Header2

• 26 January 2013 •

Terbitan Tiba-Tiba

Sejujurnya aku tak bercadang untuk muat naik apa-apa terbitan pada malam ini. Aku kira cukup untuk teruskan dengan kebiasaan mengemaskini terbitan sekali pada setiap dua hari. Bermakna, setelah wujudnya terbitan pada 25 Januari, aku bercadang untuk melakukan terbitan pada 27 Januari dan seterusnya pada 29 Januari. Ya, cadangan semata-mata kerana pada hari ini, rancangan aku nampak dah sedikit lari.

Aku kira kebanyakan orang sudah faham tabiat dan perangai aku. Aku suka mengusik, aku suka mengacau, aku suka membahan, dan aku suka mengenakan orang pada setiap hari atau boleh juga dikatakan selalu. Motifnya cuma satu, dengan menggembirakan orang, aku percaya bahawa aku turut mampu menggembirakan aku. Melihat orang seronok membuatkan aku rasa cukup seronok. Seolah-olah sekalian kamu berada betul-betul di hadapan aku, berbual tentang segala perkara-perkara yang tidak perlu.

Cuma kadang-kadang aku terfikir sama ada gurauan aku melangkaui batas, atau sekadar cukup untuk tahap penerimaan kamu. Aku terfikir sama ada usikan aku terlalu kuat, atau seleroh aku terlalu berat. Maklumlah, daya penerimaan orang kadang-kadang tak seperti apa yang aku sendiri sangka, tak serupa macam apa yang aku sendiri jangka. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka boleh faham, hadam terima. Manakala bagi sesetengah yang lain, mereka rasa sentap, marah dan murka.

Baru-baru ini, aku cuba bergurau dengan salah seorang kawan yang betul-betul rapat di halaman muka buku. Dan tanpa aku tahu, rupanya teman lelaki beliau baru saja meninggal betul-betul pada tarikh ulangtahun kelahiran aku. Keadaan dia sangat lemah, seperti seorang manusia yang hilang punca dan hilang arah. Dia anggap aku bergurau terlalu mudah, walhal konteks usikan aku tetap sama seperti tahun yang sudah-sudah.

Pada sebahagian rasa, aku simpati dan rasa bersalah. Memang aku cukup mudah rasa bersalah. Tapi sebahagian rasa lagi, aku rasa geram dan cukup marah. Kerana aku 'nampak' dia memilih untuk jadi orang yang lemah. Anggap saja aku tak suka tengok orang yang 'lemah'.

Tak. Bukan itu yang aku nak cerita. Motif aku pada mula-mula terbitan ini adalah untuk meminta maaf sahaja. Kerana kemungkinan antara kamu juga pernah terasa, andai sebahagian daripada gurauan aku melebihi had penerimaan yang sepatutnya kamu terima. Tak kira siapa kamu saat membaca, tak kira dimana kamu bila membaca, andai terdetik tidak selesa bila-bila di mana-mana, aku minta maaf dari hujung kuku kaki, hingga hujung rambut atas kepala.

Khabarkan gurauan yang telah sakitkan mata, biar aku berpada-pada, biar tidak lagi berulang di lain masa.

p/s: aku susah bergurau kalau orang senang terasa ;)


122 comments:

  1. Aku tak pernah terasa dengan kau. Heeee. Yelah sometimes kta bergurau tp tak kena dengan tempat atau sentuh isu sensitif. Tapi takpe selagi kau dan dia tak bergaduh ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..alaa..baru jer harap2 teacher terasa..:p

      Delete
  2. aku gurau kasar boleh..
    Jgn gurau sinis.. Kah3.. Nk tegur, tegur betoi2.. Takyah nk sindir2..

    Eh, gurau sinis 2 sindir ke? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun kdg2 sensitif jugak dgn gurau2 ni..sebab tu la aku risau kot2 ada org lain yg terasa dgn gurauan aku..

      err..sinis tu sindir kot..hahaha..mana la aku tau

      Delete
    2. kita serupa la miss senget.. hew hew hew :p

      Delete
    3. andai dapat ku petik~
      bintang di awan biru~

      Delete
  3. eeee,tak syoknya kalau dapat kawan yg tak open minded...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..bukan sebab open minded or tidak la onie, tapi sebab sensitiviti setiao prg berbeza..:D

      Delete
    2. erkk..takut pulak bila kau taip ringkas camtu..kau terasa ea onie? mahap la..:'(

      Delete
  4. meh main gurau dgn sy meh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..awak ni bergurau pulak dgn saya..:">

      Delete
  5. Aku emosi. Jangan gurau2 dengan aku boleh? Mohon serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..baeklah..pasni aku xgurau dah dgn kau :|

      Delete
    2. nape ni?? nape???

      kepoci sikit. heeee.

