-kurangnya tidak pada waktu terbitan ini sedang dicipta.
Harapan aku, semoga anjakan paradigma terhadap blog ini buatkan anda rasa lebih selesa. Maklumlah, percikan darah sudah tak ada. Mungkin sekarang aku dah insaf agaknya..hahaha.
p/s: any comment? any idea? kot-kot nak cadangkan apa-apa? :D