      Delete
    3. erks..xde apa2 la Aien..saje jer gurau2 dgn Liyaa..:p

      Delete
  6. aku bleh je trima gurauan smua org.. ^__^ no problem H..

    aku penah ditegur tau.. 'x semua bnda kita bleh bwk bergurau' at that time, aku tkejut.. ceiit, dgn kwn sndri xkn xleh gurau2 tahap lebih2.. stat dr hari tu, aku dah berhati2.. kat certain2 org2 r.. even besfren skali pn, kna hati2.. lagi2 kalo org tu snsitif.. (-_-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau tak semua org boleh terima semua gurauan..sbb tu la aku inform awal2..kot2 ada aku menyinggung sape2 ke..mana la tau kan..hehehe

      Delete
    2. btw H, aku dh tukar blog.. ke sini.. http://cakerawalasenja.blogspot.com/
      masa lalu kena hapuskan.. aku xnk tersilap lgkah ag.. hoho..

      Delete
    3. perlu ke aku hide komen ni? hehehe

      Delete
    4. perlu2.. hide cepat Encik h! haha..

      Delete
    5. xnak hide la..biar jer org lain baca..:p

      Delete
  7. seronot bergurau ni, tapi tu la kan kita tak tahu penerimaan orang setakat mana. I sendiri takut juga orang terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kadang2 kita tak sedar yg kita over limit..:D

      Delete
    2. haiyaa.. see how much I put the effort to get here. hehehe ala gurau jer ni.

      Delete
    3. wahhh..nampak la effort tu..hehehe

      Delete
  8. cantik header bro.
    kalo boleh aku nak buat camni la.
    blogger mana yg buat tu..ade link x..heheh

    ReplyDelete
  9. H, aku? aku...entahlah aku pun tak tahu, aku pelik betoi, entry u neh kan, if i baca banyak kali pun i tak terkata, tak tau nak komen pe, speechless. huhuhu. last2 benda apa jugak aku komen ntah. huhuhu.

    # erm, betul tu, lain orng lain penerimaannya, mungkin bagi kita itu gurauan tapi org lain? itu sindiran yang tak sepatutnya. em.. mungkin bagi kita itu sindiran tapi bagi orang lain? itu gurauan semata2. eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..susah nak faham ke susah nak hadam? hehehe

      benda ni kecik jer sebenarnya..cuma aku fikir, kalau kwn aku boleh terasa, maybe org lain yg baca ni pun boleh jugak terasa..so baik aku inform awal2..:D

      Delete
    2. bahaya oo susah nak hadam, silap haribulan boleh sembelit...!!
      hahahaa..

      Delete
    3. erks..dilarang buang air besar di sini..:p

      Delete
  10. satu perkongsian yang baik encik H. NAL rasa ramai yang pernah alami situasi ni. NAL sendiri pernah alami tapi dua2 situasi, satu terasa dan satu buat orang terasa. Sekarang, NAL selalu berjaga-jaga dalam nak bergurau dengan orang sebab NAL tahu tak semua orang boleh terima gurauan kita. Tapi dalam berjaga-jaga, ada juga yang tak pandai nak berjaga-jaga dalam bergurau dengan kita. Sepanjang sem 1 di UMS memang mencabar mental dan fizikal..hahaha..tambah2 part gurau senda ni...geram pun ada.. hahaa

    #opps, panjang lak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..panjang xpe NAL, Liyaa boleh cover..:p

      aku sendiri pun pernah jugak alami situasi camtu..so aku faham la kalau ada org terasa dgn gurauan aku..maklum la tengah gurau, kita fikir nak happy jer..tu yg kadang2 terlepas kata..:D

      Delete
    2. hahaha. Liyaa boleh cover? mohon liyaa terasa. kahkahkahkah

      Delete
    3. masalahnya Liyaa x datang follow up comment..:D

      Delete
    4. yes..memang niat kita nak bergurau senda..tapi gurauan senda Encik H tak melebihi batasan pun..chill bro..

      Delete
    5. erkk..thanks bro..hahaha

      Delete
  11. siapa buat H yang baik tacink ni? meh sini ara lempang kuat-kuat.

    senyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haishhh..mana boleh lempang2 org..xbaik tau..>:[

      takde apa la Ara..just concern kalau2 pernah buat sapa2 terasa..itu jer..hehehe

      Delete
    2. kalau tak boleh lempang, bagi keizinan untuk hempuk *_*

      tapi lain kali jangan nak badmood sangat tau. hihi. sampai ke kita pulak rasa bsalah. wrong timing betei la semalam. serius. bsalah gila kot rasa. heeee.

      btw, ara banyak terasa ni dengan H. mohon belanja aiskrim vanilla mint feveret ara 15 bekas.

      Delete
    3. erkk..jangan hempuk2 anak org..H hempuk karang..>:[

      Delete
  12. kannn. aku terasa dgn kau ni aku terasaaaa. hahaha okay tipuuu jeee :p

    aku in real life boleh diklasifikasikan sbg mulut 'longkang'. hahaha. bergurau, membahan, menganjing memang aku la tu tapi depends situasi jugak lah, depends kat kekawan jugak, depends kat sape yang bercakap. tapi lagi tepat sebenarnya aku suke pot pet pot pet, spesis tak takut nak bercakap sampai 1 tahap rupe2 nye kkwn aku label aku ni garang. hahaha grrr. walaupun pendek tapi digeruni. mampu ? hahaha

    lagi 1 atas terbitan entry kau ni, aku pun nak mintak maap yee. aku kan selalu membahan je kalau komen. tapi percayalah, aku tetap je hormat kau org yang lebih dewasa dari aku. eh hai pakcik ! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..kau dengan aku bukannya org lain nana..takkan la aku nak berkira dgn super junior..kahkah..macam kpop pulak bila taip super junior ni..:p

      Delete
    2. kalau itu yang kau mahukan. baiklah pakcik. kahkahkah.
      #jalan sambil tunduk hormat kat super senior ;p

      Delete
    3. apa kata kau jalan sambil tabik hormat..hehehe

      Delete
    4. memang takkkkk lahhhhhhhhhh. ;p

      Delete
    5. alaaa..sekali jer nana..pls....:p

      Delete
  13. aku xde masalah kalau orang nak bergurau dengan aku.. even gurau 'kasar' sekalipon. mungkin ada yang x selesa nak bergurau dengan aku sebab dorang nampak aku ni macam serius sangat.

    cuma kadang2 kita kena paham, manusia ni ada perasaan. ada masa dorang ceria, ada masa dorang buleh moody n jadi terover sensitif.. tu benda normal untuk manusia. so kena la paham masa bila buleh bergurau n masa bila kena normal.

    lagi satu, normal la laki gurau kasar.. ye tak? xkan nak gurau ala2 mak jemah pulak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi biasanya kalau dgn ppuan aku cuba x bergurau kasar sgt..kalau dgn lelaki xpe jer..:D

      Delete
  14. Bagi nur ok je H bergurau..Xde masalah...dan nur suka H xsuka tgk org lemah, dan nur sendiri pun xsuka tgk org lemah.... WALAUPUN kadang kala nur TERlemah...!

    Dan entry H yang tajuk 'xada tajuk' dengan 'jgn myesal cik salmah' tu benar2 buat nur buka mata..dan buat nur sedar, skali nur akan terus nekad sampai kegarisan penamat.

    sebenarnya, nur cuma nak cakap, Nur ok dengan gurauan H..hihihihi....xde terasa apapun, gelak selalu adalah..hihihi.. :)

    pssst..dah boleh bukaaa blog ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecececeece
      dah buka mata lah ni?bagus lah H buat Nur jd kuat kembali..caiyok2.hahaha

      erkk kitaorg ok je kan Nur kan bab2 melawak ni kan ;p
      berehh =)

      Delete
    2. Entry H tu, Memang buat Nur buka mata...
      jadi bila kita dan mulakan sesuatu pekara,
      kita kena habiskan...right...?

      Jadi, Nur sedang berusaha berlari kegarisan penamat..
      esok maybe fasa terakhir sebelum kegarisan penamat,
      WALAUPUN...dalam hati masih berharap ada keajaiban berlaku...*But Impossible lah..!

      Dan apa yang Ai kata tu betul H..Kitaorang bab2 bergurau melawak ni ok je..sebab tu kita orang comel sentiasaaaa....betul tak Ai..?

      Hahahahahaha.. >_<

      Delete
    3. Nur..
      kalo x larat lari baik nek keta je lah..cepat skit smp ke garisan penamat.muahahaha

      erkkk..
      sokonggggggg!!
      comel ke?ahhhh bajet je lah Comel.kahkahkah
      mohon H sokong jugak lah.kekekeke

      Delete
    4. Bajet je Ai...
      H mmg kena sokong walaupun tpaksa..
      hahahahaha

      Delete
    5. errr..dilarang buat2 comel kat sini..grrrrrr

      Delete
  15. tak pernah terasa pun dgn Encik H ^^

    ReplyDelete
  16. husna pon spesies suka bergurau x tentu pasal jugak..=D silap haribulan ada jugak yg masam muka dgn husna..tp apakan daya..itu husna..=P

    H..husna terasa hati nih dgn H..
    *eh..emoticon muka marah yg x berapa nk marah acane ea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. elleh..husna terasa hati time xcukup tido jer kan? :p

      Delete
    2. haha..time x ckup tidoq tu nak marah je kejenyaa..=P

      Delete
    3. una memang garang..lalalalala~

      Delete
    4. eh..garang bertempat..=D

      Delete
    5. elleh..yer la tu..malahai garang kat semua tmpat..:p

      Delete
  17. alahai hati kecik ni cpt terasa..
    pd Ai mudah je...
    kalo takut terasa,takut gurauan tu keterlaluan,takut sakit hati...kita pun xyah la bergurau dgn org lain,so that org lain pun xkan bergurau dgn kita kan..makanya xde lah hati yg kecik tu brtambah kecik.hehehe tp ada gak rsnya org yg jenis dia sj boleh bergurau dgn org tp org lain x bleh..kan?

    erkkk..boring kot hidup xde gurau senda nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuu..!

      sbb nur de kawan yg dia je boleh bergurau dengan org lebey2..tapi bila kita bergurau dia dia, cepat beno terasanya..!

      kadang2 tu, kita bergurau dengan org lain, dia pun terasa, katanya kita saja perli2 dia..!

      Grrrrr...!

      serius rasa nak lempang kot org mcm tu...!sejak pada tu, xberani dah nak gegurau dengan dia..*Nyampah..!

      Delete
    2. haishh
      ada sj lah dia ni..kaco betul lah,x reply x bleh ke?kahkahkah larikkkkkk..

      Delete
    3. H skrg ni keberatan sikit nak bergurau dgn certain2 person..takut diorang terasa..:D

      Delete
    4. tapi kami ok je H... :)

      Delete
  18. Ntah ye..klu ak ikot org kot..klu rse 1 kepala boleh je nk ngam gurau2 bagai.

    H!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..kau minat citer razak mohaideen ea? kahkahkah

      Delete
  19. kalau dah jenis kuat terasa kau tak gurau pun dia terasa inikan pula bergurau. tapi kalau dia dah terasa dan ko lak terasa bersalah mohon je maaf. neutralkan balik keadaan. tapi bukan mudah kan nak maaf memaafkan ni kalau dah terasa.

    apa2 pun tengok situasi keadaan semasa...kadang kita terlepas laku dan bicara tanpa sedar. manusia kan...standard la. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mintak maaf jer..kalau org macam xnak maafkan aku, terpulang la..aku xleh paksa..:D

      Delete
  20. Dia tengah sedih, tentu dia emo lebih... tak pe.. biarkan je dia dulu.. nanti lama-lama dia ok la balik tu..

    Tak ada apa yang nak dimaafkan H sebab tak ada apa kesalahan yang perlu dituntut dengan kemaafan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku syak dia dah okey..cuma mungkin aku yg still belum nak ok..still rasa serba salah..takut2 akan terlepas kata..:D

      Delete
  21. 'memilih untuk menjdai lemah'.

    takpe.. biar la dia layan perasaan dulu kejap. tp kalau lama sgt dah melemahkan diri, bagi pelempang. bg dia sedar dunia ni masih wujud. pelempang puns akit jugak.
    ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk..xbaik lempang2 anak org ni..aku baik tau Len..:p

      Delete
  22. aku klu org camni besanya aku tunggu dia melawak balik... pastu bahan sinis2.. kehkehkeh...

    besa la tu. semua org beza2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku xleh camtu bro..rasa mcm cari gaduh pulak, lagi2 kalau dgn org ppuan..so aku slow down jer la..:D

      Delete
  23. aku xpandai gurau ngn pompuan..pompuan selalu merajuk..arrgghhh..aku pling xsuka pujuk pompuan..tapi dia nk bgurau ngn aku..aku kenakan dia..dia merajuk lagi..argghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..kau suka buli org ppuan ke bro? :D

      Delete
  24. aku pun xkesah gurau kasar..sbb aku ni pun jenis gurau kasar ..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi org ppuan ni biasanya sensitif..xleh nak buat apa la kalau diorang terasa..:D

      Delete
  25. dilarang bergurau digalakkan mengkritik .. -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. dilarang berguru digalakkan menggeletek..:P

      Delete
  26. A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang belajar ABC boleh? hihihi..

      Delete
    2. chic na pun selalu typo macam Nur ke? hahaha

      Delete
    3. tapi typo nur dah jgkit dengan H..
      lalalalalalala... :D

      Delete
    4. eh chicna steady. taip sambil tutup mata ok. kukuku..

      Delete
    5. owh..patut la chic na x update blog..taip tutup mata rupanya..hahaha

      Delete
    6. diam lah belalang. -_-

      Delete
  27. bro. awat enrti ko ni lain sikit. hmm. tak apa. bagi aku bergurau ni depends pada org. setiap org len2. macam aku jenis tak bape kisahn sgt. apapun kalu cam ada yg terasa, boleh mintak maaf kot. sebb kita ni pun bukan berniat. ye dak? eh pehal aku serius n skema lak ni? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..entry aku masa dulu2 mmg style camni la bro..:D

      Delete
  28. ahhh.. I'm lost! hahaha..

    H, tiba2 chicna datang H buat ayat camni lak. chicna dah la tgh blur2 ni. apepun chicna tak pernah kot terasa ngan gurauan H. ok je, happy2 kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...H harap chic na terasa tau..hahaha

      Delete
    2. cet! ok now terasa. kbai!

      Delete
    3. haaa..baru la boleh mintak maaf..hehehe

      maaf yer chic na :p

      Delete
    4. tiada maaf bagimu. :/

      Delete
  29. Terkebetulan kot H Huruf Besar...

    Mane nk tau kan....

    ReplyDelete
  30. sy sensitip.. gurau lelebih, nangesss.. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoo..kalau cubit2 pipi nangis x? hahaha

      Delete
  31. kalo gurau lebih2 dengan sya talk to my hand :P

    *bukan salah hang pun bergurau mcm tu kat dia.. Kan tak tahu..kalo dah tahu awal2 BF dia meninggl mesti hang tak gurau mcm tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..bbaru ingat nak bergurau..xjadi la camni..:p

      Delete
  32. Dia belum cukup kenal H..dah kenal semua ok. Kalau notice ada buat silap asalkan dh minta maaf ok la..nnt reda la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 la..aku rasa dah reda kot..:D

      Delete
  33. Assalammualaikum H.

    Aku dah terasa ni H..eh? tetiba,hahaha.

    "tapi nampak macam komen2 aku tak pernah and tak akan berbalas" - tersenyum ak bca komen ko yang ini :)

    Aku minta maaf ya sebab bikin ko sedih..ternanti2 reply aku.. hehehe.

    Memang itu cara ak berblog H.. ko belajarlah terima seadanya,hahaha



    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda. Ak nak terasa jugak,hahaha

      Takda pa lah.. :) Ak pun bergurau je la H,hahaha.
      Tapi, jujur ak ckp, bab minta maaf tu tak bergurau. Memg betoi,hehehe ^_^

      Ak risau.. tu je,hehehe

      Delete
    2. erkk..jangan risau la..aku okey jer..:D

      Delete
  34. aku sme mcm ko. suka gurau2, usik2, buat loyar buruk. aku suka tngok kawan2 aku happy. diorang kate kalau aku xde, mcm sunyi.

    tp, kdg2 risau gak gurauan kita tu xboleh diterima.

    aku xpenah terasa ngan ko. hopefully, ko pon xprnh terase ngan aku. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..aku nak terasa apa ek? jap aku fikir..:p

      Delete
  35. setakat nih kami xdak pulak terasa apa-apa dengan terbitang hampa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..kami sungguh2 nk wat ampa terasa..:(

      Delete
  36. Emm.... betul jugak tu... susah jugak nak memahami orang nikan...OKje pun macam tu...kadang tu mungkin kita bergurau tapi bukan bagi diaorang...
    jadinya diam ajelah kot .... paling baik tapi tak best jugak dah memang tabiatnya bising... macamana nak buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..entah la kak..aku cuma keberatan nak bergurau dgn org yg mudah terasa ni..:)

      Delete
  37. Xleh gurau duk surau kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..imam masjid pun bergurau tau..hehehe

      Delete
  38. tapi nape H tak pernah bergurau dgn Na..
    *tiba-tiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kan H selalu bermanja dgn Na..lupa ea? :p

      Delete
  39. nak buat macam mana.. salah time bergurau kan

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top